Thursday, September 29, 2011

100 Sudah

100 sudah lepas aku letak page counter. Ade 6 followers...Harap-harap dapat bertambah lagi di masa depan.

Entry hari ni lebih kepada mood sedih. Sedih dengan keadaan sekeliling aku.

Rasa seolah-olah ditikam dari belakang oleh kawan sendiri. Semalam yang menyedihkan aku juga.

Mr LAE terkejut dengar pasal yuran kelas kek yang aku teringin nak ikut tu. Aku terus jadi sedih. Dia tak faham apa aku rasa. Bukannya mudah nak buat semua tu. Dia ingat senang nak belajar buat kek dengan cara try and error macam aku buat sekarang ni? Berapa banyak aku berhabis and bersedih and hasil-hasil tak jadi, dicampakkan dalam tong sampah. Kadang-kadang guy ni tak faham apa lady rasa.

Hari tu beria-ia suruh aku belajar and nak suruh aku buka bakery untuk masa depan. Aku memang minat memasak dari kecik ok...Since aku tau and tengok bila mak aku buat biskut. Akulah peneman setia mak aku dari umur aku 3,4 tahun. Sememangnya minat aku dari kecil tu bawak ke besar. Aku memang suka sangat perhatikan kerja-kerja yang mak aku buat.

Bila mak aku keluar aku agak jangka masa lama sikit, aku pun startlah buat projek menguli tepung. Sebab aku suka sangat. Dulu mak aku selalu marah aku sebab suka curi-curi main tepung dia. Dah besar-besar ni baru mak aku buka cerita, dia tau semua yang aku buat masa kecil-kecil dulu sebab kerja aku meninggalkan kesan. Tapi mak aku bangga sebab aku pandai berusaha sendiri untuk hidup. Aku tak harapkan mak aku kalau aku teringin nak makan sesuatu sebab sekarang aku duduk sendiri.

Masa sekolah dulu aku selalu dapat pizza free sebab ada pertandingan untuk sekolah-sekolah, kire English Competition la dalam paper Star. Masa tu dapatlah makan pizza. Kalau nak harap family aku, memang tak kanlah merasa. Lepas habis sekolah, aku tengok resepi pizza dalam Mingguan Wanita. Aku mintak duit dengan mak aku sikit nak beli barang. Tu pun aku risau sebab aku rasa apa yang aku mintak tu agak banyak la, dalm RM30-50 macam tulah.

Aku berusaha buat roti and pizza sendiri. Masa tu guna sos Prego lagi. Masa first pizza yang aku buat tu jadi, aku macam nak nangis sebab happy.. Aku makan puas-puas. Aku pernah makan pizza sampai sakit perut sebab makan banyak sangat. Nak buat macam mana, aku suka...Puas dapat makan pizza sendiri..Letak topping meriah gitu...

Lepas tu aku belajar buat pasta ikut resepi dalam buku, internet. Bila dah kerja, makin sakan aku buat macam-macam sebab aku dah ada duit sendiri. Puas kalau buat sendiri, dapat makan banyak-banyak sampai puas.

Cuma kek-kek mahal yang macam Secret Recipe tu aku memang kene ikut kelas yang berbayarlah. Ingat senang nak buat semua tu. Mau aku hempuk kek tu kat muka orang tu kalau tak jadi. Nak ke aku buat macam tu. Dah la beli barang-barang mahal, lepas tu tak jadi, ape perasaan ko? Ko tak buat, ko tak rase. Satu hari berlemoih dengan butter, tepung, telur, cream...Ingat senang ker. Die ingat senang kek yang lawo-lawo tu nak masuk mulut die.

Nak suruh aku bukak bakery, tapi bila dengar pasal modal yang nak dilaburkan terus sentap. Kalau senang, dah semua orang kot buat kek. Nasib aku tak jawab, senang ke jadi LAE? Kalau senang, dah berlambak kot orang jadi LAE. Aku buat ni pun untuk masa depan, bukan saja-saja. Esok-esok kalau dah kawen, laki nak makan itu ini, anak nak makan itu ini, semua supermak ni boleh buat nanti. Tak payah nak beli-beli. Mr LAE, tolonglah fikir sikit.

P/S: Sorry atas entry emo aku nih.

Tuesday, September 27, 2011

Blueberry Cheese Cake

Entry masak-masak during weekend.


Weekend hari tu aku busy sediakan tempahan Cheesecake and Chocolate Moist.

Memang tercabar iman aku memproses Cheesecake ni. Rasa nak menangis pun ada. Tapi aku tak nak give up. Aku akan try lagi sampai berjaya, InsyaALLAH.

Terima kasih pada Zai yang sudi menempah kek dari saya. Katanya anak saudaranya suka gile makan Chocolate Moist yang ditempah sebelum raya hari tu.


Ni untuk Mr LAE bawak balik pasir mas - experiment
Komen die: Kalau letak topping mesti lagi menarikkan? - Maksudnya kurnag manislah tu and kurang rasa cheese. Aku dah panik masa tu. Alamak macam mana tu?


 Blueberry Cheesecake - RM30
1st attemp Zai punya Blueberry Cheesecake - senget benget skit sebab takde acuan Spring Form


2nd attemp Blueberry Cheesecake dari pandangan sisi


 Chocolate Moist RM30 = 1.5kg
Moist Chocolate Cake yang dikukus dulu 50 minit dan dibakar dalam oven 20 minit.

Resepi Cheesecake aku ambil dari internet : Cotton Soft Japanese Cheesecake  by ALMA


Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake: (Saya copy paste dari link atas yer)

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan ke dalam adunan c/chs tadi dengsn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu saja).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu,
    tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu & kacau sampai sebati. Sediakan 
    tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya & tepi tu salut dengan kertas baking. Tuang adunan kek
    dalam tin kek.
  4. Bakar kek dalam kira-kira sejam dengan cara au bain-marie (waterbath) pada suhu 160 C. Boleh refer sini macam
    mana waterbath tu : Waterbath technique . Kalau aku, aku bakar sejam untuk api atas bawah then biarkan 20 minit
    untuk api bawah sahaja, untuk  pastikan semua bahagian kek tu betul-betul masak semuanya.
  Selamat mencuba!!!

Friday, September 23, 2011

Plan untuk berlibur

Plan ku untuk berhibur nampaknya begitu banyak cabaran.

Kepala aku dah bersimpang siur. Kalau dah alang-alang ke sana, rasanya mau terus Sydney. Bila lagi nak terjah.

Untuk En LAE yang terpaksa tinggal, payah untuk kita pergi bersama sebab kekangan cuti and timing kita yang tak sama. Awak cuti, saya tak cuti, saya cuti awak tak cuti. Senang, kita travel jer sorang-sorang dulu. InsyaALLAH ada rezeki, kita jadi travel partner nanti. Saja nak repeat history London dulu, terjah sorang-sorang.

Mungkin awak sedih, tapi keadaan kita ni payah skit sebab masa. Dulu awak pergi Umrah tinggal saya sorang-sorang. Saya kene setel itu ini mase tu kan?

Semoga aku dapat deal yang terbaek untuk cuti aku kali ni. Tahun depan kalau ade rezeki aku nak bawak mak aku backpackers. Biarlah aku explore sorang-sorang dulu, nanti masa nak bawak mak senang skit. Ini jer anak mak termampu. Nak bermewah-mewah memang anak mak ni tak dapat nak buat la. Harap mak tak kisah kan? Janji kita dapat pergi jalan-jalan and tengok tempat orang.

Tengok deal kat Tiger Airways memang best. Sebab tulah kepala aku pening dok pikior.

Thursday, September 22, 2011

Kuching, Sarawak - Taman Negara Bako & Gunung Santubong (Part 2)

Sementara aku mengarang ayat-ayat ketika aku di Bako, meh aku letak gambar dulu.






Antara permandangan di tepi pesisir pantai


Permandangan ketika menghampiri jeti


Kami sampai di Bako lebih kurang pukul 1 tengah hari. Perut dah mula berkeroncong minta diisi.

Amek few photos dekat jeti and ikut anak panah ke Pejabat Taman Negara Bako untuk lapor diri.
Datang sini semua kena lapor diri ya. Mana tau, pergi trekking skali tak balik-balik, so dieorang akan hantar Pegawai Perhutanan untuk mencari.

Lepas tu kita boleh ambil peta untuk tengok  trek yang mana kita nak ikut. Trek yang dipilih ikut jarak and masa untuk pergi dan balik. Kalau ada banyak masa, bolehlah pergi jungle trekking yang sampai separuh hari tu, siap boleh mandi waterfall lagi.

Kami sampai pun dah lewat, ingat nak ikut trek yang paling dekat la. Tapi last-last sekali terbabas. Sebab tengah kebulur, terus pergi cafe yang berdekatan. Tengok makanan apa yang ada.

Lepas makan kitaorang decide tak jadi pergi trekking, just pergi amek gambar jer sebab takut tak sempat balik ke Kuching. Sebab target kami ke sini untuk mendaki gunung sambil-sambil melawat taman negara.


Finally we arrived here. Bako National Park!!!!!

Panduan untuk sesiapa yang berminat untuk jungle trekking di Taman Negara Bako
.


Part makan-makan di Bako :


Nasi+mee goreng+fries+sosej = RM?? aku tak hingat tapi dalam RM4.00++ termasuk air Teh 'O' rasanya


Me and foods - lapar sangat-sangat dah ni


MF siap beli biskut lagi. Aku pulak beli fires lagi makan-makan sebab tak kenyang lagi.


MF jadi vege hari tu - Nasi and sayur-sayuran+100++. Sayur kurang masin. MF shopping banyak skit untuk makan. Nasi + air + biskut-biskut, RM6 kot.

 
Tips untuk Junggle Trekking:

1)      Pakai pakaian dan kasut bersesuaian.(Nak pergi trekking kot, tak kan pakai selipar or kasut tumit tinggi)
2)      Bawak bekalan air yang banyak sebab panas and letih berjalan.
3)      Coklat sebagai pembekal tenaga






Wednesday, September 21, 2011

Next Plan

Aku ada semangat baru untuk memblog lepas ni. Rumah aku agak meriah kalau korang perasan.
Segan pulak nak kecoh lebih-lebih.
Bulan September dah nak masuk ke penghujungnya...Bulan October nanti bulan aku penuh dengan aktiviti.

2 Oct 2011 - Aku akan attend KOTR - King of The Road for 16.8km di Sunway (agak gilos lame tak berlari sejak busy dengan macam- macam hal)

8-9 Oct 2011 - Aku nak join geng-geng alam maya untuk mendaki di Cameron, trip ni especially untuk meraikan sahabat-sahabat yang akan melangsungkan perkahwinan bulan 11 nanti. Kiranya makin pupuslah geng-geng single ni.

15 Oct 2011 - InsyaALLAH aku akan attend Putrajaya Night Marathon untuk 21km/Half Marathon (keje gilos ape lagi aku buat)

Kira weekend aku full la untuk bulan 10 nanti.

Then, kita continue pulak untuk bulan November.

3 Nov 2011 - Exam date aku (PHYSICS)

6 Nov 2011 - Raya haji, so balik kampunglah, mana lagi.

17 Nov 2011 - Exam kedua untuk bulan 11 ni after big discussion dengan budak-budak rumah, tapi masih belum decide lagi
 (BASIC AERODYNAMICS)

19-20 Nov 2011 - Plan untuk jimba-jimba dengan member-member sekolah merangkap teman hostel. Bachelor party jugak at Janda Baik selepas bermain Tubing. Kalau ada blogger-blogger yang berminat, boleh roger saya untuk join dengan harga RM88(kitaorang beli deal ni mase bulan 7 hari tu, ada 7 available kalau tak silap and keutamaan untuk geng-geng ladies)

24 - 29 Nov 2011 - Plan untuk away ke tempat idaman. Sekarang tengah berkira-kira budget, accomodation and tengah korek-korek info pasal trip ni. Malas nak bawak sesiapa and rasa nak lone ranger kali ni. Senang ikut kepala sendiri sajok.

Semoga dipermudahkan segalanya.