Monday, October 31, 2011

Kek Coklat Kukus Keju Koktel lagi

Kek Coklat Kukus Keju Koktel pilihan anak dara MF


Last week masa hari Khamis, sebelum attend kelas mengaji, aku jatuh terlentang di masjid. Punggung dan kepala aku sakit terkena lantai marmar. Lantai masjid licin sebab hujan lebat.
Balik dari kelas, aku terus pergi klinik. Alhamdulillah semuanya ok dan aku boleh join 5km Jalan Amal kat Putrajaya pada hari Sabtu malam Ahad weekend hari tu. Aku berani jugak lari-lari anak. Syukur Alhamdulillah, pinggangku ok walaupun berjalan 5km selepas jatuh 2 hari sebelumnya.

Hari Ahad pulak, aku busy buat tempahan dari MF untuk anak daranya. Tengoklah hasil-hasil yang tak seberapa ni.


Kek Coklat Kukus Keju Berkoktel


Resepi asal adalah dari Chef Hanieliza. Resepi ni boleh tengok kat rumah Kak Ita.
Saya share di sini sekali lagi yer. Maafkan saya sebab tukar resepi kek coklat tu ikut version Eggless Moist Choc Cake.

Resepi Kek Coklat saya tak pakai telur kali ni sebab telur yang ada di rumah adalah stok lama saya takut hasilnya mengecewakan. So saya proceed guna resepi kek yang saya selalu buat, takde telur punya. Cuma kuantiti air kurang ¼ dari resepi asal dan tiada campuran nescafe.

Bahan A(diayak)

2 cup tepung gandum
1/2 cup serbuk koko (better local koko)
1 t/s baking powder
1/2 t/s soda bicarbonate

Bahan B

2 cup gula perang
1 cup minyak masak (ganti butter yg dicairkan)
1 cup susu coklat (ganti susu pekat manis)
1 cup air panas (dibancuh dengan sebungkus Nescafe)

Bahan C (bubuh akhir sekali lepas kacau semua bahan A dan B)

Secubit garam
 1 s/k esen vanilla
 1 s/k lemon/cuka/limat purut/limau kasturi/sunquick

Cara-caranya..
  1. Sediakan dapur kukus, tunggu sehingga air mendidih, panaskan loyang yang dah digrease dengan mentega dan kertas kek. - Saya guna acuan 9 inci hari ni untuk dapatkan kek yang besar.
  2. Dalam 1 bekas, masukkan bahan-bahan yang diayak bersama gula perang dan digaul
  3. Masukkan minyak, susu coklat dan bancuhan Nescafe, dikacau dengan whisk hingga rata.
  4. Masukkan secubit garam, kacau lagi. Masukkan esen vanilla dan akhirnya cuka/lemon. Kacau hingga sebati dan tuang adunan ke dalam loyang.
Kukus kek selama sejam atau lebih 1 jam 15 minit. Setelah kek masak, sejukkan kek diatas redai. Selepas sejuk barulah keluarkan kek dari loyang.


Bahan krim keju (Resepi kali ni saya gunakan gelatine)
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air panas untuk larutkan gelatin.
1 cawan yogurt perisa mangga (lebih kurang 2 pek yogurt 135ml)
1 tin buah2 koktel


Krim keju dan gula halus


Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut
Masukkan yogurt dan pukul lagi.
Masukkan bancuhan gelatine yang telah larut tadi ke dalam keju cream.


Larutan gelatin dengan air panas tadi



Kek yg telah sejuk tadi kita buang bahagian atasnya yg licin.
Guna pisau yg nipis dan tajam
Bahagi kek kepada 2 keping
Letakkan lapisan kek di atas pinggan

 
Lapisan kek yang telah dibelah dua


Persedian untuk membuat lapisan keju


Masukkan kek dalam loyang dan susun lady fingers di kelilingnya

Ambil 1/2 adunan krim keju dan masukkan 1/2 buah koktail ratakan
Tuangkan krim yg dah bercampur buah atas kek span dan  ratakan.


Lapisan pertama krim cheese dan buah koktel

Lapik pula dengan sekeping kek lagi.
Tuangkan baki krim tadi dan taburkan baki buah2 koktel diatasnya
Susun buah pic di atas permukaan keju ikut kreativiti masing-masing.
Simpan dalam peti sejuk semalaman

Tadaaaaaaaaa.....Dah siap...

Thursday, October 27, 2011

Mode Coklat

1) MF ada order something untuk birthday anak daranya, nak ambil weekend ni. (Aku nervous dan takut sebenarnya)

2) Aku ada special give untuk anak dara MF dan MF. Nak kasi suprised.

3) Nak buat something special untuk birthday kawan baik aku masa sekolah dulu, Lynd walaupun birthday dia dah belated pun.

MF, aku akan usaha buat kek yang terbaek untuk anak daramu itu. MF yang bagitau anak dia suka sangat dengan kek yang aku hadiahkan pada MF hari tu. Aku rasa sangat-sangat terharu. Nanti dah siap semuanya, aku akan pastekan gambar di sini. Harap-harap hasilnya seperti yang aku impikan.

Itu saja info untuk hari ni.

Lepas ni layan gambar ok!!! Mode mencari idea untuk kasi Da Bomb!!!

Layan gambar Kek Moist masa wedding ex housemate aku Aida - aku buat 3 adunan sekali sebab nak bagi kek ni nampak tebal.

Kek sebelum di touch-up


Version lawa sikit


Aida & Azwan


Version atas

Monday, October 24, 2011

HOT ITEM - Cornflakes Coklat Strawberry dan Vanilla untuk dijual!!!

Hot item, Cornflakes Coklat perasa Strawberry dan Vanilla untuk dijual.

Hanya RM18 untuk 50 pieces dalam satu bekas. Terdapat 2 pilihan perisa dalam bekas yang sama.

Sesuai untuk kudapan atau hidangan Hari Raya Haji. Kegemaran kanak-kanak dan orang dewasa. Saya memang suka cornflakes coklat ni sebab rasa cornflakes yang rangup yang dilitupi coklat.

Sesiapa yang berminat bolehlah contact saya thru blog, email : passionateactivities@gmail.com or can contact thru my number: 013-2906246

Tempahan masih dibuka until further notice.



Perisa Vanilla


Perisa Strawberry


Stawberry again


Vanilla again




Cepat dapatkan sebelum ketinggalan. Delivery ke Putrajaya pada hari Sabtu atau Ahad, 29/30 Oct.

Terima kasih semua!!!




Image from Mr Google


Saya nak ucapkan terima kasih pada pengunjung-pengunjung yang telah melawat blog saya. Terutama pembaca dari facebook yang menjenguk link saya di ruangan Kongsi Resepi. Terima kasih banyak-banyak ya. Blog saya adalah berkaitan dengan travel n foods basically. 2 benda yang saya sangat suka iaitu travel dan memasak (mencuba resepi-resepi kegemaran dan nampak menyelerakan). Saya masih dalam tahap merangkak dalam dunia blog ni. Terlalu banyak yang saya perlu belajar untuk memantapkan diri saya dalam dunia blogger.

Buat masa sekarang saya perlukan kekuatan untuk kumpul info-info tempat-tempat yang saya pernah pergi sebelum ni, contohnya Beijing, London, Hamburg (Germany), Gold Coast(Aussy) dan Christchurch (NZ). Terlalu banyak gambar yang perlu dipilih dan paling penting apa yang saya nak karang. Harap satu hari nanti saya dapat share semuanya dalam blog saya.

Mood travel akan datang tak lama lagi, insyaALLAH. Sekarang masih dalam plan.  Semoga semuanya dipermudahkan. Akan saya sharekan jurnal perjalanan saya nanti dan insyaALLAH saya akan bergerak secara solo. Tapi saya tidaklah sehebat dan seberani blogger lain, terutamanya teman yang banyak bagi semangat pada saya, fatt. Traffic blog saya juga banyak disumbangkan dari blog kak leez, terima kasih akak.

Memang tak sabar nak tunggu hujung bulan 11 nanti. Harap-harap saya dapat mengharunginya nanti.




Friday, October 21, 2011

Macaroni Baked Cheese - Simple Punya

Assalamualaikum....

Very beautiful Friday...Hari ni aku nak tayang hasil hentam keromo aku yang teringin nak makan macaroni bakar. Aku buat lepas balik kerja beberapa hari lepas. Sempat lagi tu menggagahkan diri masuk dapur siap itu ini semata-mata sebab teringin.





Resepi Macaroni Baked Cheese

200g macaroni – rebus dengan air dan garam, jgn lembut sangat
200g mozzarella cheese

Untuk sos putih:

25g mentega
125ml susu full milk/fresh milk/ low fat pun boleh
1-2 keping cheddar cheese
2 sudu besar tepung gandum
½ sudu kecil lada sulah/lada hitam
Secubit garam – ikut tahap kemasinan masing-masing

Cara2 memasak sos putih: -

1)Cairkan mentega di dalam kuali, kemudian masukkan susu.
2)Masukkan cheddar cheese dan kacau sehingga cair, masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan air untuk
elakkan bergumpal. Kacau sehingga betul-betul hancur.
3)Masukkan lada sulah dan sedikit garam.
4)Kacau sehingga kuah pekat dan matikan api. (Biar seketika)

Untuk Bolognese:

2 sudu besar minyak untuk menumis
1 biji bawang besar Holland – potong dadu
½ peket minced beef/chicken – aku guna brand Ramly yang terbaru tu
1 peket tomato cheery - hancurkan
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
½ tin cendawan butang – potong nipis2


Cara2 memasak kuah Bolognese:

1)Tumis bawang besar dengan minyak sehingga kekuning-kuningan.
2)Masukkan tomato ceri dan gaul sehingga tomato hancur.
3)Masukkan daging cincang tadi, kacau sehingga daging betul2 masak.
4)Masukkan sos cili, sos tomato dan rasa.
5)Masukkan garam dan lada sulah.
6)Masukkan cendawan butang dan biarkan sehingga semuanya masak.

Cara2 memasak macaroni bakar:

1.Sapu minyak pada loyang/bekas macaroni.
2.Masukkan macaroni yang direbus tadi dan tuang sos putih ke atasnya. Gaul rata sos putih dan macaroni.
3.Tabur mozzarella cheese atas sos putih dan macaroni
4.Tuangkan kuah Bolognese atas macaroni. Sapu biar semua rata.
5.Taburkan mozzarella cheese sebanyak yang diinginni.

 White sos yang digaul bersama macaroni..Yummy...

Letakkan kuah bolognese atas lapisan macaroni tadi dan lapiskan dengan mozarella cheese..

Panaskan oven 180 C, masukkan loyang dalam oven dan bakar selama 30 minit guna api atas bawah. Bakar lagi 10 minit guna api bawah sahaja kalau macaroni tak melekat.

Thursday, October 20, 2011

GATHERING, TELEKUNG SITI KHADIJAH & KARIPAP FROZEN

Lama aku tak update blog, kerja di ofis agak melambak-lambak sekarang.

Boleh ke aku nak bercuti hujung bulan 11 nanti? Tengah kutip info lagi nih...Fulus lagi...

Weekend hari tu aku busy skit dengan wedding kawan sekolah aku di UPM and sekaligus gathering dengan kawan-kawan sekolah. Bila berjumpa, habis pecah gelak semua. Almaklumlah, tinggal kami-kami saja geng-geng yang masih single and kebetulan masing-masing dah duduk KL. Group kamilah yang paling kecoh skali kat dewan tu. Agak-agaknya malu pengantin dek gelagat-gelagat kami yang over acting nih.             

Kami bersama Muzammil & Atikah - geng2 GGH


Kami berposing di meja makan - pecah dewan akibat gelak tawa kami.




Pengapit pengantin ni pun tak lama lagi, insyaALLAH bulan 3 tahun depan.


Actually kawan aku ni anak kepada pengasas Butik Siti Khadijah, Butik Siti Khadijah adalah butik yang menjual barang-barang keperluan Haji dan Umrah. Yang paling famous adalah telekungnya yang sangat-sangat berkualiti.
Tak salah rasanya kalau kita nak merasa pakai telekung mahal sekali sekala, tak pun kita boleh hadiahkan untuk mak kita, mak mertua ke (untuk yang dah ada mertualah). Kot-kotlah dapat duit bonus terlebih, bolehlah kita hadiahkan terlekung istimewa ni untuk insan yang tersayang iaitu mak kita or untuk diri sendiri.



Hadiah door gift dari pasangan pengantin - Telekung



Meh tengok website Siti Khadijah and boleh usha promotion yang ada.
Siti Khadijah Apparel

Aku try rotate gambar ni tapi tak boleh pulak. Teleng orang tengok pamplet ni nanti


Kalau pakai telekung ni, tak payah pakai anak tudung dah. InsyaALLAH rambut tak keluar.



Hadiah beg telekung pemberian dari Siti Khadijah kerana testimoni kedua terbaik. Alhamdulillah...



Mesti korang nampak aku ni promote gegile pasal telekung Siti Khadijah kan? Mesti ingat aku dapat komisen apa-apa. Aku tak dapat apa-apa pun, cuma aku nak share keistimewaan telekung ni. Material yang digunakan adalah dari kain cotton yang tebal dan sejuk, yang penting tak jarang. Memang selesa sangat kalau buat solat. Dah lama aku mencari telekung macam ni, jenis kain tebal dan selesa. Sebelum aku lupa, design telekung Siti Khadijah ni direka oleh pengasas sendiri. Bukan dibeli secara pukal dan jual macam tu aje. Diaorang ada kilang di Sungai Merab. Kalau tak nak beli, datanglah tengok dulu, hati mesti terpaut, insya ALLAH.

Lepas kenduri, kawan kami, Madie menjemput ke rumanhnya di Puncak Jalil untuk sambung gossip yang tak habis di kenduri Muzammil. Malam tu kami makan char key teow and pergi karaoke di Giant Equin Park. Macam nilah kalau kami berjumpa, mesti block date untuk aktiviti-aktiviti lain. Susah nak spend masa bersama-sama.


Lepakking and gossiping di rumah Madie, bakal ibu Disember nanti

 

Resepi coklat moist macam yang sebelum-sebelum  ni jugak.


Karipap frozen inti kentang dan daging - RM 5 = 10 biji


Aku akan pastekan resepi karipap frozen yang aku buat. Dulu-dulu, aku and mak aku pernah berniaga di tepi jalan. Kami jual karipap goreng dan cucur-cucur. Ada sorang kawan aku ni dari dulu memang suka karipap yang kami jual, so dia pun mintaklah difrozenkan karipap tu.

Resepi karipap daging/ayam (lebih kurang 70 biji karipap)
Bahan untuk kulit:
Aku ikut resepi kulit enaemy dr myResipi.

1 kg tepung gandum
5 sudu besar margerin/planta
400 ml air + 1 s/b garam

Cara-caranya:
1.       Gaul margerin bersama tepung gandum
2.       Masukkan air dan gaul sehingga menjadi doh.
3.       Tutup doh dalam bekas dengan kain supaya doh sentiasa lembab dan lembut. (Biarkan seketika)

Resepi untuk inti : Resepi asal mak aku

5 ulas bawang merah  - ditumbuk hancur
10 ulas bawang putih  - ditumbuk hancur
1 inci halia – ditumbuk hancur
1 s/k jintan manis (kalau ada) – ditumbuk hancur jugak; habis pulak jintan kat rumah aku, so aku tak bubuh la
1kg ubi kentang dipotong dadu2
5 biji bawang besar (boleh dikurangkan kalau nak) dipotong dadu2 jugak
2 peket rempah kari ayam/daging Adabi – kacau dengan air dulu dalam bekas lain
½ peket daging cincang Ramly
1 sudu besar garam
Gula ikut suka
½ cawan minyak masak untuk menumis
½  s/b lada sulah/lada hitam

Cara-caranya
  1. Masukkan minyak dalam kuali
  2. Tumis bawang merah+bawang putih+halia hingga wangi
  3. Masukkan rempah kari yang dah dibancuh bersama air dan tumis hingga naik minyak.
  4. Masukkan daging cincang dan tunggu sehingga daging betul-betul masak.
  5. Bila daging dah masak, baru masukkan kentang yang dah dipotong dadu. Masak kentang agak lama sikit. Boleh tambah air 
  6. Bila kentang dah sedikit lembut, masukkan bawang besar  yang dipotong dadu.
  7. Masukkan garam dan gula. Kacau rata.
  8. Tunggu sehingga kentang benar-benar masak dan bawang benar-benar layu. Masak lama sikit pun tak ape sebab tak nak  inti  cepat basi. Rasa garam sekali lagi, kalau tak cukup masin boleh tambah garam. Kentang memang menyerap banyak garam.
  9. Sejukkan inti sebelum mencanai karipap 
Canai doh dengan menggunakan kayu penggelek dan terap bulat-bulat ikut cawan atau mangkuk untuk memudahkan doh tadi diletakkan dalam acuan karipap. Masukkan lebih kurang 1 s/b inti karipap dalam acuan tadi dan kepit. Kalau tak reti kelim karipap, biarkan saja ikut acuan. Kalau pandai kelim karipap, lebih baik dikelim supaya karipap lebih kukuh bila digoreng nanti.

Lepas dah siap buat karipap, masuk dalam plastic atau bekas, masuk dalam tempat freezer.


Sebelum pergi kenduri, aku sibuk menyiapkan tempahan karipap frozen dan moist coklat kek dari kawan-kawan sekolah.

Thursday, October 13, 2011

Cuti-cuti Pangkor Part 2 (iii)


Dah puas belek-belek souvenirs kat Kota Belanda, perut pun dah berbunyi-bunyi mintak diisi. Aku tanya penjual di Aisyah Craft kat mana makan best untuk lunch. Dia kata pergi area pekan lah. Dah tak tertahan rasanya berkeroncong perut nih. Aku pun pecut motor, pergi ke pekan balik. Senang kata kat area tepi jetty tulah.

Dah parking motor kat tempat selamat, aku pun tengok-tengok kedai makan berdekatan. Banyaknya kedai makan cha ya nun alif. Aku jalan sikit ke Bazaar Pangkor, deretan kedai yang baru dibina betul-betul bersebelahan dengan jetty.

Aku tak ingat nama kedai di hujung skali tu nama apa, tapi aku nampak lebih ke[ada goring-gorengan. Aku tengok pulak kedai hujung nama R.R Corner. Nampak macam tak ramai orang. Usha skit makanan apa yang ada. Nasi campur jer. Dalam hati berkira-kira, mesti mahal kot kedai ni. Tapi tak apelah, tak suka makan goring-goreng tengah2 hari macam ni.

Lauk yang mencabar imanku, ada ketam masak lemak, lala masak sambal, kerang, daging, ayam masak kicap, terung sambal, sayur-sayur,ulaman dan sambal belacan. Hish, ketam ni mesti mahal bisik ku dalam hati.

Aku tanya tokei kedai, “Kak, berapa harga sekor ketam ni?”.
Akak tu jawab, “RM 2 dik.”

Aku pun senduk 2 ekor ketam dalam mangkuk dengan kuah masak lemak, 1 mangkuk lagi untuk lala. Nasi putih separuh, terung sambal seketul yang panjang tu, ulam-ulaman dan sambal belacan. Air pulak, aku order Limau panas.

Baca Bismillah. Rasa sikit kuah masak lemak tu, perghhhhhhhhhhh...Memang sedap. Teruskan makan tanpa menoleh kanan kiri. Dah habis makanan dalam pinggan, aku ratah ketam and hirup kuah masak lemak pulak. Licin semua. Rasa nak tambah lagi, tapi malu. Dalam hati kira-kira, agaknya berapa ringgit aku kena charge makan nih?

Dah setel semua, aku pun bersedia untuk membayar. “ Berapa tadi makan?”

“RM 7!!” Aku dengar macam nak pengsan. Murahnya, tak sangka aku.

Meh aku tayang gambar sikit.

Cari Restoran RR Corner ni kalau datang Pangkor



Ketam 2 ekor + Lala 1 mangkuk + nasi putih + terung sambal + ulaman, sambal belacan+ Air Limau Suam = RM 7 sahaja ok?????



Ketam = RM 2 seekor, RM 4


1 Mangkuk lala, aku tak tau harga dia..Mungkin RM 1 kot...


Kedai ni terletak bersebelahan Jetty Pangkor. Keluar sikit ke depan, pergi ke deretan kedai-kedai souvenirs di sebelah kanan. Kedai makan ni ada di belakang kedai-kedai souvenirs tadi. Kedai ni terletak di end lot Bazaar Pangkor. Makanan sini memang terbaek dan murah sangat-sangat.

Lepas dah kekenyangan, aku pun bergerak ke kedai-kedai souvenier berdekatan. Saja usha-usha fridge magnet lagi. Nampak ada tshirt lawa, tapi tengok kualiti kain macam tak best sangat.

Aku boleh singgah masuk kedai kek yang baru dibuka. Maklumlah tengah mabuk kek kan? Geram dengan kek tak habis-habis lagi. Ada 3,4 jenis kek yang aku teringin sangat nak belajar...Ehem-ehem.

Aku just beli 2 fridge magnet. Malas nak beli barang-barang lain. Fulus pun tarak dah. Lepas pergi pekan Pangkor, aku cadang nak round-round tepi pantai then balik. Sakit punggung bawak motor lama-lama.

Pekan Pangkor

Aku naik motor sampai ke Pasir Bogak, cadang nak lepak kat situ. Tapi sekali tengok ramailah pulak manusia kat sini. Weekend katakan. Ada aktiviti treasure hunt pulak. Malas aku nak lepak sini lama-lama. Tengok ramai cha ya nun alif ja ramai. Pantai Pasir Bogak ni memang cantik.

Aku snap gambar kat area depan sikit, tempat yang tak ramai orang.

Di persisiran Pantai Pasir Bogak


Banyak bot-bot kecil kat sini

 

Aku lepak Pasir Bogak dalam 15 minit. Lepas tu aku gerak balik ke Teluk Nipah, nak round area-area sana pulak.

Aku nak ambil gambar kat atas Lookup Point, tapi ada pulak manusia mana entah boleh tidur nyenyak kat atas menara tu dengan bersusun-susun rak telur. Tak taulah datang dari mana pulak. Tak beranilah aku nak naik atas walaupun menara tu kat tepi jalan jer. Kang jadi apa-apa pulak, naya aku.

Ambil gambar kat tepi-tepi tu jerlah. Kalau dari atas mesti nampak laut yang membiru.


Pandangan dari Lookup Point tepi jalan jer.

Aku naik motor sampai ke Teluk Dalam Resort. Jalan ke sini agak lengang, agak menakutkan kalau motor tetiba rosak di tengah jalan. Barulah aku tengok Airport Pangkor macam mana. Memang kecik giler. Tak sanggup aku nak naik Fokker untuk ke sini.

Then aku patah balik ke Pantai Teluk Man, atas sikit dari Teluk Nipah. Aku nak lepak kat situ sambil makan kek yang aku beli tadi. Kat sini banyak aktiviti yang boleh kita buat kalau kita datang berkumpulan. Antara yang femes, banana boat la. Kalau datang dengan member mesti best sangat nak main benda ni. Boleh camping ramai-ramai, round pulau, snorkelling.


Kek Strawberry Moisse = RM5


Sambil syok-syok makan kek, mata dok usha orang main banana boat and usha orang berbikini, tiba-tiba kaki aku kene gigit dengan semut pantai..Huish....sakit giler...Terkejut beruk aku..Terus potong stim nak makan kek. Dia dok berebut kek tu dengan aku. Last-last aku campak kek tu bagi semut and the gang makan. Ko nak sangat kan sampai gigit-gigit kaki aku. Then akibat teringin sangat makan kek, aku careless sampai tertinggal kunci motor kat motor. Hish, nasib tak hilang motor aku tu. Kalau tak, tak ke naya? Otak masih dalam keadaan separuh sedar.

Dalam hati kata, baik aku balik bilik and rehat lagi bagus dalam aircond sejuk-sejuk. Malam ni baru cari apa benda nak makan. Lepas dah hantar motor and dapat deposit balik, aku masuk bilik. Mandi-mandi untuk hilangkan lekit kat badan ni.  Malam tu aku just beli Sotong Bakar kat gerai depan. RM 10 untuk 4 ekor. Aku tak ade mood untuk ambil gambar malam tu. Sotong 4 ekor gemuk2 = RM10. Memang kenyang  even makan sotong tu jer.

Esoknya bermulalah perjalananku untuk pulang. Banyak dugaan untuk aku sampai ke KL. Tiket bas dari Lumut ke KL habis semua. Kalau ada pun paling awal pukul 6.30 petang. Aku terpaksa naik bas Roadways ke Ipoh lagi dan terpaksa lagi naik ETS. Akhirnya pukul 12.30 tengah malam aku sampai di rumah.

Link untuk post-post sebelum ni :
Pangkor Part 1
Pangkor Part 2(i)
Pangkor Part 2(ii)


Expenses untuk Pangkor Trip:

ERL pergi balik dari Salak Tinggi ke KL Sentral : RM12.50 X 2 = RM 25.00
ETS train KL – Ipoh : RM35.00 X 2 = RM 70.00 (RM25 X 2 = RM 50) (RM 20 lebih)
Bas Roadways ke Ipoh/Lumut : RM 8.50 X 2 = RM 17.00
Tambang feri : RM10.00 (pergi balik)
Teksi di Pangkor : RM15 + RM 10 = RM 25.00
Sewa motor : RM20.00 (separuh hari)
Chalet : RM 150.00 (2 malam) – RM 30
Minyak motor : RM 4.00
Souvenier : RM 20.00 (fridge magnet)
Makan : RM 4.80 +  RM 2.40 + RM 3.50 + RM 12.50 + RM 3.50 + RM 7.00 + RM 5.00 + RM 2.00 + RM 10.00 + RM 4.80 + RM 3.00 = RM 58.50 (makan untuk 2 hari, banyak tol aku mengarut nih)
 Total expenses : RM399. 50 (boleh jimat lagi  pada : RM 92)


Tuesday, October 11, 2011

MF dan Kek Coklat Keju Berkoktel

Semalam aku jumpa MF, scandal outdoors aku. Masing-masing berdebar nak nak jumpa. Tiap-tiap hari aku godek resepi rumah Kak Ita. Tup-tup keluarlah resepi Kek Kukus Coklat Keju Koktel. Mula-mula aku plan nak buat kek Coklat Indulgence untuk MF, tapi memang agak mencabar keimananlah kek tu.

Nampak resepi ni terus aku nak try sebab MF sukakan cheese dan coklat. Semalam jumpa MF, siap peluk-peluk cium tanda rindu. Aku pulak tak sabar-sabar nak bagi homemade kek aku untuk dia. Kalau aku nak beli and bagi pada dia, tak best sangat sebab MF lebih dari mampu untuk beli semua tu. Aku nak bagi hasil tangan aku pada dia.

Aku nampak MF begitu excited tengok kek yang aku buat tu. Nampak keterujaannya. Aku pun teruja dengan asam pedas yang MF masakkan. Dia memang orang Johor tegar yang memang terer masak asam pedas.

Meh aku tunjuk gambar dari MF.

Nampak jugak belang-belang kat kek tu.


Cake Full Version

Kak Ita, saya buat tak cantik macam akak punye. Next time saya nak improve lagi. Harap akak dapat bagi tunjuk ajar.

Meh kita tengok resepi kek yang gempak ni...

KEK COKLAT KEJU BERKOKTEL

Ni saya copy resepi dari rumah Kak Ita sebab saya malas nak type resepi yang sama.

Saya buat 3/4 adunan dari resepi asal.

Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum 
3/4 cawan serbuk koko 
3/4 s/k baking powder 
1/2 s/k soda bikarbonat
Semua bahan di atas di gaul rata dan di ayak

Bahan B
3/4 cawan susu pekat (saya guna susu ideal)
3/4 cawan butter cair (saya guna minyak jagung)
3/4 cawan air panas
1 1/2 cawan gula perang

Bahan C
3 biji telur 
1 s/k esen vanilla
Semua bahan di atas di satukan dan dikacau rata

Saya gunakan Loyang bulat 8x8 inc

Gris loyang dgn butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven pada suhu 160 C.
Masukkan semua bahan yang diayakkan dalam mangkuk. 
Masukkan minyak jagung, air panas, gula dan susu ideal dalam mangkuk yang berisi bahan yang telah diayakkan. 
Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
Adunan ni tak payah pukul guna mixer,  guna senduk kayu atau spatula aje pun boleh.
Kacau rata sahaja. Setelah adunan sebati.
Masukkan dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau lebih sikit.(Saya bakar kek ni sebab gas habis kat rumah saya masa tu)

Bahan krim keju
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar *masak air dengan 1 sb serbuk agar2 (saya gunakan gelatine, tapi mungkin gelatine yang saya gunakan 1 ½ sudu besar tak mencukupi)
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel - ita tak letak
1/2 tin buah pic untuk hiasan

Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut. 
Masukkan yogurt dan pukul lagi.
Dalam resepi asal chef hanieliza campurkan sekali dgn air dari buah2 koktail tapi ita tak masukkan kerana adunan dah cair.
Masukkan agar2 tadi.
* Agar2 ni ita rasa lebih elok jika gunakan geletain lain kali kerana agar2 bila kita dah masak kita tak boleh tunggu sejuk sebab nanti dia keras. Bila kita tuang dalam adunan ni pula dia terus beku dan bergentel2 pula. Kena kacau cepat2. Tapi ita rasa lain kali kalau buat memang kena guna gelatin.

Kek yg telah sejuk tadi kita buang bahagian atasnya yg licin.
Guna pisau yg nipis dan tajam
Bahagi kek kepada 2 keping
Letakkan lapisan kek di atas pinggan
Ambil 1/2 adunan krim keju dan masukkan 1/2 buah koktail ratakan
Tuangkan krim yg dah bercampur buah atas kek span dan  ratakan.
Lapik pula dengan sekeping kek lagi.
Tuangkan baki krim tadi dan taburkan baki buah2 koktail diatasnya
Simpan dalam peti sejuk semalaman
Potong dan hidangkan


Ni pulak asam pedas MF yang dia bagitau kurang power sebab blend dia dipecahkan oleh kucingnya Si Emond.


Asam pedas ikan Jenahak







Bila dah masak biar kek betul2 sejuk. Bila kek dah sejuk kita sediakan pula krim keju

**Kek ni lebih enak kalau dikukus sebab teksturnya akan lebih lembut bila kita masukkan dalam peti ais.