Wednesday, December 29, 2010

Perjanjian 3 ringgit

28 Dec 2010 - Bermulalah perjanjian 3 ringgit.

Nampak sikit, harap2 nnt boleh jd bukit...marilah kt start menabung kwn2....

Tuesday, December 21, 2010

Kek Lapis

Last 2 weeks aku cuba buat Kek Lapis Masam Manis versi bakar pulak...setelah berthn2 xbuat kek lapis, aku try resepi baru...Alhamdulillah berjaya...cuma aku xboleh nak upload gmbr skrg sbb digicam aku rosak pulak...gmbr sume jd hitam sbb ade mslh dgn flash...

Esok pg aku plan nak masak bihun utk bekal pg ofis...mase balik keje td, aku singgah kedai jap beli brg2 utk masak nnt...sekali aku tgk ade sotong bapak besar...before ni aku xpernah jumpa sotong yg ade ring or ukur lilit badan yg besar...aku suke sgt...aku amek 2 ekor...sotong ni aku nak cmpr dlm bihun goreng nnt.

sementara rajin ni, meh aku bg resepi bihun goreng.

1/2 peket bihun direndam dgn air biasa (setelah lembut, bihun ditoskan)
3 ulas bwg merah/1 biji kecil bwg besar - dihiris
2 ulas bwg putih - dicincang
1 bungkus kecil cili blender - ikut berapa byk bihun yg hendak dimasak
2-3 sudu besar minyak masak utk menumis
1-2 sudu besar sos cili
1-2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos tiram (xletak pun xpe)
1-2 sudu kicap manis/masin

bhn2 basah
sotong/udang/isi ayam/daging
sayur sawi (ikut suka)
taugeh (ikut suka)

utk perhiasan
daun bwg & daun sup (dipotong halus)
bwg goreng
cili merah (dipotong nipis2)
1 biji telur digoreng dadar yg dipotong nipis2.

Cara2 nya

1) Masukkan minyak ke dlm kuali, tggu sekejap bg panas. Kemudian masukkan bwg putih yg dicincang halus td. Selepas itu baru masukkan bwg besar/bwg merah. Tumiskan bwg td sehingga sedikit perang.
2) Masukkan isi2 ayam/daging/sotong ke dalam minyak tadi. Masak sekejap.
3) Kemudian masukkan cili blender td ke dalam kuali, kacau rata, tmbh sedikit air dan tggu hingga naik minyak
4) Masukkan sos tomato, sos cili, kicap atau sos tiram ke dalam masakan, ikut sesedap rasa. Letak secubit garam dan masukkan batang sawi yang telah dipotong. Dikacau rata.
5) Masukkan bihun yang telah ditos ke dalam kuali dan kacau rata. Kecilkan api untuk mengelakkan kerak di kuali.
6) Masukkan sayur sawi dan taugeh, kacau lagi. Kalau masih kurang masin, boleh la ditambah kicap.
7) Setelah siap, bolehlah dihidang bersama telur dadar yg dihiris halus, daun sup dan daun bawang, cili merah n bwg goreng. Nak lagi kick, boleh potong limau kasturi.

Thursday, December 16, 2010

First timer

This is my first time I have my own blog. So many things I want to share sometimes, that's why I make up my mind to have my own blog. Welcome to my blog. Sometimes, I will story about food, my travels n my recent activities such as hiking, jogging, marathon and etc...Hope u will enjoy my blog.