Thursday, March 14, 2013

Terbang tinggi-tinggi, naik A-Three-Eighty

Sejak Airbus keluarkan kapal baru A380 yang besar bagak tu, aku teringin sangat nak tengok. Kalau boleh nak naik skali sebenarnya.  First kapal A380 yang sampai kat Malaysia ni adalah kapal Emirates. Lepas tu barulah MAS. Tapi memang banggalah jugak sebab terpampang nama Malaysia kat situ.
Bila landing atau take-off, aku akan usaha jenguk tingkap nak tengok kapal A380 ni. Tapi selalunya nampak ekor jer la. Aku gigih tengok depan tv masa Majalah 3 tayang pasal A380 ni. Memang best. Tak salah nak simpan cita-cita nak naik kapal jumbo ni kan?
Baru-baru ni aku dapat kiriman email dari kawan aku yang dapat rasa naik kapal A380 Malaysia Airlines masa tengah buat kerja kat hangar. Tapi dorang ni takut-takut nak ambil gambar sebab rasa macam jakun sangat, macam tak pernah naik kapal terbang. Kalau aku, habis aku snap agaknya.
Kapal masuk hangar (workshop) nak topup minyak hitam

Tak dapat dinafikan, kapal A380 Emirates lagi hebat dari kapal kita. Tapi sekurang-kurangnya kita bangga kerana kita pun mampu memiliki kapal A380 di Malaysia ni. Kalau rasa teringin n mampu nak beli tiket kapal MAS ni, bolehlah menjengah ke Matta Fair 15-17 Mac ni.
Jom layan gambar-gambar ni.





Feeling-feeling jadi pilot masuk cockpit

Economy seat

 
Economy seat ada IFE

First class seat with LCD TV

Business class MAS A380


Feeling-feeling orang kaya kat sini


Kalau ada yang rasa nak gedik-gedik dengan cabin crew masa duduk first class/business class, aku rasa lupakanlah. Sebab selalunya yang jaga first class/business class ni kebanyakan crew-crew yang super duper senior. Yang banyak experience and kebanyakan mereka juga dah wide body. Kalau nak cari crew narrow body, naiklah kapal 737 yang jugak narrow body kapalnya. Kesimpulannya, tak payah nak menggatal dalam flight tu yer..

Boleh singgah blog Kaki Berangan untuk tengok pakej-pakej menarik di Matta Fair.

5 comments:

  1. Wowww hanya mampu melihat belum mampu utk fly together huhuhu maybe after kahwin ngan datuk maybe ada peluang hehehe

    ReplyDelete
  2. Ni antara my travel wishlist.. nak naik A380... kalau dimurahkan rezeki, tahun depan naik SIA punye ... :)

    ReplyDelete
  3. angan2 aku pun nak naik yg MAS punye A380. mana tau ade rezeki 1 hari nnt. kalo x silap MAS ade terbang ke HK nnt guna A380 rege tix lebih kurang dlm rm750 return all in. tp lupa dh baca kat mana... hihihi kiranya tak perlu tggu utk smpai ke london atau paris kalo nak merasa. jom kita berangan and kumpul duit dlu! insyaALLAH...

    ReplyDelete
  4. Memang 1 impian nak merasa naik mas a380 nih....

    ReplyDelete
  5. JM,

    tak payah tggu kawen dgn datuk sbb nnt xdpt terbang pulak sbb ramai cucu2..hehe...sy gurau jer...in future kt tak tau, bile dah byk kapal a380, harga tiket akan jd lebih murah..

    Azra,

    In Sha Allah, termakbul permintaan azra utk naik A380 thn dpn..

    Henry Fox,

    betul tu..xpyh tggu nak pg europe pun utk naik A380..g HK pun boleh merasa A380..klu compare skrg, emirates lg murah klu nk pg europe, cuma kene transit la..n beli 1 year earlier mcm tiket murah AA..sempat la plan nak smpn duit dulu sethn sblm fly..hehe

    dari angan-angan la jd kenyataan dgn usaha kumpul duit dlm tabung ayam..

    Amin A.R

    impian saya juga utk merasa naik A380..

    ReplyDelete