Tuesday, November 20, 2012

Udon Black Pepper


Yummieeeee!!!!!!!!!

Teringat masa tahun 2008...first time dalam hidup aku kenal apa itu mee Udon, sejenis mee yang berasal dari Jepun. Saiznya lebih besar dari saiz mee biasa. Masa tu aku dengan kawan-kawan aku makan kat Nim’s Island yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Boleh tembus jalan dalam ke Bandar Baru Bangi...

Kawan aku tetibe nak order Udon Black Pepper..Terpinga-pinga aku kejap ape bende tu. Bile order sampai, kami semua pakat-pakat rasa..Best jugak..Tak rugi cuba benda-benda baru ni. Lepas tu, aku dah tak makan udon sampai sekarang...Sebab tak banyak kedai yang jual makanan ni.

Masa pergi Carrefour hari tu, aku tergerak nak beli mee udon. Terasa nak makan pulak. Sekarang tak susah, boleh masak sendiri. Nak resepi pun boleh google jer. Resepi ni aku ambil dari blog kak nolie. Aku nampak resepi dia agak mudah dan simple. Memang aku puas hati dengan resepi ni dan mengenyangkan..Jom kita cuba..



Resepi Udon Black Pepper (untuk seisi keluarga) - sebab aku sorang, aku buat sikit jerlah..
600g mee udon – aku guna 200g@ 1/3 dari bungkusan udon tersebut
3 keping dada ayam (potong ikut suka) / daging
1 tin cendawan butang (basuh dan hiris nipis) / better guna cendawan shitake
3 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 sudu kecil lada hitam yg telah ditumbuk halus
1 biji capsicum (potong ikut suka)/lada merah pun boleh
5 sudu besar sos tiram – aku guna sesudu besar sahaja
4 sudu besar kicap pekat – aku takde kicap pekat
3 sudu besar kicap manis – aku guna kicap manis lebih sikit
1 sudu besar sos tomato - optional
Carrot (dipotong panjang)- optional
Baby jagung - optional
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa – kalau kicap dah masin, tak perlu masukkan garam lagi

Udon Jenama Megah Mee - 600g

Dalam packaging tu ada 3 bungkusan kecil Udon seperti di atas

Cara membuatnya:-
Panaskan minyak. Tumis bawang tumbuk dan lada hitam sehingga naik bau. Masukkan isi ayam atau daging. Kacau sekejap dan masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata.
Masukkan cendawan, carrot, baby jagung dan lada, kacau lagi. Akhir sekali masukan mee udon yang telah dibasuh terlebih dahulu. Kacau rata...masukkan garam secukup rasa dan kacau lagi. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan ketika panas-panas.


Tips Udon:
Ikut arahan pada bungkusan udon, udon hendaklah direndam atau dibasuh dengan air panas untuk seketika untuk melembutkan mee tersebut. Lebihan Udon yang belum dibuka, boleh disimpan ke dalam peti ais untuk digunakan lagi.

5 comments:

  1. wahhh..ada jual mee ni?? Nim's little Hut.. hampir segala menu dia ada..huhuu..

    ReplyDelete
  2. buat kt zarif ni mesti dia suka!
    tq baya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea,

      Cepatnya hang komen..Nim's Little Island memang best kan? semua ada. dah ada resepi ni, bolehlah masakkan untuk Zarif..aku yang first time makan pun boleh suka...tmbh pulak org yang pernah dok Jepun...simple n cepat disediakan...selamat mencuba lea...

      Delete
  3. Kakpb ni tak pernah mkn udon, rupa pun tak kenal. Nmpk mcm spegeti je tu....
    Bila sebut sg ramal, teringat rmh akk dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kak,

      lame tak singgah? hehe...sorry, xde resepi menyengat sekarang ni..udon ni lagi sedap dari mee kite...sebab tak rasa ubat kat mee tu..rasa kenyal-kenyal jer.

      saya dulu dok kat BBB, seksyen 8. tembus jalan belakang lalu sungai ramal..

      Delete