Saturday, November 17, 2012

Penang in Memories


Cuti seminggu bakal berakhir esok lusa..Aku yang terpaksa postpone cuti, nak buat macam mana kerja. Aku teringat nak post pasal trip cuti sekolah mak aku dengan cousin-cousin aku minggu lepas. Tumpang dengar ajelah sebab aku tak dapat nak join. Mak aku berjalan-jalan ke Penang, lebih spesifik ke Bukit Bendera.

Dengar Bukit Bendera, teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Memang best kalau dapat jalan-jalan. Zaman tu, kalau dapat pergi Penang pun best dah. 40 minit jer dari rumah aku, kalau tak jam yer..

 Mungkin post aku kali ni dapat memberi sedikit sebanyak info untuk ibu bapa yang takde idea or plan nak kemana. Yang tak pernah pergi pun boleh pergi jugak..

Dulu masa kecik-kecik, masa sekolah rendah arwah ayah aku akan bawa aku sekeluarga ke Penang. Kalau rasa nak berkelah, kami bawak bekal nasi dan lauk-lauk siap-siap. Kalau tak, kami makan di Penang jer.


20 tahun lepas, masih boleh berhenti dan ambil gambar atas Jambatan Pulau Pinang. Memang syiok habis la time tu. Sekarang dah tak boleh sebab dikhuatiri accident or orang terjun jambatan pulak.

Lepas dah sampai Pulau, kami akan pergi ke  Tokong Ular yang terletak tak jauh dari Bayan Lepas. Memang terdapat banyak ular di Tokong ni. Tapi kebanyakkan ular di sini bukan ular berbisa. Tapi ular tetap ular kan? Geli weh..Even ular daun..

Tokong Ular
Kalau nak berkelah, kami selalunya pergi ke Kebun Bunga yang terletak di Tanjung Bunga, kaki Bukit Bendera. Memang best kat sini. Suasananya penuh dengan kehijauan, cuma tak tahan sebab banyak sangat kera yang menunggu mangsanya. Kat sini kena berhati-hati dengan beg tangan dan beg plastik. Pantang nampak, mesti dieorang nak ragut.
source : www.travel-penangmalaysia.co
Kalau tak berkelah kat sini, kami pergi berkelah di tepi Batu Feringgi. Masa tu takde Hard Rock Hotel lagi. Ala kat tempat cite Ali Setan tu. Best tau main kat celah-celah batu tu. Tapia de pulak cite-cite yang tak best aku dengar kat situ. Kat situ jugak banyak couple-couple bercanda dan ada pulak yang bunuh diri bila hajat tak kesampaian(pilihan tak direstuila). Sekarang tak lagi dah kot sebab kat Feringgi ni very happening.


Batu Feringgi - image from google
Dari Batu Feringgi boleh drive ke Balik Pulau. Tapi jalan macam ular kena palu. Boleh muntah tu kalau tak tahan. Di tepi-tepi jalan bleh Nampak pokok-pokok durian yang tersergam di lereng-lereng bukit. Durian kat sinilah durian yang terbaik di Penang. Harganya memang meletup-letup. Tokey-tokey durian kat sini memang kaya raya.

Pekan Balik Pulau, very the old skool.

Paling best bagi aku dulu, dapat naik cable car pergi Bukit Bendera. Masa aku kecik, suasana kat sini sejuk. Masa tu bolehlah feeling-feeling pergi oversea. Siap pakai sweater lagi. Bila awan lalu, habis semua kawasan kat atas tu berkabus. Dari atas puncak Bukit Bendera, boleh nampak view keseluruhan Penang.
Cable car masa aku kecil-kecil dulu
Dah penat jalan-jalan, selalunya arwah ayah aku akan bawa kami semua makan di Padang Kota. Kat situ memang terkenal dengan Pasemboq Penang. Fuihhhh, memang terbaek!!!!!! Ambil udang goreng tepung, sotong goreng tepung, ketam, tauhu goreng, telur rebus. Lepas tu semua dipotong-potong halus. Letak sengkuang, timun dan kuah kacang Sedia untuk dihidangkan. Kalau dulu, sepinggan boleh dapat kurang dari RM30. Tapi sekarang aku tak taulah nak cakap. Tapi memang heavenlah mase tu. Peberet arwah ayah aku. Makan sambil layan angin laut yang bertiup nyaman memang best. Lepas tu hirup pulak ais kacang…Walawei…


Dah habis makan, kami ronda-ronda kat Penang dulu kejap sebelum menuju ke Jeti untuk naik feri..Selalunya kami akan pulang ke seberang dengan menaiki feri. Biar rasa semuanya..

Feri Pulau Pinang

Sebelum aku terlupa, aku pernah join satu program masa darjah 6. Program tu dibuat di USM. First time aku rasa duduk di asrama. Ada kakak fesi, abang fesi…Masa tu angan-angan tinggi melangit nak belajar di universiti. Masa tu jugaklah aku tau ada satu port yang menarik kat USM tu. Atas bukit yang menghadap laut. View kat situ memang cantik. Boleh nampak Jambatan Pulau Pinang yang menjadi symbol kebanggaan negeri Pulau Pinang. Kalau jalan kaki, memang kena panjat la sikit. Nama pun atas bukit.

USM Pulau Pinang

If ada kesempatan, aku nak repeat balik momen-momen indah masa aku kecik-kecik dulu. Tapi aku kurang gemar dengan kesibukkan Penang yang mengalahkan KL sekarang ni, Bila teringat tu, terus potong.

Aku harap info ni dapat membantu rakan-rakan @ ibu bapa yang tak tau nak bawak anak-anak bercuti ke mana.
Internet malam ni sangat-sangatlah slow. Berejam aku depan laptop nih..
P/S: Gambar-gambar dari sumber google ye...




No comments:

Post a Comment