Thursday, February 28, 2013

Kek Coklat Moist Mudah ~ Mudahnya Memasak

Tak reti memasak? Tak pe, boleh belajar slow-slow. Yang penting nak belajar.
Suke makan kek coklat? Mesti ramai yang suka kan? Tak susah pun nak buat. Dulu aku gila Kek Coklat takde telur. Sekarang selera dah bertukar.

Mula-mula buat atas permintaan seseorang, skali rasa. Masha-ALLAH, sedapnya. Siap letak topping lagi. Guna bahan-bahan basic yang ade kat rumah jer mase tu. Siap oter-oter belasah ape yang ada. Susu manis takde, nampak sekaya dalam tin pun jadi. Buat kek lumut boleh jer pakai sekaya, why not tak boleh pakai untuk kek coklat. Lepas tu asyik buat kek ni sampai boleh hafal resepi. Bawak pergi ofis jer licin..Balik rumah layan sambil tengok tv pun licin.
 
Kek Coklat Moist with Chocolate Topping
 
Chocolate moist without topping

Close up - ni request dari kawan aku. Plain Chocolate Cake to eat with ice cream
Resepi asal dari blog H.U.S.M.Y.N.A
Inilah hasilnya..

BAHAN A

1 cwn serbuk koko
1 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak

BAHAN B

3 biji telur
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

TOPPING 

2 SB serbuk koko
4 SB gula
3 SB susu pekat manis
5 SB susu cair
1 SK vanilla essence
3 SB marjerin
1 SK garam
1 1/2 cwn air panas
3 SB tepung jagung dibancuh dgn 1/2 cwn air

CARA-CARA :
Campurkan semua bahan  A, kacau hingga sebati dan panaskan dengan api sederhana hingga semua bahan cair. Sejukkan.

Pukul telur. Masukkan bahan  A. Kacau hingga sebati.
Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan campurkan dalam bancuhan telur dan bahan A.

Griskan loyang, tuang dlm loyang. Kukus 1 jam dengan api sederhana. Petua untuk air kukusan tidak mengalir kena adunan kek, bungkus penutup periuk dgn kain bersih - saya guna napkin baby yg belum guna, kemudian ikat/punjut bhgn ats. Ataupun letak kertas aluminium atas adunan kek-just letak saja jangan klim tepinya.
TOPPING

Masukkan kesemua bahan topping ke dalam periuk kecuali 1/2 cawan air bancuhan tepung jagung. Didihkan.

Bila mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau hingga likat. Angkat dan siram atas kek yang sudah masak. Hias ikut kreativiti masing2.
Resepi versi aku kalau nak try – derhaka punya
BAHAN A

1 cwn serbuk koko
3/4 cwn gula castor
1 cwn susu cair
¾ tin kecil sekaya
½ buku mentega
BAHAN B

3 biji telur – sila buang tali pusat telur ya untuk hilangkan hanyir
1 cwn tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla

TOPPING 

2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar gula – aku kurangkan gula sebab dah manis
¼ tin sekaya – balance kaya tadi
Guna balance susu cair tadi yang satu tin tu
1 sudu kecil vanilla essence
3 sudu besar mentega
1 sudu kecil garam
½ cawan
Tak perlu guna tepung jagung sebab aku rasa topping aku dah cukup likat.
Caranya sama jer macam resepi asal, cuma bahan-bahan jer aku oter skit. Kalau kukus dalam bekas tupperwear segiempat tu, 15 -20 minit dah cukup.

Anggaran penyediaan, dalam 15-20 minit tak termasuk kukus. Cepat dan mudah.

Part 4 : Osaka - Umeda Sky Building Preview

Sorry kawan-kawan sebab lambat update blog. Kawan aku kat Jepun tu tak habis-habis pm kat fb tanya. Bila nak sambung story. Terharu mak..

Ok, lets continue our journey.

Best kan layan gambar kat Osaka Castle? Aku tak nafikan memang cantik sangat view di sekitar istana tu. Memang ramai orang Jepun sendiri yang datang sambil bawak camera mesin gun (lense yang bapak panjang tu) untuk shoot gambar kat sini. Kalau tak sejuk, lagi lama aku kat sini. Kedai-kedai pun dah nak tutup.
Aku snap lagi gambar sebelum beransur pergi. Ni baru first place yang aku pergi, aku dah boleh jatuh cinta dengan Jepun. (Kalau orang Jepun apatah lagi). Masa dalam flight pun dah puas cuci mata sebab steward Japang ni hensem-hensem belaka. Tu yang cover tido skit. Takut ade air liur basi meleleh pulak...ekekekekeke...
Aku kembali ke stesen JR Osakajokoen untuk teruskan perjalanan ke tempat lain. Kali ni aku beranikan diri untuk try n error. Aku dah rasa confident sikit. Kalau sesat, patah jer balik kat station tadi. Tu jer cara aku.
Kali ni aku naik train dari Osakajokoen ke Osaka Station, dalam laluan JR Osaka Loop Line. Niak train dalam 10 minit, aku sampai di Osaka Station.Time ni dah ramai giler umat manusia. Orang dah balik kerja katakan. Lagipun Jumaat last day kerja, so ramai yang nak lepak-lepak minum dengan kawan-kawan di luar.
Aku membelah lautan manusia yang masing-masing berebut dengan hal sendiri. Aku jer tak nampak hala tuju lagi. Aku relax-relax dulu kejap. Pergi toilet lepaskan hajat. Kat sini toilet die agak kotor sikit dan berbau sebab ramai orang kot. Lepas tu takde toilet bidet-bidet ni.  Sebab dah tak tahan, terpaksa jugak guna toilet ni.
Bile dah ok semua, aku keluar dari toilet dan mencari arah tuju untuk ke Umeda Sky Building. Siyes I have no idea. Tengok semua orang bergerak pantas, aku rasa aku sangat-sangat ketinggalan. Setelah berfikir-fikir, aku rasa lebih baik aku tanye jer orang check tiket tu.

"Sumimasen,"
"I want to go to Umeda Sky Building." Sambil tunjuk pamplet merangkap map Osaka pada orang tersebut.  Dia faham apa yang aku maksudkan dan dia segera mengambil sekeping MAP around Osaka & Umeda Station. Dia terangkan pada aku sambil lukis kat map tu. Punyalah nak bagi aku faham. Aku angguk-angguk even aku dah start pening.

Selesai semua,"Arigatao" sambil tunduk tanda hormat.

Ingat-ingat lupa, aku keluar melalui Gate 9/Sakurabashi Gate. Dari gate tersebut, aku kena melintas jalan dan berjalan di sekitar Shopping Complex ALBi. Aku tengok begitu banyak pakaian sejuk yang diperagakan. Memang branded item punye la. Aku menyusuri jalan di tepi bangunan ALBi tu sampai ke hujung. Dari situ, aku melintas jalan lagi untuk ke seberang. Kali ni perjalanan agak jauh. Aku perlu mencari underground passage untuk menuju ke Umeda Sky Building.

Dah jalan-jalan, patutnya aku ke kiri, tapi aku ke kanan. Korang tau tak aku pergi mana? Aku termasuk bangunan yang tengah construction. Patutla aku rasa pelik dan semua orang pandang aku. Aku siap pi turun tangga sebab ingat underground. Lepas tu aku tengok orang-orang di situ semuanya agak comot, kata kerja contract. Takkan pakai kot puulak kan?

Aku rasa aku dah silap, aku cepat-cepat naik balik. Aku beranikan diri tanya seorang lelaki yang baru pulang dari kerja. Aku tau dia nak tolong aku, tapi dia tak tau cakap English. Last-last, aku cakap terima kasih dan teruskan perjalanan.  Aku dah terlepas ke Grand Front Osaka.

Aku dah penat sebenarnya, dengan sejuk. Kaki sakit. Tapi aku gagahkan diri juga. Aku patah balik semula ke tempat construction tadi. Kali ni aku tanya pada sorang buruh yang sedang menyapu habuk-habuk dari sisa gerudi jalan.

Serius aku tak sangka, buruh ni Englishnya agak bagus. Yang menyebabkan aku sesat sebab construction pada bangunan tu. Aku tak tau mana nak cross untuk menuju ke underground.

Dia tunjukkan aku jalan yang aku lalu. Bersungguh-sungguh dia terangkan pada aku. Aku rasa appreciate sangat dengan dia. Aku berkali-kali tunduk sambil ucapkan Arigatao. Aku dah penat sangat sebab lalu jalan sama berulang kali. Nampak Umeda Sky Building dah dekat, tapi tak tau nape rasa masih jauh.

Aku melintas di depan sikit dan after 50 langkah, aku nampak tangga ke underground. Ramai orang lalu lalang di sini. Underground passage ni agak jauh, lebih kurang 500m. Aku gagahkan diri untuk sampai.

Akhirnya aku terpacak di bawah bangunan Umeda Sky Building. Nampak tinggi jugak. Aku snap sana sini sebelum naik ke atas. Tambah pulak kadang kala angin bertiup. Sejuknya. Baru pukul 7 dah macam pukul 9 malam.

Moh kita dongak ke atas, lenguh jugak kepala nak snap. Maaplah yer, kamera cabuk jer.

Pandangan dari aras bawah
Westin Osaka if not mistaken

 
Akan ku sambung lagi..

p/s : Sabar no Has, banyak story lagi nak cerita ni.

 

Friday, February 22, 2013

Travel VS PTPTN

Aku rindu nak update cerita Jepun aku, tapi keadaan busy sangat. Start dari outing kat KLCC last weekend, aku terus non stop busy bee..
Esok aku akan backpack lagi..Tapi dekat-dekat jer la.
Tiket dah check in.
Hotel dah confirm.
Duit lagi belum tukar. Malam ni la kot.

TRAVEL

VS


PTPTN




Last jangan lupa, check dulu sama ada korang ni boleh keluar negara atau tidak. Sekarang ni pihak PTPTN dah link ngan polis, so lagi strict. Dulu imigresen jer yang tahan, tapi sekarang polis dah amik alih tugas.
Ni info dari kawan aku yang kerja di imigresen, kalau blacklist PTPTN, tak boleh buat passport dan ada masalah untuk renew passport. Aku dengar pun cuak. So, bagi peminjam mana-mana pinjaman, PTPTN la especially. Kalau dah kerja tu tolonglah activate akaun pembayaran korang tu. At least nampak effort kita untuk bayar walaupun sedikit, dari kita buat bodoh sombong langsung tak nak ambil tahu, tup-tup sampai masa nak fly korang baru tau korang sebenarnya dah kena BLACKLIST dari ke luar negara. Sedih kan masa tu?
Kalau yang belum dapat kerja lagi, sila berhubung dengan PTPTN bagitau korang tak dapat kerja lagi. Boleh mintak tangguh.
Lagi satu yang penting jugak, jangan sebab korang berhutang, orang lain yang jadi penjamin korang jadi mangsa. Pengkongsian dari blog Jari Manis. Tak pasal-pasal orang sakit hati dengan kita pulak nanti. Tolong ambil kira semua ni sebelum kita travel.
Kelik sini untuk info lanjut


Friday, February 15, 2013

Penginapan Murah??? Malaysia Hall??

Aku tinggalkan cerita Osaka sekejap, sebab otak letih nak mengarang...Banyak nak kena recall ni. Macam nak exam SPM pulak gamaknya.
Ok, hari ni aku ter”panggil”. Cewah ada pulak ayat perkataan terpanggil. Aku nak share/kongsi tips macam mana nak dapat accommodation murah time travel. Mesti korang suke kan? Dengar jer murah, telinga gajah terus keluar, ye dok? Kalau nak cite pasal hostel tu, tak payah la aku rasa. Tu ramai orang dah tau kan?
Aku nak kongsi macam mana kita nak utilize kemudahan untuk kita semasa ke luar negara. Contohnya menginap di Malaysia Hall. Malaysia Hall ni atau dalam bahasa Melayu bakunya, Dewan Malaysia adalah sebagai rumah kedua yang menggantikan Malaysia di luar negara. Di sinilah tempat student kita selalu gather-gather time raya kalau tak balik Malaysia. Di sini juga diadakan pelbagai majlis untuk diraikan bersama-sama. Student kita, kalau tak dapat rumah lagi masa mula-mula sampai, dorang akan stay kat sini.
Kat Malaysia Hall ni ada disediakan dapur Malaysia yang menyajikan makanan-makanan Malaysia yang enak-enak macam nasi lemak, rendang, teh tarik, masak lemak, ikan keli goreng (nikmat tau kalau makan kat oversea), sambal belacan, nasi goreng kampung, kari ke kari dan lain-lain makanan Malaysia yang heaven la.
Memang Malaysia Hall(MH) ni di sediakan untuk student, tapi ada masa-masanya kosong jugak. So kerajaan Malaysia yang bermurah hati, membuka peluang kepada yang bukan student ni untuk menginap kalau ada kosong. Kadar sewa yang dikenakan memang murah berbanding kalau korang menyewa kat hotel/hostel. Selalunya MH ni bagi maksimum 2 malam untuk menginap. Tapi kalau ada kekosongan, korang boleh extend.
Cara untuk memohon menginap di Malaysia Hall:
1. Masuk website MH.
i)  MH Australia - MH Australia, Sydney & Melbourne
ii) MH London - UK & Ireland.
iii) Mara London - sesiapa yang kerja dengan Mara memang boleh dapat special rate.
2. Isi form penginapan yang ada di website
3. Email kepada pihak/warden MH
    Sydney          : myhallsydney@msda.org.au
    Melbourne    : myhallmelbourne@msda.org.au
    Mara London : marahostel@crownaceuk.com
    UK/London   : muat turun borang online untuk MH London

4. Tunggu reply email dari MH.

Seelok-eloknya korang email awal la untuk tanya penginapan ni sebab bilik kat MH ni pun macam pisang goreng panas. Lepas tu korang kene tengok jugak calender bile student-student ni cuti. Kalau dorang cuti, tak dapatlah korang nak menyewa kat MH ni sebab keutamaan memang untuk student yer.

Rate untuk MH Sydney & Melbourne   

1. Pelajar Ijazah Pertama (Undergraduate)
AUD 4.00 seorang

2. Pelajar Pascasiswazah (Postgraduate) dan BUKAN PELAJAR
AUD 6.00 seorang (Postgraduate)

AUD 12.00 seorang (Non student)

3. Deposit Kunci sebanyak AUD50.00 seorang.

Ada pertanyaan/masalah?

Contact No :

Pejabat Jabatan Penuntut Malaysia Australia : +612 9327 7565
MH Sydney : +612 9399 9970
MH Melbourne : +613 9529 4507

Rate untuk MH London

1. Pelajar Ijazah Pertama (Undergraduate) :
£9.11 seorang TERMASUK VAT bagi bilik double bed
£10.78 seorang TERMASUK VAT bagi bilik single bed


2. Pelajar Pascasiswazah (Postgraduate) dan BUKAN PELAJAR
£16.57 seorang TERMASUK VAT bagi bilik double bed (Postgraduate)
£21.54 seorang TERMASUK VAT bagi bilik single bed (Non student)


3. Deposit Kunci sebanyak £10.00 seorang.       
 
Soklan/problemo?

Contact No

Call dari London dan sekitarnya : 020 7985 1262.

Call dari Malaysia, sila guna no ini : 00 44 20 7985 1262  


p/s : Menginap di MH bukan macam hostel yer. Sila sediakan toiletries dan towel sendiri. Anda juga tak dibenarkan masak di dalam bilik.

Thanks to blogger Sweety sebab tolong bagi link terbaru MH London untuk aku. Kalau tak, sampai bila aku tak tau website MH yang terbaru tu. Thanks again. Harga penginapan adalah mengikut yang tertera dalam website Malaysia Hall.

Wednesday, February 13, 2013

Part 3 : Osaka

Cantikkan?

Lepas dah setel angkat beg semua, aku berehat sekejap. Has tanya aku betul ke nak terus jalan-jalan hari ni? Aku tak penat ke? Berulang kali die tanye. Aku cakap aku ok, dah biasa. Aku tau dorang penat. Has seharian dari Alor Setar, Syuk seharian dari Bangkok. Memang letih la..Aku datang Jepun ni nak jalan-jalan, mana boleh rehat.


View dari pagar apartment Has. Maaf, aku tak ambil gambar dalam apartment. Outside only.

Aku dulu yang book bilik air. Toilet kat rumah Has pun ade bidet ok. Gile perak aku…Lepas dah mandi semua, baru rasa segar. Aku rasa lapar giler sebab aku tak makan pun nasi lemak dalam flight tadi. Siap bawak balik lagi. Prosperity Burger yang aku bawak semalam pun tak sempat makan.

Cuaca sejuk-sejuk ni menyebabkan cepat jer rase lapar. Aku dah prepare makanan instant siap-siap sebab tau kami takde masa nak masak punya. Tambah pulak masing-masing dah penat. So menu brunch(breakfast+lunch) hari tu nasi berlaukan kari ayam Tesco dan serunding daging. Tu pun dah heaven aku rase. Syukur kenyang alhamdulillah…
Walaupun aku datang ke sini tinggal di rumah kawan aku, aku bawak bekalan makanan untuk diri aku dan Has sekeluarga. Kalau dah tekak Melayu, mesti cari jugak makanan dari Malaysia betul tak? Aku dah prepare sekotak makanan sebelum ke Jepun. Aku ade bekalkan Has cili kering, susu tepung, milo, susu manis, rempah ratus, serbuk kari, bihun, maggi. Aku bawak jugak barang-barang lain macam sardine, tuna, sos cili, roti pita, beras. Kalau di Malaysia, kita rasa murah jer barang ni semua. Kalau di sana, harganya boleh jadi berlipat ganda.


Bekalan makanan yang aku bawa


Aku bawak ketupat daun pisang dalam bungkusan sebelah kiri. Ikan sardin dan kari ayam Tesco is a must!!!



Adat orang menumpang, kalau boleh janganlah kita menyusahkan tuan rumah. Dapat tumpang pun dah bersyukur. Sikit atau banyak rezeki yang ada, kami makan sama-sama.
Lepas dah selesai makan 2,3 round(banyaknya makan)aku solat jamak dulu sebelum keluar. Ok, I’m lying. Syuk bagi explanation kat aku macam mana nak ke subway yang dekat dengan rumah dorang ni sambil bagi list station mana yang aku nak pergi, train apa aku nak naik. Aku tak study pun guna hyperdia yang orang selalu pakai tu. Sebab aku tak cukup masa, lepas tu aku tak tau hala tuju mana aku nak pergi. Aku memang masih blur lagi awal-awal ni. Tapi aku rase aku boleh walaupun 50-50.


Has risau dengan aku. Takut aku sesat, sebab die pun sesat barat jugak masa awal-awal pergi sana. Aku just bagitau dia, sesat tu normal. Yang penting kita usaha cari jalan.


Aku mulakan dengan lafaz Bismillah, melangkah keluar rumah. Tipulah cakap kalau aku tak nebes.  Aku berjalan laju untuk mengurangkan rasa sejuk. Dari rumah Has, aku perlu menaiki subway untuk ke station JR.



Sampai di station subway Shinmori – Furuichi, aku rasa macam takut-takut sebab aku tnegok suasana lengang jer. Kata subway, aku kene turun underground. Teringat pulak masa aku di Hamburg dulu. Lengang jer station subway. Sunyi. Mulalah terbayang macam-macam. Kalau kene pow macam mana sambil kene acu pisau. Huh, suke bayang yang bukan-bukan.


Sebelum apa-apa aku kene beli tiket dulu. Dengar ya, JR pass aku tak boleh digunakan untuk subway. Kalau pakai Kansai Thru Pass mungkin boleh pakai kot untuk subway.


Sampai di depan mesin, aku tau aku ade masalah. Aku pernah baca di blog Chawanna masa dia mula-mula nak beli tiket. Yang tertera di skrin adalah harga tiket, bukan route ke mana kita nak pergi.


Aku tekan punat English. Kuarlah senarai harga tiket. Cis, macam mana aku nak beli ni. Nak tanye pun takde orang. Yang aku tau, aku nak ke stesen Imazatao. Aku tulis semua tau, dari stesen ni, aku akan turun ke stesen Shigino, 3 stesen jer dari sini.  Aku nampak tulisan Jepun yang ada 2 jenis, yang nampak complicated tu dalam tulisan Kanji, kalau tulisan sebijik-sebijik tu dalam tulisan Hiragana.


Aku cuba baca dan cari. Akhirnya aku jumpa, stesen Shigino. Aku dulu pernah belajar tulisan dan bahasa Jepun zaman aku sekolah. Sekarang semua dah berkarat, sikit-sikit jer ingat. Nasiblah boleh baca lagi. Membantu lah sikit sebanyak. Aku kene bayar 230 yen untuk ke stesen Shigino. Kalau convert sakit jugak tu..Mahal kan? Aku masuk duit kertas dalam mesin dan kuar duit syiling. Ada 100 yen, 500 yen, 10 yen, 20 yen. Aku kene belajar pakai syiling pulak.


Untuk memastikan laluan aku betul, aku tanye pada sorang budak sekolah yang baru kuar dari pintu mesin tu. Korang nak tau aku tanye macam mane? Tak payah la beria-beria speaking.


“Imazatao?” Sambil tunjuk kanan kiri.

“Hait” Sambil tunjuk arah.

“Arigatao.” Sambil tunduk kepala sikit sebagai tanda terima kasih dan berlalu pergi.

Imazato - Kanan, Itakano - Kiri

Itu antara cara pertama aku berkomunikasi di sana. Aku kira setiap stesen yang train ni berhenti. Takut terlepas katakan. Orang Jepun ni, sebelum train buka sampai, dorang dah berdiri siap-siap depan pintu tunggu pintu train dibuka. Kalau kita kat sini, boleh tunggu lagi kat kerusi. Aku pun buat macam tu jugak pada mulanya.

JR Shigino Station - Kyobashi

Keluar dari station Shigino aku rasa cuak. Eh mana pulak JR station ni? Aku tawakal, keluar dari station subway ni ke arah kanan. Leganya, tak berapa langkah, aku nampak sign JR Shigino. So sekarang aku boleh utilize JR pass aku sepuas-puasnya.


Masuk cuma tunjuk pass kat pegawai bertugas dan dorang dengan semangatnya akan cakap Arigatao kuat-kuat. Dari Shigino, aku akan naik JR ke Kyobashi. Aku tak cakap pun aku pergi mane lagi kan untuk first destinasi aku kan? Takpe, kasik surprise dulu..


Tennoji Station ni jauh sebenarnya.
Sampai di station Kyobashi, aku naik train yang menuju ke Tennoji. Tennoji ni terletak dalam Osaka Loop Line. Korang boleh tengok route ni dalam Kansai Area Pass tu. Aku cuma nak pergi satu station jer lepas Kyobashi tu, station Osakajokoen. Aku nak pergi tengok Osaka Castle sebenarnya.

Satu station jer dari Kyobashi - Osakajokoen (Osaka Castle)

Sampai di station Osakajokoen, aku keluar dari station. Tak nampak bayang castle lagi. Aku berjalan ikut orang ramai-ramai.  Sampai ke tengah park tu, ada papan tanda “You Are Here”. Aku cuba cari mana terletaknya castle tu. Sambil aku tengok map tu, ade satu geng cina pun mencari-cari castle tu jugak. Aku tunjuk di mana letaknya castle tu.

Map to Osaka Castle
Untuk tau lebih lanjut, boleh tengok map besar ni.

Rupe-rupenye dorang ni dari Korea, Gangnam style! Jom nari gangnam dulu. Hiks. Dorang ni 4 orang semuanya, sorang jejaka, 3 awek. Awek yang tegur aku tu dari Seoul, ada yang dari Busan dan ada dari Jeju Island. Kalau sebut tempat pelik-pelik mesti aku tak tau. Dorang kata, dorang lari ke Jepun sebab kat Korea sejuk sangat sekarang ni. Dorang jalan laju dari aku. So aku tertinggal di belakang. Ah, tak kisahla. Aku pun datang sorang jugak tadi.




Dari papan tanda tadi, boleh nampak Convention Hall di depan aku. Aku kene belok kiri dan jalan lurus sampai aku nampak tasik di depan aku. Sebenarnya korang akan melalui satu pintu besar macam pintu gerbang. Kalau dah sampai pintu gerbang ni, dah boleh nampak Osaka Castle kat atas bukit tu. Kene panjat sikitlah untuk sampai ke Osaka Castle.

Pintu gerbang yang aku maksudkan tadi

Aku nampak ramai orang berjogging dan mengambil gambar di sekitar tasik. Akhirnya aku selamat sampai setelah penat mendaki. Kaki dah start sakit sebenarnya sebab cuaca sejuk dan berjalan banyak.

Lepas dari pintu gerbang ni korang akan nampak dah Osaka Castle

Burung berehat sebelum aku datang

Bridge yang menyambungkan laluan ke Osaka Castle



Aku mula-mula tak pasti samada aku nak masuk ke istana or tak..Tapi last-last aku rase nak masuk sebab aku nak tengok ape ade dalam castle tu. Aku tunjuk pass aku dan aku dapat diskaun 100 yen untuk tiket masuk ke Osaka Castle ni. Harga sebenar 600 yen, aku dapat 500 yen.

Castle ni ada banyak tingkat sebenarnya. Dalam castle ni, korang jangan suka-suka hati ambil gambar. Bukan semua tingkat boleh ambil gambar tau. Ada certain floor jer yang boleh ambil gambar.

Antara video yang ditayangkan dalam istana

Gambar-gambar dalam istana musium ni. Sesiapa berminat nak sewa pakaian perang untuk ambil gambar pun boleh.

Ada tour jugak kalau korang nak join. Actually ni lah satu-satu castle yang ada kat Osaka ni. Castle ni dibina di atas bukit. Nak buat base die jer, dorang angkut batu-batu besar, susun serong-serong. Then lepas tu baru naikkan istana tu. Dorang ada tayang video/tayangan tentang sejarah pembinaan istana, perang, shogun, siapa yang pernah menginap di situ. Yang aku tertarik, Istana ni pernah terbakar sebab disambar kilat. Tapi lepas tu dorang bina balik istana ni.


Uniknya istana ni sebab dibina dikelilingi tasik. Kalau korang datang musim spring atau autumn, mesti cantik giler. Time winter, ranting dengan batang jer yang ada. Aku naik ke rooftop untuk tengok view sekitar Osaka. Jaga-jaga kat sini sebab angin bertiup kuat.  Kalau tak cukup berat boleh melayang tau. Hahaha, aku acah jer. Kamera la boleh melayang kalau silap pegang. Aku tak boleh berlama-lama di luar ni sebab sejuk.




Layan view dari roof top Osaka Castle

Aku pusing satu round lagi dan turun ke bawah. Aku rasa bosan pulak lama-lama kat sini. Nasihat aku, tak payah masuk la kot. Hehe..Pose-pose ambil gambar di luar dah cukup.


Semakin cuaca menginjak senja, makin lawa pulak view sekitar istana. Cuaca makin sejuk. Kedai-kedai di sekitar istana mula berkemas-kemas untuk tutup. Sambil layan view dengan cuaca sejuk, aku duduk di kerusi berhampiran dan makan prosperity burger. Layan walaupun sejuk.

Walaupun sejuk, sedap mata memandang..

Korang layan ajerlah gambar kat bawah ni. Musim winter, senja awal. Pukul 5 lebih dah start gelap. Aku tak ingat nama bangunan yang macam istana tu, bersebelahan dengan Osaka Castle.

Aku tak ingat apa nama bangunan ni, ada sesiapa boleh tolong?


Sejuk giler masa ni
Dari depan




Osaka Castle Winter 2013

Monday, February 11, 2013

Part 2 : Kansai Airport to Osaka


Ohayo gozaimasu…(belajar jangan tak belajar. Nanti senang nak pergi Jepun)
Ohayo pun boleh.
おはようございます
Selamat pagi

p/s : sebelum korang koma atau tertido sambil baca entry ni, aku bagitau siap-siap yang entry ni panjang. So better la bawak bekal jejajan atau kudap-kudapan, minum-minuman sambil membaca. Hikssssss...

Happy Chinese New Year. Cuti panjang ni mesti ramai yang pergi bercuti. Aku terperap di rumah main dengan Kiki Lala..

Seperti biasa, aku tak tau macam mana nak sambung cerita. Kalau aku biar lama-lama, mau berkarat. Tergantung tak bertali pulak cerita Jepun yang indah ni nanti.. Ok, tak lawak yer!!!

Kami menolak troli masing-masing yang penuh dengan beg ke JR ofis. Has tunggu barang. Aku dengan Syuk, laki Has beratur beli tiket. Aku masih blur sebenarnya. Aku confuse sama ada untuk beli Kansai Unlimited Pass atau Kansai Area Pass. Dari Malaysia lagi Syuk suggest aku beli Kansai Area Pass. Tapi aku masih tak faham.

Aku dengar Hait, Hait jer mase Syuk cakap dengan penjual tiket JR tu. Kagum aku dengan kejepunan si Syuk ni (jangan salah faham pulak). Die dah almost 10 tahun di Jepun ni since lepas SPM. Nasib tak kawen dengan orang Jepun jer, lari balik Malaysia sebab nak kawen dengan kawan aku Has..

Dorang mintak passport sebagai pengesahan yang aku ni Temporary Visitor” ye kawan-kawan. Kalau rasa diri tu penduduk asal Jepun, or yang bekerja kat sana. Memang tak dapatlah korang yer. Kad tu terselit dalam sampul kemas JR Area Pass. So korang kene pegang pass ni elok-elok. Hilang aku tak tau. Aku ambil pass ni utnuk 4 hari. Orang Jepun tu promote suruh amek satu lagi pass, Kansai Wide Area, kira boleh pergi lebih jauh dari Kansai Area la. Aku tak nak. Ni pun tak tau sepat ke tak.

Since entry ni ditulis lepas aku balik, baru aku faham apa beza Kansai Area Pass dengan Kansai Thru Pass/Kansai Unlimited Pass. Aku mula-mula tertarik dengan Kansai Thru Pass ni sebab murah sikit. Lepas dah balik, study baru ku faham.




KANSAI THRU PASS

This ticket enables you to ride on subways, private railways and buses throughout the Kansai district. As well as enabling you to tour Osaka, Kobe and Kyoto, it lets you visit Nara, Wakayama and Koyasan. Purchasing the economical KANSAI THRU PASS that comes in two types; 2-day and 3-day, will let you enjoy a more value-for-money holiday.
The Pass can be used on unconsecutive days during its period of validity (example: Mon, Wed and Fri in the case of a 3-day ticket)
❊One day is counted as the duration from the first train to the last train in a day. (Not 24 hours from the time when you purchase it.)

KANSAI THRU PASS – Such a deal!!

The Pass can be used on unconsecutive days during its period of validity (example: Mon, Wed and Fri in the case of a 3-day ticket)
  • From Kyoto to Osaka, Kobe, Mt. Hiei and Himeji. Get on and off the train or bus bound for Wakayama, Nara and Koyasan as you like during the period of validity (Excluding JR lines. Check the map for the available trains and buses).
  • You can use the train or bus without going through the troublesome task of checking the complicated rate table to buy tickets and you won't need to buy another ticket every time you make connections.
  • You can benefit from complimentary discount promotions at 350 major tourist facilities along the railway lines.
  • It can be used from Kansai Airport Station on the Nankai Train after arriving at Kansai International Airport (The Express Rapi:t requires additional tariff).
  • Receive a free guidebook in English, Chinese, Korean language

KANSAI THRU PASS Types and Prices

3daycard2daycard
Type of ticket            Adult            Child (Ages 7 to 12)
3day ticket           5,000 yen                      2,500 yen
2day ticket           3,800 yen                      1,900 yen

Who can get KANSAI THRU PASS......

KANSAI THRU PASS is a special ticket available only for tourists visiting Japan for the purpose of sightseeing. You will need to meet one of the following requirements in purchasing a ticket.
  1. A foreign tourist visiting Japan from abroad on a [short stay] entry status.
  2. A Japanese national living abroad.
  3. A person accompanying those who meet the requirements 1 and 2 above as their guide.

Where to buy KANSAI THRU PASS in Japan

Buy the ticket from the following ticket offices in Japan.

(Access / Opening hours)
* You will be required to present your passport and fill out an application form when purchasing the ticket.
  • Kansai International Airport KAA Travel Desk (1st Floor / 07:00 – 22:00)
  • Nankai Electric Railway Kansai-Airport Station Ticket Office (5:00 – 23:00)
  • Osaka Airport Information Center (1st floor, North and South Terminals / North Terminal: 8:00 – 21:00 South Terminal: 6:30 – 21:00)
  • Kyoto Station Bus Information Center (Kyoto Station Karasuma Exit / 07:30 – 20:00)
  • Osaka Visitors' Information Center – Namba (Inside the General Information Center Namba on the 1F of Nankai Building / 09:00 – 20:00)
  • Osaka Visitors' Information Center – Umeda (JR Osaka Station, Central Ticket Gate / 08:00 – 20:00)
  • Osaka Visitors' Information Center – Tennoji (JR Tennoji Station, Central ticket gate / 09:00 – 18:00)
  • Osaka Visitors' Information Center – Shin-osaka (JR Shin-osaka Station East Exit / 09:00 – 18:00)
  • Nara City Information Center (Alight at Kintetsu Nara Station / 09:00 – 21:00)
  • Osaka International Youth Hostel (Alight at Nankai Hagoromo Station / 06:00 – 23:00)
  • Shin-Osaka Youth Hostel (Alight at Osaka Municipal Subway Shin-osaka Station / 06:00 – 23:00)
  • PanStar Ferry Osaka Terminal (Alight at Osaka Municipal Sbwy Cosmo Square Station / 10:00 – 16:00 Mon, Wed, Fri)
  • Hankyu Tourist Center Umeda Osaka (8:00 – 17:00)
 JR Kansai Area Pass
 
 
 
Harga untuk JR Kansai Area Pass
 
 
So sekarang dah nampak Kansai Thru Pass dan Kansai Area Pass. Macam aku kata tadi, kita mesti nak pilih yang murah. Betul tak? Tapi korang kene plan betul-betul pass mana yang korang nak pilih.
Kansai Thru Pass, memang nampak menarik. Sama jer, nak cover dari Kansai Airport -> Osaka -> Nara -> Kobe -> Kyoto -> Kansai Airport. Ada tapinya. Rupa-rupanya, Kansai Thru Pass ni tak cover JR line. Korang boleh guna subways, private trains and buses sekitar tempat-tempat yang tersenarai di atas. Korang hanya boleh naik Naikai Train dari Kansai Airport ke Osaka. Kalau tak silap aku, Naikai Train ni sangat-sangat lambat yer sebab die stop setiap station. Kalau nak naik Express Haruka, korang kene tambah duit sikit untuk purchase tiket. Yang bestnya pass ni ada diskaun untuk 350 tourist facilities di semua tempat-tempat di atas.
 
* Kansai Thru Pass boleh digunakan selang sehari, eg : Hari Isnin, Rabu, Jumaat
kalau kita purchase untuk 3 hari punya tiket.

Kansai Area Pass
Cover sama tempat yang tertera di atas jugak. Tempat ni semua termasuk tempat yang aku nak pergi. Kansai Area Pass ni cover semua JR Line di sekitar Osaka,Nara, Kobe dan Kyoto. Setiap line yang ada JR, korang boleh utilize pass ni sampai lebam. Tapi JR Line ni tak termasuk untuk bas dan subways. Yang tu korang kene beli asing. Syuk suggest aku beli pass ni sebab tiket train dari Kansai -> Osaka dan return harganya almost 5000 yen. Mahal kan? Lebih baik beli pass ni dan aku boleh pergi semua tempat yang aku nak. Pass ni juga ada diskaun untuk tempat tourist facilities. Perjalanan menggunakan JR line lebih cepat dari guna train biasa.
 
** JR Kansai Area Pass hanya boleh digunakan berturut-turut sebab tarikh hari pertama kita gunakan pass tu akan dicop pada pass. So automatic akan expired ikut hari yang kita beli pass tu. Contoh aku guna pass tu pada 25 hari bulan dan aku beli pass tu untuk 4 hari. So on 28 hari bulan11.59 pm pass tu akan expired.

Kansai Area Pass - jaga pass ni baik-baik yer. Hilang no refund, please purchase the new one.
 
Cuma tunjuk pada pegawai bertugas setiap kali nak masuk atau keluar dari JR train.
Ni aku cakap pasal 2 pass ni yer. Jangan pulak korang tanye aku pasal JR Shinkansen yang orang beli 1000++ tu yer. Aku tak mampu nak beli tiket shinkansen tu. Lagi pun aku cuma cover Osaka dan kawasan sekitarnya. Tak berbaloi nak beli tiket tu.
* Subway – underground train, bawah tanah, macam tube kat London or Putra kat Malaysia, tak ramai orang sangat sebab perjalanan lebih pendek.
 
** JR Train – train biasa macam Komuter, tapi laju macam ERL. Agak ramai orang time peak hours dan perjalanan lebih jauh.
So faham dah apa beza subway dengan JR train atau train-train lain? Korang boleh tengok sini yer. (Info train)
Sama jer prosedur untuk beli 2-2 pass ni, kene tunjuk passport untuk sahkan status Temporary Visitor kita tu. Diingatkan pass tu hanya untuk diri sendiri sahaja, bukan beli untuk orang lain yer.

JR West Rail Office - Tempat beli JR Kansai Area Pass
Aku ambil JR Kansai Area Pass untuk 4 hari, maksimum yang boleh. Total 6000 Yen. Sekarang giliran Has and Syuk pulak beli tiket. Mereka beli di mesin, masa ni aku tak berapa faham lagi. Aku ikut jer.

Has and famili.
Rasa tak tahan nak berlama-lama di sini sebab angin kuat giler. Sejuk sangat. Tapi aku rasa ok lagi kalau nak dibandingkan masa aku first time keluar airport di Gatwick, London tahun lepas. Masa tu aku rase nak mati jer sebab terlampau sejuk. Has pun baru sarung baju sejuk die masa keluar terminal.

Kami angkut beg-beg berat untuk melalui gate sebelum menaiki train. Untuk sesiapa yang beli JR Pass, tak payah nak masukkan tiket ke dalam mesin. Tunjuk pada pegawai yang bertugas di laluan paling hujung skali. Untuk first timer,  JR Pass tu akan dicop untuk menunjukkan bila tarikh kita gunakan tiket tu dan bila tiket tu expired. Laluan yang ada pegawai bertugas tu sebenarnya laluan untuk OKU atau orang tua. Kalau korang purchase tiket biasa, barulah korang kena lalu laluan yang biasa dengan memasukkan tiket ke dalam mesin, ala macam tiket komuter tu. Tapi tiket train kat Jepun ni kecik, so hati-hati jangan terhilang pulak.

Seksa rasa angkut barang berat time sejuk-sejuk ni. Kesian Syuk sebab die sorang jer laki. Dah la barang dorang pun banyak. Kami menapak slow-slow ke train. Kalau tak silap, train yang kami naik tu warna hijau, JR Kansai Airport Rapid. Tak ramai orang yang naik train tu dari airport, mungkin sebab weekdays. Kami ambil port di hujung skali.
 
Dalam train menuju ke Osaka
 
Rupa-rupanya, train ni mengambil masa sejam lebih nak sampai ke Osaka. Tergamam kejap aku. Tapi aku pun faham, sebab aku ada pass. Boleh naik train yang mahal. Has dengan Syuk takde pass macam aku. Dorang kene beli tiket train biasa. Harganya agak mahal, apatah untuk 2 orang lagi. Aku tak kisah as long aku dapat sampai ke tempat dorang. Baby Has, Darwish tengah sedap tidur. Skali dia meragam dan menangis. Rupa-rupanya dia poo-poo. Patutlah dia tak selesa. Lepas melalui laut, train ni berhenti setiap station. Pehh…Aku pun dah start rasa tak selesa.



Kami berhenti di station JR Kyobashi. Patutnya kami tukar train di sini untuk pulang ke rumah Has. Tapi memandangkan barang kami agak banyak, Syuk cadangkan naik teksi jer. Aku ikut jer yang mana senang. Tapi seksa wo angkat barang naik turun tangga. Tangga kat sini tingggi-tinggi yer. Bertabahlah korang kalau nak datang sini. Sebab tu aku gigih training sebelum datang sini. Takut cramp.
 
View di luar stesen JR Kyobashi

Sambil tunggu teksi aku sempat snap gambar.
 
Kami menunggu teksi di luar station JR Kyobashi. Matahari tegak di atas kepala, tapi sejuk sangat bila angin bertiup kencang. Kagum aku tengok driver teksi kat sini. Siap pakai blazer and bow lagi. Kesian pulak bila aku tengok driver teksi ni dah tua, tapi semangat nak tolong angkat beg-beg kami yang berat.

Teksi di sini pakai meter dan semua penumpang duduk di belakang. Siap ada divider lagi antara penumpang dan pemandu. Mungkin untuk elakkan jenayah. Beg yang tak muat letak dalam bonet, boleh letak di sebelah driver. So kami bertiga duduklah berhimpit dengan baby Darwish yang harum semerbak.

Tak sampai 10 minit, kami sampai di depan bangunan apartment Has. Landmark di situ adalah KFC di depan-depan jalan.

Ada 2 pintu untuk masuk ke kawasan apartment rumah Has. Pintu yang pertama tak berkunci. Pintu kedua berkunci dan setiap rumah mempunyai kunci untuk membuka pintu tersebut. Lepas dari pintu tu kami menaiki lif hingga ke tingkat 6. Lif dia mak aih keciknya..Aku masuk dulu dengan Has dan beg-beg kami.
 
Dah panjang berjela..Muntah pulak korang baca entry ni sebab panjang sangat.