Friday, February 8, 2013

Part 1 - Kansai Airport to Osaka

Sejak aku post cerita tentang Jepun ni, nampaknya ramai readers yang datang komen dan follow blog aku. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi membaca, komen dan follow. Mungkin blog aku tak segah or secantik blog-blog yang lain. Tapi apa yang aku tulis di sini adalah yang keluar dari fikiran aku, minda aku. Aku dalam proses men'improve' skill fotografi dan penulisan di blog supaya dapat tarik minat membaca.

Coretan aku di Jepun ni mungkin agak panjang kerana banyak sangat benda yang aku nak kongsikan sepanjang di sana. Harap korang terus support dan harap korang sudi tinggalkan jejak supaya aku dapat melawat korang balik.

So, let's continue our journey to Japan.

Part intro tak habis-habis lagi rupenye. Nak buat macam mana, cite aku panjang. Kalau boleh semua nak cerita..Hehe

Dalam keadaan tu, aku cuba untuk contact kawan aku di Jepun. Message kat fb, satu ayat, satu message. Maunya message tak sampai. Skali aku lost contact dengan kawan aku.Gile cuak…Oh no!!!!!

Aku dah mati kutu. Sebab aku cadang nak menumpang rumah kawan aku untuk trip ni. Kalau dia takde, pening aku nak cari hostel last-last minit. Nak tak nak aku message husband kawan aku kat fb. Dua-dua kawan aku ni sama sekolah dan sama batch dengan aku dulu, sebab tu aku buat tebal muka untuk menumpang.

Skali husband kawan aku reply kata line internet wife dia bengong sebab tu uncontactable. Lega aku dengar. Husband dia bagi no phone kawan aku untuk aku contact. Nak dijadikan cerita, flight aku sama dengan flight kawan aku ke Osaka nanti. Aku mati-mati ingat kawan aku dah balik ke Osaka 2 minggu sebelum. Ya Allah, memang kuasa tuhan. Syukur alhamdulillah.

Maka aku pun bersms la dengan kawan aku, tanya itu ini, apa nak pesan. Dan bertemulah kami di airport seperti dijanjikan.
Sajerk kasi drama.

Matilah*

Takde orang nak heran.

Kami boarding agak awal malam tu. Pukul 1 dah depart as per schedule.

Aku dapat seat belakang, dekat dengan buritan kapal (bontot kapal la tu). Jangan salah faham pulak.

Mula-mula ada couple duduk sebelah aku. Aku ok sebab aku duduk kat bahagian tepi, boleh la keluar p toilet suka hati. Skali couple tu pindah p depan. Oh yeahhh…Aku dapat 1 row. Apa lagi, aku conquer semua seat. Boleh la tidur memanjang. Dengan sejuk-sejuknya, memang best la aku tidur. Baru nak lelap, meal pulak sampai. Aku simpan dulu, makan kemudian la. Lepas tu tak ngantuk..Buat catatan tak resmi skit. Lepas tu baru sambung tidur balik…

Time winter ni kurang sikit umat Malaysia nak ke Jepun, aku rasala. Yelah dah la sejuk, lepas tu kurang lawa sikit. Yang penuh dalam flight malam tu, orang Jepun yang nak balik kampung. Kelly-ng dan cha ya nun alif memang tak nampak dah. Fuih, bestnya kalau makhluk-makhluk ni takde. Rasalah freedom sikit. Ye tak?

Aku rasa aku tidur nyenyak dalam flight tu. Kalau berdengkur tak dengar sebab bunyi enjin kapal lagi kuat..Hiksssss...Rasa nak sambung tidur lagi, dengar announcement pulak. Kacau betul.

Tengok tingkap kat tepi, dah terang. La, dah siang ke? Kesat-kesat mata, tunggu kejap dulu baru pergi toilet. Tak lama lepas tu dengar announcement lagi kata we will landing shortly. Cepatnya...Tak sempat aku nak tidur balik. Aku teringin nak tengok Kansai Airport sebelum landing. Tapi semua tingkap dah ade orang. Aku memang kagum dengan rekaan airport ni.

Kansai Airport
Dengar pilot announce kata suhu diluar dalam 2°C. Semua orang dah sarung jaket siap-siap..Aku bergerak ke hadapan dan menunggu kawan aku. Keluar dari aerobridge, kami menunggu aero train untuk ke main terminal. Sampai ke main terminal, aku dan Has ke tandas. Tak sabar nak tengok tandas canggih tu. Yup aku jakun ok!

Aku siap bagitau kawan aku si Has, aku nak masuk toilet lama sikit. Dia buat muka pelik pandang aku. Mungkin tak faham lagi. Kami memang berlengah-lengah di situ sebelum ke imigresen. Has malas mau beratur panjang katanya. Aku hanya mengikut. Aku sempat snap beberapa pic dalam terminal building sebelum bergerak ke imigresen.

Welcome to KANSAI!

Kalau tengok malam-malam takut tak?
View sekitar Kansai Airport, dalam train dan di main terminal building
Memang seperti jangkaan, dah takde orang beratur kat imigresen. Kami antara yang terakhir. Aku perak sikit di situ sebab aku blur dengan system imigresen Jepun. Kena scan cop jari kanan dan kiri serentak dan lepas tu ambil gambar.


Selalu kalau ke Ozy, NZ atau Europe aku akan prepare jawapan apa yang aku buat di sini, berapa lama di sini. Tapi aku tak kene soal apa-apa pun sepanjang proses di imigresen. Aku hanya prepare copy itinerary tiket pergi dan balik jer bersama passport untuk dicop. Tapi aku rasa lama jugak aku kat situ sebab aku blur. Aku cop jari tak kuat la, susah nak trace la. Hish macam-macam la aku ni. Bile fikir bab-bab amek gambar ni, aku rasa kalau la tetibe aku buat apa-apa kat Jepun, memang aku kene black list terus lah dari negara matahari terbit ni. Sebab cop jari dan gambar semua ada. Mana mau lari.

Visa melancong hanya dibenarkan selama 15 hari untuk per-entry. Siap lekat kat passport lagi. Lepas habis urusan imigresen, kami bergerak mengambil beg. Beg dah siap kene angkut sebab dah takde orang. Aku cuak jugak nak lalu kastam, takut makanan yang aku bawak kene bukak pulak. Jadi satu kerja lagi.

Memang kotak yang aku bawak tu kene soal dengan kastam. Tapi kawan aku tolong jawabkan dalam bahasa jepun. Kat laluan sebelah ade orang Jepun tengah bertekak, beg die kene selongkar. Aku tanye kawan aku sebab ape, rupenye sebab die tak nak declare barang-barang yang dia beli contoh macam rokok atau arak. Lega aku dengar.

Keluar dari Arrival, kami naik lift ke menuju ke Departure. Dari lift, keluar dan terus ke depan. Jalan straight dan korang akan nampak ofis JR. 




2 comments:

  1. Replies
    1. JM..

      terima kasih lagi..hiks..tp kt campur2..kdg2 pasal travel, kdg2 resepi/foods...

      Delete