Wednesday, May 29, 2013

Pengumuman : Penukaran Background Gambar Passport dari warna BIRU ke PUTIH

Semalam aku dah beria-ria nak amek gambar untuk buat passport, nak renew passport (reason why aku dah tak nak travel because of passport aku dah mati). Tunggu turn jer ni. Lambat sikit sebab ade couple ambil gambar nak kawen, so beria la sikit bubuh bedak bagi nampak lawo dan hensem.
Then sampai turn aku, kakak yang ambil gambar tu tanye.
“Nak ambil gambar ape dik?”
“Nak ambil gambar passport! “ Sambil tunjuk gambar visa Jepun yang aku buat hari tu.
“Saya nak gambar macam ni kak. Hari tu ambil gambar kat sini cantik.”
Skali kakak tu tengok aku, “Dik, ada bawak cd gambar buat visa hari tu tak? Kita boleh print skali.”
Aku tercengang klip pop-klik pop. Akak ni biar betul? Aku nak background birulah, bukannya putih. Buat visa hari tu memanglah backgroundnya putih.
Beria-ria akak tu terangkan yang background gambar untuk passport sekarang dah warna putih. Bukan biru lagi yer. Ramai yang tak percaya termasuk aku. Last-last die tunjuk surat yang imigresen dah kuat kuasa penukaran background gambar passport dari warna biru ke warna putih bermula dari bulan April 2013 hari tu. Kira masih barulah. No wonder la kan.
So tak payah nak ambil gambar lagi. Just bawak cd gambar masa aku ambil untuk buat visa Jepun tu then print ikut ukuran passport. Jimat RM7.
Pagi ni, aku terus browse website imigresen. Yeah, memang betul. Semua tertulis di sini. So lepas dah confirm, aku rasa nak khabarkan berita ni pada geng-geng traveller macam aku. Supaya tak terkejut beruk macam aku. Penukaran gambar tu berkuatkuasa secara berperingkat ikut kawasan.

Sila refer kawasan masing-masing mengikut jadual di atas.


Glemer makcik ni yer. Contoh gambar terbaru untuk buat atau renew passport.
Untuk tahu maklumat lanjut, korang boleh refer website Imigresen Malaysia ni yer.

Sunday, May 19, 2013

Calling for peminat tegar T- shirt Hard Rock Cafe


Salam untuk semua, macam salam 1 Malaysia pulak. Ni just a quick post. Sebabnya tuan rumah sangat-sangatlah busy. Yang buat aku mati kutu lagi sebab line internet aku kene potong. So sekarang online pakai prepaid punye internet. Nampak sangat tak boleh hidup tanpa internet yer uols.

 

Aku nak tanye pembaca-pembaca yang berminat mengumpul koleksi t-shirt Hard Rock Café, kalau nak order HRC Barcelona, boleh email aku. Selain tu mungkin ade juga t-shirt I Love Spain, France or what so ever.

 

Aku pernah post kat blog aku tshirt I love Paris and London, sampai sekarang orang dok tanye.
 
Siapa yang berminat, boleh sms/whatsapp/email aku untuk order. Range price dalam RM200-250(nampak macam mahal bebenor kan), tapi korang kene ingat, kat sana pakai duet EURO, yakni 4x ganda duit kite. 50€ tu dah bersamaan RM200 duit kite yer kawan-kawan. Ni range harga. Harga sebenar tak tau lagi, kalau kurang dari tu, aku bagitaulah kurang. Karang aku letak harga RM 100, lepas tu harga sebenar RM200, tak ke mengamuk korang semua. Lagi satu jangan lupe bagitau size-size korang. Jangan gitau nak jer, tapi size tak bagitau. Karang size tak kene jangan marah aku.

 
 
Contoh tshirt HRC Barcelona
 

Range/anggaran harga : RM200-RM250.


SMS/whatsapp: 013-2965478
 
T-shirt I Love Spain
 
Range/anggaran harga : RM150-RM200.
SMS/whatsapp: 013-2965478
Bila t-shirt dah sampai sini, aku akan iklan lagi dalam blog beserta t-shirt sebenar  dan harganya sekali.

 

 
 

p/s: Bukan aku yang bercuti-cuti ke sana, tapi kawan aku yang pergi sana sebab kerja. Kerja kat tempat lain, tapi sempat menyelinap ke tempat lain.

 

 

Sunday, May 12, 2013

Homemade Sardin Puff, Resepi Sihat.


Dah masuk 10 hari di bulan Mei, tapi takde posting apa-apa pun. Mintak maaf tuan tanah sangat busy. Dengan kurang sihat nya, lepas tu kene ulang alik training di KL. Tak sempat jenguk blog. Tapi sempat jugak buat sardine puff sebab teringin sangat nak makan. So enjoy the recipe.

 
Homemade Sardin Puff

Sedap makan panas-panas.


Close up


Jemput makan.

 
Resepi : Anggaran untuk 10-11 biji mini puff


Pastry@kulitnya:-
2 cawan tepung gandum
2 sudu mentega
1/2 cawan air sejuk dari peti ais

Cara-caranya:
1.Gaul tepung dan mentega hingga rata.
2.Masukkan air sikit demi sedikit dan uli adunan tadi hingga jadi doh.
3.Biarkan seketika -rehatkan doh

Untuk inti:

Sedikit minyak
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 tin kecil sardin
2 ulas bawang putih dipotong halus untuk menumis
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula

Secubit garam
¼ cawan air.
1 biji kuning telur (untuk disapu pada atas puff)

Cara-caranya:
1.Tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2.Masukkan sardin yang telah dilenyek.Gunakan kuah sardin untuk melembutkan ikan. Buang tulang sardin sebelum dilenyek.
3.Kacau sehingga naik minyak dan masukkan sos cili.
4.Kacau lagi dan masukkan gula dan garam sebagai perisa. Masukkan sedikit air supaya sardine tidak terlalu pekat.
5.Last sekali masukkan bawang besar. Kacau sehingga bawang layu dan tutup api. Sejukkan seketika.


 
Cara-cara membalut puff, bahagikan adunan doh kepada 10 @ 11 doh kecil.canai setiap doh dan lerakkan inti di bahagian tengahnya. Balut doh dan ditekan atas dan bawah dengan garfu. Sapu sedikit mentega di atas tray. Susun dalam tray, buat sehingga habis dan sapu telur kuning diatasnya. Bakar puff selama 20 minit dengan suhu 180.panaskan oven dulu ya sebelum bakar.

Selamat mencuba.

 

p/s : Puff yang saya buat ni memang kurang berminyak. Sesuai untuk sesiapa yang nak berdiet.