Friday, February 15, 2013

Penginapan Murah??? Malaysia Hall??

Aku tinggalkan cerita Osaka sekejap, sebab otak letih nak mengarang...Banyak nak kena recall ni. Macam nak exam SPM pulak gamaknya.
Ok, hari ni aku ter”panggil”. Cewah ada pulak ayat perkataan terpanggil. Aku nak share/kongsi tips macam mana nak dapat accommodation murah time travel. Mesti korang suke kan? Dengar jer murah, telinga gajah terus keluar, ye dok? Kalau nak cite pasal hostel tu, tak payah la aku rasa. Tu ramai orang dah tau kan?
Aku nak kongsi macam mana kita nak utilize kemudahan untuk kita semasa ke luar negara. Contohnya menginap di Malaysia Hall. Malaysia Hall ni atau dalam bahasa Melayu bakunya, Dewan Malaysia adalah sebagai rumah kedua yang menggantikan Malaysia di luar negara. Di sinilah tempat student kita selalu gather-gather time raya kalau tak balik Malaysia. Di sini juga diadakan pelbagai majlis untuk diraikan bersama-sama. Student kita, kalau tak dapat rumah lagi masa mula-mula sampai, dorang akan stay kat sini.
Kat Malaysia Hall ni ada disediakan dapur Malaysia yang menyajikan makanan-makanan Malaysia yang enak-enak macam nasi lemak, rendang, teh tarik, masak lemak, ikan keli goreng (nikmat tau kalau makan kat oversea), sambal belacan, nasi goreng kampung, kari ke kari dan lain-lain makanan Malaysia yang heaven la.
Memang Malaysia Hall(MH) ni di sediakan untuk student, tapi ada masa-masanya kosong jugak. So kerajaan Malaysia yang bermurah hati, membuka peluang kepada yang bukan student ni untuk menginap kalau ada kosong. Kadar sewa yang dikenakan memang murah berbanding kalau korang menyewa kat hotel/hostel. Selalunya MH ni bagi maksimum 2 malam untuk menginap. Tapi kalau ada kekosongan, korang boleh extend.
Cara untuk memohon menginap di Malaysia Hall:
1. Masuk website MH.
i)  MH Australia - MH Australia, Sydney & Melbourne
ii) MH London - UK & Ireland.
iii) Mara London - sesiapa yang kerja dengan Mara memang boleh dapat special rate.
2. Isi form penginapan yang ada di website
3. Email kepada pihak/warden MH
    Sydney          : myhallsydney@msda.org.au
    Melbourne    : myhallmelbourne@msda.org.au
    Mara London : marahostel@crownaceuk.com
    UK/London   : muat turun borang online untuk MH London

4. Tunggu reply email dari MH.

Seelok-eloknya korang email awal la untuk tanya penginapan ni sebab bilik kat MH ni pun macam pisang goreng panas. Lepas tu korang kene tengok jugak calender bile student-student ni cuti. Kalau dorang cuti, tak dapatlah korang nak menyewa kat MH ni sebab keutamaan memang untuk student yer.

Rate untuk MH Sydney & Melbourne   

1. Pelajar Ijazah Pertama (Undergraduate)
AUD 4.00 seorang

2. Pelajar Pascasiswazah (Postgraduate) dan BUKAN PELAJAR
AUD 6.00 seorang (Postgraduate)

AUD 12.00 seorang (Non student)

3. Deposit Kunci sebanyak AUD50.00 seorang.

Ada pertanyaan/masalah?

Contact No :

Pejabat Jabatan Penuntut Malaysia Australia : +612 9327 7565
MH Sydney : +612 9399 9970
MH Melbourne : +613 9529 4507

Rate untuk MH London

1. Pelajar Ijazah Pertama (Undergraduate) :
£9.11 seorang TERMASUK VAT bagi bilik double bed
£10.78 seorang TERMASUK VAT bagi bilik single bed


2. Pelajar Pascasiswazah (Postgraduate) dan BUKAN PELAJAR
£16.57 seorang TERMASUK VAT bagi bilik double bed (Postgraduate)
£21.54 seorang TERMASUK VAT bagi bilik single bed (Non student)


3. Deposit Kunci sebanyak £10.00 seorang.       
 
Soklan/problemo?

Contact No

Call dari London dan sekitarnya : 020 7985 1262.

Call dari Malaysia, sila guna no ini : 00 44 20 7985 1262  


p/s : Menginap di MH bukan macam hostel yer. Sila sediakan toiletries dan towel sendiri. Anda juga tak dibenarkan masak di dalam bilik.

Thanks to blogger Sweety sebab tolong bagi link terbaru MH London untuk aku. Kalau tak, sampai bila aku tak tau website MH yang terbaru tu. Thanks again. Harga penginapan adalah mengikut yang tertera dalam website Malaysia Hall.

49 comments:

  1. Good info coz trip on ogos nk stay kt c ni tp kwn ckp jauh dr city huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi JM,

      klu MH Sydney mmg jauh dari
      city..kene naik bas AUD3.20 kalau tak silap. nak dekat amek je YHA Backapackers kat Railway station..situ sng nak pg mane2..

      klu kt UK, boleh naik tube guna osyter card GBP 7 per day ke mana2 pun dlm london..kene naik tube smp bayswater station...kt area sini mkn murah dan byk makanan halal, souvenier murah...mmg best la area sini..

      Delete
    2. mmg btl best shpping kt area bayswater tu..murah2 la..kalo x dpt dduk kt MH pon kat area2 tu still de backpackers..mse dduk situ pun dpt £9.11 sbb pinjam nama kawan study kat sana..

      Delete
    3. x jauh mana pun ke city centre, dlm 5 ke 6 km jer. tiket bus dia kan ke jenis sekali beli jer and naik je bnyk mn skali pun. dia x mcm touch n go kat mcm malaysia. ada yg jenis bleh sekali beli utk tempoh sminggu. n MH sydney x jauh ngn fox studio.

      Delete
    4. Salam guys...leh g tau x mane lgi tpt backpackers yg murah tpt mkn n shopping. Coz ingat nak g london somewhere in may..tq

      Delete
  2. Saya baru je menginap di MH London minggu lepas, tiga malam... Ada di sediakan towel, sabun dan tisu bilik air bagai. Ok! kalau tak silap hari tu 16 pound bagi yg bukan student... kalau student 9 pound.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sweetie,

      thanks sudi bagi comment tentang MH London kat sini. baguslah kalau dapt 16 pound. saya kene 20 pound dulu rasanya..tapi hari tu saya try masuk website MH xdapat la, mungkin sbb website ade problem kot..thanks again yer..

      Delete
    2. http://educationmalaysia.co.uk

      Delete
    3. dear sweety,

      many thanks sbb sudi bagi link baru malaysia hall..dh berubah wajah rupanya compare yg sebelum ni...more frenly user..thanks yer sweety..

      Delete
    4. Hi Sweetie,
      nak booking Mh London tu selain call tak boleh email ke. I plan nak stay for 2 night 3-4 May … Susah nak call dari Malaysia..

      Delete
  3. Nk apply malaysian hall sydney kn kne ade visa kn..tp wktuu apply visa..die just bagi eta reference no..soo how about visa no..is it eta ref no tuu is our visa no??plz reply..thanks:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Liyana,

      sorry lmbt reply.awk boleh jer attached ETA visa yg awk dpt tu mase nak submit ke msia hall..sy ade tanye jugak dulu kt pihak MH Sydney, tp dorg ckp xpyh...sbb dorg tau klu nk pg ozy mesti kene ade ETA tu...tp to be safe, bttr awk attached skali ETA awk tu..

      Delete
  4. Hehe.minta jasa baik tlg listkn semua malaysian hall. Sng nk .
    Cairo pun ada.rate bilik transit, 3LE.=rm1.50. Kalau vila 100LE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, boleh tlg beri tahu e mail address utk booking bilik di MH Cairo.Terima kasih

      Delete
  5. Thank you1000x for the info...susah kot nk cari info psl malaysia hall ni...tgh try apply...hopefully approves la...:)

    ReplyDelete
  6. hi mimi,

    thanks sudi singgah sini..MH akan approves klu available...inshaALLAH, dpt tu nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah di approved....yeayyy..Thanks eh. Btw sy da letak button follow jemput2 la k...blog masih baru lg (T_T)

      Delete
    2. Saya nak tanya berapa hari dia approved ur permohonan?awak mintak MH mana?

      Delete
  7. Tumpang Tanya...u all apply MH tu brp lama from the date of travel? Sbb I tgk kat website tu, mcm ckp jgn apply awal sgt...so, how awal is awal?

    ReplyDelete
  8. asalamualaikum....kalau nak booking malaysia hall in london for non student ..masih adakah lagi untuk date 28/5/2014. We are teachers from melaka.TQVM

    ReplyDelete
  9. Assalam... sy nk tanya mcmana nk booking bilik kat MH ni...? Dan berapa rate semlm... ?
    Tq so much... Wassalam...
    p/s- ni for non student...2 org... :)

    ReplyDelete
  10. berapa accommodation tuk satu malaysian hall? sbb saya akan bawa trip student UiTM seramai 15 orang

    ReplyDelete
  11. As salam, sy cuba beberapa kali anta email kt MH Sydney tp xlepas. myhallsydney@msda.org.au juga ke contact@msda.org.au

    Ada sapa2 tau email address MH Sydney ni

    ReplyDelete
  12. Kami sekeluarga berlima akan ke London pada 1 dec depan sampai 5 dec. MH London ada family room tak? Rates macamana, per head atau per room?

    ReplyDelete
  13. Salam... sy plan to go to sydney. n nak stay kat MH sydney for 2 days. tp tenggok application form tu ada tarikh luput visa. tp saya x apply lagi ETA tu..boleh ke book MH dulu b4 dapat ETA?

    ReplyDelete
  14. Saya dan suami bercadang ke UK early Nov ini. saya akan bawa family skali (3 ank). Boleh ke di MH stay more than 3 night? dan ada family room tak..? kot2 ada sesapa yang dah prnah stay di MH bole share info…TQ

    ReplyDelete
  15. Saya sekeluarga bercadang menginap di MH (2adult & 2kids). Boleh ker family menginap di sini untuk 2 malam? thank you.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaykum...just nak share..Sekiranya memerlukan homestay di Perth Australia, sesuai utk org Islam, SUCI dan HALAL, boleh muat hingga 6 orang..$180 per malam..10 minit dari Perth City..boleh whatsapp +61411536495 utk berbincang dengan lebih lanjut..

    ReplyDelete
  17. salam, reasonable price for bed n breakfast (with HALAL breakfast) in Sydney, contact kay.abubakar@gmail.com. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. looking for a room for 2 persons on 24/10/2015 and 26/10/2015

      Delete
  18. Nak tanya mcmana pula harga mkanan di sini sbb tk dibenarkan masak sendiri.

    ReplyDelete
  19. Nak tanya mcmana pula harga mkanan di sini sbb tk dibenarkan masak sendiri.

    ReplyDelete
  20. Nak tanya mcmana pula harga mkanan di sini sbb tk dibenarkan masak sendiri.

    ReplyDelete
  21. Sis,apa pendapat sis kalau travel+working ? I mean,kami ada planning nak pegi Aus and stay 3 bulan. Kalau nak keje kat farm tu.. what do u think ?

    ReplyDelete
  22. Hai..blh tlg mn tmpt penginapan Backpackers yang murah dan senang utk dpt public transport?ini merupakan pengalaman pertama nak ke Perth.blh bantu saya

    ReplyDelete
  23. Apakah ratenya jika saya (malaysian) travel sama seorang non-malaysian?? bolehkah kawan saya menginap di sini juga? jika ya, brpa harganya? terima ksih

    ReplyDelete
  24. salam, sorry, nak tanya, ada tempat masak n laundry tak kat luar bilik (but still inside the malaysian hall)? as in mana tau ada kitchen and laundry yg bershare utk semua org yg stay kat malaysian hall ke..mohon tunjuk ajar, thank you in advance:)

    ReplyDelete
  25. auntie rabiah nak g London pd 5-7sept...bole sape2 tolong recommend budget stay di mana ...kami dua org pensioner yg kaki travel ddk hostel pun bole...cuma nak try malaysian hall london ...tqvm

    ReplyDelete
  26. Apa ye email address Malaysia Hall London

    ReplyDelete
  27. Nak tanyalah...kat MH Perth Cik mention td ada dapur yg menyajikan lauk pauk Malaysia...means kita kena byr mcm beli mknn kat cafe ker?

    ReplyDelete
  28. mcmana nak apply utk stay in MH Perth bln 3 nanti?

    ReplyDelete
  29. ada sesiapa tahu tak apartment 3 bilik murah2 di adelaide (prefer kat bdr) nak sewa untuk 2 mlm dari 22/5 - 24/5/2017.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Rate harga Malaysian Hall sekarang berape yer ?

    ReplyDelete
  32. sekarang malaysia hall ada sewa kan lagi tak?and rate dia bpe?

    ReplyDelete
  33. Thanks for sharing the valuable information, truly appreciated. It is very useful for the students who are looking for student accommodation Perth. Sometimes student choose their accommodation in hurry, that's why they face problems at later stage. If students will get a Right Assistance, for sure they will get a right type of student accommodation on their own budge. as well as food service including all bills inclusive.
    Well, for additional information feel free to check Student Accommodation Perth

    ReplyDelete
  34. Salam, apa website Malaysian Hall di London utk booking bilik disana ?

    ReplyDelete