Friday, March 22, 2013

Part 2 : Beautiful Nara


Cerita sebelumnya boleh ketik sini - Nara 


Sorry sebab lambat update cerita Jepun ni. Aku ada kerja yang kene setelkan tapi aku siyes malas sangat nak buat lepas aku tau supervisor aku dah berambus balik rupanya. Esok pagi aku kejar dia mintak sign. Dah la ada benda urgent nak kena submit, boleh pulak buat tinggalkan aku dengan janji-janji manis. Tunggu ko esok bos. Hemohh pulak..Aku kalau kerja banyak, memang tak ngantuk. Concentrate buat kerja. After tau supervisor aku tu balik, aku terus semangat nak mengarang cerita Nara ni. Jom kita sambung sebelum aku kembali mengarut. (ni cerita semalam)

Hari ni pagi-pagi aku dah kejar die. Tapi jawapannya tetap non hado. Tadi aku dah email big boss as gently reminder pada supervisor aku supaya die ingat.

Jom sambung pengembaraan Nobita yang tak habis-habis lagi ni.

Lepas dah tengok rusa telan kertas, aku berjalan sekitar Nara Park. Ada sesetengah rusa yang malas atau dah kenyang duduk bersantai sambil melihat keadaan sekeliling. Aku berjalan menyusuri jalan raya. Penuh gerai-gerai. Macam-macam menu ada. Bau wangi makanan dalam cuaca sejuk-sejuk ni memang menggugat iman. Di arah bersebelahan, kereta tarik ni dok mencari penumpang sape yang nak naik
Magic !!! Takde lagi




scroll lagi..


scroll lagi

Tara...Magic lagi..Kali ni ade orang dah. Sudah, tak payah nak buat magik sangat pun. Ko bukan terer merapu macam kak Coco pun.


Masuk ke jalan satu lagi, lagi meriah. Meriah dengan rusa, meriah dengan orang-orangan, meriah dengan gerai, meriah dengan kedai. Gerai-gerai ni seolah-olah memanggil aku untuk makan. Aku buat dulu satu pusingan then patah balik untuk decide gerai mana aku nak pergi. Aku tengok dulu apa yang terkandung sebagai bahan utama. Tak semua takoyaki halal ya. Ada jugak yang memasukkan unsur-unsur bab*.
Gerai-gerai makanan pelbagai menu
Makcik ni cepat-cepat cover bile aku nak snap gambar die? Meng, adakah makcik yang sama dalam gamabr ko?

Sini lagi meriah

Pikir dekat 10 kali jugak nak beli, bukannya murah wei..Last-last aku beli jugak nak bagi lepas teringin. 500 yen untuk 8 biji takoyaki. Kalau convert masa tu RM17.50, sebiji jatuh harga?? Yang tu korang kiralah sendiri. Pejam mata jerlah waktu bayar tu.
Gerai pancake 100 yen satu = RM3.50

Penjual tengah setup gerai takoyaki

Bahan utama yang menyedapkan takoyaki - sotong kurita

Murtabak sayur yang penuh sayur-sayuran, nampak menarik. Tapi aku tak try.

Masa terbalikkan baru aku nampak sayur-sayuran kat muratabak ni

Aku mencari pasal diri sendiri lepas ni. Sambil membawa bungkusan plastik yang berisi makanan aku berjalan-jalan sambil dok perati gelagat rusa. Memang tak segan silu mintak makanan..Hahaha..Bau takoyaki dalam plastic tu memang menarik perhatian rusa-rusa. Bape kali jugakla aku kene sondol dengan rusa dari belakang. Cis, ko main belakang yer. Depan belakang semua aku kena tuju. Padan dengan muka sendiri. Cuak jugak aku rasa masa ni.


Ahli jemaah rusa yang tengah berehat atau tidur

Mungkin deme dah kenyang, so deme tak kaco orang???

Cer fokus skit, aku tak tau la die lapar atau ape. Sampai gigit rantai ni..Mungkin jugak dia nak keluar
Bila aku dapat boloskan diri, aku cepat-cepat jalan nak cari port untuk menjamah takoyaki panas-panas ni. Dekat nak sampai, ada sorang mat saleh ni mintak aku ambilkan gambar die. Motif, sebab die nampak aku sorang-sorang. Aku nampak ada bangku kosong yang mengadap ke arah Todaiji Temple. Tapi jangan lupa usha-usha sekeliling dulu. Karang ada pulak rusa nak tumpang makan. Okeh, line clear. Ayuh cepat-cepat sebelum orang rampas tempat tu.

Makan takoyaki sambil usha Todaiji Temple
Dapat jer bangku tu, aku letak beg, bukak glove, ambil air dan bersedia untuk menikmati takoyaki. Wah...sedapnya makan makanan panas-panas dalam cuaca sejuk macam ni. Kalau ada banana fillet. Ewah banana fillet tenuk ko. Cakap jerlah goreng pisang. Mesti lagi terasa nikmatnya.

Tengok jer lah. Jangan pi jilat skrin pulak
Lepas seketul, seketul aku telan. Nampak sangat sedap and lapar. Bau die jer dah buat ko terliur tau. Aku pernah makan kat Malaysia takoyaki ni, tapi haram tak sedap macam ni. Rasa nak termuntah jer. Tapi kat Jepun ni memang betul-betul sedap. Kalau ikut tekak aku yang haloba ni, memang rasa nak telan semua sebab malas nak pegang plastic beg ni. Tapi perut aku tak mampu. So simpanlah balik takoyaki tu. Dah makan kenyang-kenyang, nak pergi toilet pulak. Hish, macam-macam la. Persekitaran toilet nampak ok, tapi bila masuk ade bau-bauan yang kurang menyenangkan. Maklumlah kat sini takde toilet bidet yang tekan-tekan tu.

View dari arah toilet, Todaiji Temple disebelah kiri gambar
Aku tak boleh nak lama-lama kat sini. Banyak tempat lagi nak pergi. Aku tak masuk pun Todaiji Temple. Malas rasanya. Setakat ambil gambar di luar cukuplah.  Kalau nak masuk temple ni kene bayar 500 yen kalau tak salah. Aku tak nak rugi macam semalam, termasuk ke Osaka Castle. Aku terlupa, sebelum sampai ke sini, ada satu gate besar atau lebih dikenali sebagai Nandaimon Gate (the Great Southern Gate). Gate ini dijaga oleh 2 patung garang yang aku rasa rupanya menyerupai hantu raya (siyes aku takut sebenarnya bila tengok patung ni).


Wooden gate @ Nandaimon Gate

Patung yang menjaga pintu ni. Scary weh..

Along the approach to Todaiji stands the Nandaimon Gate, a large wooden gate watched over by two fierce looking statues. Representing the Nio Guardian Kings, the statues are designated national treasures together with the gate itself.  - sumber Japan Guide


Permandangan di bahagian luar Todaiji Temple

Ada trek jogging juga diseberang tasik ni. Tapi kene tahan naik turun bukit yer.


Kemana aku pergi lepas ni? Tunggu dulu jap, aku nak rehat..Letih..Tapi sebenarnya aku sesat.

Kanak-kanak penyejuk mata


8 comments:

  1. Mcm kenal je ore dlm keta tarik tu..siapakah? :-)

    Ahahahah..sedap bangatlah tu takoyaki tu..kalau time sejuk mkn megi pun sedap..berasap jer..fuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,

      ntahlah awek jepun/cina mane yang naik dalam kete tarik tu. ape2 pun sedap, janji makan panas-panas time sejuk..

      Delete
    2. saje try2..hehe..boring dah dgn background putih...tp ada pulak yg hilang...huhu

      Delete
  2. Replies
    1. syieda,

      memang sedap kalau makan time sejuk2 dan perut lapar..

      Delete
  3. oh nama tmpt di jepun rupanya Nara ni...hehuu ini la asal nama Beautiful Nara tu...hehehe fail geografi la...hehuuuu btw sedapnya nampak takoyaki tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DJ,

      aah..Nara ni terletak di jepun...memang cantik..cuma sy yang tak pandai sangat ambil gambar..mungkin blogger beautiful nara tu ambil nama sempena nama tempat ni. thanks sudi singgah

      Delete