Thursday, February 28, 2013

Kek Coklat Moist Mudah ~ Mudahnya Memasak

Tak reti memasak? Tak pe, boleh belajar slow-slow. Yang penting nak belajar.
Suke makan kek coklat? Mesti ramai yang suka kan? Tak susah pun nak buat. Dulu aku gila Kek Coklat takde telur. Sekarang selera dah bertukar.

Mula-mula buat atas permintaan seseorang, skali rasa. Masha-ALLAH, sedapnya. Siap letak topping lagi. Guna bahan-bahan basic yang ade kat rumah jer mase tu. Siap oter-oter belasah ape yang ada. Susu manis takde, nampak sekaya dalam tin pun jadi. Buat kek lumut boleh jer pakai sekaya, why not tak boleh pakai untuk kek coklat. Lepas tu asyik buat kek ni sampai boleh hafal resepi. Bawak pergi ofis jer licin..Balik rumah layan sambil tengok tv pun licin.
 
Kek Coklat Moist with Chocolate Topping
 
Chocolate moist without topping

Close up - ni request dari kawan aku. Plain Chocolate Cake to eat with ice cream
Resepi asal dari blog H.U.S.M.Y.N.A
Inilah hasilnya..

BAHAN A

1 cwn serbuk koko
1 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak

BAHAN B

3 biji telur
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

TOPPING 

2 SB serbuk koko
4 SB gula
3 SB susu pekat manis
5 SB susu cair
1 SK vanilla essence
3 SB marjerin
1 SK garam
1 1/2 cwn air panas
3 SB tepung jagung dibancuh dgn 1/2 cwn air

CARA-CARA :
Campurkan semua bahan  A, kacau hingga sebati dan panaskan dengan api sederhana hingga semua bahan cair. Sejukkan.

Pukul telur. Masukkan bahan  A. Kacau hingga sebati.
Ayak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan campurkan dalam bancuhan telur dan bahan A.

Griskan loyang, tuang dlm loyang. Kukus 1 jam dengan api sederhana. Petua untuk air kukusan tidak mengalir kena adunan kek, bungkus penutup periuk dgn kain bersih - saya guna napkin baby yg belum guna, kemudian ikat/punjut bhgn ats. Ataupun letak kertas aluminium atas adunan kek-just letak saja jangan klim tepinya.
TOPPING

Masukkan kesemua bahan topping ke dalam periuk kecuali 1/2 cawan air bancuhan tepung jagung. Didihkan.

Bila mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau hingga likat. Angkat dan siram atas kek yang sudah masak. Hias ikut kreativiti masing2.
Resepi versi aku kalau nak try – derhaka punya
BAHAN A

1 cwn serbuk koko
3/4 cwn gula castor
1 cwn susu cair
¾ tin kecil sekaya
½ buku mentega
BAHAN B

3 biji telur – sila buang tali pusat telur ya untuk hilangkan hanyir
1 cwn tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla

TOPPING 

2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar gula – aku kurangkan gula sebab dah manis
¼ tin sekaya – balance kaya tadi
Guna balance susu cair tadi yang satu tin tu
1 sudu kecil vanilla essence
3 sudu besar mentega
1 sudu kecil garam
½ cawan
Tak perlu guna tepung jagung sebab aku rasa topping aku dah cukup likat.
Caranya sama jer macam resepi asal, cuma bahan-bahan jer aku oter skit. Kalau kukus dalam bekas tupperwear segiempat tu, 15 -20 minit dah cukup.

Anggaran penyediaan, dalam 15-20 minit tak termasuk kukus. Cepat dan mudah.

8 comments:

  1. Ha'a lah..nampak sedap..nak cuba lah..kalau menjadi leh buat jual kat opis..ngeeerrr

    Tali pusat telur yg mana satu?..hehe..malu lak tak tahu

    ReplyDelete
  2. mohon buatkan 1 bijik. 2kg pls... ahahah kecur air liur aku nih!~

    ReplyDelete
  3. JM,

    senang jer. insha-ALLAH boleh buat punya lah..boleh letak dalam bekas segiempat size sederhana tu atau bekas tau foo fah n jual RM5. sebab yg sy tgk kt petronas pun bekas kecik jer harga sampai RM5 atau 6.

    Tali pusat telur tu selalu melekat di antara telur putih n telur kuning, nak cakap pun susah skit. nanti saya email yer.

    ReplyDelete
  4. Henry Fox/Danny/John,

    byk btl name...hehehe..
    kalau dekat boleh jer tolong buatkan n hantarkan..memang marvelous..yg tkg buat ni pn layan makan lps blk keje. bygkan kek sejuk2 dlm peti ais masuk tekak.

    nnt suruh geng2 travelholic owesome tolong buatkan mase gathering.tak pun mintak kak coco buat..

    ReplyDelete
  5. "tali pusat" telur??...*blush* hihi dtg lagi blog ni..nak follow tp server kt "follower" tu xleh resolve...btw blog kami da boleh di follow2..ade beberapa resepi baru..meh la singgah ;)

    ReplyDelete
  6. Salam, nk tanya pukul telur n bahan A kena pakai mixer ke atau pakai tgn je dah boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..saidatul..

      xpyh guna mixer..pkl ngn tgn jek mesti pn blh..

      Delete
    2. sorry ayat tggg terbalik..blh jer guna tgn..cpt n mudah..hehe..xsmp 1/2 jam dh setel adunan..

      Delete