Friday, March 29, 2013

Kereta Hilang di ERL Salak Tinggi


Semalam aku dapat satu berita yang mengejutkan..Kawan aku kehilangan kereta di parking lot ERL Salak Tinggi. Dia park kereta kat situ hari Ahad malam lepas sebab nak ke Korea. Dia berlepas dari KLIA. Memandangkan hari Ahad tu baru jer lepas F1, maka haruslah kat bulatan Masjid yang menghala ke KLIA, LCCT, Salak Tinggi, Banting, Putrajaya jam gila-gila punya. Oleh sebab itu aku ada syorkan untuk parking di situ dan naik ERL terus ke KLIA. Dapat jimat masa semua.

 

Aku memang selalu sangat parking kat lot parking ERL Salak Tinggi tu memandangkan takde orang nak hantar aku ke epot. Dah la flight aku kadang pagi, kadang malam. Nak menyusahkan orang pun rasa tak sedap. Tawakal pada Allah jer. Ex housemate aku dulu pun bantai jugak park kat situ jugak masa pi cuti-cuti ke Bali. Seminggu lagi tinggal.

 

Bila dah jadi macam ni, rasa sangat-sangatlah bersalah. Sebab aku yang recommend. Rasa berdosa pun ya jugak. Bila dah buat report polis, polis pun terkejut. Sebab sepanjang tahun ni, takde lagi laporan kehilangan kereta di ERL Salak Tinggi tu. Inilah yang pertama untuk tahun 2013.

 

Mesti ingat kereta tu kereta mahal atau import kan? Jawapannya tidak, sebab kereta kawan aku yang hilang tu adalah kereta Proton Saga tahun 2009, bukan Saga FLX yang baru ni. Kawan aku tu siap pasang system alarm kereta yang siap pakai card lagi untuk buka. Then ada juga kawan aku yang baik hati pinjamkan lock kaki atau stereng (aku pun tak ingat) yang dia sendiri tak pakai lagi.

 

Condition kereta pulak, absorber agak nazak, kene gi repair. Body coot momot. Dalam kete semak. Radio biase, takde yang canggih-canggih punya. Takde modified kete buat ekzos or engine turbo ke.

 

Selama bertahun-tahun aku park di situ, bila time kawan aku jadi macam ni. Aku rasa bersalah sangat-sangat. Rupa-rupanya, aku tanya dengan sorang kawan aku yang duduk sini jugak, dia ada bagitau rupanya kat situ banyak kereta yang kene pecah. Hilang tu memang adalah jugak. Tak tau lepas ni nak parking mana kalau nak ke epot.
 
Semoga kejadian ini menjadi peringatan untuk aku diri sendiri dan pembaca setia blog ni.

 

 

 

15 comments:

  1. Sedih dgr berita kawan yang hilang kereta ni. Sekarang ni, perompak pun dah terror. By da way, nice to know you Don't afraid to Try :) Nak panggil apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Y.da,

      thanks sudi drop by. you can call me DATT, my short name...hehe..

      me as their fren masih lagi rasa bersalah...

      Delete
    2. Datt, harap kwn bersabar k. Kwn yda pun selalu ja tinggal keta kat parking ktm or bus stop. Tp dia selalu tinggal kt Terminal bas putrajaya n tbs.

      Delete
    3. Y.da,

      kalau dari arah KL nun, eloklah tinggal kat sane...sy ni duduk kt area2 sini...jauh plk nk pg ke sana2..td pun sy cuba round2..ade kbr mengatakan kereta tu mcm ade kt serdang skrg..thanks for your concern..

      Delete
  2. hi, D.a.t.t,
    just nak suggest la, saya rasa better parking kat TBS atau putrajaya sentral sbb parking lot ber CCTV, cm kt TBS ada polis bantuan jugak kat level 4 tu. TBS agak murah rate RM 3/ day, kalo putrajaya around RM 7 kot sehari semalam.
    hopefully kereta dia dijumpai & takde lagi kes-kes mcm ni. saya pun jadi risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dzuchan..

      thanks sudi komen sini..good suggestion utk sesiapa yang duduk kat area2 sana..sy duduk kt area sini, sepang (more to salak tinggi).tmpt ni lah yg plg dekat ngn sy..klu nak ke area sane2, jd jauh pulak nnt. mgkn kene tukar alternative lain..

      sy berani recommend sbb sy mmg slalu tggl situ sama ada naik tren or flight since 2008. yg ex hmate sy pun berulang ke tmpt keje at KLIA naik tren n mmg tggl kereta situ tiap2 hari..

      ramai yg berulang ke KL(yg keje di KL) tggl kereta situ..

      Delete
    2. oh..yeke..
      kalo cmtu kena tawakkal la kan..
      mungkin bole diadukn pada pengurusan stesen ERL tu supaya letak polis bantuan ke ape ke..

      Delete
    3. mmg kene tulis surat pd pihak pengurusan ERL ttg benda ni. supaya bt parking berbayar at least rasa selamat sikit..kwsn situ dah la gelap lps tu luas plk..rata2 mmg parking selalu penuh lah di situ..

      Delete
  3. adoiii baya, siannya.. tp memang peluang terbuka nak curi keta kt ctu..pencuri pandai..dia intai..nampak kita nek train.. dia pun buat kerja la, ikut logik, kita xkan patah balik dlm sejam dua lagi kan.. kesian kawan tu.. keta kawan pun hilang masa parking di stesen komuter UKM.. mana2 pun xselamat baya.. tawakkal banyak2 bila tinggal kat mana pun.. n ang klu nk g airport nk suh aku tolong tepon ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea,

      memang sedih sgt...aku pun tak brani nak ckp ape.
      ssh nak ckp lea, klu aku tau mcm tu, aku pun xtggl kete situ..

      xpyh la nak susah2 hg..aku ni dh dekat ngn epot, xkan nak cr org yg dok jauh pulak..kt dgn hrpn xnak susahkan org, bila jd mcm ni..xtau nak ckp mcm mane..
      sama2lah kt muhasabah diri kt..

      Delete
  4. anyway terima kasih yer semua kawan2 yg sudi tgglkan komen yg membina. semoga perkara ni dpt jadikan peringatan utk kt..kat mane2 pun xselamat sebenarnya..hatta dalam parking kat LCCT tu pun pernah hilang kereta..

    ReplyDelete
  5. Husband akak hari hari parking keta kat sini sebelum gi kerja. Pastu bila kami travel keta tinggal berhari hari kat situ...ish ish ish...Thanks dear share info ni...

    ReplyDelete
  6. Kak ita,

    Sy pun sama..pg kl pun tggl kete situ..pg travel berhari2 pn tggl situ..mgkn org blh ckp..xjd kt sy sng la ckp.

    Kwn sy br first time tggl situ trs hlg..rase bersalah sgt2 kak..lps ni kt sama2 beringat..

    ReplyDelete
  7. takutnya. tak pernah lg parking kat ERL salak tinggi tu. tp mebi akan pindah sana n travel pg KL naik ERL, takut pulak nk parking kat ctu. but i have no choice..

    ReplyDelete
  8. salam
    ..saya baru plan nak parking kat ctu,sbb selalu berulang alik ke kota bharu.
    tiap kali pergi dan balik nak suh org hantar dan jemput muak gak org,tapi bila baja ni gerun gak rasa..mungkin kalau pakai keta buruk tak de org nak curi kut..hehe.tapi tu lah kalau benda dah nak jadi kat mana2 pun jd.

    ReplyDelete