Thursday, October 25, 2012

Air France New Route from Kuala Lumpur to Paris

Korang dah start cuti? Aku tak amek Annual Leave pun untuk raya haji ni. Pakai jer cuti yang ade. Untuk sesiapa yang dah bercuti, dah selamat sampai kampung, Alhamdulillah.
Pagi ni, masa aku on the way pergi keje. Aku terlambat, opppsss! Aku dengar radio Hot Fm kejap, Red Fm kejap, Suria kejap. Then keluar la berita ringkas kat Hot Fm tu. Aku bagitau lah sikit ye. Cuaca dijangka rebut petir di Sabah, Sarawak, Pahang, Terengganu, Kedah, Perlis, Penang pada Raya Haji ni. So rancanglah perjalanan raya anda ye.
Cuaca di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kelantan pulak dijangka hujan disebelah petang. Ala macam sekarang ni lah. Skali Jay kat Hot Fm tu announce, ada berita baik – Penerbangan Air France akan terbang dari Kuala Lumpur ke Paris pada tahun depan. Kekerapan penerbangan adalah 3x seminggu.
Aku yang dengar ni rasa teruja kejap. Dah lama Air France stopkan route dari Kuala Lumpur ni. So ada jalan barulah nak ke Paris. Memanglah MAS ade route ke Paris jugak sekarang ni. Tapi makin banyak option la. Mungkin berita ni bagi sesetengah orang dah basi sebab mungkin dah tersebar kat Berita TV3 semalam. Aku memang tak tengok berita tv3 ye, so aku tak tau. So bile dah dengar ni, apa salahnya aku bagitau kan. Launching date 9 Nov nanti. Mana tau ada tiket murah, bolehlah rembat kan?
Posted on 24 October 2012 - 06:01pmLast updated on 24 October 2012 - 08:25pm
PETALING JAYA (Oct 24, 2012): Air France will start flying to Kuala Lumpur from the Paris-Charles de Gaulle Airport in France on April 22 next year, with an initial schedule of three weekly departures.
In a statement today, Air France said it will be mounting a B777-200, which has a seat capacity of 247, on the new route.
In Asia, Kuala Lumpur will be the 15th destination served by Air France. This new service is in addition to the 205 weekly flights operated between Paris, Amsterdam and Asia by Air France and KLM.
This flight complements the flight offering between Malaysia and Europe, with the daily flight already operated by KLM from Kuala Lumpur.
In combination with KLM flights, Air France-KLM Group offers 17 weekly flights from Malaysia to Europe; seven of them with KLM codeshare partner Malaysia Airlines from Kuala Lumpur to Amsterdam.
Air France-KLM country manager for Malaysia, Estee Ng, said ticket booking will open on Nov 9 2012.
"With 110,000 French tourists visiting Malaysia last year and the strong trade relations with France, it is a growing market and there is a tremendous potential for Air France-KLM to use it as a tactical location for our presence in Southeast Asia.
"Customers wishing to travel to Indonesia from Europe will also benefit from connecting opportunities to Jakarta offered by KLM," she added.
Air France-KLM is a result of a merger between Air France and KLM in 2004.
Meh sini aku tepek sikit gambo Air France ni untuk tatapan kita bersama.
Sumber semestinya dari Mr Google

Ni pun dari Google



Wednesday, October 24, 2012

Langkawi Story - Part 3

Langkawi-Story-Part-1.

Langkawi-Story-Part-2


Beautiful view from the sky

Sorry sebab dah lama tak sambung cerita Langkawi ni. Aku agak busy and cuba untuk meri”call” balik story-story sebelum ni. Dah lama aku nak letak gambar kat atas ni tapi tak sempat, so kali ni aku buat jadi header.
Lepas dari Gua Kelawar, kami bergerak perlahan menyusuri sungai, berpatah semula ke tempat kami mula-mula sampai. Kemudian kami semua diarahkan untuk memakai life vest untuk keselamatan. Dah nak masuk laut wajib pakai ye. Kang melambung dalam laut takde sape nak tolong sebab salah sendiri. Budak-budak yang tak reti nak diam tu mula senyap sebab takut. Bot melambung-lambung dipukul ombak. Menjerit-jerit kami di dalam bot.

Aku sempat snap dan zoom gambar Kilim Geoforest Park dari jauh. Bot memecut laju sebab kami mengejar masa. Dalam 15-20 minit, kami sampai ke Pulau Dangli.
KILIM GEOFOREST PARK




On the way to Pulau Dangli @ Andaman Sea - tak jauh dari kilang simen


 
Boleh nampak Kilang Simen di Ewa tak jauh dari sini



Sejurus sebelum kami berlabuh, Alhamdulillah cuaca kembali panas dan langit kembali biru


                  Gambar last sebelum bateri kamera aku padam
Kat sini memang best sangat nak fish feeding, sebab ikannya sangat-sangatlah banyak. Deme-deme ni kebuluran tau..Kalau masa panjang, rasa nak terjun dalam ni and snorkelling. Dah la laut membiru, air jernih.. Memang rasa nak terjun. Masa ni memang guide budak-budak kecik tu sebab takut buat aksi terjun tiruk pulak...Sebab kengkonon pandai berenang masing-masing. Aku sempat jugak jejak kaki dalam air sebab tak tahan rasa nak terjun.

Ada sebuah private bot di sebelah kami, caya nun alif satu family. Aku tengok bapak  die dok ajar anak die bagi makan ikan.
Ini jer sku dapat snap - guna kamera handset

Seronok tengok ikan yang berenang-renang ni - rasanya pukul 2 lebih dah ni.



Sebelum aku terlupa, aku nak bagitau kita boleh ke Phuket kalau melalui laluan Andaman Sea ni. Sebab tu lah kawasan sekitar Burau, Datai, pantai-pantai yang terletak di balik belakang Pulau Langkawi ni cantik-cantik belaka. Cuma jalan laut nak ke sana tu aku tak taulah macam mana. Kalau musim panas, mungkin ok. Kalau musim hujan, mungkin beralun kuat.


Monday, October 22, 2012

Cucur Nasi Berbawang

 
Cucur Nasi Berbawang

Bila perut lapar, otak mula ligat berfikir. Tambah-tambah cuaca semalam hujan sejuk-sejuk berangin tu. Kalau dapat makan cucur panas-panas kan best. Teringat ada nasi sejuk semalam yang tak habis, nak buat nasi goreng macam malas pulak. Last-last dapat idea, nak buat cucur nasi sebab pernah terbaca di blog Masam Manis. Tapi sebab malas nak tengok resepi taram sendiri jer. Nanti sempat aku link kan resepinya. Sorry resepi ni takde isi udang ke, ikan bilis ke. Ni very simple punye.
Bahan-bahan :
1/2 cawan nasi sejuk
1//2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air - agak-agak jer
1 biji telur ayam
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
3-4 butir cili halus @ 1 batang cili besar
2-3 batang daun bawang - dipotong 1 inci
secubit garam

Cara-caranya:
1. Masukkan nasi sejuk, tepung gandum, garam, air dan telur ke dalam bekas blender. Blender sehingga semuanya hancur.
2. Tuang bahan yang diblender tadi ke dalam mangkuk. Masukkan bawang besar dan daun bawang. Gaul rata dan sedia kan minyak di dalam kuali.
3. Tunggu sehingga minyak panas, senduk adunan tadi dengan sudu dan masukkan ke dalam kuali. Alih-alihkan cucur dan angkat bila nampak warnanya keperangan. Lapik dengan tisu untuk menyerap minyak.
4. Sediakan sos dan siap untuk dihidangkan.




Sunday, October 21, 2012

Ia ringan,ia comel...Itulah dia...


Macam ape-ape je tajuk tu kan... Takpelah, nanti korang baca taulah ape sebenarnya.

Dah masuk 21 hari bulan 10 baru nak post entry. Nampak sangat busy mengalahkan pak menteri. Nak buat macam mana, aku memang busy. Niat nak menulis tu memang ade, tapi tak menyempat jer. Yang aku sempat blogwalking, tu pun time time opis. Kejap-kejap nak release tension, sebab dateline banyak sangat nak kejar...

Back pada apa yang aku nak sampaikan hari ni. Aku dah lama berkira-kira nak beli mende alah ni. Tapi hold memanjang. Jadi tak jadi. Kejap nak, kejap tak nak. Lepas tu aku asyik pikir-pikir jer. Minggu lepas aku g survey harga mende ni, nak bagi puas hati. Hmm, boleh tahan jugak harganya, yang baru RM1049. Ok, dah dapat range harga. Aku pergi tengok kt Mines jer. Tak boleh turun kl, hujan lebat. Takut banjir pulak. Balik tu berangan tak habis-habis.

Malas nak amek port sebab tak nak ingat sangat. Masuk keje hari isnin, aku jadi busy 2x ganda. Tak teringat sangat dah. Start hari Rabu, Khamis, penyakit meroyan balik. Mula teringat-ingat. Start survey-survey balik. Makin tengok, makin tak tahan, tak boleh jadi ni. Aku check-check kat Mudah, ade beberapa stok yang menarik minat aku. Aku sms, ada yang reply, ada yang tak. Tapi kebanyakan dah sold out.

Pagi Jumaat tu aku busy dengan keje aku, dalam hati nak jugak check lagi. Jap-jap lagilah. Tips nak cari barang kat Mudah ni, try survey dalam seminggu. InsyaALLAH dapatlah cari apa yang kita nak tu. Cari orang takde ye, cari barang jer boleh ye. Ni tips dari pakar, bukan aku. Dulu-dulu aku tak caya sangat dengan Mudah ni, tapi sejak perniagaan online makin femes, aku yakin but not 100% la. Curious sikit-sikit tu normal la ye.

Aku bukak Mudah lagi dengan harapan, dapat cari barang yang aku nak. Tak banyak pilihan. Kebanyakkan yang aku sms semalam. Alih-alih around 12 tu, aku refresh. Nampak stok baru. Aku cepat-cepat sms, takut terlepas lagi. Harga nampak sedikit tinggi. Lebih sikit dari budget, tapi stok baru ni. Interior memang dah cun, tapi jangan mudah terpedaya. Aku pujuk hati. Mesej masuk, stok masih available. After few discussion, aku rase aku nak sangat. Tup-tup dapat harga pun boleh tahan. Den terus confirm. Janji hari ni aku pick up.

Petang tadi, Alhamdulillah. Akhirnya jadi milik aku.

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Taraaaa.........

Acer Aspire One D270 Balloon Edition

Keyboard yang menarik

Main reason aku beli netbook ni sebabnya aku rasa senang nak bawak sana sini. Tak rasa nak patah bahu bawak laptop aku yang ketinggalan zaman tu. Laptop aku zaman 2006 kot. Aku bukanlah seorang yang jenis up to date dengan gadget. Aku akan pakai sampai lebam. Selain tu, aku memang nak gadget yang baterinya long lasting, ringan, senang nak bawak sana sini. Lagi satu harga murah. Nak beli apple sebijik memang tak mampu la aku. Mampu berangan jer. Lepas ni boleh la aku angkut gadget ni sana sini, nak tengok movie dalam flight ke. Nak menaip ke. Syukur alhamdulillah. Aku tau sekarang orang semua tengah gile dengan tab, tapi bagi aku, belum masanya lagi kot. Tengoklah nanti-nanti kalau dah turun harga...Boleh difikirin...