Monday, April 29, 2013

Monday Blues

Sejak dua tiga menjak ni, aku rasa tawar hati untuk mengembara. Aku rasa dah takde feel nak ke mana-mana. Kalau atas urusan kerja, aku terpaksalah redha. Tapi aku tumpang seronok baca perjalanan member-member blog yang lain. Bagi pihak diri sendiri pulak, aku nak letak titik koma pada dunia travel. Dan mungkin akan bersambung lagi nanti.
Tak lama lagi dah masuk bulan Mei, bulan ke lima tahun 2013. Kalau ikut perancangan tahun lepas, patutnya aku sedang pulun untuk habiskan exam dan training aku pada bulan 5 nanti. Tapi kita hanya merancang, selebihnya ALLAH yang tentukan. Dan yang pasti, rezeki tu bukan berpihak kepada aku.
Banyak dugaan yang berat datang menimpa aku sepanjang beberapa bulan  ni. Makin lama, makin berat sehingga rasa tak tertanggung kadang. Kadang aku rasa aku dah sampai limitnya dan aku terpaksa let go 1 by 1.
Kadang-kadang aku rasa apa yang aku kejar terlalu berat rasanya. Terlalu banyak halangan di depan mata. Takde orang lain yang faham apa yang kita nak dan cita-citakan. Untuk lepaskan apa yang aku kejar selama ni, tak sanggup rasanya. Sebab aku dah banyak berkorban.
Buat masa sekarang, aku nak concentrate dalam pencarian aku. Kadang aku hamba ALLAH yang lemah ni memang akan mengeluh sekali sekala. Kenapa aku yang harus menghadapi semua ni? Kenapa aku yang kena memilih? Kenapa aku takde pilihan? Kenapa orang tak faham? Apa salah aku nak kejar cita-cita yang ada?Kenapa? Sebab aku perempuankah jadi aku tak layak? Masih ada lagi mentaliti perempuan belajar tinggi-tinggi pun masuk dapur jugak akhirnya. -> Sapa kata tak masuk dapur? Aku memang boleh masak pun.
Aku adalah seorang yang tak boleh dengar perkataan NO. Ramai kot yang keras kepala macam aku jugak.
Btw, dikalangan membaca blog aku ni, yang jantina sama dengan aku adakah korang jenis perempuan yang independent atau sebaliknya? Cer komen skit aku nak dengar.
Words of the day.

"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan "

"Kita diuji kerana tuhan sayangkan kita"
Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

p/s: Sorry kalau aku sedih sikit hari ni. For this moment, biarlah aku type semua cerita-cerita travel aku yang lama. Yang aku simpan ketat-ketat dalam gobok. Rahsia ALLAH, biarlah Dia yang tentukan apa yang terbaik untuk hambaNya ini.

Tuesday, April 23, 2013

Buat apa di Kuching?

Nak update dari semalam, tapi keje hakiki banyak sangat nak kene buat. Malam tadi ketiduran awal lagi. Penat tak habis. Hari ni sambung kerja kat tempat lain, niat mulanya nak bergurau. Terus kene sindir. Habis mood ke laut. Bukan niat nak mengampu atau apa, cuma nak bagi ceria. Telatah manusia ni macam-macam.  Nampak baik luaran, tak semestinya baik dalamannya. Lepas ni memang kene take note, dengan si dia ni, memang tak patut bergurau. Tapi aku faham, tak semua manusia itu sempurna, termasuk yang menulis blog ni. Lagi banyak kekhilafan yang ada. Sekurang-kurangnya, aku sempat berhibur bersama tersayang wiken yang lalu. Itu sebenarnya yang ingin kuceritakan hari ni.
Jumaat malam, aku tiba di bumi Kuching. Tidak mahu susahkan sesiapa, aku ambil teksi untuk balik ke rumah makcik, RM26. Kalau naik ramai-ramai, murah la. Mak dan makcik terkejut ketika aku beri salam. I'm home! Makan-makan, borak-borak, hampir dinihari baru tidur.
Esok paginya, bangun awal. Nak ke pasar kata makcik. Mak ajak ke Pasar Satok yang baru. Since aku pun belum pernah jejak, on jer. Selalu nak buat taik mata kat rumah jer.

Sebelum pergi pasar, singgah sini dulu. Kedai nostalgia dari aku kecik sampai sekarang. Paling famous kat India Street, Kuching. Yang ni kat Satok, tak jauh dari pasar Satok yang lama.

Kedai ni famous sebab menjual pelbagai barangan masakan. Acuan muan kek, cookies, agar-agar, cekelat. Semua ada. Dari kecik mak aku usung tangan aku tarik ke sini. Tambah-tambah kalau dekat nak raya. Kopi mesin pun ade kalau tak silap, tapi kat India Street kot.

Mak tanya, aku ingat tak biskut ni? Kecik-kecik dulu suka makan katanya. I can't remember.

Nampak Bombay Spices di tepi kedai Tay Hak Hak, macam menarik jer.

Lepas tu baru kami teruskan perjalanan ke Pasar Satok yang baru di Kubah Ria.
Pasar Satok Baru di Kubah Ria terletak di seberang sungai Kuching.
Bahagian sisi

Tempat di sini lebih luas berbanding di Satok dulu
Tujuan kami ke sini untuk membeli bahan-bahan basah. Sempat juga aku menyelinap ke sana sini. Tempat di sini ternyata lebih selesa berbanding di tempat lama. Lebih teratur. Sekali sekala datang ke pasar Satok memang best, banyak benda menarik di sini. Dulu susunan agak lintang pukang. Sekarang tak lagi.
Di Sarawak takde pasar malam macam kat semenanjung, so bila ada pasar hujung minggu ni memang meriah. Sebab semua orang akan berkumpul dan berniaga di sini. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan peniaga-peniaga akan datang dari hari Jumaat lagi. Mereka datang menaiki four wheel drive atau lori dari pedalaman dan membawa hasil-hasil dari kampung untuk dijual. Mereka akan tidur di pasar dari malam jumaat dan malam sabtu. Mereka pulang semula ke kampung pada hari Ahad.
Kemudahan di sini lebih lengkap berbanding di tempat lama. Pihak pengurusan dah menyediakan kemudahan bilik air yang lengkap untuk mereka membersihkan diri. Lagi pun orang dayak pun dah moden sekarang.
Mak aku rajin nak cari ulam pelik-pelik kat sini. Aku nampak midin, tapi mak aku tak bagi beli. Sebab takut kene angin medu lagi. Midin adalah adik beradik dengan pucuk paku, cuma pucuknya berwarna merah. Rasanya lagi sedap dari pucuk paku. Kalau ke sini harus mencuba ok!
Sayur midin - kalau kat sini terbiar jer tepi-tepi semak.

Geram tak tengok? segar, besar-besar dan gemok.

RM60/kg


Harga ikut size, yang ni medium size so murah sikit.

Orang Sarawak panggil, ikan lumek. Sedap sangat kalau goreng and buat sup. Kalau kat semenanjung tak jumpa sebab ikan ni dibuat baja kat sini.
Aku sempat ke gerai-gerai yang menjual souvenir dan baju bajan. Gerai-gerai ni terletak kat hujung-hujung skit. Kat area tepi sungai. Jauh jugak nak jalan. Harga souvenir boleh tahan jugak murah. Fridge Magnet boleh dapat dalam 4 atau 5 ketul RM 10. Ikut size dan design. Baju bajan boleh dapat sehelai RM18, yang ni jenis kain yang berkualiti. Kalau kain biasa, boleh dapat murah lagi. Kalau beli banyak, boleh mintak diskaun. Kat Sarawak pun dah ada kain batik corak-corak Sarawak, harga range dalam RM10-15. Boleh beli untuk buah tangan.


Kain di atas mahal sikit sebab coraknya cantik. RM 20++

Rambang mata nak pilih


Baju di gerai ni berkualiti. Beli banyak boleh tawar lagi.

Kawasan gerai-gerai souvenir, di belakang tu dah sungai.

Ke bahagian Kek Lapis pulak.


Susah nak snap gambar. Orang asyik dok promote beli.


Bahagian kek lapis lagi

Tak lupa juga yang ini…

Seekor 40 sen

Ulat mulong atau ulat sagu. Gemuk dan montok. Dulu masa aku kecik-kecik banyak orang jual binatang ni dalam besen. Mak aku senang jer nak takut-takutkan aku waktu kecil dulu tunjuk ulat ni terus aku takut. Tak berani buat perangai kat pasar. Sekarang dah tak banyak.
Habis membeli belah di pasar, balik rumah sesi masak memasak.
Sup ikan lumek, tak sangka makcik aku beli ikan ni tadi.

Petangnya kami keluar lagi. Kali ni ada misi. Semoga ada rezeki menyebelahi kami.
Punca kenapa aku ke mari. Semoga ada rezeki.

Matahari petang yang sangat cantik di Kuching.
Keesokannya aku ke mari, menghantar barang makcik aku ke Pontianak, Kalimantan Indonesia. Kuching Sentral terletak di Batu 7
Kuching Sentral, stesen bas baru untuk ke Miri, Limbang, Sibu, Sabah, Kalimantan

Kurang sikit jer dari Pudu

Antara bas yang ke Pontianak. RM60 per way.

Air Asia pun ada bas di Sarawak nih.

Ada food court dan bistro di bahagian atas. Canggih, stesen bas bersama shopping complex.

Cantik!
Lepas ke mari, aku ke pasar semalam lagi. Tak perlulah nak cerita. Hari ni aku tak ke mana-mana sebab semua berkumpul dan makan-makan bersama. Weekend gathering.

Next day nya aku kembali terbang ke Kuala Lumpur. Dapat naik aero bridge. Selalu jarang sangat dapat naik kalau kat sini. Sebab pagi tu hujan.
Menanti untuk boarding


Sunday, April 21, 2013

Ekspedisi Gunung Kinabalu - Part 6 (Last Entry)

Ekspedisi Kinabalu Part 5
Ekspedisi Kinabalu Part 4
Ekspedisi Kinabalu Part 3
Ekspedisi Kinabalu Part 2
Ekspedisi Kinabalu Part 1

Memang kami posing sakan kat atas tu. Bila lagi nak enjoy the moment. Bukan senang nak sampai sini uols…Masa kami turun dari summit, kelihatan ketibaan bos besar yang nampak begitu kepenatan.

Dah nampak bos, kami pun bagi kata-kata semangat. Cayalah, you can do it boss..Padahal propa jer weh..Lepas tu cepat-cepat cabut. Tak molah lama-lama dengan bos.Nanti tak freedom. Kalau kita lambat, kene marah. Kalau boss lambat, takde sape nak marah. Redho jer la..Sebelum kene marah, baik cepat-cepat turun.
Sebenarnya, kita tak boleh lama-lama kat atas summit ni. Sebab lepas pukul 9 dan ke atas, awan akan mula menyeliputi summit. Kalau jadi macam tu, dah tak nampak jalan nak turun. So bahaya untuk semua pendaki. Guider kalau boleh akan avoid benda-benda macam ni berlaku untuk mengelakkan bahaya.
Tak nampak sign board ni dalam gelap, masa turun baru jumpa.

Kami bersama puncak seringgit. Owesome guys!

Semua tunjuk sini uols..

Masa turun ni rasa hilang separuh penat masa mendaki tadi. Tapi nak turun ni mencabar jugak. Jangan ingat tak mencabar. Masa mendaki, korang banyak guna otot paha. Masa turun, guna otot betis. Sebab tu kene make sure lutut korang ok kalau nak naik ke summit tu.

Donkey's Peak, cute kan?
Kami turun agak lambat sebenarnya sebab sibuk bergambar. Masa turun nilah baru nampak segala gaung maung kat tepi tali masa memanjat pagi tadi. Pagi tadi gelap, haram tak nampak apa. Ikut jer cakap guider. Masa nak turun ni terus insaf. Cuak gile. Silap pegang tali, boleh terlepas ke bawah.
Ingatkan kepercayaan ritual sebab kat NZ pun ade jugak macam ni. Rupenya, ni semua keje-keje pendaki mat saleh yang rajin dok susun batu.

Menyusuri jalan turun.

Ade aku kesah???

Bukan senang nak senang. Kene extra careful masa nak turun tu.

Permandangan dari atas.

Sayat-sayat Hut

Masa nak turun tu macam-macam gaya ade, spiderman, berukman,cicakman. Masa nak turun ni jadi takut sebab kita pandang sekeliling, kalau tak nampak tu aku rasa ok jer. Lepas part yang sukar ni, kami berehat sebentar di Sayat-Sayat Hut sebelum kembali ke Gunting Lagadan.

Part paling susah waktu nak turun. Silap pijak, boleh jatuh ke bawah.

Guider yang membantu

View menuju ke Laban Rata dari summit

Kalau lambat turun, keadaan jadi berkabus..

Memandangkan kami dah terlajak masa di summit, so masa turun tu agak rushing. Pukul 10 lebih baru kami tiba di Laban Rata. Tak sempat dah nak mandi manda or apa. Cuma kemas barang cepat-cepat dan segera bagi beg kepada porter.
Sepatutnya pukul 10.30 pagi kami dah kene keluar dari dorm di Gunting Lagadan. Sebab pihak Sutera Harbour nak bersihkan bilik sebelum peserta sampai dalam tengah hari. Breakfast di Laban Rata pulak disediakan sehingga pukul 10 pagi.
Lebih kurang pukul 11.30, kami mula bergerak turun untuk menuju ke Timpohon Gate. Mula-mula tu kami turun secara berjemaah. Lepas tu semua dah pakat pecah-pecah. Aku takut betul dengar ugutan ketua kumpulan kami lebih kurang macam ni la. “ Korang nak turun lambat-lambat? Dalam hutan ni cepat jer gelap. Nak ke korang jalan dalam hutan bila hari dah malam?” Aku dah terbayang macam-macam masa ni.
Kami semua senyap masa tu. Dalam hati aku target nak sampai cepat jer sebab takut. Takut la kalau sampai malam-malam. Yang penting kene sampai sebelum big boss sampai.
Waktu turun tu, memang banyak guna brek kaki. Kalau silap pijak, memang rasa nak tergelincir jer sebab licin. Nyaris jugak 2,3 kali aku nak jatuh tergolek.
Laluan di Timpohon ni memang sedikit boring. Takde view cantik macam Mersilau, penuh hutan di sepanjang laluan. Aku berlari-lari anak kalau lalu di laluan mendatar. Ni semua sebab nak cepat sampai sebelum gelap. Takut pun ye jugak…Takut ade yang main babacak pulak dalam hutan ni. Mau pengsan jap lagi.

Jalan turun ke Timpohon Gate
Part paling mencabar ketika menghampiri Timpohon Gate, kene panjat banyak anak tangga untuk naik ke atas. Ya Allah serius penat. Ingatkan dah tak payah panjat lagi. Rupa-rupanya salah. Memang rasa dah lembik lutut dah masa tu. Menyumpah dalam hati ok…Langit pulak makin gelap masa aku dah nak sampai ke Timpohon. Lepas jer aku kuar dari Timpohon Gate, lebih kurang pukul 3.45 petang hujan turun lebat. Syukur aku sempat sampai. Kelihatan kelibat kawan-kawan yang mana dah sampai awal dari aku. Lepas tu aku terus menonong ke Balsam Café untuk lunch. Macam-macam menu ada, tapi dah kepenatan perasaan nak makan tu kurang sikit.
Sorry kami tak snap gambar dah masa ni, masing-masing dah kepenatan. Lepas makan, kami mencari surau untuk solat jamak. Usai solat, sessi bergambar lagi sementara menunggu ketibaan big boss. Dari Asar menginjak ke Maghrib, big boss tak sampai lagi.

Tempat famous orang dok bergambar, di kaki Gunung Kinabalu.

In shaa ALLAH one day i will try..VIA FERRATA
Akhirnya dekat pukul 8 lebih, big boss pun selamat tiba di Timpohon Gate. Muka dia dah macam nak pengsan je mase ni. Kami cepat-cepat masukkan beg dalam van dan cepat-cepat cari port masing-masing. Malam tu juga kami akan berangkat ke Kota Kinabalu.
Perjalanan ke KK mengambil masa lebih kurang 2 jam. Driver van memang bawak van laju giler macam F1. Cuak jugak kami dalam tu. Lepas tu adalah suara-suara sumbang yang keluar, “Bang, kami ni tak kawen lagi bang. Jangan bawak laju sangat” Lepas tu pakat ramai-ramai gelak dalam cuak. Dah la keadaan berkabus, drive pulak laju-laju. Silap lipat, mau terbabas.
Mengikut tentative program, kami sepatutnya sampai ke apartment dulu sebelum makan seafood pada malam tu. Oleh sebab dah lari dari schedule, kami terus ke kedai seafood yang agak famous tu. Tapi sumpah aku dah tak ingat nama tempat tu.
Walaupun penuh makanan terhidang depan mata, ada butter crab, ikan sweet sour, shrimp soup, sotong goreng tepung, kalian ikan masin, tapi selera memang ke laut. Sehari tak mandi, bau macam kambing, penat semua ada. Memang takde selera sangat nak makan. Yang kaki makan pun boleh surrender. Meang tak habis pun makanan-makanan tu. Lepas makan, sesi pemberian sijil oleh big boss dan bos-bos kecik. Watever la. Mata aku dah nak pejam time ni. Nak cepat-cepat baik mandi.
Habis semua acara, kami berangkat menuju ke Promenade Apartment. Seingat aku, apartment ni ada 3 bilik. Satu master dan 2 bilik biasa. Dalam master tu ada jazuki ok. Aku mesti tak lepaskan peluang nak berendam dalam jazuki tu. Tips untuk hilangkan sakit atau lenguh lepas mendaki, seelok-eloknya mandi dengan air panas. Memang rasa segar lepas tu. Dah setel mandi, semua masuk bilik dan dibuai mimpi indah. Pengalaman memanjat Gunung Kinabalu adalah pengalaman terindah dalam hidupku yang tak mungkin aku lupakan.
Keesokannya kami bersiap-siap untuk berangkat pulang. Ada yang dah fly balik KL pagi-pagi hari. Ada yang balik tengah hari. Aku pulak? Masih meneruskan aktiviti suka ria di KK. Part tu kalau aku rajin, aku sambung nanti.
So dengan ini, tamatlah sudah cerita aku sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu 3 tahun lalu. 2013 baru nak habis cerita. Sebelum terlupa, ada 5 orang kalau tak silap tak dapat sampai ke puncak..Rasanya 2 orang sebab masalah lutut, 3 lagi sebab sampai lambat ke Laban Rata, pukul 8 lebih baru sampai. Alasan yang 3 orang ni memang tak boleh blah. Kami menikmati keindahan alam, sedar-sedar dah malam. Memang kaki lawak betul dorang ni sebenarnya.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             

Friday, April 19, 2013

Dadih Susu Tepung Coffemate

Sekarang dah masuk bulan 4, cuaca pun makin panas walaupun sekali sekala hujan. Bahangnya tetap terasa. Bila cuaca macam ni, mesti terasa nak makan benda-benda yang sejukkan tekak. Betul tak?
Aku sebenarnya lebih suka makan jelly kelapa dari makan dadih kalau cuaca panas-panas. Tapi first time aku rasa dadih home made buatan kawan aku, aku terus jatuh cinta. Sebab rasanya sedap sangat. Lain dari dadih-dadih biasa. Rupa-rupanya, resepi dadih ni guna coffee mate dan susu tepung, bukan dadih instant yang dalam peket tu..
Selain tu, nilah juga kali pertama aku berjaya buat agar-agar. Kalau sebelum ni asyik tak jadi jer, padahal agar-agar tu basic masakan orang kata. Anyway, jom tengok resepi mudah ni. Memang terbaek........Kawan aku cakap nak bagi resepi tapi dia terlupa, so aku google dan terjumpa resepi yang sama macam yang kawan aku explain.
 DADIH SUSU TEPUNG - resepi asal dari mothercooks 

2 cawan susu tepung - aku pakai susu everyday
1 cawan coffemate
3 cawan air suam
7 gm agar-agar
1 liter air
100 gm gula pasir
Cup plastik secukupnya

Cara-cara:

1. Masak agar-agar dengan 1 liter air hingga agar-agar hancur.
2. Kemudian masukkan gula dan masak lagi hingga gula hancur.
3. Bancuhkan susu tepung dan coffeemate dengan 3 cawan air suam hingga sebati. Tuangkan kedalam agar-agar. Kacau sampai sebati.
4. Tapiskan agar-agar dan tuangkan ke dalam cawan plastik. Bekukan dalam di dalam peti ais.

Memang sedap sangat dimakan ketika sejuk. Rasa sejuk jer masuk dalam tekak.



p/s : Tips memasak agar-agar selain agar-agar serbuk. Rendam dulu agar-agar supaya lembut sebelum dimasak. Ini untuk memudahkan agar-agar cepat larut ketika memasak.
Aku dapat 22 bekas kecil untuk satu adunan ni.
Selamat Mencuba! :)



Apa lagi, cepat-cepatlah buat, mesti dah terliur kan?