Friday, December 23, 2011

Kek Karemel - My First Trial

My Caramel Cake



My First Trial


Aku selalu tengok Kak Ita dari blog Masam Manis buat kek karamel. Yang aku tau kek ni memang very colourful. Aku tak pernah rasa pun sebelum ni. Satu hari, housemate aku bawak balik kek ni dari rumah makcik dia. Aku pun rasalah sepotong. Ya-ALLAH Subhanallah...Sedapnya nok.... Aku la yang dok ulang-ulang makan kek tu. Bagi aku sangat sedap....

Maka aku pun tetiba nak buat kek ni untuk diberi pada seseorang sebagai buah tangan. Huh, ada hati nak buat experiment tuh. Aku pun godek-godeklah rumah Kak Ita. Kak Ita, kalau Kak Ita baca ni, memang saya selalu ikut resepi akak. Sebabnya saya jadi teruja bila baca blog akak, semua saya nak try kalau boleh.

Bukan calang-calang nak buat kek ni, tapi kek ni sangat sedap, so...Aku nekad nak buat kek ni. Aku dok baca beberapa resepi dari internet. Aku nak betul-betul faham macam mana cara membuatnya. Ada 4 bahagian atau turutan untuk membuat kek ni.

Rupa sebelum masak lepas dilorekkan dengan lidi.


Rupa selepas masak - kek dha renggang dari acuan


Rupa selepas diterbalikkan - pudding karamel sedikit cacat.

Resepi asal dari : Kak Munira Baharum
Tunjuk ajar oleh : Kak Ita Blog Masam Manis 

Kak Ita, saya copy and paste resepi dari rumah Kak Ita ye. Senang untuk kawan-kawan refer sumber resepi ni nanti. Saya ada olah resepi ni ikut cara saya and terpulang pada kawan-kawan untuk ikut cara masing-masing.


1. Gula Hangus & Karemel

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

**Saya punya gula hangus cair tak sekata, jadi berkumpul di tengah. Lain kali kene cepat sengetkan loyang sebelum gula mengeras.

Bahan Karemel

1/2 tin susu cair – saya gandakan jadi 1 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla – 1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur – saya guna 6 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut. (mula-mula confuse sebab ingat kene kacau atas api, tapi rupanya tak payah, tak perlu guna mixer pun)
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

2. Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh

***Lepas dah buat merinque ni , baru saya blend bahan untuk kek. Sebab bagi saya macam susah pulak kalau dah blend bahan kek and baru nak blend merinque. Tapi terpulanglah pada diri masing-masing yang mana senang.

3. Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

4. Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja

Pembahagian warna.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak - (saya buat 4 warna)
Letakkan pewarna yang anda sukai - (warna yang saya pilih, burgundy, hijau, peach and putih – sebab tu kek saya terlalu colourful)
**Warna putih tu nak cover warna yang terlalu colourful tu sebenarnya.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C – mungkin oven saya kena guna suhu 170C sebab pudding caramel masih lagi berair.
Gunakan api bawah sahaja.

** Saya mintak maaf sebab tak ikut cara Kak Ita, dah buat tengah-tengah malam, saya nak cepat habis jer dan pembahagian warna kek pun tak sekata, first time cuba.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


Rupa kek selepas di potong - pudding karamel telah mengeras di dalam peti ais.


** Saya cadangkan, kita simpankan kek ni dalam peti ais dulu supaya pudding karamelnya betul-betul mengeras. Sebab tak sabar nak tengok kejadiannya, saya terbalikkan di atas pinggan tanpa simpan dalam peti sejuk dulu, sekali tengok-tengok terabik sikit. Nak buat macam mana, tapi bila makan sedap jer.

Apa-apa pun, nilah first time saya cuba kek ni. Memang harus repeat lagi untuk dapat rupa kek yang lebih cantik. Terima kasih pada Kak Ita blog Masam Manis dan blogger-blogger lain yang telah sudi mengajar cara step by step untuk membuat kek yang mencabar ni.


Monday, December 19, 2011

Triffle Puding

Puding Triffle yang wallaaaaaaaaaaweeeeeeeeeeiiiiiii

Ada sorang kawan yang memperkenalkan puding triffle pada aku. Aku rasa puding triffle tu sangat-sangatlah sedap. Sebab aku tak pernah makan puding triffle sebelum ni. Triffle ni diambil sempena nama TRIPLE = TIGA. kalau kita tengok, puding triffle ni pun ada 3 lapisan. Lapisan kek, lapisan jelly dan kastard. Aku pun tanyalah macam mana nak buat respei ni, tapi memandangkan makcik dia yang buat resepi ni, so dia suruh aku google.Maka terjumpalah resepi mantap ni dari misz su dari My Resipi.

Last 2 weeks ada birthday boss di ofis, so aku pun buatlah puding triffle untuk dessert. Aku buat 3 bekas tupperwear yang besar. Untuk staff seramai 50++. Masa tu aku tak sempat ambil gambar puding sebab busy sangat. Last week aku buat lagi untuk dibawa pulang ke kampung. So dapatlah aku snap photo untuk masukkan dalam blog ni.
 

Puding triffle


Resepi dari misz su dari MyResipi yang sangat-sangat sedap. Tumpang share di sini ya sebagai rujukan nanti.


Boleh refer pada link di atas. Cuma saya ubah cara-cara pembuatannya mengikut nasihat kawan saya.


Bahan-bahan ( 5-7 )
  • 1 tin susu cair/ 400 ml fresh milk.
  • 1 sudu besar
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard = 400ml
  • Saya guna kek London Roll yang peket kecil-kecil tu, kek ni sangat sedap dan lembut.
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya 
  • 1/2 tin buah pic - kalau tetamu ramai, gandakan sukatannya.
  • 1/2 cup buah blueberry**
  • 10 biji buah strawberry**
  • 1/2 tin nata de coco**
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona - saya guna perisa Rasberry, warna merah.
  • 1 mangkuk air panas/400 ml air untuk jelly.
Bahan yang bertanda ** adalah optional. Kalau takde pun takpe.

Cara-cara -

  1. Susunkan kek gulung tadi sehingga habis.
  2. Masukkan 400 ml air tadi bersama dengan serbuk jelly tadi. Dikacau sehingga semuanya hancur di dalam periuk atas api. Setelah semua jelly telah hancur, tutup api dan tuangkan di atas lapisan kek yang kita susun tadi.Biarkan seketika. Lapisan jelly diletakkan atas kek supaya manis-manis dan masam jelly akan masuk ke dalam kek. itulah yang kawan saya kata. Tapi terpulanglah pada individu masing-masing macam mana yang anda suka.
  3. Boleh juga letakkan separuh buah -buah campuran, blueberry, strawberry di atas lapisan jeli yang sedang menyejuk tadi. 
  4. Panaskan susu ideal di dalam periuk bersama gula. Kacau sehingga mendidih dan masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air sejuk tadi. Kacau sehingga kastad betul-betul pekat dan tuangkan di atas lapisan jelly dan kek.
  5. Letak semua buah-buahan di atas lapisan kastad dan biarkan sejuk di dalam peti ais. Sedia untuk dimakan. Boleh juga letakkan whipping cream atas pudding untuk rasa seperti ais krim. 

 Lapisan pertama - lapisan kek bersama jelly

     Lapisan kedua - lapisan kastard dan buah koktel


 Lapisan terakhir - kek dan jelly sebagai penutup.

Sebenarnya saya ada buat 2 version triffle. Yang dalam gambar ni, saya buat 2 lapisan kek dan jelly atas bawah. Bahagian tengah adalah puding kastad bersama dengan buah-buahan.

Friday, December 16, 2011

Travelogue Melbourne/Sydney - Day 1 (Part 2)

Hujan renyai-renyai. Aku rasa rushing sangat time ni, sebab aku kalut nak ke Malaysia Hall. Dalam website kata ofis akan tutup pada pukul 4.00 petang. Sekarang dah pukul 3.30.

Plan asal aku, nak naik bas no. 400 dari T3, Sydney Domestic Terminal ke Randwick Junction, jalan sikit sampailah Malaysia Hall yang terletak di Alison Road. Route ni lagi murah, lebih kurang 5.70 AUD.

Tapi kalau nak cepat, aku kena naik tren dari Airport sampai Central Station n naik bas no. 372 ke Alison Road. Tapi naik tren memang mahal la, 3x ganda harga dari bas. Banyaknya tapi....

Aku berfikir-fikir, nak gamble naik bas or naik tren. Naik bas memang lambat skit, tapi murah. Naik tren cepat tapi mahal n yang pasti aku dah kesuntukan masa. Dah berjanji dengan orang kan?

Akhirnya aku decide untuk naik tren sebab lebih cepat n aku pujuk hati aku, balik nanti aku naik bas lah dari Malaysia Hall ke Airport. Masa tu at least aku dah familiar dengan transportation kat sini kot, tu tanggapan aku.

Aku bayar duit tren, 15.00 AUD hanya untuk ke Central Station yang hanya 10 minit. Yang jadi masalah bila aku convert jadi RM. Memang rasa tak sangguplah kan. Dalam hati berkata, kat UK pun tak mahal macam ni. Mahal betul la Sydney nih. Lepas dah dapat tiket, aku turun escalator untuk tunggu tren. Aku bertanya kepada local sama ada tren yang aku tunggu ni betul atau tak n ada seseorang hamba Allah yang ingin membantuku sebab dia pun nak ke Central jugak. Sementara tunggu tren, aku habiskan baki donut tadi sebab aku tengok ada sorang minah saleh ni makan chips yang besar-besar and panas dalam keadaan sejuk n lapar ni. Dia pun selamber jer duduk. So aku pun selamberlah duduk jugak.


Sempat snap sikit jer gambar sementara tunggu tren.

Lebih kurang 10 minit kemudian, tren pun sampai. Owh...Ni lah tren yang Fatt bagitau ada 2 tingkat tu. Aku nak duduk tingkat atas, tapi trip aku sekejap jer. Minah saleh yang nak tolong aku tak bagi aku naik atas, sebab takut aku hilang gamaknya. Takpelah tak de rezeki nak duduk tingkat atas.


View dalam tren 2 tingkat

Lebih kurang 10 minit aku pun sampai Central Station. Aku pun say thank you n mencari arah untuk tunggu bas. Tren ni kat level atas, aku kena turun tangga n tanya pada orang kaunter di mana tempat untuk aku dapatkan bas. Aku kena lalu satu tunnel yang panjang lebih kurang 200m untuk tunggu bas. Dalam tunnel ni, ada ukiran-ukiran di dinding. Ada jugak orang cari makan sebagai pemuzik jalanan. Bila lalu tunnel ni, memang mengingatkan aku suasana di Hamburg. Aku rasa aku duduk di German. Aku tersedar bila aku nampak AUD and bukan Euro. Aku kena melintas jalan untuk tunggu bas. Kebetulan masa aku sampai, aku nampak bas 372 berhenti betul-betul di depan aku. Aku tak boleh terus naik bas sebab hari ni weekdays (Jumaat). Aku kena beli tiket sebelum naik bas. Tiket kaunter terletak di belakang tempat menunggu bas tadi. Tapi aku kena menapak lagi dalam keadaan hujan renyai-renyai dengan anak gajah di depan dan belakang.

View dalam tunnel - penuh dengan lukisan yang agak cantik, tapi ada jugak yang gatal conteng.

Transit Shop - tempat beli tiket time weekdays n siang, terletak di belakang bus stop.

Tiket bas untuk ke Malaysian Hall di Alison Road costly about 3.30 AUD. Lepas dah beli tiket, aku pun duduk menunggu bas. Tetiba aku nampak ada sorang budak remaja ni dok mintak duit kat orang sekeliling. Muka dia macam muka tak makan or tengah gian. Aku pun dia mintak sekali. Aku cuma geleng-geleng kepala. Haish, bandar besar macam ni pun ada pemintak sedekah macam ni ke? Aku beredar bape langkah dari situ. Takut jugak kot-kot dia keluarkan pisau ke ape ke. Manelah tau kan. Dalam hati aku berdoa semoga bas cepat sampai. Aku risau Malaysia Hall dah tutup masa aku sampai nanti. Hujan, sejuk, letih, lapar, semua ada masa ni. Memang letih sangat sebenarnya.
Lebih kurang pukul 4.10, bas 372 pun sampai. Aku beratur n cepat-cepat naik. Aku nak duduk sebab aku dah tak larat nak berdiri.

Masa on the way, ada sorang makcik bertudung naik bas. Muka dia macam orang kita. Ada seat kosong tepi aku. Aku offer makcik tu duduk. Dia dapat agak aku nak turun kat Malaysia Hall. Aku mati-mati ingat dia orang kita, tapi bukan, mungkin orang Indonesia yang dah lama duduk sana. Dia bagitau aku, lepas traffic light tulah Malaysia Hall n dia tolong tekan loceng untuk aku berhenti. Aku ucap terima kasih n senyum padanya sebab tolong aku. Orang berbudi, kita berbahasa.

Dalam hujan renyai yang semakin lebat, aku cuba berlari-lari supaya aku tak kuyup. Alhamdulillah, nampak pejabat Malaysia Hall masih terang. Nampak Puan Nurhani @ Kak Nani dari luar. Dia tolong bukakan pintu untuk aku. Aku bersalam dengan dia dan mintak maaf atas kelambatan aku. Dia seorang yang peramah n baik. Aku introduced nama aku, isi buku tetamu n bayar deposit penginapan. Deposit 100AUD, bayaran penginapan 2 malam = AUD 24 n AUD 15 once off payment untuk sekali menginap. Total semua 139 AUD.

Bilik aku no. 32, 2nd floor. Masuk Malaysia Hall kena bukak kasut yer, macam masuk rumah kita jugak. Aku nak cepat-cepat naik bilik sebab dah letih. Nak rest, nak makan, nak shower, nak titun...

Lepas letak barang-barang, aku gagahkan diri untuk snap photo sebelum aku kucar kacirkan bilik ni. Toilet ada dalam bilik. Bagi aku sangat selesa. Alhamdulillah. Dapat jugak berjimat duduk kat Malaysia Hall ni. Lepas dah ambil gambar, aku turun nak cari makanan kat kitchen. Aku dah lapar giler. Siang semalam masa kat Malaysia, aku cuma makan mee goreng masa minum petang. Malam dalam flight cuma makan Chicken Penne, tapi tak habis pun. Semua tak de selera. Bayangkan lapar aku macam mana sekarang ni? Rasa nak makan orang tau tak?


Ada 2 katil bujang dalam bilik - aku pilih katil dekat dengan tingkap.

Ada tv jugak, syukur Alhamdulillah dapat juga aku menumpang teduh.

Katil aku di Malaysia Hall - ceewah....


Aku dah tak sabar-sabar nak tunggu nasi goreng aku ni. Dalam hati aku kata, mesti banyak nasi dia nanti. Makan kat oversea kan big portion. Berangan lebih nampak....10 minit lepas tu aku tunggu nasi goreng aku siap. Bau tak boleh blah...

Nasi Goreng Kampung makan time panas-panas, kebulur tahap dewa n cuaca sejuk - memang terbaekkkkk n sangat-sangat sedap.
Hasil dari Malaysia Hall kitchen - AUD6

Tarrrrrrrrraaaaaaaaaaaaa...Nasi goreng aku dah siap......Mengancam seh. Budak tu siap wish “ Enjoy your meal!!!!!” English die very fluent. Lepas dia masuk balik kitchen, aku dengar slang kelantan keluar.............Argggggghhhhhhhhhhh.....Kalau hensem, putih, kacak, pandai masak.........kenapa mesti orang negeri ni jugak???????Owh.....aku memang tak boleh jauh dengan orang Kelantan, di mana saja ku berada, orang Kelantan mesti bersamaku.

P/S : Jangan marah orang kelantan, aku sangat suka makanan Kelantan terutamanya nasi kerabu n laksam. Aku berkawan dengan ramai orang  Kelantan n baik dengan mereka. Tapi aku takut dengan lelaki Kelantan sebab tak mahu dipermainkan. Tapi sejauh mana kita lari, sejauh mana kita tak suka, akhirnya itulah yang kita dapat, kerana Mr L ku adalah orang Kelantan. Masin mulut aku, skali memang aku yang dapat lelaki Kelantan itu.

Nanti aku sambung lagi...Ada 1 part lagi tak habis dalam siri ni.



Thursday, December 15, 2011

Travelogue Melbourne/Sydney  - Day 1 (Part 1)

Flight ke Melbourne pukul 10.30 malam. Aku sampai di airport lebih kurang pukul 9. Drop luggage kat kaunter sebab aku dah buat web check in. Tapi tak sempat jugak nak makan dengan Mr L. Dalam kul 9.50 baru aku nak kedek-kedek masuk dalam. Malas nak masuk awal. Kot-kot la flight ter’delay’ pulak. Budget nak beli sumting untuk kunyah-kunyah sebelum makan main dish nanti. Tapi last-last tak jadi. Cuma beli air jer.

Aku cuma fikir nak makan dan nak tdo. Perut dah berkeroncong tahap dewa. Mula-mula seat aku penuh row. Tapi nasiblah Mat Saleh besar tu pindah ke depan, so dapatlah aku duduk tepi tingkap. Lebih kurang 1 ½ jam kemudian, barulah dapat melantak makanan. Tapi aku tak berani nak makan banyak sangat sebab perut aku sangat-sangat berangin. Takut muntah pulak.

My dinner malam tu - Chicken Bonne Femme



View sebelum landing


Aku duduk sebelah Mat Saleh muda, tapi awek dia dok asyik menyibuk kat situ, so tak dapatlah aku conquer 2 seat. Tidur aku pun ala-ala terganggu. Dalam pukul 3.15 kami dikejutkan supaya memakai tali pinggang keledar, sebab ada turbulence. Agak lama jugak aku rasa. Lebih kurang 45 minit. Lepas tu dieorang dah switch – on lampu sebab dah pagi, masa di Aussy lebih kurang pukul 6 or 7 mase tu. Lepas tu aku memang tak boleh tidur dah. Pukul 9.30 kami touch down. Cuaca agak suram sikit. Still kene hold sebab dieorang masih tunggu ground handling.

Pukul 10.00 pagi time Melbourne, aku dah masuk dalam queue yang panjang. Fuhhhh, ramainya manusia. Sampai turn aku, passport aku kena belek 2x, sebabnya...Gambar passport aku adalah gambar 5-6 tahun lepas. Masa tu muka aku suci dan kudus lagi. Cewah...Takdelah, sebenarnya sebab dulu aku ada pipi yang tembam dan berisi, tapi sekarang aku dah lose weight. So pipi tembam aku dah hilang dan cara aku pakai tudung dah lain. Dulu pakai tudung ala-ala tajam kedepan, sekarang dah pakai Syria n aku pulak pakai spek masa tu. Risau gak aku takut imegresen tak caya pulak. Lepas dia percaya aku dah lose weight semua, aku pun dilepaskan, nak amek luggage pulak. Luggage tak lama sangat.

Oleh sebab aku bawak makanan, so aku pun men’declare’lah makanan-makanan aku ni. Aku cuma bawak, key-teow Pa Ma, mee goreng indo cafe, rendang ayam & kuah kacang Pak Brahims. Yang aku perasan, even ada orang Malaysia yang tak bawak makanan pun still juga kena beratur untuk diperiksa.

Lama juga menunggu beratur, dah pukul 11 rasanya. Nasiblah aku tak gatal nak book flight pukul 11.30 ke Sydney. Aku dah boleh agak mesti kene tahan lama punya. Mr L dah pesan dengan aku sebab kengkonon dia slalu tengok documentary kat Astro pasal kastam n imegresen Aussy, kalau makanan aku or apa barang aku kena rampas, jangan lawan, ikutkan jer. Aku jawab, yes, I know n saya pun tak nak cari pasal.

Aku beratur di antara passenger India n China. Yang China ni cuba nak potong aku sebab nampak aku sorang and asyik dok tolak-tolak aku dari belakang. Seyes annoying gila. Aku harap sangat aku boleh blah cepat-cepat dari dieorang. Bila sampai turn aku, as usual, say good morning then aku explain skit apa aku bawak. Dia pun beleklah rendang ayam Pak Brahims aku. Dia bukak kotak rendang tu. Aku dah tawakal, kalau die nak buang rendang tu nak buat macam mana kan.

Then dia pun explain, packaging ni tak safety la.Next time dont bring la. Aku pun dengar jerlah. Last-last die lepaskan aku n barang-barang aku. So far, takde apa-apalah. Aku ucap thank you dan mula bergerak keluar. Barang-barang aku yang lain sikit pun tak terusik. So far semuanya ok. Yang aku perasan, kat Airport Melbourne ni dieorang tak bawak anjin untuk hidu beg macam kat Gold Coast. Aku lega sikit kalau anjing tu takde. Even tak de apa-apa yang salah aku bawak, tapi bila nampak anjing aku akan jadi neves otomatik.

Keluar dari kuarantin kastam tu, aku nampak Travellers Information kat sebelah kiri International Arrival Hall. Kat sinilah kalau korang nak book hotel/hostel untuk yang belum ada accomodation lagi. Korang boleh collect info dari sini dan gunakan telefon free yang disediakan untuk menghubungi hotel-hotel yang ditawarkan di sini. Oleh sebab aku nak terus ke Sydney, aku xambil apa-apa info lagi berkaitan dengan Melboune. Aku malas, takut berat lagi beg aku.


Traveller Information - you can book your transportation, accomodation and trip package here.

Aku bergerak keluar dari terminal untuk mencari Terminal Tiger Airways. Aku pun jadi confuse, manalah Terminal 4 ni... Skali aku pun ternampak papan tanda T4 Domestic. Kalau keluar dari International Arrival, korang pusing kanan dan jalan straight sampai ke penghujung terminal. Kat tengah-tengah nanti korang akan nampak orang beratur untuk membeli tiket bas Skybus. Aku pun menapak slow-slow nak cari Tiger Airways ni.

Kena menapak lebih kurang 10 minit untuk ke T4 dari International Arrival.


Open air cafe @ Tiger Airways Terminal, T4 Tullmarine Airport/Tulla Airport


Rupa-rupanya, T4 ni terletak agak jauh or terkeluar dari main terminal. Bila aku dah sampai depan T4 ni, aku agak terkejut. Mak aih, lagi low cost dari LCCT kita rupanya. Ada Tiger Cafe di depan-depan terminal dan orang makan minum secara open air. Aku pun terus masuk kot-kot dah boleh check-in. Aku sampai situ lebih kurang pukul 11.20 am. Rasa nak minum dulu, tapi rasa tak best kalau tak check in lagi. Dalam pukul 11.30, kaunter check-in pun buka. Aku pun cepat-cepat nak check-in. Aku bawak 2 beg, satu bag pack 45 liter and satu lagi beg galas biasa. Skali dia timbang dua-dua beg aku. Timbang 2-2 beg, skali tengokkkkkkk 12kg.......Ticketing kat kaunter tu bagitau aku, “ You excess 2kg. So, you must check-in your luggage and you have to pay for seventy.”

Aku reply balik “ Sorry, seventy or seventeen?” Telinga aku dah ala-ala pekak dengan tak cukup tidurnya. Dengan sejuk n lapar kebulurnya.

“Seventy!” Dah!!! Aku rasa nak pitam. Rasa tak nak pergi Sydney dah masa tu. Dunia rasa nak kelam kejap.

Then aku pun menjawab, “I will check-in later,” dalam hati berkata, dugaan pertama sudah datang.

Ticketing tu just say “Ok and come before 12.30 if you want to check-in.”

Aku masih lagi buntu n blur. Dalam hati masih berkira-kira, should I continue to Sydney to just change my itinerary to stay here? Gila bapak mahal 70 AUD untuk kaunter check-in. Ini memang nak lawan menipu dengan Air Asia gamaknya. Actually aku memang tak ambil check in luggage sebab aku tak nak tiket aku terlalu mahal nanti. Tapi padan muka sendirilah kan. Aku dok keluar masuk toilet dalam keadaan buntu. Aku jadi sedih tiba-tiba.

Kalau korang nak kutuk aku masa ni pun korang kutuklah sebab aku memang send message kat Mr L bagitau condition aku. Aku memang rasa nak quit, tapi aku dah janji dengan Malaysia Hall aku nak stay sana. Macam mana ni? Aku memang tak reti nak gunakan gerak hati aku lagi. Skali Mr L reply aku, buang semua makanan, tuala dan ubat.benda tu awk boleh beli kt sana nnt. Dalam hati, habislah makanan aku. Tak dapatlah aku berjimat nanti, konon nak save beli makanan. Dengan ketidakrelaan maka aku pun mencampaklah semua makanan yang aku ada. Kotak-kotak ubat yang tak penting dalam First Aid aku pun aku buang. Rasa nak buang kain batik yang aku bawak pun yer jugak, tapi aku sayang pulak. Wet tissue untuk lap pun aku buang jugak. Tapi aku masih rasa kalau timbang nih berat lagi ni. Skali kata hati aku berbisik, apa kata pakai baju tebal-tebal, sumbat semua dalam jacket, at least kalau timbang, ringanlah sikit.

Aku kalau travel memang jenis bawak tudung Syria n shawl-shawl yang tak payah diseterika. Last-last korang tau apa aku buat? Even benda ni agak keterlaluan. Aku ada bawak few inner tudung warna warni untuk tukar-tukar. Aku sumbat inner tu kat dalam pakaian dalam. Korang nak kutuk aku time ni or korang nak gelak ke, suka hati koranglah. Lepas tu aku pakai inner dalam t-shirt, shawl-shawl aku lilit kat pinggang luar inner (masa ni aku dah pakai tshirt). Aku ada selai syria hitam, aku pakai syria ni n lilit lagi shawl kat kepala aku. Lepas tu aku lilit cardigan kat pinggang aku n aku pakai jacket. Nasiblah jacket aku tu besar. Tak lah nampak sangat oversize aku tu. Memang aku tak ambil gambar time ni sebab aku rasa seyes aku macam orang gila meroyan. Nasiblah takde orang Malaysia kat situ time tu. Kalau tak mesti orang tu kutuk aku sebab nak berpesyen tapi tak reti. Ops lupa pulak, aku pakai tights kat dalam jeans aku nak bagi kurangkan berat beg lagi. Memang huduh sangat rupa aku masa ni.

Habis hilang perasaan lapar aku yang setengah mati ni sebab cuak sangat. Bila dah ready semua and sempat jeling makanan-makanan yang susah payah aku bawak tadi, aku pun teruskan perjalanan ke kaunter. Memang takde rezeki aku nak jamah makanan Pak Brahims kat sana. Penat lelah lalu kastam bagai, akhirnya terpaksa buang jugak semua makanan tu. Orang dah start ramai beratur nak check-in. Aku pun turut beratur. Mulut aku terkumat kamit baca doa. Semoga aku lepas. Gila apa aku nak bayar 70 AUD macam tu jer. Ingat aku kaya ke hape. Dah la bawak duit kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sampailah turn aku, aku sediakan salinan tiket yang aku print n passport. Aku dah berdebar-debar nak timbang lagi. Skali tak kena timbang pun. Mungkin sebab masa dah makin suntuk, dah dekat pukul 12.30 masa tu. Aku lega yang amat. Tapi dalam hati menyumpah lah jugak. Kalau aku tau, xdelah aku susah payah begini and rasa sayang pada makanan tu datang balik. Aku fikir-fikir lagi balik, kalau aku ambil makanan tu, takut kena tahan dengan polis airport tu pulak. Last-last, aku masuk ke dalam tanpa menoleh lagi.

 
Bila dah lepas semuanya, barulah aku rasa lega. Aku keluarkan apa yang aku sumbat tadi selagi boleh. Aku tak nak lah sesak nafas pulak dalam flight nanti. Masa ni aku fikir aku harus cari apa nak isi perut. Sebab aku sangat-sangat lapar. Kat departure hall ade few shops yang jual makanan. Sushi stall pun ade, jangan tak tau. Aku cuma pilih untuk makan donut n mineral water. Sebab aku sangat dahaga n lapar. Donut die mak aih manisnya. Tapi sebab aku perlukan energy, manis donut tu kire jadi ubatlah untuk aku. Barulah aku rasa segar balik.

Strawberry Donut & Mineral water cost me 7.50 AUD.

Dalam pukul 1.10, kitaorang dah get ready untuk boarding. Aku masih debar-debar lagi. Masuk dalam kapal, aku pun hanyut sebab rasa letih sangat-sangat. Sampai di Sydney lebih kurang pukul 3.15.

Nantikan Part 2. Sorry kalau ayat terlalu panjang. Banyak sangat aku nak ceritakan sepanjang trip aku ke sana. Sorry kalau korunk boring.

Monday, December 5, 2011

Nasi Arab Cik CT & Kerabu Tomato

Menu yang sesuai untuk lunch atau majlis-majlis keramaian.

Jemput makan yer kawan-kawan semua.

Nasi Arab Cik CT dan Kerabu Tomato – hasil dari perjumpaan dengan Kak Teh di Aussy. Sampai bincang bab resepi tu kat sana.
Original resepi oleh : dec_sc_girl@myresepi.com,
Boleh rujuk resepi asal di sini ya: Nasi Arab Berempah
Untuk dec_sc_girl, saya mintak tumpang tulis resepi di sini ya. Supaya senang untuk saya buat rujukan.
Resepi asal untuk 3 orang makan, saya tambahkan lagi untuk 5 orang makan. So bahan-bahannya pun pandai-pandailah kita agak. Kalau kurang nanti, tak cukup berempah pulak rasanya.

Bahan-bahan ( 3 orang ) – bahan-bahan lain perlu ditambah juga untuk menyesuaikan dengan ayam dan nasi

  • 6 ketul ayam – saya guna seekor ayam, dibelah 4.
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil jintan manis
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 3 cawan beras basmathi - saya guna 4 cawan beras
  • 5 cawan air - saya guna 6 cawan air, extra untuk sup
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1/2 biji bawang besar - di mayang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar rempah kurma - saya guna sepeket untuk tambahkan rasa rempah.
  • Garam dan gula secukup rasa
*** saya tambah fresh mushroom button dan kismis dalam nasi ni.

Cara-cara

  1. Bawang merah,bawang putih, halia ditumbuk kasar.Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.
  2. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.
  3. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan-bahan rempah kasar dan bawang yang terdapat dalam sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cawan sup bagi menggantikan air semasa mengisar.
  4. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukkan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yang dikisar tadi.Tumis sebentar dan masukkan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.
  5. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan diselang selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Boleh tabur dengan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang.Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun. (saya makan dengan kerabu tomato dan sup berempah rebusan ayam tadi).
Resepi Kerabu Tomato Cik Mat
Resepi asal boleh refer sini yer, Kerabu Tomato Cik Mat Gebu
Cik Mat, saya tumpang letak resepi di sini yer. Maafkan saya kalau banyak sangat ubah suai pada bahan-bahan.
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji tomato (mat guna 4 biji) – saya guna 2 biji
100 g ikan bilis yang telah dibersihkan – takde ikan bilis, so saya tak letak
3 biji limau kasturi, ambik jusnya – saya guna 1 ½ biji limau nipis
1 camca besar gula
50 g daun pudina(mat guna daun kesom), hiris kasar – saya guna daun sup
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar*
2 biji bawang merah*
3 biji cili merah (mat guna 5 biji cili padi)* - saya guna 2 biji cili merah
5 biji cili padi hijau*(*dihiris)
½ biji capsicum hijau – dipotong dadu
1 biji timun – dipotong dadu, buang bahagian tengah, ambil bahagian luar sahaja.
*** saya guna bahan yang ada saja dan gunakan sambal belacan ready made yang dah ada.
Gaulkan semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi dan siap untuk dimakan. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk dulu sebelum makan.

Friday, December 2, 2011

PERANGI AIRPORT TAX!!!!!!!

SAY NO TO AIRPORT TAX INCREASE!!!!!!!!!!!!!!






Mulai 1st Dec 2011, MAHB akan menaikkan airport tax untuk International Airport kepada 28%. Maka dengan ini, makin meningkatlah budget/kos kita untuk ke oversea. Oversea ni bukan hanya meliputi London, Paris, China, Jeddah, India, tapi termasuklah Indon, Thailand, Philipine, Cambodia dan termasuk dengan sekitar dengannya. Oleh itu, aku nak ajak geng-geng travellers macam kita, sign petition menunjukkan ketidaksetujuan kita pada MAHB untuk menaikkan airport tax sebanyak 28% yang dianggap terlalu tinggi.
Airport yang terlibat adalah :(aku tak dapat copy paste table yang sepatutnya)
International Airport Penang, Kuching, Langkawi = RM 14 (increase)
International Airport Kota Kinabalu & LCCT = RM 7 (increase)
Boleh follow link di bawah ni untuk submit your petitions: