Konniciwa!!!!
Sambungan dari entry sebelumnya : A Step to Japan Visa Application
Dalam hati berdebar-debar. Dari mula submit visa sampai dah dapat visa. Cuak tak habis-habis. Rasa susah sangat nak pergi Jepun ni. Sebab nak apply visa tu leceh sangat aku rasa. Yelah aku bukannya pokcik kaya yang simpan $$$ yang banyak dalam bank. Dah kata kaki berjalan, asyik labur kesana sini jer. Betul ke nak buat keputusan nak pergi Jepun ni? Duit cukup ke tak nak pergi? Soalan tu jer yang bermain-main di fikiran aku.
Sambungan dari entry sebelumnya : A Step to Japan Visa Application
Dalam hati berdebar-debar. Dari mula submit visa sampai dah dapat visa. Cuak tak habis-habis. Rasa susah sangat nak pergi Jepun ni. Sebab nak apply visa tu leceh sangat aku rasa. Yelah aku bukannya pokcik kaya yang simpan $$$ yang banyak dalam bank. Dah kata kaki berjalan, asyik labur ke
Tapi aku rasa boleh kot, walaupun perasaan was-was tu sentiasa ada.
Aku print bank statement dari cimbclicks, gagah pi CIMB KLIA yang beroperasi 24 hours mintak cop dan sign.
“Encik, saya nak mintak pengesahan ni untuk bank statement saya.”
“Nak buat apa?”
“Saya nak submit untuk Visa Jepun.”
Mesti orang tu ingat aku ni tak boleh tunggu siang nak mintak sign. Masa dah suntuk. Esok aku dah nak pergi submit semua dokumen untuk visa.
Orang bank tu pun bagi pada manager dia suruh cop sambil-sambil tu dia tanya aku.
“Pergi Jepun buat apa? Study?”
“Eh, tak la. Pergi travel.”
Tak lama lepas tu dah siap bank statement aku. Gigih pulak aku pergi cari kedai gambar untuk pose-pose Visa Jepun ni.
Aku tarik nafas lega bila dah siap semua dokumen. Itinerary pun aku hentam tengok kat internet, aku copy and paste. So bolehlah submit. Aku tetap berdebar sebab, bank statement aku cuma ada 4xxx. 5k pun tak sampai. Lepas ke aku nak pergi ni? Kawan aku yang duduk kat Jepun tu kata macam ni,”Hang kena ada 10 ribu dalam akaun kena tunjuk kat depa.”
Puas aku tanya en google, berapa limit yang kena ada untuk ke Jepun ni. Tapi kebanyakkannya memang takde yang fix. Ada yang submit 6k, 7k. Yang aku pernah baca kalau tak silap 2k++ pun ade, macam tak caya yer. Tak pe, next time kita try. Amacam, berani tak?????
Aku tak cakap dengan kawan aku pun, yang duit aku tak cukup 10k. Diam-diam dah la. Kalau tak approve, dok diam-diam kat rumah. Ikat kaki kat tiang, tak payah pergi mana-mana.
Aku tak cukup masa sebenarnya nak pergi ke Japan Embassy tu, so aku plan nak cuba tanya ke travel agent. Yang aku dengar, lebih kurang RM80 kot untuk apply Visa Jepun ni. Boleh consider lagi la.
Since aku ada urusan di bank sekejap, aku singgah ke travel agent untuk tanya pasal Visa Jepun ni. Dokumen semua dah masuk dalam sampul surat besar.
Skali orang kat travel agent tu bagitau untuk apply Visa Jepun dorang nak charge RM200. Giler ke happe weh?????Dua ratus? Padahal visa tu free jer kot. Alasannya sebab Visa Jepun ni leceh. Kene ulang banyak kali. Gila menipu punya reason.
Dokumen semua dah lengkap, korang just submit dan collect balik. Tu pun nak charge sampai 200. Serius aku nak banned travel agent tu. Dulu masa aku tanya Visa Aussy pun dia nak charge sampai RM50. Padahal die boleh dapat harga murah dari tu..Memang cekik darah.
Lepas tu, aku pun nekad. Arghhh..Pergi sendiri ajelah. Kuar rumah awal pagi, sempat la masuk ofis lepas tu. The next day tu, aku set GPS dan drive ke KL. Aku memang tak reti jalan-jalan kat KL ni melainkan naik public transport. Aku tak suke kalau jalan jam.
Aku sampai awal sebelum Embassy bukak. Parking kat celah lorong kat depan Embassy sebab parking kat tepi tu semua dah penuh. Dalam pukul 8.25, dah boleh masuk dalam. Berdebar-debar sangat sebab aku risau bank statement aku kene reject.
Aku orang no 3 yang submit borang pagi tu. Skali tup-tup orang kat kaunter tu bising, kata gambar aku tak clear. Takut susah nak scan. Ayooo….Cuak dah aku. Kene reject ke? Skali dia bagi surat suruh collect visa 2 days after. Then orang tu cakap, kalau kene tukar gambar, dorang akan call aku.
Sepanjang 3 hari tu aku memang risau. Tunggu-tunggu jugak call, tapi takde pulak. At last, hari ketiga menjelma…Alhamdulillah, visa aku dah approve. Tak payah nak bayar RM200 kat travel agent tu kan .
Bila dah dapat visa yang diidam-idamkan, aku tak habis-habis belek passport sebab rasa tak caya. Aku tak tipu..Memang tulah perasaan yang aku rasa. Ni tak buat visa US lagi. Kalau US tu melonjak-lonjak gembira agaknya.
Akhirnya kini pasti...Visaku lulus!!! |
wah menarik nih..around 5K dh boleh buat Visa...
ReplyDeletebest nye dpt g jepang..ramai kwn2 blogger dh sampai sana..jeles hihhi
jarimanis..
ReplyDeleteramai yg dh smp jepang ni...sy jer ketinggalan kapal torbang
Visa japan mmg susah tp bile dah smpi rs berbaloi usaha panjat embassy......yokoso nippon!!!!!
ReplyDeletesabar dubai.
Deletethanks drop by here..sgt rasa berbaloi2 dpt jejak ke nippon..skali pegi terus jatuh cinta...arigatao...
sal,
ReplyDeletehang submit statement 4k ye utk visa? kiranya amaun2 yg org dok sebut2 10k tu mmg tak releven lagi lah ye..sbb aku dulu pun submit dlm 6.5k je utk 15hari. aku rasa yg penting sekali dorg nak tgk surat pengesahan jawatan la..sbb klu kita ada job tetap..pastu dgn company yg solid..mmg boleh approve.
btw aku nak bgtau poskad hang dah sampai. makasih daun keladi :)
himeji castle dah siap ke??? pitamm..aritu aku pegi siap bertutup keliling sbb tgh reno...tskkk tskkk...
fatt,
ReplyDeletemlm ni aku teringat ko...tetibe nmpk ko komen kt email aku..mmg ade chemistry la..
klu tak silap aku, kt penang mmg strict, nak 10k. family kwn aku bt visa kt penang, byk songeh. kerek pulak tu. kt kl tak la macam tu.
aku pn rase mcm tu jgk. as long kt ada company letter. btl x?tak fix la amount tu.
sorry ye fatt..tp nak bg puas ht..2-2 setem ku tampal.
next plan ke mana pulak fatt? rase nak naik train la pulak..
himeji castle klu xsilap atas kobe kan? aku xpasti la...tp aku xpg sbb xsempat..nway, jepun mmg owesome..
woo..setakat ni jumlah awak le yang paling terendah sye dengar utk apply visa jepun ni..
ReplyDeletesebelum ni yang paling rendah pun 6k..
okey la kalau camtu..sedap sikit dengar memandang duit dalam acc sye pun belum tentu cecah 6k utk aplly visa tu.hihi
hi feeza,
Deletethanks la sudi singgah sini..
latest update yg sy dgr, sbb kwn sy br apply visa jepun. die just submit 3k++ dlm akaun..die saje jer nk tgk same ade application die kene tendang or tak...skali dorg accept..
yg pntg mcm sy kata la, xpyh la beria-ria sgt tulis dlm itinerary nk pg sana sini, itu ini..dorg xtgk sgt pun..yg dorg tengok sbnrnya, company letter n bank statement...tu yg sy perasan la..good luck eh nnt..