Friday, November 16, 2012

Asam Pedas Emak Hanis Zalikha

Over betulkan tajuk kat atas ni, tapi memang betul yer..Resepi dari emak blogger terkenal. Nak try bukak sebab mak die glemer or tuan punye badan glemer, tapi sebab rasa penyediaannya agak unik, lain dari cara yang biasa. Memang sedap sangat. Sebelum ni aku selalu guna resepi dari MyResepi tapi rasa nak ubah selera pulak. Sila ushar-ushar sini. Thanks to hot mama yer for sharing the recipe..


Asam Pedas Ikan Pari


Ikan jenahak/ikan parang/ikan merah 1/2 kilo - aku guna ikan pari 2 slices jer.


Cili kering 10 - 20 batang (rebus dan cuci), ikut kuantiti ikan - gunting siap-siap untuk buang biji yer
buah keras 5 biji - boleh kurangkan kalau ikan tak banyak sangat
belacan 1/2 inci - aku tak guna belacan

Inilah buah keras untuk sesiapa yang belum kenal - source google

(Blend ke semua bahan di atas dan ketepikan)

Bawang merah kecil 5 ulas
bawang putih 3 ulas
serai satu batang yang kecil
kunyit hidup 1 inci. - kalau takde, boleh jer letak sesudu kecil kunyit serbuk

(Blend ke semua ini dan ketepikan)

bahan-bahan lain untuk ditumis :

biji halba - 10 biji
daun kari - satu batang lurutkan
daun kesum 2 tangkai ikat

p/s: next time aku letak semua benda ni sebab kali ni aku masak takde bahan-bahan ni. tu pun dah sedap.


Cara-caranya,

1.Panaskan minyak, tumiskan biji halba, daun kari, daun kesum.
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran campuran bawang bawang tadi sehingga naik bau dan agak garing.
3. Masukkan pula kisaran campuran cili kering tadi sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa, garam dan ajinomoto dan sedikit air
5. Setelah mendidih masukkan ikan, tomato dan kacang bendi.
6. Biar mendidih dan kemudian kecilkan api untuk merenihnya.
7 Angkat dan hidang bersama nasi panas.
Untuk orang yang tak pernah masak asam pedas, ikut jer resepi ni.InsyaALLAH jadik..Lain dari asam pedas yang aku selalu buat. Tipsnya, tumis cili kering tu sampai betul-betul masak yer..Kalau tak, tak sedap and boleh sakit perut nanti.
Info berkaitan buah keras: sumber Wikipedia

Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana.

Kegunaan dalam Makanan

Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih "kasar"), dengan kandungan minyak yang serupa tinggi. Ia sedikit beracun ketika mentah, dan sering dipergunakan dalam masakan Melayu dan Indonesia. Di Pulau Jawa, buah keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi.
Di Hawaii, buah keras juga dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk menjadi perasa yang dikenali sebagai inamona. Inamona ialah ramuan utama dalam poke, makanan tradisional Hawaii. Pokok ini juga merupakan pokok rasmi Hawaii. [1]


No comments:

Post a Comment