Sunday, March 31, 2013

Part 1 : Amazing Kyoto


Malam aku pulang dari Kobe, aku terasa macam ada habuk-habuk jatuh atas kepala. Rupa-rupanya snow turun di Osaka. Masa aku sampai di rumah, terus aku bagitau Has. Has nampak teruja bila dengar snow turun. Kami semua menjenguk di tingkap. Tak lama lepas tu kami sama-sama turun ke bawah untuk ke pasar raya berdekatan.

“Betul la snow,” kata Has pada Syuk. Syuk sengih jer tengok bini die ngan aku yang terlebih excited tengok snow. Patutlah sejuk sangat masa aku balik tadi. Selalunya bila snow nak turun, suhu akan drop.

 
Malam tu aku tidur awal lepas kepenatan berjalan seharian. Esok adalah hari yang paling aku nanti-nantikan. Oleh sebab terlalu penat, aku terlupa buat sesuatu yang penting.

 
Aku bangun awal lagi hari ni. Semangat nih. Pagi-pagi lagi aku dah bersiap-siap. Aku sempat take note route mane aku nak lalu hari ni.

 
Hari ni aku buat roti pita serunding bersama mayonis dan sos cili sebagai breakfast. Separuh aku makan, separuh lagi sebagai bekal. Aku keluar dari rumah sebelum pukul 8 pagi.

 
Seperti biasa aku menapak ke station subway, Shinmorifuruichi. Dari situ aku naik subway ke 2 station menuju ke arah Itakano, arah bertentangan dari Imazato. Aku turun di Taishibashimaichi Station I14, dari situ aku transfer ke Subway Yaominami, kalau tak silap line warna pink.

 
Dari Taishibashimaichi Station, aku naik subway hingga ke Higashiumeda Station (part of Osaka Station). Aku tak payah nak bayar subway untuk 2 kali even aku tukar—tukar subway. Aku cuma bayar 270 yen untuk semua route ni sebelum aku menaiki JR Train.

 
Aku jadi confuse bila sampai di Higashiumeda Station sebab subway station ni agak besar. Kalau tak silap aku, ada 4 penjuru dan perjalanannya agak jauh. Kalau kat Malaysia ni memang dah peluh ketiak la. Kat sana sejuk, best la berjalan. Hiks. Bukan berjalan jer, jangan lupa kene panjat tangga jugak yer.

 
Lebih kurang 10 minit berjalan. Aku akhirnya jumpa Platform no. 11 untuk ke Kyoto. Train yang aku naik nanti nama JR Thunder Bird. Kelassssssssss nama train tu. Aku hanya memerhati board untuk memastikan train dan destinasi aku betul. Train JR Thunder Bird ni bermula dari Toyoma.

JR Thunder Bird
Masa aku sampai, tak ramai orang lagi yang beratur untuk naik ke train. Tapi seperti biasa, di Jepun ni. Kita kene beratur siap-siap sebelum train sampai. Dalam pukul 8 lebih, train sampai. Aku nampak penjaga kereta api segera turun dari train untuk memanggil penumpang. Aku memilih seat tak jauh dari pintu, senang nanti nak keluar.

Dalam train ke Kyoto
Bila train berjalan, pemeriksa tiket wanita datang memeriksa tiket aku sambil bertanya.
"Where you want to go?"
"Kyoto," jawabku ringkas. Dia ucapkan terima kasih sambil memberi tiket aku semula.

Keadaan dalam train ni agak cantik, siap ada meja lagi untuk makan dan minum. Tak ramai yang naik tren ni. Mengikut google maps, tren ke Kyoto mengambil masa lebih kurang 26 minit.

Sebelum sampai, datang lagi pemeriksa tiket memeriksa tiket aku. Strict jugak yer tren JR Thunder Bird ni. Kalau naik ten yang biasa, takde pulak kene check macam ni.

Sebaik aku tiba di station Kyoto, aku tak sangka rupanya lebih kurang macam Osaka Station jugak. Banyak platform. Tren pula bersimpang siur. Tapi tak susah nak cari jalan keluar. Aku ingin mencari Tourist Information Centre yang berada di 2nd Floor.

Memang ramai orang kat sini. Aku rasa, rata-ratanya orang luar. Aku pergi ke kaunter paling hujung. Kaunter lain nampaknya dah penuh, pakcik ni jer kosong takde orang.

Ramainya orang di setiap kaunter.

Pakcik tu bagi penerangan sedikit sebanyak pada aku sambil keluarkan map untuk aku. Aku tanye ape beza kalau aku guna Kyoto 1 Day Pass dengan Kyoto 1 Day Bus Pass? Kyoto 1 Day Bus Pass berharga 500 yen, aku boleh naik turun bas sesuka hati berapa kali aku nak. Tapi kalau nak ke Arashiyama area, aku kene extra charge sebab dah berada di luar kawasan. Kalau aku ambil Kyoto 1 Day Pass, harga 1200 yen, aku boleh naik bas sampai ke Arashiyama area tanpa kene extra charge and aku boleh guna semua line subway foc. Semua dah termasuk dalam ni. Selain tu, ada juga kupon diskaun untuk tempat-tempat yang boleh dilawati. Setelah berfikir sejenak, aku decided untuk ambil Kyoto 1 Day Pass yang berharga 1200 yen. Lagi pun aku cuma ada sehari jer di sini.

JR Kyoto Station, besar sangat-sangat ok. Macam station Osaka.
Aku tak sangka yang Station Kyoto ni sangat-sangat besar dan moden. Aku cuma bayangkan Kyoto ni macam kampung sebelum tu. Ternyata telahanku salah.


Pejabat Pos Kyoto di sebelah kiri Kyoto Station jika keluar dari arah dalam station.

Pass yang aku ambil tu akan activate bila aku naik bas nanti. Aku segera menghala keluar station menuju ke terminal bas. Aku bercadang untuk ke
Arashiyama dulu memandangkan perjalanan ke sana agak jauh. Untuk ke Arashiyama, aku boleh beratur di platform C6 atau D3. Aku boleh naik bas no. 28, 73 dan 74 untuk ke Arashiyama.

Tak lupa juga Kyoto Tower

Dekat 20 minit jugak aku tunggu, tapi non hado basnya. Aku tukar plan..Takut tak sempat. Aku renung kertas laluan bas. Kebetulan aku nampak bas no. 100 untuk ke Kiyomizudera Temple. Bas ni berhenti di platform no. D1. Ramai juga yang naik bas ni. Untuk activate pass aku, aku kene masukkan tiket di mesin tiket di pintu belakang. Untuk dapat maklumat lebih lanjut tentang 1 Day Bus Pass dan cara menaiki bas di Kyoto, boleh kelik blog Backpackers Busuk. Aku malas nak tulis pasal benda ni.

Nanti aku sambung lagi yer. Penat dah menaip ni.

Expenses setakat ni :

Tiket subway : 270 yen

Kyoto 1 Day Pass : 1200 yen





 

 

6 comments:

  1. Bestnya.. penginapan? tak citer ke? saya ngah gigih wat rangkaan belanja kl-osaka-tokyo-kl tuk next year.. awal kan???

    ReplyDelete
  2. Hi zette,

    thanks sudi singgah sini..penginapan sy mase pg hr tu duduk rumah kwn sy...sbb tu sy xcerita..sorry yer..

    bgslah buat awal, sng nak plan ape2..zette pg berape lame? beli JR pass x? zette boleh estimate, klu utk satu mlm di hostel lbh kurang rm100..klu beli awal mgkn dpt lg murah.tp kene tgk season jgk..klu musim sakura, mmg akan jd mahal sebab hostel/hotel dh fully book.

    klu nak jimat, zette boleh naik bas malam dr osaka ke tokyo guna willer express, xpyh nak pk pasal penginapan utk 1 malam tu dah..esok smp, check in then boleh terus jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow.. tak beli lagi.. wat itinerary dulu sebab nak plan tuk beli JR pass tu sume.. tapi JR pass mahal bebenor kekdahnya... ada sajesan yg pass lain? da tgok kansai thru pass and kansai wide pass yang awak cerita.. nice info..

      nak tnya, by the way, mmg tak perlu byr tiket train/subway/ bas lagi ke if kita dah beli kansai thru pass ni? ke dia macam touch n go.. reload if duit tu dah abis? ke beli pass, boleh guna unlimited.. konpius disitu..

      saya pegi inshaAllah, bulan 2 tahun depan.. winter..

      ok.. willer express.. ok, noted...

      Delete
    2. hi dear zette,

      sorry lmbt reply...sy pun confuse sbnrnya dgn 2-2 pass ni. tp masing2 ada advantagenya..kansai thru pass boleh naik subway, bas, tren (bukan JR train yg biasa atau shinkansen ye).

      lg satu, kansai thru pass ni boleh guna selang2 hari..xnak guna straight pn xpe..

      klu kansai area pass, boleh guna train JR. agak laju la skit berbanding tren biasa. cuma pass ni kena guna berturut2..

      klu xmampu beli JR, boleh guna alternative lain mcm sy kt tu..klu u plan btl2, in sha ALLAH awk dpt jimat nnt. nnt sy study lg yer..

      Delete
    3. sorry zette,

      tak habis explain..kad ni xboleh topup...kad yg macam touch n go to nama ICOCA..bile hbs kene topup..xde diskaun mcm pass2 yg sy bgtau tu..

      klu kansai thru pass ni and kansai area pass ni boleh guna unlimited kt tmpt2 yg ada dlm list kansai thru pass n kansai area pass..xkisah la guna berapa kali, as long smp kad tu expired..mcm sy dulu sy rase berbaloi guna kansai area pass sbb sy berulang dari kobe, nara. kyoto ke osaka..sbb kwn sy duduk di osaka...

      klu ape2 yg zette tak faham, zette boleh email sy..tkt penerangan sy yg caca merba ni bt zette png pulak..hehe

      Delete
    4. hehe.. tak pe.. penerangan awak rasa cam saya boleh paham. Just, keep on writing.. tunggu da Fatt habiskan cerita japun beliau.. hopefully korang sempatlah habiskan entry before sy ke sana... :)

      Delete