Friday, June 20, 2014

Chocolate Moist Cheese Leleh




Musim Cheese Kek Leleh masih hangat di pasaran...Tapi aku baru terhegeh-hegeh nak try buat...saje jer try..Alhamdulillah menjadi...

Tapi aku lagi prefer kalau kek yang aku buat ni di kukus, lagi moist rasanya...

Apa-apa pun jom try resepi mudah ni...

Terima kasih pada blog Zarena Heeney atas resepi Kek Coklat Cheese Leleh ni..


Choc Moist Cheese Cake Meleleh
-2 cwn tepung gandum
-1 cwn koko
-1 cwn milo
-1 cwn susu pekat
-1 cwn minyak masak/olive oil
-1 cwn air panas
-1 cwn gula
-4 bjk telor
-1/2 sudu kecil baking powder
-1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara Membuat
masukkan semua adunan ke dalam bekas
mix kan semuanya sehingga sebati
bakar masak sehingga 30-45 minit..masak sehingga masak

Untuk Cream 
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
**Aku tambah fresh yogurt nak gantikan Whipping Cream

Mix semua bahan dia atas hingga sebati,
adunan ini memang cair.
(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Untuk Hiasan 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan 
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap. 

Sebiji kek yang telah dibelah dua, lapisan pertama

Lapisan kedua

Krim cheese leleh - cheese+susu manis+whipping cream+fresh yogurt

Sapukan topping cream cheese di atas lapisan pertama.

Kemudian kite letak lagi blueberry filling atas lapisan cheese, nak bagi lagi terangkat..

Sekarang kita combine kedua-dua lapisan tadi..

Tutup dengan cream cheese leleh...

Parutkan cheddar cheese di separuh kek, kalau nak bubuh satu kek pun ok..

Separuh lagi aku letak coklat Hersheys dan coklat chips...

Ok, dah siap...

Lagi, nak bagi korang terliur...



7 comments:

  1. mmmmm! meleleh juga airliur menengoknya.

    ReplyDelete
  2. Baru baca tajuk dh glurrrppp, bila tgk gamvar mmg tangkap leleh lah
    Pandai lah Datt masak, Jm ni byk ikut resipi asyik x menjadi mmg tgn kayu betol :-)

    ReplyDelete
  3. Perghhhh... terernyer buat melting choc cheese cake... mai ckittt~ ;3

    ReplyDelete
  4. sila bawa kek ini
    semasa 'blind date' kita berdua berlangsung
    hehehehe

    *lap air mata menitis sebab terharu sure sedap kek nih*

    ReplyDelete
  5. Kalau kukus, berapa lame nak kukus.

    ReplyDelete
  6. Kalau kukus, berapa lame nak kukus.

    ReplyDelete