Wednesday, December 12, 2012

Expedisi Gunung Kinabalu – Part 3


Aku rase gembira sangat bila nampak sign board KM5 tu, maknanya aku ada lagi 1KM untuk sampai ke Laban Rata. Tak jauh dah, aku berbisik di dalam hati. Itulah cara aku motibasi diri aku sendiri. Bila tak larat, aku akan stop untuk breath kejap. Don’t push yourself to hard.
Memang betul-betul penat.
Dalam perjalanan kami ke Laban Rata ni aku dah  tak nampak mana guider/porter kami. Porter selalunya dah terlepas ke depan. Guider ada yang berada di depan sekali dan di belakang sekali. Aku dan kawan aku kadang-kadang berborak dengan guider-guider group-group lain. Aku memang puji sikap-sikap guider ni, dieorang sangat supportive. Kalau jumpa guider yang bawa peserta turun bawah, dieorang akan cakap dengan slang Sabah,

”Enggak jauh udah bah. Sikit lagi sudah sampai Laban Rata.”

Apa korang rase masa ni? Mesti rasa terhibur kan? Padahal dah rasa nak pengsan kepenatan.

Ada guider yang bertanya dengan aku (masa ni kawan aku dah laju kedepan. Kaki panjang katakan), dah bape banyak gunung aku naik? Aku jawab aku tak pernah naik mana-mana gunung and this is first time, first experience. Skali guider tu cakap dengan aku, laju juga kamu panjat walaupun belum pernah panjat mana-mana gunung. Masa lebih kurang pukul 2 lebih masa tu.

Aku masa tu dah kembang kuncup tahan nafas tahan bontot…Hahaha…Bangga siot..Aku seboleh-bolehnya tak nak jadi orang last yang sampai Laban Rata nanti. Itu target aku dan aku nak cepat-cepat berehat di atas. Aku praktis 6 bulan sebelum trip ke Kinabalu ni. Aku tak nak kedatangan aku sia-sia. Aku nak tawan puncak Kinabalu.

Muka aku tegang masa ni, sebab kalau tersilap step boleh jatuh.
 Guider tu sangat baik menemani aku yang keseorangan masa tu.

Aku ngan abang guider yang baik hati tu.
Berbalik pada cerita di KM5 tadi, banyak kisah sebenarnya…Cewah, sampai terlupa pulak. Lepas KM5 tu, awan bergerak laju membelah bukit. Keadaan jadi berkabus. Tiba-tiba aku terasa muka aku basah. Alamak, hujan la pulak. Kami cepat-cepat sarung rain coat kuning tu takut kalau-kalau hujan lebat. Aku rasa dalam 100-200m lepas tu, dah takde hujan dah. Buat cuak jer tadi. Janganlah hujan lebat-lebat, doaku di dalam hati. Aku cuma bawak sepasang jer kasut untuk mendaki.

Aku tak jumpe pun pokok periuk kera macam orang lain, ralatlah jugak. Mungkin bukan rezeki kot. Next time kita pergi lagi yer. Lepas hujan ni, aku dengan kawan aku terpisah. Dia dah melangkah laju ke depan. Aku tak jumpa pun kawan-kawan aku yang lain. Sama ada mereka dah ke depan or masih tertinggal di belakang.

Sempat snap gambar setelah terpisah tadi.

Aku rasa aku dah 2,3 kali refill air kosong di pondok-pondok berteduh sepanjang perjalanan kami ni. Air yang aku ambil tu, aku campurkan dengan garam ORS. Bekalan air 100 plus aku pulak dah habis. So garam ORS la sebagai pengganti. Aku takde rase nak buang air kucil or air besar pun sepanjang perjalanan ku. Mungkin air dah banyak keluar melalui peluh.

Ada sesetengah orang tak lalu bile tengok tong/tangki air di kawasan-kawasan pondok tu sebab tong tu nampak berkarat. Aku tawakal pada ALLAH. Tak larat aku nak usung air banyak-banyak dari bawah. Untuk lebih selamat, seelok-eloknya untuk sesiapa yang nak pergi mendaki, bawaklah pil nyahkuman untuk membunuh bacteria-bakteria yang ada dalam air tu. Perut setiap orang tak same. Aku teringat ada seorang Auditor ni bagitau aku masa makan steamboat semalam. Dia pernah panjat Kinabalu ni a year before. Tapi dia tak dapat sampai atas sebab kena Diarea. Katanya dia sangat-sangat sensitive dengan air. Tahun ni dia dah prepare ubat siap-siap untuk mengelakkan masalah yang sama berulang. Aku memula cuak gak, tapi tawakal jerlah.

Alhamdulillah, semuanya ok. Aku lagi suke minum air tangki tu lagi adelah sebab rase die sedap giler. Air dari gunung, fresh kot. Lagi better dari minum dalam botol. Dah la air tu memang sejuk, rasa sedap, yang penting tak rasa payau. Penuh dengan garam mineral.

Untuk pengetahuan korang lagi, Allah banyaknya nak cite…Gunung Kinabalu ni terbahagi kepada banyak level. Bukan level ape, maksud aku keadaan pokok-pokok di sekitarnya. Pokok-pokok di sekitar Mersilau kebanyakannya lebih hijau dan besar-besar. Pokok-pokok akan berbeza mengikut persekitarannya. Bila berada di altitude yang lebih tinggi, kebanyakkan pokok-pokok ni menjadi semakin rendah dan kurang daun untuk menyesuaikan dengan keadaan suhu. Warnanya lebih kepada warna coklat.

Keadaan trek menghampiri Laban Rata dan pandangan sekitarnya.
Normal la tu bile korang akan rasa cepat penat sebab oksigen makin kurang bila berada di kawasan lebih tinggi. Memang rasa tercungap-cungap jer. Sambil aku tengah tercungap dengan tongkat aku kat tepi laluan, tiba-tiba ada sorang makcik ni lalu sambil bawak ber’crack-crack’air tin di belakangnya. Satu crack 25 tin kali 1 dozen (12). Gile hebat makcik ni. Aku tak nampak yang bawak tong gas, tapi aku ternampak makcik bawak air tin. Gile r makcik. Yang muda-muda pun sama jugak, lagilah tangkas dan laju mendaki sambil bawak beban kat belakang. Aku yang bawak beg seketul kat belakang ni pun rasa nak campak jer, macam manalah dorang boleh angkat tin minuman naik atas ni.

Teringat aku masa di Mersilau pagi tadi. Aku nampak sekumpulan anak-anak kecil memerhati kami semasa kami tengah bersiap pagi tadi. Kami difahamkan ada porter yang berumur 10 tahun mengambil khidmat mengangkat beg dari bawah untuk ke Laban Rata. Bukan satu, dua beg. Ada yang sampai 4,5,6 beg sekali harung. Kanak-kanak ini mengambil upah untuk menampah pendapatan mereka. Kebanyakan mereka adalah dari suku Bajau Gunung. Orang Bajau Gunung kelihatan lebih cerah kerana mereka duduk di tempat sejuk berbanding Bajau Laut yang sentiasa terkena panas matahari. Orang Bajau memang terkenal dengan kekuatan mereka, so tak mustahil la mereka mampu mengangkat barang-barang yang berat melebihi berat badan mereka.

Sejak pihak Sutera Harbour mengambil alih urusan pentadbiran mendaki Gunung Kinabalu, seolah-olah satu rahmat kepada penduduk tempatan. Mereka mendapat pekerjaan dan upah yang lebih lumayan berbanding sebelumnya. Trek mendaki jugak telah dibaik pulih.

Mungkin juga ada yang mengeluh kerana yuran untuk mendaki semakin mahal dari hari ke hari, namun kita kena sedar ada banyak lagi perut yang perlu diisi dengan wang yang kita bayar itu. Lebih banyak muatan atau kekerapan mereka berulang alik dari bawah ke atas atau atas ke bawah akan menentukan berapa hasil yang mereka dapat untuk satu hari itu.

Kebanyakkan mereka bekerja sebagai guider/porter kerana kesukaran mereka suatu ketika dulu. Sekolah tak tinggi, apa lagi kemahiran yang mereka boleh buat. Yang mereka tahu, selain Gunung Kinabalu..Dengan harapan bila bertambahnya pendapatan mereka, generasi-generasi ke depan mampu meneruskan pengajian mereka di taraf yang lebih tinggi, dapat mengubah pekerjaan tradisi yang mereka warisi.

Bersambung kemudian..Curi-curi masa update dalam perjalanan jumpa pakcik aku.

3 comments:

  1. Wish tht i ada keberanian utk bt t'same thing but angan2 jer la dulu.. Tgh tunggu sydney punya post..last2 kuar kinabalu. Kt sana lagi melambak naugat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AD,

      kasik glemer sikit...hehe..nak setel cite kinabalu dulu, nnt sy smbg part sydney...ya allah, nak recall bukannye senang...kene tgk gmbr dulu nak recall blk...

      sane mmg byk sgt naugat...tp i fall in love with macadamia nuts...lemak2 masin gitu...

      Delete
  2. Assalamualaikum..seronok baca yg ni..sy org sabah,tp blm berkesempatan nak daki gunung kinabalu. Sy plan nak naik tahun ni,insyaAllah..bila baca blog2 yg bt entri pasal gunung kinabalu,makin laa sy rasa excited..lagi satu,blh la baca tips2 dr mereka2 yg dah pernah naik.. Haha dialog dkt atas tu krg tepat,org sabah tak guna "enggak",kami guna "nda,enda atau pun ndak"..means "tidak".. :D
    Apa2 pun,tahniah sbb berjaya tawan gunung kinabalu..kebanggaan sabah. :)

    ReplyDelete