Monday, February 11, 2013

Part 2 : Kansai Airport to Osaka


Ohayo gozaimasu…(belajar jangan tak belajar. Nanti senang nak pergi Jepun)
Ohayo pun boleh.
おはようございます
Selamat pagi

p/s : sebelum korang koma atau tertido sambil baca entry ni, aku bagitau siap-siap yang entry ni panjang. So better la bawak bekal jejajan atau kudap-kudapan, minum-minuman sambil membaca. Hikssssss...

Happy Chinese New Year. Cuti panjang ni mesti ramai yang pergi bercuti. Aku terperap di rumah main dengan Kiki Lala..

Seperti biasa, aku tak tau macam mana nak sambung cerita. Kalau aku biar lama-lama, mau berkarat. Tergantung tak bertali pulak cerita Jepun yang indah ni nanti.. Ok, tak lawak yer!!!

Kami menolak troli masing-masing yang penuh dengan beg ke JR ofis. Has tunggu barang. Aku dengan Syuk, laki Has beratur beli tiket. Aku masih blur sebenarnya. Aku confuse sama ada untuk beli Kansai Unlimited Pass atau Kansai Area Pass. Dari Malaysia lagi Syuk suggest aku beli Kansai Area Pass. Tapi aku masih tak faham.

Aku dengar Hait, Hait jer mase Syuk cakap dengan penjual tiket JR tu. Kagum aku dengan kejepunan si Syuk ni (jangan salah faham pulak). Die dah almost 10 tahun di Jepun ni since lepas SPM. Nasib tak kawen dengan orang Jepun jer, lari balik Malaysia sebab nak kawen dengan kawan aku Has..

Dorang mintak passport sebagai pengesahan yang aku ni Temporary Visitor” ye kawan-kawan. Kalau rasa diri tu penduduk asal Jepun, or yang bekerja kat sana. Memang tak dapatlah korang yer. Kad tu terselit dalam sampul kemas JR Area Pass. So korang kene pegang pass ni elok-elok. Hilang aku tak tau. Aku ambil pass ni utnuk 4 hari. Orang Jepun tu promote suruh amek satu lagi pass, Kansai Wide Area, kira boleh pergi lebih jauh dari Kansai Area la. Aku tak nak. Ni pun tak tau sepat ke tak.

Since entry ni ditulis lepas aku balik, baru aku faham apa beza Kansai Area Pass dengan Kansai Thru Pass/Kansai Unlimited Pass. Aku mula-mula tertarik dengan Kansai Thru Pass ni sebab murah sikit. Lepas dah balik, study baru ku faham.




KANSAI THRU PASS

This ticket enables you to ride on subways, private railways and buses throughout the Kansai district. As well as enabling you to tour Osaka, Kobe and Kyoto, it lets you visit Nara, Wakayama and Koyasan. Purchasing the economical KANSAI THRU PASS that comes in two types; 2-day and 3-day, will let you enjoy a more value-for-money holiday.
The Pass can be used on unconsecutive days during its period of validity (example: Mon, Wed and Fri in the case of a 3-day ticket)
❊One day is counted as the duration from the first train to the last train in a day. (Not 24 hours from the time when you purchase it.)

KANSAI THRU PASS – Such a deal!!

The Pass can be used on unconsecutive days during its period of validity (example: Mon, Wed and Fri in the case of a 3-day ticket)
  • From Kyoto to Osaka, Kobe, Mt. Hiei and Himeji. Get on and off the train or bus bound for Wakayama, Nara and Koyasan as you like during the period of validity (Excluding JR lines. Check the map for the available trains and buses).
  • You can use the train or bus without going through the troublesome task of checking the complicated rate table to buy tickets and you won't need to buy another ticket every time you make connections.
  • You can benefit from complimentary discount promotions at 350 major tourist facilities along the railway lines.
  • It can be used from Kansai Airport Station on the Nankai Train after arriving at Kansai International Airport (The Express Rapi:t requires additional tariff).
  • Receive a free guidebook in English, Chinese, Korean language

KANSAI THRU PASS Types and Prices

3daycard2daycard
Type of ticket            Adult            Child (Ages 7 to 12)
3day ticket           5,000 yen                      2,500 yen
2day ticket           3,800 yen                      1,900 yen

Who can get KANSAI THRU PASS......

KANSAI THRU PASS is a special ticket available only for tourists visiting Japan for the purpose of sightseeing. You will need to meet one of the following requirements in purchasing a ticket.
  1. A foreign tourist visiting Japan from abroad on a [short stay] entry status.
  2. A Japanese national living abroad.
  3. A person accompanying those who meet the requirements 1 and 2 above as their guide.

Where to buy KANSAI THRU PASS in Japan

Buy the ticket from the following ticket offices in Japan.

(Access / Opening hours)
* You will be required to present your passport and fill out an application form when purchasing the ticket.
  • Kansai International Airport KAA Travel Desk (1st Floor / 07:00 – 22:00)
  • Nankai Electric Railway Kansai-Airport Station Ticket Office (5:00 – 23:00)
  • Osaka Airport Information Center (1st floor, North and South Terminals / North Terminal: 8:00 – 21:00 South Terminal: 6:30 – 21:00)
  • Kyoto Station Bus Information Center (Kyoto Station Karasuma Exit / 07:30 – 20:00)
  • Osaka Visitors' Information Center – Namba (Inside the General Information Center Namba on the 1F of Nankai Building / 09:00 – 20:00)
  • Osaka Visitors' Information Center – Umeda (JR Osaka Station, Central Ticket Gate / 08:00 – 20:00)
  • Osaka Visitors' Information Center – Tennoji (JR Tennoji Station, Central ticket gate / 09:00 – 18:00)
  • Osaka Visitors' Information Center – Shin-osaka (JR Shin-osaka Station East Exit / 09:00 – 18:00)
  • Nara City Information Center (Alight at Kintetsu Nara Station / 09:00 – 21:00)
  • Osaka International Youth Hostel (Alight at Nankai Hagoromo Station / 06:00 – 23:00)
  • Shin-Osaka Youth Hostel (Alight at Osaka Municipal Subway Shin-osaka Station / 06:00 – 23:00)
  • PanStar Ferry Osaka Terminal (Alight at Osaka Municipal Sbwy Cosmo Square Station / 10:00 – 16:00 Mon, Wed, Fri)
  • Hankyu Tourist Center Umeda Osaka (8:00 – 17:00)
 JR Kansai Area Pass
 
 
 
Harga untuk JR Kansai Area Pass
 
 
So sekarang dah nampak Kansai Thru Pass dan Kansai Area Pass. Macam aku kata tadi, kita mesti nak pilih yang murah. Betul tak? Tapi korang kene plan betul-betul pass mana yang korang nak pilih.
Kansai Thru Pass, memang nampak menarik. Sama jer, nak cover dari Kansai Airport -> Osaka -> Nara -> Kobe -> Kyoto -> Kansai Airport. Ada tapinya. Rupa-rupanya, Kansai Thru Pass ni tak cover JR line. Korang boleh guna subways, private trains and buses sekitar tempat-tempat yang tersenarai di atas. Korang hanya boleh naik Naikai Train dari Kansai Airport ke Osaka. Kalau tak silap aku, Naikai Train ni sangat-sangat lambat yer sebab die stop setiap station. Kalau nak naik Express Haruka, korang kene tambah duit sikit untuk purchase tiket. Yang bestnya pass ni ada diskaun untuk 350 tourist facilities di semua tempat-tempat di atas.
 
* Kansai Thru Pass boleh digunakan selang sehari, eg : Hari Isnin, Rabu, Jumaat
kalau kita purchase untuk 3 hari punya tiket.

Kansai Area Pass
Cover sama tempat yang tertera di atas jugak. Tempat ni semua termasuk tempat yang aku nak pergi. Kansai Area Pass ni cover semua JR Line di sekitar Osaka,Nara, Kobe dan Kyoto. Setiap line yang ada JR, korang boleh utilize pass ni sampai lebam. Tapi JR Line ni tak termasuk untuk bas dan subways. Yang tu korang kene beli asing. Syuk suggest aku beli pass ni sebab tiket train dari Kansai -> Osaka dan return harganya almost 5000 yen. Mahal kan? Lebih baik beli pass ni dan aku boleh pergi semua tempat yang aku nak. Pass ni juga ada diskaun untuk tempat tourist facilities. Perjalanan menggunakan JR line lebih cepat dari guna train biasa.
 
** JR Kansai Area Pass hanya boleh digunakan berturut-turut sebab tarikh hari pertama kita gunakan pass tu akan dicop pada pass. So automatic akan expired ikut hari yang kita beli pass tu. Contoh aku guna pass tu pada 25 hari bulan dan aku beli pass tu untuk 4 hari. So on 28 hari bulan11.59 pm pass tu akan expired.

Kansai Area Pass - jaga pass ni baik-baik yer. Hilang no refund, please purchase the new one.
 
Cuma tunjuk pada pegawai bertugas setiap kali nak masuk atau keluar dari JR train.
Ni aku cakap pasal 2 pass ni yer. Jangan pulak korang tanye aku pasal JR Shinkansen yang orang beli 1000++ tu yer. Aku tak mampu nak beli tiket shinkansen tu. Lagi pun aku cuma cover Osaka dan kawasan sekitarnya. Tak berbaloi nak beli tiket tu.
* Subway – underground train, bawah tanah, macam tube kat London or Putra kat Malaysia, tak ramai orang sangat sebab perjalanan lebih pendek.
 
** JR Train – train biasa macam Komuter, tapi laju macam ERL. Agak ramai orang time peak hours dan perjalanan lebih jauh.
So faham dah apa beza subway dengan JR train atau train-train lain? Korang boleh tengok sini yer. (Info train)
Sama jer prosedur untuk beli 2-2 pass ni, kene tunjuk passport untuk sahkan status Temporary Visitor kita tu. Diingatkan pass tu hanya untuk diri sendiri sahaja, bukan beli untuk orang lain yer.

JR West Rail Office - Tempat beli JR Kansai Area Pass
Aku ambil JR Kansai Area Pass untuk 4 hari, maksimum yang boleh. Total 6000 Yen. Sekarang giliran Has and Syuk pulak beli tiket. Mereka beli di mesin, masa ni aku tak berapa faham lagi. Aku ikut jer.

Has and famili.
Rasa tak tahan nak berlama-lama di sini sebab angin kuat giler. Sejuk sangat. Tapi aku rasa ok lagi kalau nak dibandingkan masa aku first time keluar airport di Gatwick, London tahun lepas. Masa tu aku rase nak mati jer sebab terlampau sejuk. Has pun baru sarung baju sejuk die masa keluar terminal.

Kami angkut beg-beg berat untuk melalui gate sebelum menaiki train. Untuk sesiapa yang beli JR Pass, tak payah nak masukkan tiket ke dalam mesin. Tunjuk pada pegawai yang bertugas di laluan paling hujung skali. Untuk first timer,  JR Pass tu akan dicop untuk menunjukkan bila tarikh kita gunakan tiket tu dan bila tiket tu expired. Laluan yang ada pegawai bertugas tu sebenarnya laluan untuk OKU atau orang tua. Kalau korang purchase tiket biasa, barulah korang kena lalu laluan yang biasa dengan memasukkan tiket ke dalam mesin, ala macam tiket komuter tu. Tapi tiket train kat Jepun ni kecik, so hati-hati jangan terhilang pulak.

Seksa rasa angkut barang berat time sejuk-sejuk ni. Kesian Syuk sebab die sorang jer laki. Dah la barang dorang pun banyak. Kami menapak slow-slow ke train. Kalau tak silap, train yang kami naik tu warna hijau, JR Kansai Airport Rapid. Tak ramai orang yang naik train tu dari airport, mungkin sebab weekdays. Kami ambil port di hujung skali.
 
Dalam train menuju ke Osaka
 
Rupa-rupanya, train ni mengambil masa sejam lebih nak sampai ke Osaka. Tergamam kejap aku. Tapi aku pun faham, sebab aku ada pass. Boleh naik train yang mahal. Has dengan Syuk takde pass macam aku. Dorang kene beli tiket train biasa. Harganya agak mahal, apatah untuk 2 orang lagi. Aku tak kisah as long aku dapat sampai ke tempat dorang. Baby Has, Darwish tengah sedap tidur. Skali dia meragam dan menangis. Rupa-rupanya dia poo-poo. Patutlah dia tak selesa. Lepas melalui laut, train ni berhenti setiap station. Pehh…Aku pun dah start rasa tak selesa.



Kami berhenti di station JR Kyobashi. Patutnya kami tukar train di sini untuk pulang ke rumah Has. Tapi memandangkan barang kami agak banyak, Syuk cadangkan naik teksi jer. Aku ikut jer yang mana senang. Tapi seksa wo angkat barang naik turun tangga. Tangga kat sini tingggi-tinggi yer. Bertabahlah korang kalau nak datang sini. Sebab tu aku gigih training sebelum datang sini. Takut cramp.
 
View di luar stesen JR Kyobashi

Sambil tunggu teksi aku sempat snap gambar.
 
Kami menunggu teksi di luar station JR Kyobashi. Matahari tegak di atas kepala, tapi sejuk sangat bila angin bertiup kencang. Kagum aku tengok driver teksi kat sini. Siap pakai blazer and bow lagi. Kesian pulak bila aku tengok driver teksi ni dah tua, tapi semangat nak tolong angkat beg-beg kami yang berat.

Teksi di sini pakai meter dan semua penumpang duduk di belakang. Siap ada divider lagi antara penumpang dan pemandu. Mungkin untuk elakkan jenayah. Beg yang tak muat letak dalam bonet, boleh letak di sebelah driver. So kami bertiga duduklah berhimpit dengan baby Darwish yang harum semerbak.

Tak sampai 10 minit, kami sampai di depan bangunan apartment Has. Landmark di situ adalah KFC di depan-depan jalan.

Ada 2 pintu untuk masuk ke kawasan apartment rumah Has. Pintu yang pertama tak berkunci. Pintu kedua berkunci dan setiap rumah mempunyai kunci untuk membuka pintu tersebut. Lepas dari pintu tu kami menaiki lif hingga ke tingkat 6. Lif dia mak aih keciknya..Aku masuk dulu dengan Has dan beg-beg kami.
 
Dah panjang berjela..Muntah pulak korang baca entry ni sebab panjang sangat.
 
 

4 comments:

  1. nice blog !!
    Cepat2 upl0ad cite2 osaka jePon.. nak buat panduan :) HeeHee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sheilazrien,

      insha-Allah, saya cuba upload cepat-cepat. mungkin apa yang saya kongsikan tak sepadat blog-blog lain. thanks sebab sudi baca...

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Saya plan nak pergi Jepun Tahun depan & dah buat research tentang Pass. Plannya nak beli kansai Thru Pass sebab dia boleh guna most subways & Buses. Nak purchase yg 3 hari tp sy confuse bahagian yang boleh guna 3 consecutive days, Isnin, Rabu & Jumaat. Maknanya, saya x boleh activate hari Khamis n guna berturut2 sampai hari Sabtu? mohon pencerahan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. If nak pergi mana2 dalam kyoto guna Kansai Pass, tetap kena tambah duit kan if nak pergi merata2? hmmm... sebab buat kat google map.. banyak pakai subway kat sana :(

    ReplyDelete