Thursday, September 27, 2012

Doa Penggerak

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK) - sumber dari blog Ummi Nadiah
Oleh: Ismail bin Abu Bakar
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan
seharian kita.
Sumber dari Darul Syifa
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa tersebut adalah doa Penggerak seperti di atas.
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.
p/s : Aku kongsikan di sini sebab aku kadangkala selalu dalam dilema untuk melakukan sesuatu atau tidak. Selain itu, mungkin dengan mengamalkan ayat ini juga dapat memberi kita petunjuk dan hidayah ketika kita di jalan buntu. Aku rasa sangat-sangat bersesuaian kita amalkan di mana-mana saja kita berada terutama sekali kaki traveller seperti kita. Semoga Allah menghindari kita dari segala kejahatan dan kemungkaran yang kita tidak tahu.

 

Saturday, September 15, 2012

Fruit Castard Tart

Salam semua n selamat bercuti. Mesti ramai dah plan nak pergi mana-mana kan? Aku pun dah plan, tapi semuanya nampak tak jadi. Last minit nak ikut orang pun aku tak dapat join, sorry sangat-sangat. Kesimpulannya kalau nak pergi holiday ni kalau boleh kita well plan dulu. Tapi kadang-kadang kita dah plan awal, ada pulak yang cancel. Memang very the moody kan. Another side, mungkin ada hikmahnya. We left the story behind. Move forward. Hehehe...
Last Thursday, hari terakhir aku berpuasa 6. Alhamdulillah, syukur I can make it for this year. So the next day tu, iaitu hari Jumaat semalam aku pun bawakla something ke ofis, kengkonon nak beraya. Sebab masa orang sibuk bawak kuih ke ofis, aku tak bawak. Puasa katakan. Semalam la hari nak menghabiskan kuih raya. Aku bawak Fruit Castard Tart ke ofis.
To Zila, Travel and Food, sorry sebab lambat upload resepi. Semalam busy sikit. As I promised, saya postkan resepi tu di sini ya. Untuk aku yang tak pernah buat Fruit Tart ni, aku rasa sangat puas hati sebab walaupun orang kata angkat bakul masuk sendiri, memang sedap sangat ok!!!!Puas hati. Sebabnya crust tart ni tak keras, rasa rapuh n castardnya tak terlalu manis. Really nice.
Aku terjumpa resepi ni dari blog MiSzLullaBy (ML), Doctor Chef. Dari blog ML ni jugak aku jumpa tuan punya resepi asal tu iaitu Cik Sweety (selamat berkenalan ye). Your fruit tart is really nice. Lupa pulak nak mention, tart yang aku buat ni bukan tart yang comel-comel tu. Ni guna loyang yang besar je, sebab nak cepat n takde acuan tart yang kecik-kecik tu. Cepat sikit siapnya..hehehe...femalas.  So, jom kita tengok resepi kat bawah ni.

Ni hasil yang aku buat last weekend lepas

Rujukan: Blog MiSzLullaBy

Bahan-bahan:
(untuk kulit tart)
125 gm butter - 1/2 buku butter
125 gm majerin
60 gm gula halus
1 biji kuning telur (gred A)
400 gm tepung gandum - 3 cup

Cara mengadun:
1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga sebati (tak perlu kembang sangat)
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan adunan dalam acuan tart dan tekan nipis. Kemaskan tepinya dan potong lebihan adunan di sekeliling acuan.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 selama 12 - 15 minit.
6. Keluarkan tart dan sejukkan.
Bahan-bahan:
(untuk kastard)
300 ml susu segar
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard

Cara mengadun:
1. Gaulkan dan bancuh semua bahan.
2. Jerang atas api dan kacau selalu sehingga adunan nampak pekat.
3. Tutup api dan kacau lagi supaya tidak bergentel.
4. Tuangkan dalam kulit tart yang telah sejuk dan hiaskan dengan buah anggur, kiwi dan strawberry.
5. Sapukan sedikit jeli apricot supaya nampak berkilat. (aku tak buat pun yang ni, sebab takde)
Tart yang aku bawak ke ofis.
Selamat bercuti dan selamat mencuba.


Wednesday, September 12, 2012

Bingka Cheese from Sarawak

Bingka Cheese Sarawak



Bingka Cheese
 Cuti Raya Cina yang lalu, dah bape lame tu ek? Aku bercuti ke rumah Makcik aku di Kuching, Sarawak. Masa breakfast aku nampak ada bingka atas meja.. Aku ingatkan bingka tepung sebab warnanya seakan-akan je..Rupa-rupanya tu adalah bingka cheese. Festaim aku rase. Memang sedap sangat.  Aku pun tanyala makcik aku macam mana nak buat bingka ni, sekali makcik aku jawab. Susah nak buat bingka ni, tapi makcik pun sik pernah polah(maksudnya tak pernah buat). Terus semangat aku down. Haish, makcik-makcik aku ni semua kalau bab-bab kek ke, kek lapis ke, semua surrender..Tak semangat Sarawaklah macam ni. Tapi kalau bab masak-memasak lauk-pauk sangat expert ok. Oleh sebab itulah aku berazam nak cari resepi bingka cheese ni.

Dah lama aku google resepi ni, tapi tak tergerak lagi nak buat. Sampailah masa bulan puasa hari tu. Saja nak try buat untuk raya. Aku berjaya buat, tapi oleh sebab aku yang clumsy, habis tumpah 1/3 adunan. Dah rugi. Tulah buat kelam kabut, habis lintang pukang semuanya.

Nak cover balik mistake aku hari tu, aku buat balik bingka cheese ni last weekend. Alhamdulillah aku sangat-sangat puas hati.

Jemput makan...

Resepi asal dari Hasue - she's also Sarawakian.
Kak Hasue, saya copy and paste resepi asal tu di sini yer. Terima kasih kerana memperkenalkan resepi bngka cheese yang sangat sedap ni. Saya memang berpuas hati dengan resepi ni. Terima kasih sekali lagi kamek ucapkan.

Bingka Cheese Sarawak - resepi asal dari blog Hasue 

Bahan A:
1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir

Bahan B

250g mentega
250 cream cheese Philadelphia - aku guna cheese Tartura jer
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok)
1 ½ cawan tepung hong kong - guna tepung gandum pun boleh.
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon

Cara2:

1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar-benar sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
6. Tapis adunan sebelum dimasukkan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
7. Selamat mencuba.. ^_^

Tak rugi kalau korang nak try resepi ni. Seyes tak susah mana pun. Yang penting sedap!!!

Monday, September 10, 2012

Langkawi Story Part 2

Kilim Geopark Mangrove Tour

Lupa nak bagitau, kat Fish Farm ni juga ada disediakan restoran seafood. Selalunya dah termasuk dalam package Mangrove Tour yang mahal-mahal sikitlah. Oleh sebab kami ni budget, jangan verangan la nak makan kat sini. Dapat tour pun dah murah, ada hati nak makan kat sini lagi. Kami bawak stok-stok makanan kami sendiri jer. Benda-benda ringan je, malas nak makan heavy. Buatnya laut beralun jap lagi, jenuh muntah dalam bot pulak nanti

Gambar Restoran Terapung kat Fish Farm (ni fish farm kat area Sg Kilim, tak jauh dari Galeria Perdana)


Masa on the way ke Gua Buaya, hujan turun di tengah jalan. Suasana mula kecoh sikit sebab ada yang dah basah, kene tempias. Bila dah makin lebat, semua diam. Tau pun budak-budak ni takut. Kalau tak tak reti nak duduk diam. Kami menyusuri Sungai Kilim perlahan-lahan sebab laluannya agak sempit. Masa ni aku rasa jauh jugak nak sampai ke Gua Buaya ni.

Oleh sebab air pasang, kami tak dapatlah nak berjalan-jalan dalam Gua Buaya ni. Dapat tengok dari luar jer. Gua ini dipanggil Gua Buaya kerana bentuknya seolah-olah seperti buaya. Bukannya ada buaya kat sini. Kalau ade, sumpahlah kitaorang tak pegi.


Agak ramai jugak orang yang pergi Mangrove Tour walaupun time-time raya ni. Kebanyakannya orang luar, mungkin dari Iran, Tehran. Adalah beberapa keluarga Melayu jugak yang beraya atas bot macam kami ni. Sepupu aku menggelarkan kami Orang Asli Langkawi sebab dah sah-sah kami ni nampak macam orang kampung yang nak pegi menjala ikan. Lepas tu aku tengok orang lain yang datang sini kebanyakan berpakaian kemas, kami pulak pakai Track Bottom, T-shirt and selipar.(padahal dah prepare kalau cuaca hujan)

Kami singgah sekejap jer di Gua Buaya...Lepas tu kami bergerak ke Jetty di Kilim yang tak jauh dari Galeria Perdana. Aku hanya tunggu atas bot sementara yang lain-lain turun pergi menunaikan “nature call”. Sambil-sambil tu sempat beli buah-buahan topup bekalan. Langit semakin cerah. Dalam 10 minit kemudian, kami mula bergerak ke tempat helang.

Ada sebuah bot sedang menunggu helang-helang turun makan. Ada cara nak panggil helang-helang ni makan, iaitu dengan menghamburkan air dari enjin bot. Dalam masa yang sama, kulit-kulit ayam dibuang ke dalam air. So, bile helang tu dapat isyarat ada makanan, dia akan turun dan menangkap makanan tersebut. Nampaknya helang-helang ni macam malas jer nak turun, mungkin dah kenyang kot.



Nak panggil burung helang turun makan
 

Burung helang yang berterbangan
 
Kami mula bergerak perlahan-lahan menuju ke Gua Kelawar pulak. Untuk masuk ke sini, dikenakan bayaran RM 1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak. Kalau nak sewa lampu picit pun RM1. Dari luar dah terbau bauan  hangit tahi kelawar di dalam gua. Dengan bantuan lampu picit, dapatlah aku tengok kelawar-kelawar yang tergantung di atas dinding gua dan melihat batu-batu stalaktit (kalau salah eja aku mintak maaf ye) yang terhasil akibat titisan air.

Entry fees

Snap dari luar Gua




View dari dalam gua
   
Sign @ Bat Cave
  

Kalau air tak naik, boleh guna laluan sini jugak untuk masuk ke gua

Kalau air tak pasang @ hujan, boleh buat tour dari jambatan di luar, boleh lalu celah-celah hutan dan baru masuk ke dalam gua.


Budak-budak ni yang terlebih happy

                           

Teringat masa pergi Milford Sound dengan cuaca gloomy macam ni.
Kami tak lama kat sini sebab masing-masing dah tak sabar nak ke pulau. Gambar atas ni masa kami on the way balik dari Gua Kelawar.

Sebelum aku terlupa, aku masukkan sekali gambar puncak Gorilla. Kalau dari sisilah.


Puncak Gorilla@Babun



P/s : Sikit lagi aku akan sambung untuk Part 3. Sorry kalau post kali ni agak panjang.

Friday, September 7, 2012

Tempat-tempat yang boleh Transit sebelum/selepas ke Airport.

Tempat menunggu yang sesuai sebelum pick up orang kat airport – LCCT@KLIA.

Masjid KLIA

Masjid KLIA @ Masjid Sultan Abdul Samad - image dari abunuha.wordpress.com (boleh refer sini untuk tengok gambar-gambar lain yang leibh menarik lagi)

Atau lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Abdul Samad. Terletak sebelum roundabout ke LCCT dan tak jauh dari susur keluar Tol Highway Elite.

Kalau dari Shah Alam nak ke LCCT, keluar dari tol Elite, jalan depan sikit akan nampak Masjid KLIA di sebelah kiri. Di situ juga ada landmark bangunan Malaysia Airport Berhad yang agak besar. Siap boleh nampak air pancut lagi di tepi jalan tu.

Kat tepi Masjid ni jugak tengah didirikan Kompleks Tabung Haji yang terbaru untuk menggantikan Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya tu. Lepas baca review aku ni, korang dah tau la mana tempat nak lepak sebelum pick up or hantar orang ke airport.

Boleh lah nak lelap-lelap mata kejap kat sini sejam dua kalau orang yang korang tunggu tu lama sangat delaynya. Condition masjid ni sangat best. Tenang jer mata memandang. Telekung-telekung pun bersih sebab selalu ditukar.

DOWNTOWN KLIA

Pintu Gerbang Downtown KLIA

Ada beberapa kedai makan yang best kat sini antaranya kedai Mawar Putih kalau aku tak silap la. Sementara nak tunggu kawan2 ke, family korang ke sampai di KLIA, bolehlah makan-makan kat sini dulu. Ada kedai mamak, kedai Cina and kedai Seefood jugak. Harga makanan kat sini reasonable jugak especially kat kedai makan Mawar Putih. Sebabnya, kat sini ramai pakcik-pakcik teksi datang makan. Makanan kat situ memang best pun. Dah lama tak makan kat situ, teringat sup tulang yang sedap...

Restoran Chinese Muslim Cuisine yang agak femes juga terdapat di DOWNTOWN KLIA ni - blog zana-norzana

McDonald  Drive Thru @ Petronas KLIA


Gambar sisi jer dapat

 McD ni terletak di seberang jalan kalau kita menuju ke KLIA (kira arah bertentangan). Di depan Petronas tu ada stesen Minyak Shell.
Boleh singgah selepas balik dari KLIA sebelum masuk Highway Elite. Kot-kot la kalau korang teringin nak makan fast food ditengah-tengah malam buta.


McDonald  Drive Thru @ Shell Kota Warisan

McDonald Kota Warisan from fadzil.com

McD ni terletak sebelum traffic light bawah jambatan @ simpang sebelum kita ke KLIA @ LCCT. Belum sampai ke Masjid KLIA lagi ye. Ni kalau korang guna Highway Max yang keluar kat Putrajaya tu. Orang dari Putrajaya pun mesti pakai jalan ni untuk ke airport.

Korang boleh tapau McD kat sini siap-siap sebelum pergi airport (tak nak kene tax mahal sangat kan). Boleh tapau banyak-banyak kalau nak naik flight pergi oversea.

Kat Kota Warisan ni jugaklah terletaknya Stesen ERL Salak Tinggi tapi kene masuk ke dalam sikit.

Surau Maybank @ LCCT

Klinik Perubatan PUSRAWI - kat sebelah kiri nilah terletak surau Maybank sebelum ke LCCT
Sorry kualiti gambar agak kurang memuaskan.

Ni antara port menunggu yang agak femes. Banyak kereta yang menunggu di tepi-tepi jalan sebelum ambil passenger kat LCCT. Surau ni terletak di tepi jalan sebelum sampai ke traffic light LCCT. Nak senang nampak, surau ni terletak di sebelah PUSRAWI. Depan sikit korang akan nampak bangunan Maybank di tepi jalan. Kat celah Maybank tu ada foodcourt yang dibuka 24 jam. Tapi tak banyak kedai la macam kat Food Garden LCCT.

P/S: Aku akan ambil gambar yang lebih jelas kalau ada kesempatan nanti. Kebanyakkan gambar ni aku ambil dari google dan aku dah letak link blog tersebut.

Thursday, September 6, 2012

Langkawi Story Part 1

Kilim Geopark Mangrove Tour  

Sedang orang lain tengah sakan beraya ziarah rumah sedara-mara, aku dengan cousin-cousin sekalian dah ada planning baik punya. Mula-mula aku takut cadangan aku ni tak dapat sambutan. Skali jeng-jeng disambut penuh oleh semua. Yang join trip ni adalah kanak-kanak dan belia-belia muda remaja (mudalah sangat). Makcik-makcik sekalian boleh berehat di rumah (deme semua puasa 6 termasuklah mak aku). Memandangkan Makcik aku yang masih dalam edah kerana pakcik aku baru meninggal bulan 7 yang lepas. Seminggu sebelum puasa hari tu.

Sebab itulah kami tak beraya kemana. Sekadar menziarahi kubur dan pergi melawat adik arwah ayah aku yang kurang sihat. Selebihnya duduk di rumah dan menunggu tetamu datang.

Plan bermula masa kami berkumpul pada hari Raya Pertama. Aku ni memang teringin sangat nak ke Mangrove di Kilim Geopark tu, tapi takde geng katanya. Sebenarnya alasan lain, aku tak cukup pitih la kalau nak pergi sorang-sorang. Tak happeninglah...Dengar cite orang pegi Mangrove ni macam best jer. Buat malu kaum je  kan sebab tempat sendiri tak habis jelajah, sibuk pergi tempat orang.

Kengkonon jer nak pergi Mangrove awal sebab tak nak kene panas( matahari tegak atas kepala). Alih-alih, dekat pukul 11 baru gerak dari rumah. Nak ke Mangrove ni ada 2 jalan. Satu terletak di Kilim, tak jauh dari Galeria Perdana Tun Mahathir. Satu lagi  boleh ikut jalan ke Tanjung Rhu. Memandangkan rumah makcik aku terletak di Ayer Hangat, mestilah pilih jalan yang paling dekat, iaitu Tanjung Rhu. Kami pergi seramai 14 orang, 9 dewasa dan 6 kanak-kanak ribena yang tahap hyperactive(anak buah aku la tu)
 

Rate:
Package A:
MYR 250.00 per boat for 2 hours
> Bat Cave
> Fish Farm
> Eagle Feeding
> Mangrove Sightseeing
> Crocodile Cave
> Open Sea (Andaman Sea)
> Icon Kilim Geoforest Park
Package B:MYR 350.00 per boat fo 3 hours
> Bat Cave
> Fish Farm
> Eagle Feeding
> Mangrove Sightseeing
> Crocodile Cave
> Open Sea (Andaman Sea)
> Icon Kilim Geoforest Park

Package C:MYR 450.00 per boat fo 4 hours
> Bat Cave
> Fish Farm
> Eagle Feeding
> Mangrove Sightseeing
> Crocodile Cave
> Open Sea (Andaman Sea)
> Icon Kilim Geoforest Park
> Tanjung Rhu View
> Fish Feeding at Dangli Island
  • The Tour :The boat can easily accommodate 8 - 10 adults. If you comes within that number, it is very economically for you. But you are a group of 14 or so, you have to take another boat. Cost for one boat is MYR300.00 and with online booking with us, it is only MYR280.00 per boat (two hours tour).
  • Tour Schedule :Our service start as early as 0900 hrs and last call is at 16:00 hrs. The trip can last from one hour to four.
  • Food :You're advise to bring your own light meal and drink. You can always get it from there, since there are many shop and restaurant around the jetty.
Refer dari Holiday in Malaysia: -

View sekitar jetty.


Package List untuk tour - sorry sebab gambar tak clear


Ada papan tanda je




Makcik aku suruh Paksu aku ikut sekali memandangkan adanya kanak-kanak ribena seramai 6 orang. Takut ada pulak yang terjun sungai. Masa nak naik bot pun dah kecoh gile. Lepas semua dah naik bot, kami semua meluncur laju ke Fish Farm dulu. Tak jauh pun dari jeti, boleh nampak sebenarnya.

Atas bot. Sengih sebab lawak dengan kerenah budak-budak ni.

Muka penumpang yang dok belakang

Aku excited betul tengok ikan-ikan dalam sangkar tu. Paling takut tengok ikan yu dok pusing-pusing. Tapi reminder ye: Ikan yu ni tak boleh nak pegang-pegang bagi makan. Kalau ikan pari tu boleh. Sebab tulah ikan pari kat sini gemuk-gemuk belake. Kami diberi 2 bekas makanan untuk diberikan pada ikan pari. Makanannya terdiri dari ikan-ikan yang dipotong halus.

Ikan Yu yang berenang sakan
 

Actually ni first time aku tengok ikan pari hidup. Selalunya aku tengok yang kat pasar jer. Yang dah dipotong-potong tu.  Lalu lagi ke nak makan lepas ni? Lepas tu dengar pulak cite ikan pari ni adalah sumpahan kerana kecurangan seorang perempuan lalu dia disumpah menjadi ikan. (Cite dongeng jer kot). Lagi satu, kalau korang nak tau, ikan pari juga ada darah period. Sebab tulah ikan pari ni kadang-kadang baunya agak hancing/hanyir. Tips penting kalau nak beli ikan pari, janganlah beli ikan pari yang terkena air hujan sebab baunya sangat hancing. Nilah petua dari arwah ayah aku yang diperturunkan turun temurun memandangkan kami ni adalah keturunan nelayan.

Rupa sebenar ikan pari
Lepas tu ada pulak cerita dalam Mastika kata ada orang pernah tuuuutt dengan ikan pari. Lepas aku dah tengok rupa sebenar ikan pari ni, baru aku tau kenapa ada jugak manusia bongok yang sanggup buat macam tu.Tapi makanan feveret aku masihlah ikan pari bakar cicah sambal kerisik. Kata orang pulau. Dari kecik dah diajar makan macam ni.
Ikan pari yang dalam sangkar ni adalah ikan pari paya bakau, sebab tulah dia boleh hidup kat kawasan sungai ni.


Tengah kusyuk dengar budak ni bercerita - ada 2 ekor ikan pari dalam cage ni, sekor jantan nama Johnny dan sekor lagi betina yang aku tak ingat nama.

 Dia terangkan macam mana nak bagi ikan pari ni makan.
Letakkan makanan pada tangan dan masukkan ke dalam mulut ikan. Nanti pari tu akan sedut makanan tu.

Masing-masing terjua nak try bagi makan ikan pari.


Adik sepupu aku tengah ajar anak buahnya nak bagi makan ikan.

Geli sangat rasa bila tangan kita disedut oleh mulut pari.