Thursday, March 28, 2013

Sepetang di Kobe

Lets continue our journey to KOBE. Memang aku ketiduran dalam tren on the way ke Osaka. Sampai jer Osaka, orang ramai giler. Aku tak ingat aku tunggu kat platform mana. Ramai orang nak ke Kobe jugak. Tren penuh. Kali ni aku terpaksa berdiri.
Aku rasa jauh jugak dari Osaka nak ke Kobe. Mungkin sebab aku berdiri, ruang sempit, ramai orang pulak tu. Aku jadi sedikit rimas. Memang rasa nak surrender, tapi tak rock la macam ni. Tahankan jugak rasa dalam hati ni.
Sampai di station Kobe, aku rasa terpinga-pinga kejap. Gerak geri hati aku mengatakan aku akan sesat kat sini. Sebaik saja aku keluar dari station, aku tak tau arah mana hendak dituju. Kanan atau kiri? Di celah-celah bangunan di Bandar Kobe ni, aku nampak Menara Kobe Portland yang femes tu. Tapi menara ni macam biskut tau. Kejap nampak, kejap tak nampak. Aku sebenarnya nak cari masjid Kobe. Tapi takde idea.
Escalator turun ke bawah dari Kobe Station, bersambung dengan shopping mall.

Keretapi lama, tak jauh dari Station Kobe, terletak di belah kiri. Kena lintas jalan untuk ke sini

Jalan raya kat sini besar-besar macam highway, bukan macam kat Osaka or Nara. Perasaan takut mula menyelubungi (kalau tak betul tolong betulkan ek?) diri. Rasa betul-betul kerdil di tempat ni. Rasa macam tersesat kat New York, amboi over betul.
Dah tak tau hala tuju, aku masuk ke dalam station balik. Aku nekad nak tanya penjaga tiket di mana masjid Kobe. Tapi malangnya dia tak faham soalan aku dan dia cuma bagi map Kobe untuk aku cari maklumat. Memang tiada gambar masjid dalam peta tu. Aku rasa sedikit kecewa.
Aku teruskan perjalanan mencari Harbourland. At least tak dapat cari masjid, dapat tengok Kobe Port pun jadilah. Suhu di sini memang sejuk sebab sebab terletak di tepi laut, angin memang sentiasa bertiup so makin sejuklah tempat ni.
Aku cuba follow peta di tangan aku, tapi bila dah menghala ke jalan raya yang besar tu aku jadi cuak. Aku patah balik dan masuk ke celah-celah bangunan. Sebenarnya nak kurangkan sejuk. Aku ada bertanya bebrapa orang cara nak ke Harbourland, tapi malangnya mereka begitu susah nak berkomunikasi. Kesian jugak aku tengok. Dorang nak tolong, tapi tak reti speaking. Cuma mampu tunjuk tangan macam mana nak ke sana.
Aku sempat jenguk ke kedai 100 yen yang famous, tapi aku tak beli ape-ape. Saje nak tengok.-tengok. Aku turun semula menapak di atas jalan raya. Nampak Kobe Tower semakin dekat. Aku nak cepat-cepat sampai. Aku takut tersesat pulak kalau hari dah malam.
Masuk keluar mall, redah jalan raya, lintas traffic light semua. Akhirnya aku tiba di tepi Harbourland. Sebenarnya Kobe Tower tu terletak nun jauh di sebelah sana. Kalau just nak ambil gambar, kat sebelah sini pun dah ok. Tapi sejuknya tak payah cakap la. Memang rasa gigil-gigil jer.
Kobe Port Tower
 
Oriental Hotel, cantik dan unik kan? Mesti mahal harganya.


Ala-ala Ferris Wheel


 Last sebelum pulang. Tak berani nak lama-lama kat sini

Lepas dah ambil gambar, aku rasa nak balik jer. Takut rasa sorang-sorang kat sini. Aku try recall balik jalan untuk ke station Kobe semula. Nampaknya, takde rezeki aku untuk melawat Masjid Kobe. Dalam perjalanan pulang, aku menyelinap masuk ke dalam shopping mall sebab aku tak nak berlama-lama dalam sejuk.

Terliur tak? Replika jer ni, bukan betul..

Dalam bangunan pun nak buat air terjun


Aku mencari alternative lain untuk balik ke rumah Has. Malas nak tukar-tukar tren. Sebaik saja sampai di rumah, Syuk terus tanya aku, jumpa masjid Kobe atau tak? Aku dengan sedihnya menjawab. “Tak”
Sebenarnya kalau nak ke Masjid Kobe, aku kene turun di station Sannomiya, sebelum tiba station Kobe. Sannomiya ni kire down town skit la. Takpelah, nanti next time aku repeat lagi. Selain masjid, aku nak juga pergi ke Himeji Castle yang agak famous selain Osaka Castle. Tapi Himeji Castle ni tengah dalam pembikinan. Di jangka siap sepenuhnya pada tahun 2015. Start pembaik pulih tahun 2009. Lame tak? Bukan senang nak pulih balik bangunan-bangunan bersejarah ni. Makan masa. Ada satu lagi tempat menarik untuk bermain ski yang tak jauh dari Sannomiya, iaitu Mt Rokko. In sha ALLAH kalau ada rezeki dapatlah aku jejak kaki ke sana pulak.
Sambung expenses :
Subway ticket : 270 yen
Supermarket : 316 yen (kami ke supermarket malam tu, Has beli barang-barang rumah)
Total expenses hari ke-2 = 1818 yen (bangkrup)
Good bye Kobe, semoga sudi terima kehadiran aku lagi.. Sayonara..

3 comments:

  1. jauh berjalan...pasti byk pengajaran

    ReplyDelete
  2. Kami tak sempat ke Kobe ari tu. Padahal ex-students husband akak tengah study kat Kobe tu..Tulah....maybe next time kena pergi lagi lah dear...

    ReplyDelete
  3. Mohd Pk,

    terima kasih sudi singgah sini...mmg byk pengajaran yg dh sy lalui..ada pahit, manis..sedih..semua ade..sy bersyukur diberi peluang utk explore bumi Allah ni..byk lg yg sy hrs lalui..

    Kak Ita,

    xpe..next time boleh pergi lagi tau..sy pn nk repeat Kobe lg..hr tu xhbs pusing..byk jgk tmpt xhbs cover kak...alasan utk pergi lagi..

    ReplyDelete