Monday, December 10, 2012

Expedisi Gunung Kinabalu - Part 2

Expedisi Gunung Kinabalu - Part 1 - Untuk baca dari awal, ketik sini ya.

8 Mei 2010 - Day 2

Aku baru ada semangat nak recall dan menaip entry trip pendakian aku ke Gunung Kinabalu pada tahun 2010. Dah 2 tahun lebih berlalu, baru ada semangat nak menaip..Hope you readers will enjoy my stories.

Aku baru ada kekuatan untuk menaip dan recall balik trip aku mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2010. Dah tahap peram kimchi aku rasa.

Ada 2 jalan/trail yang digunakan untuk mendaki Gunung Kinabalu.

1) Mesilau Trail - extra 2km dari Timpohon, tapi viewnya  lebih 
    cantik dan awesome.
2) Timpohon Trail ( aka Kinabalu Park) – trail ini banyak laluan
    menggunakan tangga, lebih cepat sampai. Takde view yang
    menarik.

Kitaorang menggunakan trail yang pertama, Mesilau Trail dan turun melalui Timpohon Gate.


Mountain Trail perjalanan aku menuju puncak.
 Usai menjamah breakfast yang lazat, kami berkumpul lagi sekali untuk mendengar briefing yang terakhir sementara guider kami menguruskan urusan dokumen perjalanan. Guider akan menemani orang yang paling depan untuk menunjuk arah jalan dan akan berada dibelakang sekali untuk memastikan ahli kumpulan yang terakhir akan sampai dengan selamat.

Mersilau Cafe - source google


Pendakian ini bukanlah perlumbaan kerana setiap orang ada phase yang berbeza. Ikut kemampuan diri masing-masing. Jangan ikut orang lain kerana hanya kita saja yang tahu kemampuan kita. Cuma guider mengingatkan supaya kami sampai sebelum gelap kerana kalau gelap laluan akan menjadi bertambah sukar, tambah pula dengan cuaca sejuk.

Lebih kurang pukul 8 pagi, kami buat warming up beramai-ramai sebelum mendaki. Tujuannya supaya otot kami tak terkejut masa mula mendaki nanti. Aku dah prepare air 100 plus dan air minum ditepi beg untuk dibawa bersama.

Kami juga diberikan bekalan makanan sebekas seorang yang berisi sandwich, ayam goreng keras seketul, telur rebus dan buah epal sebagai bekal dipertengahan jalan. Guider juga memberi kami tag sorang satu sebagai tanda pengenalan diri.

Yang paling penting sekali, niat kita untuk mendaki gunung ni hendaklah berniat baik. Jangan nak menegur apa-apa yang pelik disepanjang perjalanan nanti dan jangan memetik bunga sesuka hati. Aku cuma berdoa, janganlah aku nampak benda yang bukan-bukan atau pelik-pelik pulak nanti.

Pendakian dimulakan pada pukul 8.15 pagi. Kami seramai 33 orang semuanya, 8 perempuan dan 25 lelaki. Timing tak sama untuk semua peserta. Ada yang start mendaki awal sikit dan ada yang lambat sikit. Apa-apa pun, jangan berjalan berseorangan kerana dikhuatiri sesat. Better berjalan di dalam group yang kecil, sekurang-kurangnya berdua atau bertiga. Kalau kaki cramp ke, pitam ke ade jugak orang yang alert dari sorang-sorang.

Dimulakan dengan Bismillah, aku memulakan langkah untuk menakluki puncak Kinabalu yang menjadi cita-citaku selama ini. Pendakian dimulakan dengan laluan yang menurun, rasanya hampir 1km. Lepas tu baru kami start memanjat. Masa ni rasa dah penat sangat. Rasa tak cukup nafas. Hish, baru lagi ni...Bisik hatiku. Rasa kembang kempis hidung nak ambil oksigen. Mesti buruk no rupe mase ni.

Me and my partner, dah start penat time ni.
Bila nampak jer gang sama group, mulalah mintak tolong ambilkan gambar. Tak kirelah mase tu sape, ko boss ke, sape ke...Ade kukesah?
Muka cover penat

Atas jambatan pun jadi nak posing

Antara watak-watak utama dialog di bawah

Kat belakang kami berdua, ada satu group boss-boss la kiranya. Kami yang kat depan ni memang nak tergelak dengar dieorang berborak. Dah la masing-masing cakap Kedah pekat. Siap mengutuk-ngutuk diri sendiri sebab pi join trip ni. Antara dialog depa ni lebih kurang macma ni la, “Menyesal aku mai..Baik aku dok relaks-relaks, rehat-rehat kat rumah lagi baik. Sumpah aku tak mau mai dah.”

“Kalau aku tau macam ni, tobat aku tak join.”

“Aku dah stop smoking dari semalam. Tak mau semput, tapi semput jugak.”

Memang sengih-sengihla kami yang kat depan ni dengar dieorang-dieorang tu dok membebel.

Lepas 2 km mendaki, kami bertemu dengan group-group pendaki dari Timpohon Gate di Layang-layang Hut. Kami berehat seketika melepaskan penat. 5 minit mendaki rasa nak berhenti jer rehat. Tapi tak boleh ikut rasa penat tu sangat, kalau tak bila nak sampai ke Laban Rata.  Aku ada bawak bekal coklat, kismis dan buah kurma di dalam beg sebagai sumber tenaga semasa mendaki..Peluh mencurah-curah membasahi baju, tapi tak terasa sangat sebab cuaca sekeliling semakin dingin.

Perut dah terasa lapar, maklumlah dah banyak tenaga yang digunakan. Kami berehat seketika di Pondok Willaya. Masing-masing dah bukak bekalan makanan. Ayam goreng yang kami dapat tu keras giler. Aku cubit sikit-sikit jer ayam tu sebab rasa tak lalu sangat nak makan. Sandwich pun aku makan separuh jer. Bile dah penat, selera makan pun takde. Ya-Allah dalam hati ni tak sabar sangat nak sampai Laban Rata. Seolah-olah lambaian katil tu memanggil-manggil.


Lepas berehat dalam 20 minit, kami memulakan pendakian kembali. Aku tak nak buang masa. Ada satu ketika, aku terpisah dengan partner aku. Dia kan tinggi, langkah panjang-panjang. Aku pulak langkah pendek-pendek. Jenuh nak saing. Padahal kami terpisah di sebalik selekoh jer. Aku cuak jugak masa tu, tapi aku teruskan mengejar. Akhirnya aku nampak kawan aku tengah tunggu aku di satu kawasan lapang. Masa tu jugaklah awan lalu dan keadaan berkabus seketika.


Muka happy sebab dah jumpa kawan aku balik.

Ada rupa penjaga gunung tak?




Sejuk dah masa ni sebab tu aku pakai glove



                   
                Syukur Alhamdulillah, KM5 sudah. 1KM to go. Caiyok-caiyok

Nantikan part 3, harap aku tak perap sampai tahun depanlah yer..

No comments:

Post a Comment