Monday, November 12, 2012

Solution untuk gambar yang hilang dalam memori card.

Wiken lepas dah bermulanya cuti sekolah untuk penggal akhir bagi tahun 2012 ni. Minggu ni pulak double public holiday..Deepavali and Maal Hijrah. Mesti ramai yang dah sambung cuti stret seminggu. Aku pun plan begitu mula-mulanya, tapi oleh sebab ada tanggungjawab berat, aku let go sajak. Next time lah aku cover balik.. Intro yang takde kene mengena dengan tajuk.
Hari cuti pun aku jengah ke ofis, pulun nak buat kerja bagi siap. Kebetulan nak hantar member pergi Jepun. Dengan semangat waja, satria, kembara semua, gagahkan hati demi kerja. Dalam kul 1 tengah hari aku selamat tiba di LCCT...Lepas tu beriringan dengan member ke Taman Makanan. Misi, nak melantak n copy gambar. Oleh sebab gambar agak berat, ambik masa sikit nak copy. Aku pun sibuk gak transfer gambar dari Memory Card ke laptop. Tengah-tengah copy, aku tersilap tekan ke entah macam mana. Terus stop. Aku dengan confidentnya kata dalam hati, mesti  dah habis copy ni. Maka aku dengan lajunya, terus menekan delete pada gambar yang tersimpan dalam memory card.
Gambar dari www.OhDuit.com
Keadaan masa tu agak kelam kabut. Aku pun tak dapat berfikir dengan waras. Lepas tu aku check balik folder yang aku save dalam laptop. Alih-alih aku tengok kenapa ada 2/3 jer gambar dalam tu. Baru aku sedar yang aku dah buat a very big mistake. Aku dah panic dan sedih. Masa tu jugak kami bergegas nak hantar kawan aku, sebab flight pukul 2.45 petang. Pukul 1.45 patutnya dah masuk departure hall. Tapi kita orang masih kat Food Garden mase tu.
Apa yang aku boleh buat, cuma redha. Memang salah aku. Kawan-kawan aku yang berada di tempat kejadian pun kata, nak buat macam mana. Kalau dalam memory card, tak boleh nak buat apa dah. Aku memang kecewa sangat-sangat. Menyesal toksah cakap la...
Lepas kawan aku masuk ke departure hall, aku gerak menuju ke ofis. Pujuk hati untuk setelkan kerja. Semangat ni. Pukul 6 setel semuanya. Hujan pun dah reda. Call mak aku tak dapat-dapat. Seronok ber’cuti sekolah’ dengan adik-adik sepupu aku.
Nak pujuk hati, aku ke pasar malam bangi malam tu. Malas nak cakap pasal gambar aku yang hilang tu. Tapi dalam kepala masih berfikir-fikir pasal tu jugak. Rase nak google untuk cari solution. Harap-harap ketemu.
Lepas balik pasar malam, mandi solat semua. Get ready nak cari solution. Aku google tajuk, “Terdelete Gambar dalam memory card.” Keluarlah beberapa link pada tajuk yang aku type tadi. Aku tengok dulu satu persatu and aku pilih satu forum ni. Thanks Forum Putera. Dah excited dah sikit ni.
Teruskan bacaan. Zasssssss....Ada jawapan untuk masalah aku ni. Boleh guna satu software ni untuk recover balik file-file, gambar-gambar atau document-document yang hilang. Tapi software yang aku pilih ni more untuk gambar-gambar yang hilang. Sotfware ni nama Recuva. Ada macam-macam lagi sotfware sebenarnya. Tapi sebab dah ada link dalam forum, aku pun just klik and follow. Sebab dah tak sabar nak tau hasilnya.
Dalam 15 minit jugaklah sotfware tu scan dalam laptop aku nak cari gambar-gambar yang hilang tu. Lepas dah jumpa, aku kene select balik gambar tu satu persatu. Alhamdulillah, ketemu balik dah.
Lepas ni, kawan-kawan jangan susah hati ye. Boleh cari balik data/gambar/document yang hilang dalam thumbdrive ke, dalam memory card ke, dalam laptop ke, pc ke..Ade lagi solution untuk dapatkan balik apa yang kita simpan tu dengan syarat, kita tak save ape-ape untuk replace data tu lagi. Harap info ni dapat membantu kita semua.

3 comments: