Wednesday, December 26, 2012

Great Moment in Hamburg

Email yang aku terima hari ni buat aku tersenyum sorang-sorang. My old friend in Hamburg from Spain.
Hello Siti!

It’s been a very long time. How are you?

I was doing some end-of-the year organization of my desk and came across your business card and remembered our biking Hamburg afternoons after the incredibly boring MSG-3 trainingJ. When I go to Hamburg I often walk pass the place where we had dinner, it was nice!

How are things in your part of the world? And how are you doing? Did you marry? Any of your regular projects in mind for next year: climbing the K-2, running the iron-woman triathlon or something?

Here in Spain we are celebrating Christmas now but under the influence of a big economic crisis: the country’s economy is shrinking to 1990 numbers. It’s not affecting me but many people around me are unemployed. In any case Christmas with my family and friends is being a happy one. Also this year I crashed while flying in my powered paraglider L Nothing serious but I had to stay at home for a month. Now I am fully recovered and thinking about flying again (against the will of my girlfriend and family).

I hope everything is ok for you and your family.

Regards... and happy New Year!.

Guillermo
 

Sunday, December 16, 2012

2.8km

2nd attempt for this month. Up to 2.8km, jogging + brisk walk.
No knee injury. Alhamdulillah, syukur.

Saturday
15 Dec 2012
2.8km

Thursday, December 13, 2012

Ekspedisi Gunung Kinabalu - Part 4

8 Mei 2010
Panjangnya nak taip. Banyak betul cerita Kinabalu ni. Kalau rasa sanggup nak baca, bacalah..Kalau rasa panjang sangat, terpulanglah kat korang. Apa yang aku tulis based from my experience...
Lepas jumpa dengan abang guider yang baik hati tu, lepas gedik-gedik snap gambar dengan kawan aku tu, masing-masing membawa diri. Kawan aku pulak kembali menghilangkan dirinya...Aku pun gigih la mendaki sorang-sorang. Takpe, kat sini tak gelap dah. So aku tak takut sangat. Abang guider pun dah berpisah dengan aku. Nampaknya orang yang dia guide sudah mampu bergerak laju.
Aku pun meneruskan langkah hinggalah aku sampai di satu pondok. Nampak macam ramai orang di situ. Skali aku nampak kelibat kawan aku yang berbaju oren mencapap tu. Aku kembali tersenyum. Kawan aku tunggu aku kat situ rupanya sambil refill air. Tak jauh dah nak sampai Laban Rata.
Skali aku tengok ada binatang cute tengah makan kekacang di atas tanah. Aku memang budget benda tu tupai la..ekor kembang, color coklat-coklat. Sangat jinak dan berani mengambil makanan di atas tangan orang, tapi susah sangat nak pegang.
Tikus gunung yang menyerupai tupai yang dipanggil SITI

Rupa-rupanya, binatang tu bukan lah tupai seperti yang kusangka. Rupa-rupanya tu adalah tikus gunung ok!!! Kawan aku pun bukak cerita pasal tikus ni. Masa mula-mula sampai kat pondok tu, kawan aku pun tertarik dengan binatang cute tu. Tapi masa mula-mula dia sampai, ade geng-geng porter@guider cuba sapa menyapa dengan kawan aku. Selamber jer panggil kawan aku Siti,Siti. Kawan aku pun layankan ajer. Sebenarnya mereka pun panggil tikus tu Siti jugak. Lepas aku sampai, aku pelik bila dengar member aku dok sembang-sembang sambil dengar orang panggil kawan aku Siti. Skali kawan aku terasa nak petik,”Macam mana tau nama saya Siti?” Tercengang-cengang orang kat situ. Rupa-rupanya diorang main petik jer sebut Siti tu. Skali betul-betul nama kawan aku Siti. Aku pun Siti jugak. Bukan main cuak abang tu. Pengajaran, janganlah petik nama orang sesuka hati sekali yang datang tu betul-betul nama yang korang selalu sebut.
Sebelum meneruskan perjalanan, aku bagitau kawan aku. Tak payahlah tunggu aku lagi, kita jumpa di Laban Rata jer nanti. Aku tak nak sebab aku, kawan aku lambat pulak nanti. Lagipun tak jauh dah.
Kat area ni banyak pokok-pokok macam pokok bonzai

Aku pun kembali meneruskan perjalanan menuju ke Laban Rata. Sebenarnya, dalam perjalanan aku mendaki ni, aku selalu bersaing dengan sorang brother pakai snowcap oren kalau aku tak silap. Tapi aku macam biasa lah. Kalau pompuan, aku terase nak tegur. Kalau laki, payah sikit.
Mungkin sebab kami berdua jer yang tinggal, maka lelaki tu menegur aku. Kalau die tegur ok jer, aku boleh jer menjawab. Takdelah nak sombong. Mula-mula borak-borak biase jer. Semestinya pasal penatlah. Sampailah satu time, die start soal aku.
”Ni gunung ke berape awak naik?” Sambil gagah mendaki ke Laban Rata. Dia ni sebenarnya dah kene tinggal dengan geng-geng die yang lain.
“Saya first time nak naik gunung ni.” Aku menjawab dengan rendah diri.
Skali die boleh jawab macam ni.” Giler arrr first gunung terus naik Gunung Kinabalu.” Aku dengar ayat ni macam nak under estimate aku pulak. Terus aku menyampah dengan mamat ni. Harap jer ade rupa, tapi perangai sangat hampeh.
Lepas tu die sambung lagi,”Patutnya naik gunung lain dulu, barulah naik gunung Kinabalu. At least ade pengalaman.”
Dalam hati aku menjawab,’Hek eleh mamat ni, suka hati akulah nak panjat gunung mana pun. Nak berlagak pulak.’
Lepas tu die pun bla..bla..bla..Bagitau last die panjat kinabalu 12 years back. Aku dah tak berminat nak ber’buddy’ dengan orang yang hampeh macam tu. Aku teruskan langkah dan tinggalkan die di belakang. Bagi aku, orang-orang macam ni sangatlah tak membantu. Aku harap aku takkan jumpa die langsung dah nanti. Jangan tengok aku kecik, aku tak mampu. Sekurang-kurangnya bagilah semangat, bukannya patahkan semangat orang. Sekurang-kurangnya, aku ada keazaman yang sangat tinggi untuk memanjat gunung ni and aku yakin, dengan semangat tu aku mampu sampai ke puncak. InsyaALLAH.

Laluan berbahaya lagi


Aku nyaris tergelincir kat laluan berbatu ni sebab licin.

Almost arrive to Laban Rata

Aku gigih melangkah supaya dapat tinggalkan lelaki tu sejauh yang boleh. Akhirnya di celah-celah batu, aku nampak padang bola tampar disebelah kanan. Sayup-sayup kelihatan bangunan berwarna putih di sebelah kiri ku, rasanya dalam 200m lagi. Itulah Laban Rata Rest House. Aku gagahkan diri untuk terus melangkah walaupun aku rasa kaki aku dah lembik lutut

Lebih kurang pukul 4.30, aku officially sampai ke Laban Rata Rest House. Aku terjenguk-jenguk mencari kawan-kawan aku yang lain. Alhamdulillah, aku nampak beberapa wajah yang aku kenali. Terpancar muka gembira walaupun penat.
Laban Rata Rest House - www.cuti.my

Laban Rata Cafe - source http://imranjaafar.files.wordpress.com

Masa aku sampai di cafe, orang lebih ramai dari ni, tapi belum full house lagi.


Sementara menunggu dinner lebih kurang pukul 5 lebih, aku dengan kawan aku bersolat jamak di bilik salah sorang boss GE, En Amin namanya yang turut serta dalam trip ni. Masa pergi ambil wuduk, dah terasa kesejukannya.
Selesai solat jamak, kami meronda-ronda sekeliling Laban Rata Rest House untuk membuang masa.  Nampaknya cuaca semakin suram seolah-olah nak hujan. Orang kelihatan semakin ramai di cafe. Ada yang melepak di kawasan dalam cafe, ada yang melepak di open air area sambil menghisap rokok. Aku rasa kalau aku, tak sanggup sebab kesejukan wei. Tiba-tiba kawasan Laban Rata diselabuti awan, keadaan sekeliling jadi berkabus. Angin mula bertiup kencang dan hujan mula turun. Yang duduk di luar, bertempiaran lari masuk ke dalam.
Lebih kurang pukul 5 suku, dinner disediakan secara buffet. Ada banyak menu yang disediakan seperti nasi goreng, mee goreng, nasi putih, pasta, lamb chop, steak, sosej, fries, salad. Rasa sangat macam nak makan semua, tapi itu hanyalah nafsu mata. Bile dah penat sangat, nak makan pun tak lalu sebenarnya.
Lebih kurang macam nilah meriahnya pinggan aku - credit to http://azimashaary.blogspot.com

Hujan yang turun tadi mula reda. Lepas dinner, kami cepat-cepat ingin ke Gunting Lagadan, dimana kami akan menginap pada malam itu. Jarak dari Laban Rata Rest House ke Gunting Lagadan adalah lebih kurang 150m. Menurut kata ketua group kami, water heater akan tutup pada pukul 6.30 petang. Selepas itu tiada lagi air panas. Kami bergegas untuk mandi sebelum water heater ditutup. Kalau ikut cadangan awal, kami malas nak mandi. Walaupun sejuk, serius rasa tak selesa.

Hujan yang turun tadi mula reda. Lepas dinner, kami cepat-cepat ingin ke Gunting Lagadan, dimana kami akan menginap pada malam itu. Jarak dari Laban Rata Rest House ke Gunting Lagadan adalah lebih kurang 150m. Menurut kata ketua group kami, water heater akan tutup pada pukul 6.30 petang. Selepas itu tiada lagi air panas. Kami bergegas untuk mandi sebelum water heater ditutup. Kalau ikut cadangan awal, kami malas nak mandi. Walaupun sejuk, serius rasa tak selesa.
Kawan-kawan aku yang lain baru saja tiba sebaik saja kami selesai dinner. Kasihan mereka kerana terkena hujan, ada pula yang cramp dan terkena sindrom mountain sickness. Aku dan kawan aku terpaksa bergerak dulu kerana tidak mahu membuang masa. Kami yang perempuan akan duduk dalam satu dorm yang menyediakan 4 buah katil double decker.
Walaupun mandi menggunakan air panas, sejuknya kembali terasa selepas mandi. Aku gigil-gigil keluar dari bilik air. Lepas mandi, tanpa berlengah kami segera menunaikan solat jamak maghrib dan isyak.
 


Wednesday, December 12, 2012

Expedisi Gunung Kinabalu – Part 3


Aku rase gembira sangat bila nampak sign board KM5 tu, maknanya aku ada lagi 1KM untuk sampai ke Laban Rata. Tak jauh dah, aku berbisik di dalam hati. Itulah cara aku motibasi diri aku sendiri. Bila tak larat, aku akan stop untuk breath kejap. Don’t push yourself to hard.
Memang betul-betul penat.
Dalam perjalanan kami ke Laban Rata ni aku dah  tak nampak mana guider/porter kami. Porter selalunya dah terlepas ke depan. Guider ada yang berada di depan sekali dan di belakang sekali. Aku dan kawan aku kadang-kadang berborak dengan guider-guider group-group lain. Aku memang puji sikap-sikap guider ni, dieorang sangat supportive. Kalau jumpa guider yang bawa peserta turun bawah, dieorang akan cakap dengan slang Sabah,

”Enggak jauh udah bah. Sikit lagi sudah sampai Laban Rata.”

Apa korang rase masa ni? Mesti rasa terhibur kan? Padahal dah rasa nak pengsan kepenatan.

Ada guider yang bertanya dengan aku (masa ni kawan aku dah laju kedepan. Kaki panjang katakan), dah bape banyak gunung aku naik? Aku jawab aku tak pernah naik mana-mana gunung and this is first time, first experience. Skali guider tu cakap dengan aku, laju juga kamu panjat walaupun belum pernah panjat mana-mana gunung. Masa lebih kurang pukul 2 lebih masa tu.

Aku masa tu dah kembang kuncup tahan nafas tahan bontot…Hahaha…Bangga siot..Aku seboleh-bolehnya tak nak jadi orang last yang sampai Laban Rata nanti. Itu target aku dan aku nak cepat-cepat berehat di atas. Aku praktis 6 bulan sebelum trip ke Kinabalu ni. Aku tak nak kedatangan aku sia-sia. Aku nak tawan puncak Kinabalu.

Muka aku tegang masa ni, sebab kalau tersilap step boleh jatuh.
 Guider tu sangat baik menemani aku yang keseorangan masa tu.

Aku ngan abang guider yang baik hati tu.
Berbalik pada cerita di KM5 tadi, banyak kisah sebenarnya…Cewah, sampai terlupa pulak. Lepas KM5 tu, awan bergerak laju membelah bukit. Keadaan jadi berkabus. Tiba-tiba aku terasa muka aku basah. Alamak, hujan la pulak. Kami cepat-cepat sarung rain coat kuning tu takut kalau-kalau hujan lebat. Aku rasa dalam 100-200m lepas tu, dah takde hujan dah. Buat cuak jer tadi. Janganlah hujan lebat-lebat, doaku di dalam hati. Aku cuma bawak sepasang jer kasut untuk mendaki.

Aku tak jumpe pun pokok periuk kera macam orang lain, ralatlah jugak. Mungkin bukan rezeki kot. Next time kita pergi lagi yer. Lepas hujan ni, aku dengan kawan aku terpisah. Dia dah melangkah laju ke depan. Aku tak jumpa pun kawan-kawan aku yang lain. Sama ada mereka dah ke depan or masih tertinggal di belakang.

Sempat snap gambar setelah terpisah tadi.

Aku rasa aku dah 2,3 kali refill air kosong di pondok-pondok berteduh sepanjang perjalanan kami ni. Air yang aku ambil tu, aku campurkan dengan garam ORS. Bekalan air 100 plus aku pulak dah habis. So garam ORS la sebagai pengganti. Aku takde rase nak buang air kucil or air besar pun sepanjang perjalanan ku. Mungkin air dah banyak keluar melalui peluh.

Ada sesetengah orang tak lalu bile tengok tong/tangki air di kawasan-kawasan pondok tu sebab tong tu nampak berkarat. Aku tawakal pada ALLAH. Tak larat aku nak usung air banyak-banyak dari bawah. Untuk lebih selamat, seelok-eloknya untuk sesiapa yang nak pergi mendaki, bawaklah pil nyahkuman untuk membunuh bacteria-bakteria yang ada dalam air tu. Perut setiap orang tak same. Aku teringat ada seorang Auditor ni bagitau aku masa makan steamboat semalam. Dia pernah panjat Kinabalu ni a year before. Tapi dia tak dapat sampai atas sebab kena Diarea. Katanya dia sangat-sangat sensitive dengan air. Tahun ni dia dah prepare ubat siap-siap untuk mengelakkan masalah yang sama berulang. Aku memula cuak gak, tapi tawakal jerlah.

Alhamdulillah, semuanya ok. Aku lagi suke minum air tangki tu lagi adelah sebab rase die sedap giler. Air dari gunung, fresh kot. Lagi better dari minum dalam botol. Dah la air tu memang sejuk, rasa sedap, yang penting tak rasa payau. Penuh dengan garam mineral.

Untuk pengetahuan korang lagi, Allah banyaknya nak cite…Gunung Kinabalu ni terbahagi kepada banyak level. Bukan level ape, maksud aku keadaan pokok-pokok di sekitarnya. Pokok-pokok di sekitar Mersilau kebanyakannya lebih hijau dan besar-besar. Pokok-pokok akan berbeza mengikut persekitarannya. Bila berada di altitude yang lebih tinggi, kebanyakkan pokok-pokok ni menjadi semakin rendah dan kurang daun untuk menyesuaikan dengan keadaan suhu. Warnanya lebih kepada warna coklat.

Keadaan trek menghampiri Laban Rata dan pandangan sekitarnya.
Normal la tu bile korang akan rasa cepat penat sebab oksigen makin kurang bila berada di kawasan lebih tinggi. Memang rasa tercungap-cungap jer. Sambil aku tengah tercungap dengan tongkat aku kat tepi laluan, tiba-tiba ada sorang makcik ni lalu sambil bawak ber’crack-crack’air tin di belakangnya. Satu crack 25 tin kali 1 dozen (12). Gile hebat makcik ni. Aku tak nampak yang bawak tong gas, tapi aku ternampak makcik bawak air tin. Gile r makcik. Yang muda-muda pun sama jugak, lagilah tangkas dan laju mendaki sambil bawak beban kat belakang. Aku yang bawak beg seketul kat belakang ni pun rasa nak campak jer, macam manalah dorang boleh angkat tin minuman naik atas ni.

Teringat aku masa di Mersilau pagi tadi. Aku nampak sekumpulan anak-anak kecil memerhati kami semasa kami tengah bersiap pagi tadi. Kami difahamkan ada porter yang berumur 10 tahun mengambil khidmat mengangkat beg dari bawah untuk ke Laban Rata. Bukan satu, dua beg. Ada yang sampai 4,5,6 beg sekali harung. Kanak-kanak ini mengambil upah untuk menampah pendapatan mereka. Kebanyakan mereka adalah dari suku Bajau Gunung. Orang Bajau Gunung kelihatan lebih cerah kerana mereka duduk di tempat sejuk berbanding Bajau Laut yang sentiasa terkena panas matahari. Orang Bajau memang terkenal dengan kekuatan mereka, so tak mustahil la mereka mampu mengangkat barang-barang yang berat melebihi berat badan mereka.

Sejak pihak Sutera Harbour mengambil alih urusan pentadbiran mendaki Gunung Kinabalu, seolah-olah satu rahmat kepada penduduk tempatan. Mereka mendapat pekerjaan dan upah yang lebih lumayan berbanding sebelumnya. Trek mendaki jugak telah dibaik pulih.

Mungkin juga ada yang mengeluh kerana yuran untuk mendaki semakin mahal dari hari ke hari, namun kita kena sedar ada banyak lagi perut yang perlu diisi dengan wang yang kita bayar itu. Lebih banyak muatan atau kekerapan mereka berulang alik dari bawah ke atas atau atas ke bawah akan menentukan berapa hasil yang mereka dapat untuk satu hari itu.

Kebanyakkan mereka bekerja sebagai guider/porter kerana kesukaran mereka suatu ketika dulu. Sekolah tak tinggi, apa lagi kemahiran yang mereka boleh buat. Yang mereka tahu, selain Gunung Kinabalu..Dengan harapan bila bertambahnya pendapatan mereka, generasi-generasi ke depan mampu meneruskan pengajian mereka di taraf yang lebih tinggi, dapat mengubah pekerjaan tradisi yang mereka warisi.

Bersambung kemudian..Curi-curi masa update dalam perjalanan jumpa pakcik aku.

Monday, December 10, 2012

Expedisi Gunung Kinabalu - Part 2

Expedisi Gunung Kinabalu - Part 1 - Untuk baca dari awal, ketik sini ya.

8 Mei 2010 - Day 2

Aku baru ada semangat nak recall dan menaip entry trip pendakian aku ke Gunung Kinabalu pada tahun 2010. Dah 2 tahun lebih berlalu, baru ada semangat nak menaip..Hope you readers will enjoy my stories.

Aku baru ada kekuatan untuk menaip dan recall balik trip aku mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2010. Dah tahap peram kimchi aku rasa.

Ada 2 jalan/trail yang digunakan untuk mendaki Gunung Kinabalu.

1) Mesilau Trail - extra 2km dari Timpohon, tapi viewnya  lebih 
    cantik dan awesome.
2) Timpohon Trail ( aka Kinabalu Park) – trail ini banyak laluan
    menggunakan tangga, lebih cepat sampai. Takde view yang
    menarik.

Kitaorang menggunakan trail yang pertama, Mesilau Trail dan turun melalui Timpohon Gate.


Mountain Trail perjalanan aku menuju puncak.
 Usai menjamah breakfast yang lazat, kami berkumpul lagi sekali untuk mendengar briefing yang terakhir sementara guider kami menguruskan urusan dokumen perjalanan. Guider akan menemani orang yang paling depan untuk menunjuk arah jalan dan akan berada dibelakang sekali untuk memastikan ahli kumpulan yang terakhir akan sampai dengan selamat.

Mersilau Cafe - source google


Pendakian ini bukanlah perlumbaan kerana setiap orang ada phase yang berbeza. Ikut kemampuan diri masing-masing. Jangan ikut orang lain kerana hanya kita saja yang tahu kemampuan kita. Cuma guider mengingatkan supaya kami sampai sebelum gelap kerana kalau gelap laluan akan menjadi bertambah sukar, tambah pula dengan cuaca sejuk.

Lebih kurang pukul 8 pagi, kami buat warming up beramai-ramai sebelum mendaki. Tujuannya supaya otot kami tak terkejut masa mula mendaki nanti. Aku dah prepare air 100 plus dan air minum ditepi beg untuk dibawa bersama.

Kami juga diberikan bekalan makanan sebekas seorang yang berisi sandwich, ayam goreng keras seketul, telur rebus dan buah epal sebagai bekal dipertengahan jalan. Guider juga memberi kami tag sorang satu sebagai tanda pengenalan diri.

Yang paling penting sekali, niat kita untuk mendaki gunung ni hendaklah berniat baik. Jangan nak menegur apa-apa yang pelik disepanjang perjalanan nanti dan jangan memetik bunga sesuka hati. Aku cuma berdoa, janganlah aku nampak benda yang bukan-bukan atau pelik-pelik pulak nanti.

Pendakian dimulakan pada pukul 8.15 pagi. Kami seramai 33 orang semuanya, 8 perempuan dan 25 lelaki. Timing tak sama untuk semua peserta. Ada yang start mendaki awal sikit dan ada yang lambat sikit. Apa-apa pun, jangan berjalan berseorangan kerana dikhuatiri sesat. Better berjalan di dalam group yang kecil, sekurang-kurangnya berdua atau bertiga. Kalau kaki cramp ke, pitam ke ade jugak orang yang alert dari sorang-sorang.

Dimulakan dengan Bismillah, aku memulakan langkah untuk menakluki puncak Kinabalu yang menjadi cita-citaku selama ini. Pendakian dimulakan dengan laluan yang menurun, rasanya hampir 1km. Lepas tu baru kami start memanjat. Masa ni rasa dah penat sangat. Rasa tak cukup nafas. Hish, baru lagi ni...Bisik hatiku. Rasa kembang kempis hidung nak ambil oksigen. Mesti buruk no rupe mase ni.

Me and my partner, dah start penat time ni.
Bila nampak jer gang sama group, mulalah mintak tolong ambilkan gambar. Tak kirelah mase tu sape, ko boss ke, sape ke...Ade kukesah?
Muka cover penat

Atas jambatan pun jadi nak posing

Antara watak-watak utama dialog di bawah

Kat belakang kami berdua, ada satu group boss-boss la kiranya. Kami yang kat depan ni memang nak tergelak dengar dieorang berborak. Dah la masing-masing cakap Kedah pekat. Siap mengutuk-ngutuk diri sendiri sebab pi join trip ni. Antara dialog depa ni lebih kurang macma ni la, “Menyesal aku mai..Baik aku dok relaks-relaks, rehat-rehat kat rumah lagi baik. Sumpah aku tak mau mai dah.”

“Kalau aku tau macam ni, tobat aku tak join.”

“Aku dah stop smoking dari semalam. Tak mau semput, tapi semput jugak.”

Memang sengih-sengihla kami yang kat depan ni dengar dieorang-dieorang tu dok membebel.

Lepas 2 km mendaki, kami bertemu dengan group-group pendaki dari Timpohon Gate di Layang-layang Hut. Kami berehat seketika melepaskan penat. 5 minit mendaki rasa nak berhenti jer rehat. Tapi tak boleh ikut rasa penat tu sangat, kalau tak bila nak sampai ke Laban Rata.  Aku ada bawak bekal coklat, kismis dan buah kurma di dalam beg sebagai sumber tenaga semasa mendaki..Peluh mencurah-curah membasahi baju, tapi tak terasa sangat sebab cuaca sekeliling semakin dingin.

Perut dah terasa lapar, maklumlah dah banyak tenaga yang digunakan. Kami berehat seketika di Pondok Willaya. Masing-masing dah bukak bekalan makanan. Ayam goreng yang kami dapat tu keras giler. Aku cubit sikit-sikit jer ayam tu sebab rasa tak lalu sangat nak makan. Sandwich pun aku makan separuh jer. Bile dah penat, selera makan pun takde. Ya-Allah dalam hati ni tak sabar sangat nak sampai Laban Rata. Seolah-olah lambaian katil tu memanggil-manggil.


Lepas berehat dalam 20 minit, kami memulakan pendakian kembali. Aku tak nak buang masa. Ada satu ketika, aku terpisah dengan partner aku. Dia kan tinggi, langkah panjang-panjang. Aku pulak langkah pendek-pendek. Jenuh nak saing. Padahal kami terpisah di sebalik selekoh jer. Aku cuak jugak masa tu, tapi aku teruskan mengejar. Akhirnya aku nampak kawan aku tengah tunggu aku di satu kawasan lapang. Masa tu jugaklah awan lalu dan keadaan berkabus seketika.


Muka happy sebab dah jumpa kawan aku balik.

Ada rupa penjaga gunung tak?




Sejuk dah masa ni sebab tu aku pakai glove



                   
                Syukur Alhamdulillah, KM5 sudah. 1KM to go. Caiyok-caiyok

Nantikan part 3, harap aku tak perap sampai tahun depanlah yer..

Sunday, December 9, 2012

2km

After a long time, Alhamdulillah I still can finish my 2 km run, no knee pain..

I know, it just 2km, no one border.

Saturday
08 Dec 2012
2 km

Thursday, December 6, 2012

Sydney - Day 2 (Part 1)

Travelogue Melbourne/Sydney - Day 1 (Part 3)

Selesai makan, kami pun segera pulang. Kak Munirah ada komitmen lain lagi, kami pun faham. Balik ke Malaysia Hall, hujan turun renyai-renyai. Angin bertiup menyebabkan kami rasa kesejukan. Mata aku dah mengantuk tahap gaban ni. Aku bagi laluan pada Kak Teh dulu untuk mandi sebab dia nak solat Maghrib. Pesan Kak Teh, jangan bukak air panas terlalu lama sebab takut wap memenuhi bilik air. Kat Ozy ni sensitip sikit. Kalau wap tu keluar dan meresap masuk ke Smoke Detector, bomba terus datang. Nanti tak pasal-pasal Malaysia Hall kene saman. Dieorang takut student masak-masak dalam bilik sebab tulah dieorang pasang smoke detector tu. Segarnya badan dapat mandi setelah seharian kepenatan. Usai mandi, perut pun dah kenyang. Pukul 8.30 aku dah terlelap. Kak Teh yang dok layan tv sorang-sorang.

Keesokan paginya aku bangun awal, pukul 6. Rasa segar bugar. Cepat-cepat mandi walaupun sejuk. Kak Teh bangun lebih awal dari aku, mungkin sebab dia dah terbiasa. Kami bersiap-siap untuk keluar round-round town hari ni. Nak tengok Sydney Opera House. Kami nak breakfast di cafe dulu sebelum keluar. Kak Teh dok provoke aku cakap nasi lemak and teh tarik kat Malaysia Hall tu sedap sangat. Aku pun apa lagi nak jugak rasa.

Turun-turun bawah, masih gelap lagi. Kami menunggu-nunggu pukul berapa kitchen nak buka.  Dalam 15 minit kami menunggu, kami ambil keputusan untuk segera keluar. Hangin dah ni, perut pun dah lapar. Hujan turun agak lebat sebelum tu. Aku dengan Kak Teh dah prepare baju tebal sebab cuaca sangat-sangatlah sejuk. Tengah menunggu bas,  kami disapa oleh seorang warga emas yang sedang terkial-kial memakai baju hujan. Aku dengan Kak Teh membantunya memakai baju hujan.


Bus stop di sebarang jalan Malaysian Hall
Kami menunggu bas no 372,374 atau 376 untuk menuju ke city. Sedang menunggu bas, kelihatan satu family Melayu sedang jalan beriringan menuju ke bus stop. Kami bersalaman, kitakan orang Melayu. Rupa-rupanya family ni datang untuk konvo anaknya di Brisbane yang baru habis TESL. So dah alang-alang ke Ozy, datanglah ke Sydney ni. Mereka akan pulang ke KL pada petang itu juga.
Tak lama lepas tu, bas pun sampai. Kami segera memanjat bas. Tiket bas berharga 3.30 AUD. Naik bas dalam 15 minit, kami sampai ke town. Kami turun di terowong yang aku lalu semalam. Hujan semakin reda. Aku ngan Kak Teh berpisah dengan family dari Malaysia tu di sini. Masing-masing ada hala tuju masing-masing.

Railway Square YHA - dekat central jer, senang kalau naik bas
Tempat pertama yang ingin kami pergi adalah Paddy Market.

Kak Teh @ Paddy Market



CDB Free Shuttle 555
info : www.sydneybuses.info

Tuesday, November 27, 2012

B.B.Q Chicken Wing


Hari Chicken Wing pulak. Ni pasal teringat chicken wing kat Ikea tu. Tapi tak dapat pergi sana, buatlah sendiri. Google jerk at internet, dah jumpa resepi..thanks again to MyResipi sebab aku suka sangat refer sini kalau nak masak apa-apa. Thanks to Kak Fida yang sudi kongsikan resepi ni.


Bahan-bahan :
12 keping kepak ayam - dibersihkan dan toskan  (aku guna 8 keping jer)
5 ulas bawang putih
1/2 jari halia
1/4 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
1 sudu kecil cili serbuk
3 sudu besar kicap cair
2 sudu besar madu
2 sudu besar gula melaka - hiris halus
1 sudu besar cuka/jus limau kasturi/jus lemon  - aku guna jus limau kasturi

Cara-caranya:
1. Tumbuk halus bawang putih dan halia.Campurkan dengan kesemua bahan-bahan yang lain kecuali ayam di dalam sebuah mangkuk yang besar. Gaul rata.
2. Masukkan lepak ayam ke dalam mangkuk berisi sos-sos tadi dan gaul hingga rata. Perap untuk beberapa jam di dalam peti sejuk atau perap semalaman. (Masuk dalam plastic  lutsinar yang ada zip tu)
3. Jika panggang menggunakan oven,susun kepak ayam di dalam dulang pembakar yang dialas aluminium foil. Setelah 20 min, balikkan kepak ayam sambil disiram lebihan sos dan panggang terus hingga masak ikut kepanasan oven masing2. Aku bakar ayam ni pada suhu 200°C untuk 45 minit.
4. Jika memanggang menggunakan bbq pit, balik-balikkan kepak ayam sambil disapukan   lebihan sos dengan menggunakan berus khas. Panggang hingga masak.
5. Siap untuk dihidangkan.
- Selamat Mencuba -

Monday, November 26, 2012

View From Window


Lets picture tell the story…

The crowded of Kuala Lumpur

Cruising nearly to Banjaran Titiwangsa

Finally Banjaran Titiwangsa on the top

Malaysian Favourite All Time Menu - Nasi Lemak with Chicken Rendang @ Nasi Lemak Pak Nasser in AirAsia flight.



Good bye Sarawak



Awan nano nano nanoooo



Macam jalan cacing jer kalau tengok dari atas


Awan nano lagi


P/s : Sorry kalau gambar tak menarik. Aku hanya guna camera biasa. Tak dapat nak zoom jauh sangat.

Tuesday, November 20, 2012

Udon Black Pepper


Yummieeeee!!!!!!!!!

Teringat masa tahun 2008...first time dalam hidup aku kenal apa itu mee Udon, sejenis mee yang berasal dari Jepun. Saiznya lebih besar dari saiz mee biasa. Masa tu aku dengan kawan-kawan aku makan kat Nim’s Island yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Boleh tembus jalan dalam ke Bandar Baru Bangi...

Kawan aku tetibe nak order Udon Black Pepper..Terpinga-pinga aku kejap ape bende tu. Bile order sampai, kami semua pakat-pakat rasa..Best jugak..Tak rugi cuba benda-benda baru ni. Lepas tu, aku dah tak makan udon sampai sekarang...Sebab tak banyak kedai yang jual makanan ni.

Masa pergi Carrefour hari tu, aku tergerak nak beli mee udon. Terasa nak makan pulak. Sekarang tak susah, boleh masak sendiri. Nak resepi pun boleh google jer. Resepi ni aku ambil dari blog kak nolie. Aku nampak resepi dia agak mudah dan simple. Memang aku puas hati dengan resepi ni dan mengenyangkan..Jom kita cuba..



Resepi Udon Black Pepper (untuk seisi keluarga) - sebab aku sorang, aku buat sikit jerlah..
600g mee udon – aku guna 200g@ 1/3 dari bungkusan udon tersebut
3 keping dada ayam (potong ikut suka) / daging
1 tin cendawan butang (basuh dan hiris nipis) / better guna cendawan shitake
3 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 sudu kecil lada hitam yg telah ditumbuk halus
1 biji capsicum (potong ikut suka)/lada merah pun boleh
5 sudu besar sos tiram – aku guna sesudu besar sahaja
4 sudu besar kicap pekat – aku takde kicap pekat
3 sudu besar kicap manis – aku guna kicap manis lebih sikit
1 sudu besar sos tomato - optional
Carrot (dipotong panjang)- optional
Baby jagung - optional
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa – kalau kicap dah masin, tak perlu masukkan garam lagi

Udon Jenama Megah Mee - 600g

Dalam packaging tu ada 3 bungkusan kecil Udon seperti di atas

Cara membuatnya:-
Panaskan minyak. Tumis bawang tumbuk dan lada hitam sehingga naik bau. Masukkan isi ayam atau daging. Kacau sekejap dan masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata.
Masukkan cendawan, carrot, baby jagung dan lada, kacau lagi. Akhir sekali masukan mee udon yang telah dibasuh terlebih dahulu. Kacau rata...masukkan garam secukup rasa dan kacau lagi. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan ketika panas-panas.


Tips Udon:
Ikut arahan pada bungkusan udon, udon hendaklah direndam atau dibasuh dengan air panas untuk seketika untuk melembutkan mee tersebut. Lebihan Udon yang belum dibuka, boleh disimpan ke dalam peti ais untuk digunakan lagi.

Saturday, November 17, 2012

Penang in Memories


Cuti seminggu bakal berakhir esok lusa..Aku yang terpaksa postpone cuti, nak buat macam mana kerja. Aku teringat nak post pasal trip cuti sekolah mak aku dengan cousin-cousin aku minggu lepas. Tumpang dengar ajelah sebab aku tak dapat nak join. Mak aku berjalan-jalan ke Penang, lebih spesifik ke Bukit Bendera.

Dengar Bukit Bendera, teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Memang best kalau dapat jalan-jalan. Zaman tu, kalau dapat pergi Penang pun best dah. 40 minit jer dari rumah aku, kalau tak jam yer..

 Mungkin post aku kali ni dapat memberi sedikit sebanyak info untuk ibu bapa yang takde idea or plan nak kemana. Yang tak pernah pergi pun boleh pergi jugak..

Dulu masa kecik-kecik, masa sekolah rendah arwah ayah aku akan bawa aku sekeluarga ke Penang. Kalau rasa nak berkelah, kami bawak bekal nasi dan lauk-lauk siap-siap. Kalau tak, kami makan di Penang jer.


20 tahun lepas, masih boleh berhenti dan ambil gambar atas Jambatan Pulau Pinang. Memang syiok habis la time tu. Sekarang dah tak boleh sebab dikhuatiri accident or orang terjun jambatan pulak.

Lepas dah sampai Pulau, kami akan pergi ke  Tokong Ular yang terletak tak jauh dari Bayan Lepas. Memang terdapat banyak ular di Tokong ni. Tapi kebanyakkan ular di sini bukan ular berbisa. Tapi ular tetap ular kan? Geli weh..Even ular daun..

Tokong Ular
Kalau nak berkelah, kami selalunya pergi ke Kebun Bunga yang terletak di Tanjung Bunga, kaki Bukit Bendera. Memang best kat sini. Suasananya penuh dengan kehijauan, cuma tak tahan sebab banyak sangat kera yang menunggu mangsanya. Kat sini kena berhati-hati dengan beg tangan dan beg plastik. Pantang nampak, mesti dieorang nak ragut.
source : www.travel-penangmalaysia.co
Kalau tak berkelah kat sini, kami pergi berkelah di tepi Batu Feringgi. Masa tu takde Hard Rock Hotel lagi. Ala kat tempat cite Ali Setan tu. Best tau main kat celah-celah batu tu. Tapia de pulak cite-cite yang tak best aku dengar kat situ. Kat situ jugak banyak couple-couple bercanda dan ada pulak yang bunuh diri bila hajat tak kesampaian(pilihan tak direstuila). Sekarang tak lagi dah kot sebab kat Feringgi ni very happening.


Batu Feringgi - image from google
Dari Batu Feringgi boleh drive ke Balik Pulau. Tapi jalan macam ular kena palu. Boleh muntah tu kalau tak tahan. Di tepi-tepi jalan bleh Nampak pokok-pokok durian yang tersergam di lereng-lereng bukit. Durian kat sinilah durian yang terbaik di Penang. Harganya memang meletup-letup. Tokey-tokey durian kat sini memang kaya raya.

Pekan Balik Pulau, very the old skool.

Paling best bagi aku dulu, dapat naik cable car pergi Bukit Bendera. Masa aku kecik, suasana kat sini sejuk. Masa tu bolehlah feeling-feeling pergi oversea. Siap pakai sweater lagi. Bila awan lalu, habis semua kawasan kat atas tu berkabus. Dari atas puncak Bukit Bendera, boleh nampak view keseluruhan Penang.
Cable car masa aku kecil-kecil dulu
Dah penat jalan-jalan, selalunya arwah ayah aku akan bawa kami semua makan di Padang Kota. Kat situ memang terkenal dengan Pasemboq Penang. Fuihhhh, memang terbaek!!!!!! Ambil udang goreng tepung, sotong goreng tepung, ketam, tauhu goreng, telur rebus. Lepas tu semua dipotong-potong halus. Letak sengkuang, timun dan kuah kacang Sedia untuk dihidangkan. Kalau dulu, sepinggan boleh dapat kurang dari RM30. Tapi sekarang aku tak taulah nak cakap. Tapi memang heavenlah mase tu. Peberet arwah ayah aku. Makan sambil layan angin laut yang bertiup nyaman memang best. Lepas tu hirup pulak ais kacang…Walawei…


Dah habis makan, kami ronda-ronda kat Penang dulu kejap sebelum menuju ke Jeti untuk naik feri..Selalunya kami akan pulang ke seberang dengan menaiki feri. Biar rasa semuanya..

Feri Pulau Pinang

Sebelum aku terlupa, aku pernah join satu program masa darjah 6. Program tu dibuat di USM. First time aku rasa duduk di asrama. Ada kakak fesi, abang fesi…Masa tu angan-angan tinggi melangit nak belajar di universiti. Masa tu jugaklah aku tau ada satu port yang menarik kat USM tu. Atas bukit yang menghadap laut. View kat situ memang cantik. Boleh nampak Jambatan Pulau Pinang yang menjadi symbol kebanggaan negeri Pulau Pinang. Kalau jalan kaki, memang kena panjat la sikit. Nama pun atas bukit.

USM Pulau Pinang

If ada kesempatan, aku nak repeat balik momen-momen indah masa aku kecik-kecik dulu. Tapi aku kurang gemar dengan kesibukkan Penang yang mengalahkan KL sekarang ni, Bila teringat tu, terus potong.

Aku harap info ni dapat membantu rakan-rakan @ ibu bapa yang tak tau nak bawak anak-anak bercuti ke mana.
Internet malam ni sangat-sangatlah slow. Berejam aku depan laptop nih..
P/S: Gambar-gambar dari sumber google ye...




Friday, November 16, 2012

Asam Pedas Emak Hanis Zalikha

Over betulkan tajuk kat atas ni, tapi memang betul yer..Resepi dari emak blogger terkenal. Nak try bukak sebab mak die glemer or tuan punye badan glemer, tapi sebab rasa penyediaannya agak unik, lain dari cara yang biasa. Memang sedap sangat. Sebelum ni aku selalu guna resepi dari MyResepi tapi rasa nak ubah selera pulak. Sila ushar-ushar sini. Thanks to hot mama yer for sharing the recipe..


Asam Pedas Ikan Pari


Ikan jenahak/ikan parang/ikan merah 1/2 kilo - aku guna ikan pari 2 slices jer.


Cili kering 10 - 20 batang (rebus dan cuci), ikut kuantiti ikan - gunting siap-siap untuk buang biji yer
buah keras 5 biji - boleh kurangkan kalau ikan tak banyak sangat
belacan 1/2 inci - aku tak guna belacan

Inilah buah keras untuk sesiapa yang belum kenal - source google

(Blend ke semua bahan di atas dan ketepikan)

Bawang merah kecil 5 ulas
bawang putih 3 ulas
serai satu batang yang kecil
kunyit hidup 1 inci. - kalau takde, boleh jer letak sesudu kecil kunyit serbuk

(Blend ke semua ini dan ketepikan)

bahan-bahan lain untuk ditumis :

biji halba - 10 biji
daun kari - satu batang lurutkan
daun kesum 2 tangkai ikat

p/s: next time aku letak semua benda ni sebab kali ni aku masak takde bahan-bahan ni. tu pun dah sedap.


Cara-caranya,

1.Panaskan minyak, tumiskan biji halba, daun kari, daun kesum.
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran campuran bawang bawang tadi sehingga naik bau dan agak garing.
3. Masukkan pula kisaran campuran cili kering tadi sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa, garam dan ajinomoto dan sedikit air
5. Setelah mendidih masukkan ikan, tomato dan kacang bendi.
6. Biar mendidih dan kemudian kecilkan api untuk merenihnya.
7 Angkat dan hidang bersama nasi panas.
Untuk orang yang tak pernah masak asam pedas, ikut jer resepi ni.InsyaALLAH jadik..Lain dari asam pedas yang aku selalu buat. Tipsnya, tumis cili kering tu sampai betul-betul masak yer..Kalau tak, tak sedap and boleh sakit perut nanti.
Info berkaitan buah keras: sumber Wikipedia

Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana.

Kegunaan dalam Makanan

Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih "kasar"), dengan kandungan minyak yang serupa tinggi. Ia sedikit beracun ketika mentah, dan sering dipergunakan dalam masakan Melayu dan Indonesia. Di Pulau Jawa, buah keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi.
Di Hawaii, buah keras juga dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk menjadi perasa yang dikenali sebagai inamona. Inamona ialah ramuan utama dalam poke, makanan tradisional Hawaii. Pokok ini juga merupakan pokok rasmi Hawaii. [1]