Wednesday, May 29, 2013

Pengumuman : Penukaran Background Gambar Passport dari warna BIRU ke PUTIH

Semalam aku dah beria-ria nak amek gambar untuk buat passport, nak renew passport (reason why aku dah tak nak travel because of passport aku dah mati). Tunggu turn jer ni. Lambat sikit sebab ade couple ambil gambar nak kawen, so beria la sikit bubuh bedak bagi nampak lawo dan hensem.
Then sampai turn aku, kakak yang ambil gambar tu tanye.
“Nak ambil gambar ape dik?”
“Nak ambil gambar passport! “ Sambil tunjuk gambar visa Jepun yang aku buat hari tu.
“Saya nak gambar macam ni kak. Hari tu ambil gambar kat sini cantik.”
Skali kakak tu tengok aku, “Dik, ada bawak cd gambar buat visa hari tu tak? Kita boleh print skali.”
Aku tercengang klip pop-klik pop. Akak ni biar betul? Aku nak background birulah, bukannya putih. Buat visa hari tu memanglah backgroundnya putih.
Beria-ria akak tu terangkan yang background gambar untuk passport sekarang dah warna putih. Bukan biru lagi yer. Ramai yang tak percaya termasuk aku. Last-last die tunjuk surat yang imigresen dah kuat kuasa penukaran background gambar passport dari warna biru ke warna putih bermula dari bulan April 2013 hari tu. Kira masih barulah. No wonder la kan.
So tak payah nak ambil gambar lagi. Just bawak cd gambar masa aku ambil untuk buat visa Jepun tu then print ikut ukuran passport. Jimat RM7.
Pagi ni, aku terus browse website imigresen. Yeah, memang betul. Semua tertulis di sini. So lepas dah confirm, aku rasa nak khabarkan berita ni pada geng-geng traveller macam aku. Supaya tak terkejut beruk macam aku. Penukaran gambar tu berkuatkuasa secara berperingkat ikut kawasan.

Sila refer kawasan masing-masing mengikut jadual di atas.


Glemer makcik ni yer. Contoh gambar terbaru untuk buat atau renew passport.
Untuk tahu maklumat lanjut, korang boleh refer website Imigresen Malaysia ni yer.

8 comments:

  1. Owhhh.... Saya pun baru tahu... Mujur la tak print lagi gambor berlatarbelakangkan biru tu.... :)

    ReplyDelete
  2. Kenkawan akak pun ada khabarkan benda ni...

    ReplyDelete
  3. Aha..kalau mcm tu lagi jimat lah..ambil gambar utk buat Visa..leh guna utk buat passport sekali

    Hai..renew passport nampak..nak ke mana tue heeeeeeee...

    ReplyDelete
  4. JM,

    sy xkemana-mana pun. dah ikat kaki, tutup mata..cuma tengok n baca trip kawan-kawan jer. renew sebab tkt kene pg out station tibe-tibe, takut boss marah..

    ReplyDelete
  5. Saya pun baru tahu ni. Terimakasih. He.

    ReplyDelete