Tuesday, March 26, 2013

Part 3 : Beautiful Nara


Beautiful Nara, sebut betul-betul yer kawan-kawan. Bukan Premium Beautiful pulak yer.


Konniciwa!!!!!!
Semangat skit ye hari ni…Orang Jepun selalunya mempunyai perwatakan yang hyper skit, sebenarnya mereka ni jenis bersemangat tinggi.


Okeh, ayuh. Aku nak cepat-cepat habis cerita Nara ni. Mesti korang rasa nak muntah dah baca cerita yang tak habis-habis lagi. Aku cuba type laju-laju eh. See what I saw?


 
Buddist Art Library


Nak buka mata pun malas..kenyang dah kot

Cubaan pertama ambil gambar berdua yang gagal

Berdua lebih baik

AMARAN KERAS! Sila jangan tiru aksi ini. menganiaya binatang namanya. padahal dulu aku pun pernah duduk atas kambing. zaman budak-budak harap dimaafkan.

Rumah yang masih mengekalkan ciri-ciri lama.
Gambar-gambar selingan sepanjang permerhatian aku ketika jalan-jalan.

Aku tengok map di tangan. Nak kemana lepas ni? Rasa nak cari Pavillion la. Bukan Pavillion macam kat KL tu tau. Sila jangan emajin macam tu sebab korang tak kan jumpa punyalah.


Aku patah balik jalan aku mula sampai tadi dan menyusuri sebuah padang yang luas. Nampak keadaan agak sibuk di situ. Yelah dorang tengah sibuk setup untuk fireworks malam nanti.  Takde ape yang menarik kat situ.
Tengok boleh, ikut jangan. Kang jadi benda lain pulak.
Aku menyusuri padang yang berbukit tu, lepas tu baru aku tau aku dah stuck kat situ. Takde jalan melainkan aku kene lalu padang tu jugak sebab nak turun balik ke tepi jalan tu sangat tinggi ok. Silap-silap boleh guling Hindustan kat situ dan tak pasal-pasal tergolek atas jalan raya.


Aku rasa aku dah sesat. Tak tau mane jalan yang benar aku nak tuju. Sempat sumbat balance Takoyaki dalam mulut sebab stress. Duduk atas rumput untuk berfikir sejenak. Tak boleh nak lama-lama sebab sejuk. Aku patah balik ke tempat yang aku boleh keluar menuju ke jalan raya. Aku cross ke seberang jalan dan ikut laluan arah sebelah sana.


Jalan ni agak menyakinkan walaupun aku tak tau lah jumpa ke tak nanti dengan apa yang aku cari. Lepas tu ada tangga yang menuju ke bukit. Aku tengok orang lain pun lalu jalan tu jugak. Sampai di atas, aku nampak dah pavilion di tepi tasik. Tapi kene turun tangga dulu.

Pavillion bukan macam kat KL punyer yer..

Suasana nampak suram. Sebab langit gloomy. Pokok-pokok pulak tinggal ranting. Kalau datang time spring or autumn, mesti lawa banget kan? Sila gunakan imaginasi korang yang tinggi tu.


Pokok-pokok tinggal reranting kering jer..


Jangan tinggal daku, lepas aku snap die terus terbang

Sempat singgah sini

After mencapap gambar-gambar di sini, aku segera pulang. On the way balik ke station JR Nara, aku sempat tengok souvenier di kedai tepi-tepi jalan tu. FM memang agak mahal kat sini, lepas tu takde pulak yang lawa-lawa. Biase-biase jer.

Souvenier Shop

Aku cuma beli satu jer FM Nara sebagai kenangan, maklumlah semuanya mahal-mahal. Aku tengok di tepi deretan kedai, penuh dikerumuni dengan orang. Aku tak pasti pertunjukan apa, mungkin demo masakan barang kali. Aku nak tengok pun takde ruang, penuh sangat.

Lorong kecil yang penuh dengan deretan kedai-kedai

Aku saje jer jalan tepi deretan kedai-kedai. Banyak kedai yang menjual baju-baju musim sejuk. Aku terase nak mencari glove dan winter socks.

Aku singgah di sebuah kedai menjual baju-baju panas. Kebanyakan menggunakan wool. Harga pulak, tengoklah macam mana. Aku rembat sepasang socks dengan harga 89 yen. Aku consider its cheap. Walaupun hanya beli socks yang harganya murah, tapi layanannya sangat-sangat baik. Terharu aku.

Nak sewa, 3150 yen untuk 5 jam if not mistaken.
Selang beberapa buah kedai, aku nampak ade offer glove murah, 98 yen. Aku ambil jugak sepasang. Tuan kedai ni pun sangat baik. Dia nampak aku dok usung pamplet and peta bagai..Dia siap bagi aku plastic besar untuk aku letak semua barang-barang aku. Mak terharu hoccay. Lap ayer mata jap..Aku hanya sebut Arigatao, arigatao sambil tunduk-tunduk. Nak cakap yang lain, tak tau sangat. At least kita appreciate betul tak?

Nyesal tak beli sebab kat Osaka lagi mahal
Tak lama lepas tu aku berjalan ke station JR Nara. Nak cepat-cepat sampai sebab nak atur urat-urat kaki yang lenguh dan nak tidur dalam tren.  Eh, boleh pulak yer.


Aku ada misi lepas ni.. Tunggu bab seterusnya..


Expenses hari ni :


Subway : 230 yen

Takoyaki : 500 yen

Fridge magnet : 315 yen

Socks : 89 yen

Gloves : 98 yen


Total = 1232 yen


p/s : Terima kasih pada readers yag sudi follow blog saya yang tak seberapa ni. Jangan lupa tinggal jejak yer, so boleh aku lawat balik.

5 comments:

  1. Meehh...nk tinggal tapak kaki kat sini jap..hihi

    Alah..jinak nya rusa tue..ada bau tak? heeee

    Cantik bangat view kat Pavillion tue..hmmm JM dpt imagine kecantikan luar biasa pada Spring n Winter time..Pzvillion..wait for JM..nk lari ala2 hindustan kat sana bersama Mr Right (tp bila?) huhuh...verangan je lah..sorry dear..terlebih komen sudah..eheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,

      pengomen tegar ni...harus la dpt award nnt..hehe..rusa2 ni xberbau pun..mgkn sebab sejuk. sbb tu sy boleh p posing2 dgn dorg..

      klu cuaca terang benderang n kene musim yg sesuai, mgkn bertmbh2 cantik..klu kt sana, xpyh nak alri2...naik jer kete tarik tu berdua2an...rmi cple yg naik kereta tu kt sana..in sha ALLAH, kt xtau apa yg Allah rncg utk kt..kot2 travel terjumpa Mr RIGHT..

      sy xkisah pun JM nak komen pnjg2..hehe..thanks again dear..byk jgk benda nak tanye JM nih..

      Delete
    2. Hahhh byk nk tanya seram lak dgr heeee

      Boleh2 tanya je klau boleh jawab. Email je nanti JM reply ehh

      Delete
  2. Best kat sini. Rusa rusa tu memang jinak sampaikan kertas map of nara park yg akak pegang pun digegetnya hehehe...Cantiklah pavilion tu, akak tak gi ke situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ita,

      Rusa2 tu lapar sgt rasanya..nsb gigit jer..dlm entry sblm ni sy nmpk rusa tu makan kertas terus..
      klu musim2 lain mgkn lg meriah tmpt ni..pavilion ni jauh kak, smp sy tersesat2..klu pg dgn budak kecik mesti ssh skit..xpe kak, always have next time..

      Delete