Friday, February 15, 2013

Penginapan Murah??? Malaysia Hall??

Aku tinggalkan cerita Osaka sekejap, sebab otak letih nak mengarang...Banyak nak kena recall ni. Macam nak exam SPM pulak gamaknya.
Ok, hari ni aku ter”panggil”. Cewah ada pulak ayat perkataan terpanggil. Aku nak share/kongsi tips macam mana nak dapat accommodation murah time travel. Mesti korang suke kan? Dengar jer murah, telinga gajah terus keluar, ye dok? Kalau nak cite pasal hostel tu, tak payah la aku rasa. Tu ramai orang dah tau kan?
Aku nak kongsi macam mana kita nak utilize kemudahan untuk kita semasa ke luar negara. Contohnya menginap di Malaysia Hall. Malaysia Hall ni atau dalam bahasa Melayu bakunya, Dewan Malaysia adalah sebagai rumah kedua yang menggantikan Malaysia di luar negara. Di sinilah tempat student kita selalu gather-gather time raya kalau tak balik Malaysia. Di sini juga diadakan pelbagai majlis untuk diraikan bersama-sama. Student kita, kalau tak dapat rumah lagi masa mula-mula sampai, dorang akan stay kat sini.
Kat Malaysia Hall ni ada disediakan dapur Malaysia yang menyajikan makanan-makanan Malaysia yang enak-enak macam nasi lemak, rendang, teh tarik, masak lemak, ikan keli goreng (nikmat tau kalau makan kat oversea), sambal belacan, nasi goreng kampung, kari ke kari dan lain-lain makanan Malaysia yang heaven la.
Memang Malaysia Hall(MH) ni di sediakan untuk student, tapi ada masa-masanya kosong jugak. So kerajaan Malaysia yang bermurah hati, membuka peluang kepada yang bukan student ni untuk menginap kalau ada kosong. Kadar sewa yang dikenakan memang murah berbanding kalau korang menyewa kat hotel/hostel. Selalunya MH ni bagi maksimum 2 malam untuk menginap. Tapi kalau ada kekosongan, korang boleh extend.
Cara untuk memohon menginap di Malaysia Hall:
1. Masuk website MH.
i)  MH Australia - MH Australia, Sydney & Melbourne
ii) MH London - UK & Ireland.
iii) Mara London - sesiapa yang kerja dengan Mara memang boleh dapat special rate.
2. Isi form penginapan yang ada di website
3. Email kepada pihak/warden MH
    Sydney          : myhallsydney@msda.org.au
    Melbourne    : myhallmelbourne@msda.org.au
    Mara London : marahostel@crownaceuk.com
    UK/London   : muat turun borang online untuk MH London

4. Tunggu reply email dari MH.

Seelok-eloknya korang email awal la untuk tanya penginapan ni sebab bilik kat MH ni pun macam pisang goreng panas. Lepas tu korang kene tengok jugak calender bile student-student ni cuti. Kalau dorang cuti, tak dapatlah korang nak menyewa kat MH ni sebab keutamaan memang untuk student yer.

Rate untuk MH Sydney & Melbourne   

1. Pelajar Ijazah Pertama (Undergraduate)
AUD 4.00 seorang

2. Pelajar Pascasiswazah (Postgraduate) dan BUKAN PELAJAR
AUD 6.00 seorang (Postgraduate)

AUD 12.00 seorang (Non student)

3. Deposit Kunci sebanyak AUD50.00 seorang.

Ada pertanyaan/masalah?

Contact No :

Pejabat Jabatan Penuntut Malaysia Australia : +612 9327 7565
MH Sydney : +612 9399 9970
MH Melbourne : +613 9529 4507

Rate untuk MH London

1. Pelajar Ijazah Pertama (Undergraduate) :
£9.11 seorang TERMASUK VAT bagi bilik double bed
£10.78 seorang TERMASUK VAT bagi bilik single bed


2. Pelajar Pascasiswazah (Postgraduate) dan BUKAN PELAJAR
£16.57 seorang TERMASUK VAT bagi bilik double bed (Postgraduate)
£21.54 seorang TERMASUK VAT bagi bilik single bed (Non student)


3. Deposit Kunci sebanyak £10.00 seorang.       
 
Soklan/problemo?

Contact No

Call dari London dan sekitarnya : 020 7985 1262.

Call dari Malaysia, sila guna no ini : 00 44 20 7985 1262  


p/s : Menginap di MH bukan macam hostel yer. Sila sediakan toiletries dan towel sendiri. Anda juga tak dibenarkan masak di dalam bilik.

Thanks to blogger Sweety sebab tolong bagi link terbaru MH London untuk aku. Kalau tak, sampai bila aku tak tau website MH yang terbaru tu. Thanks again. Harga penginapan adalah mengikut yang tertera dalam website Malaysia Hall.

9 comments:

  1. Good info coz trip on ogos nk stay kt c ni tp kwn ckp jauh dr city huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi JM,

      klu MH Sydney mmg jauh dari
      city..kene naik bas AUD3.20 kalau tak silap. nak dekat amek je YHA Backapackers kat Railway station..situ sng nak pg mane2..

      klu kt UK, boleh naik tube guna osyter card GBP 7 per day ke mana2 pun dlm london..kene naik tube smp bayswater station...kt area sini mkn murah dan byk makanan halal, souvenier murah...mmg best la area sini..

      Delete
  2. Saya baru je menginap di MH London minggu lepas, tiga malam... Ada di sediakan towel, sabun dan tisu bilik air bagai. Ok! kalau tak silap hari tu 16 pound bagi yg bukan student... kalau student 9 pound.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sweetie,

      thanks sudi bagi comment tentang MH London kat sini. baguslah kalau dapt 16 pound. saya kene 20 pound dulu rasanya..tapi hari tu saya try masuk website MH xdapat la, mungkin sbb website ade problem kot..thanks again yer..

      Delete
    2. http://educationmalaysia.co.uk

      Delete
    3. dear sweety,

      many thanks sbb sudi bagi link baru malaysia hall..dh berubah wajah rupanya compare yg sebelum ni...more frenly user..thanks yer sweety..

      Delete
  3. Nk apply malaysian hall sydney kn kne ade visa kn..tp wktuu apply visa..die just bagi eta reference no..soo how about visa no..is it eta ref no tuu is our visa no??plz reply..thanks:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Liyana,

      sorry lmbt reply.awk boleh jer attached ETA visa yg awk dpt tu mase nak submit ke msia hall..sy ade tanye jugak dulu kt pihak MH Sydney, tp dorg ckp xpyh...sbb dorg tau klu nk pg ozy mesti kene ade ETA tu...tp to be safe, bttr awk attached skali ETA awk tu..

      Delete
  4. Hehe.minta jasa baik tlg listkn semua malaysian hall. Sng nk .
    Cairo pun ada.rate bilik transit, 3LE.=rm1.50. Kalau vila 100LE.

    ReplyDelete