Terlebih dulu, tuan punye
blog nak mintak maaf kalau gambar-gambar yang dipaparkan hari ni boleh
menggugat iman pembaca-pembaca. Bukan nak menayang, cuma nak berkongsi resepi
sandwich ala-ala subway ni. Sepanjang beberapa hari berpuasa ni, tuan blog belum
lagi menjengah PARAM, singkatan Pasar Ramadhan. Malas katanya. Takut terjebak,
lepas tu takut berbunyi dan merungut lepas tu. Tapi dengar suara-suara sumbang
orang di ofis mengatakan harga di PARAM semakin mahal. Nasi kerabu lauk telur
masin pun dah RM3.50. Segala mak nenek beriani pun dah cecah belas-belas
ringgit. Takutnya dengar. Tapi memang tak mustahil sebab harga barang-barang
semua dah mahal. Ayam sekor pun dah boleh cecah RM15 seekor di kedai runcit,
janganlah compare harga di Tesco pulak.
Weekend hari tu, terasa-rasa
dan terbayang sandwich subway yang saya suka makan tu. Tapi kalau hujung minggu
mesti yang offer tu tak berapa best. Jemu dah makan chicken teriyaki.
Saya mula berangan nak buat
sendiri. Mula google internet. Tapi tak banyak sangat resepi pun pasal homemade
subway. Cari punya cari, akhirnya ketemu jugak. Terima kasih kepada blog Emilia
Puteri sebab share resepi roti Subway Honey Oat yang sedap tu. Lepas tu refer
pulak blog Dr Zouldahan untuk bahan-bahan sandwich. Alhamdulillah, tak
mengecewakan. Jom kita tengok resepi ni.
Homemade SUBWAY Sandwich |
Apa, tak cukup tebal???????Cuba makan dulu tengok kenyang or tak kenyang. |
Resepi Roti Honey Oat ala
Subway - sumber dari emiliaputeri
4 cawan tepung roti
1 1/2 cawan tepung gandum
11/2 cawan air
1/3 cawan mentega
1/2 cawan oat segera
2 sudu kecil garam
2 sudu teh yis segera
2 biji telur
1/4 cawan madu
**kalau nak buat sikit, bahagikan adunan tu jadi separuh.
Untuk hiasan pada atas roti
1 sudu teh air sejuk - skip
1 biji putih telur
1/3 cawan oat segera.
p/s : Saya buat separuh dari resepi ni.
Cara Penyediaan
1.Dalam periuk kecil, satukan air,
mentega dan madu. Panaskan periuk, gaul sebati dan biarkan tapi jangan
sampai mendidih.
2. Dalam mangkuk besar, satukan tepung
roti, tepung gandum, oat, garam dan yis. gaul/pukul sehingga sebati.
3. Masukkan bahan-bahan yang dipanaskan
tadi dalam mangkuk tepung dan adun sehingga sebati.
4. Masukkan telur dan gaul lagi.
5. Bulatkan doh, tutup dengan plastik
dan biarkan selama 1 jam.
6. Setelah sejam, tumbuk doh perlahan
untuk keluarkan angin yang tersimpan dalam doh. Bahagikan doh beberapa bahagian
yang anda suka. Saya buat 2 doh panjang 12 inci dan satu doh 6 inci.
7. Susuh doh atas dulang pembakar.
Tutup dengan plastik sekali lagi dan biarkan sejam.
8. Setelah sejam, panaskan oven 190
darjah. Pukul putih telur dan air sejuk. Sapukan atas permukaan roti.
9. Taburkan oat. Bakar roti selama 20 minit atau
sehingga masak.
Sedia untuk sandwich.
Bahan-bahan untuk sandwich - saya refer blog Dr. Zouldahan
Isi ayam @ beef pepperoni @ daging
burger @ telur @ tuna @ sardin(mane-mane pun tak pe, sebab kite yang nak makan,
bukan orang lain pun kan?)
Salad or lettuce
Bawang besar Holland - dihiris
nipis-nipis
Capsicum atau lada benggala
Tomato – dihiris nipis-nipis
Kepingan cheese
Sos cili, thousand island, BBQ, mayonis
*Buah zaitun
*Timun jepun
![]() |
Bahan-bahan sandwich. |
Aneka sos |
Cara penyediaan:
1. Mula-mula letak inti pilihan atas
roti.
2. Letak 1-2 keping cheese.
3. Lepas tu panaskan dalam microwave
atau oven
4. Lepas tu letak sayuran pilihan.
5. Lettuce dan bawang besar paling
sedap dan rangup.
6.Lepas tu letak sos pilihan. 1000
Island, Mayonis, BBQ@ blackpepper, sos cili.
STEP 1 |
Dah siap, ready to ngap...
Nganga mulut luas-luas sikit yer.. |
Sebenarnya tak banyak resepi homemade roti subway dalam blog. InshaALLAH nanti kalau ada masa, saya nak perjelaskan lagi resepi ni untuk memudahkan sesiapa yang nak buat homemade roti subway ni.
Jutaan terima kasih kepada pemilik blog Emilia Puteri dan Dr Zouldahan atas olahan resepi yang menarik. Sila jengah ke blog dorang untuk tengok presentation mereka.
Ha'a betul tu..JM pun dpt info yf sama pasal PARAM ni..JM pun dh 2 tahun tak masuk PARAM :-)
ReplyDeleteMak aih..kecur liur den..
JM,
Deletedari dok complaint n mengata...baik xpyh pg..jemput mkn berbuka nnt..ade lg roti kt rumah...
sandwich ni nampak lagi sedap dari yg saya buat! wah :)
ReplyDeleteweezana@emilia puteri,
Deletewah...tuan punye resepi mai singgah sini...terima banyak2..
next time boleh tmbh semua2 ni yer..
Makin sunyilah Subway kalau macam ni.
ReplyDeleteSalam ziarah.
Dr Zouldahan,
Deletexdenye subway sunyi...byk lg feminat2 tegar subway...hehehe
terima kasih kerana singgah..:)