Friday, January 11, 2013

Tazkirah Hari Ini

Hari ni aku tak rasa nak lari..Tapi entah kenapa aku bergegas dan bersiap untuk berlari. Mungkin sebab semalam aku dah makan banyak. Padahal dah lambat pun.

Friday
1.6 km  - 1.2km run + 0.4km brisk walk.

Almost 8.00 am, aku drive balik rumah. Dah lambat ooii..

Lebih kurang pukul 8.50 onwards, aku drive ke ofis dan melalui jalan yang sama. Skali aku tengok ramai giler orang kat tepi jalan stadium tu. Aku dah rasa berdebar.  Ada accident rupanya.  Kemalangan maut antara motor dan kereta. Motor tu siap terpacak atas jalan. Kereta Sentra tu pulak remuk dan pecah cermin di sebelah kiri. Aku sempat lagi jeling plastik hitam di tepi jalan bertentangan, nasiblah bertutup. Kalau tak bertutup, mau terpengsan pulak aku.

Aku tergamam sekejap. 2 kematian yang aku nampak pagi ni. Masa aku gerak dari rumah, aku nampak ada sekor kucing tengah terbaring atas jalan..Aku ingat kucing tu saje-saje golek dog kat tepi jalan tu, Rupa-rupanya kena gilis dengan kereta. Aku nampak darah keluar dari kepala kucing tu. Hati aku jadi sebak. Terus teringat kucing-kucing aku di rumah.

Aku rasa nak kalihkan kucing tu, tapi aku takut aku tak kuat dan aku pun memang dah lambat. Masa aku keluar rumah lepas jogging tadi, takde ape yang berlaku. Lepas aku keluar semula, 2 kematian yang aku nampak. Aku terus insaf dan tergamam.

Aku yakin sangat kemalangan tu jadi lepas aku balik jogging di stadium. Kalaulah benda tu jadi depan mata aku, memang aku terus trauma agaknya. Aku terus rasa cuak nak pergi jogging kat situ pulak. Rasa fobia sekejap. Sesungguhnya kematian itu sangat-sangatlah hampir dengan kita walau di mana saja.

Gambar di bawah untuk menghibur hati..

Tengah menikmati makanan kenduri.

Bila lagi nak dapat makan banyak-banyak macam ni. Kita kenyang!!!!!


Tuesday, January 8, 2013

Wake up call

Due to time constraint, just short run for this morning.
Tuesday
1.2km

Will continue later.

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.
Tips untuk kekalkan berat badan, 10000 langkah sehari and you can eat what you want with small quantity  Janganlah pi menketedarah(ntah betul ke tak aku eja)pulak..

Pesanan ini dari radio Suria FM, topik pagi tadi.

Monday, January 7, 2013

Ikan Masak Tempoyak ala Orang Bujang

Resepi Ikan Masak Tempoyak ala Orang Bujang

Kepala Ikan Masak Tempoyak


Masa kat U dulu, aku cuma tau makan Ikan Patin masak asam pedas. Mula-mula aku tak tau yang ikan aku selalu makan tu ikan patin. Tapi aku suka sebab aku rasa ikan tu lembik-lembik dan berlemak. Dulu-dulu baca dalam Mastika tentang harga ikan patin di Pahang mencecah ribu-ribu ringgit, aku pun tertanya-tanya. Sedap sangat ke ikan patin ni?
Sampailah satu ketika tu kawan aku dari Sarawak ajar aku makan ikan patin masak tempoyak...Perghhh...Sedapnya...Aku soka!!!!! Sejak tu aku tau dan suka ikan patin masak tempoyak. Tapi tak semua orang suka dan boleh makan ikan patin.
Bulan 11 dan 12 hari tu kan musim dorian..So banyaklah durian-durian jadi tempoyak. Masa aku melawat mak aku di Sarawak hari tu, makcik aku masak ikan masak tempoyak...Sedapnya!!!!!
Makcik dan mak aku gunakan ikan bawal mas sebagai bahan utama.. Sebab mak aku dan family-familynya tak boleh makan ikan patin atau ikan sungai. Oleh sebab sedap sangat, aku pun mintak resepi. La senang jer rupenye..Ingat susah sangat. Kejap jer dah masak.
So semalam, tengok ade balance kepala ikan jenahak dalam peti ais..Aku tak tau nak buat apa. Tengok rancangan Saffiya kat tv9 tunjuk resepi Masak Lemak Pucuk Ubi dengan Ikan Patin, aku terus terliur.  So terus keluar idea nak masak ikan masak tempoyak.
Jemput makan
Dihidang bersama salad + ulam
Bahan-bahannya:
2 keping ikan (aku punya 1 bahagian kepala, 1 bahagian isi – size sederhana)
1 batang serai dititik
5 biji cili kecil warna hijau tu
1 biji cili besar
5 ulas bawang besar
1 inci kunyit
Secubit garam
Tempoyak sesedap rase – aku letak ½ cawan tempoyak nak bagi kuah pekat.
Air 500 ml
Timun – optional
Daun kesom – optional (kalau masak ikan patin kene gunalah)
Bunga Kantan – optional (kalau masak ikan patin kene gunalah)

Cara-caranya:
1.Serai dititik terlebih dahulu.
2.Kemudian, tumbuk cili kecil dan cili besar bersama kunyit dan bawang besar. Tumbuk sehingga agak-agak lumat.
3.Panaskan air di dalam periuk kecil dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama
4.Masukkan tempoyak. Kalau boleh, kacau dulu tempoyak bersama air yang dalam periuk tu untuk memudahkan tempoyak larut, tuang air sikit. Dah kacau, baru masukkan tempoyak dalam periuk. Kacau rata supaya tempoyak tak berketul.
5.Bila dah mendidih, baru masukkan ikan, tunggu sekejap dan rasakan kuahnya. Aku tak tambah apa-apa sebab semua dah cukup rasa. Kalau tak masin, tambah garam. Kalau terlebih pedas dan masam, tambahlah sedikit gula.
6.Aku masukkan timun yang tua sebab sayang timun tu dah kecut. Nak buat ulam tak sedap dah.
7.Bila semua dah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Serius simple dan cepat. Ni cara masak orang bujang yang femalas. Aku sedap dok hirup kuah tempoyak ni. Masuk bakul angkat sendiri, tapi memang sedap!!!!!!!!!

Foot note : 2.5 L plain water

Sunday, January 6, 2013

Kebab Telur - Cepat dan Mudah


Resepi kebab telur – Menu feberet aku untuk breakfast.
Kebab telur gemuk - penuh dengan isi

2 di atas roti pita belum dibakar, 2 di bawah yang terlebih bakar
Bahan-bahan
 
Roti Pita

Telur 1 biji

¼ biji bawang Holland, dipotong dadu.

Tomato – potong dadu/dihiris nipis pun boleh

Timun – dihiris nipis

Salad

Mayonis

Sos cili

Kepingan cheddar cheese

Cara-cara

1.Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali.

2.Tumis bawang besar hingga kekuningan.

3.Pecahkan telur, buat ala-ala telur dadar. Biarkan seketika supaya telur sedikit kering dan barulah kacau telur tersebut ala-ala scramble egg.

4. Roti pita tu bolehlah dibakar seketika di atas kuali non stick – aku baker sampai terhangit pulak…Tapi tak pe, sedap.

5. Masukkan salad, mayonis ke dalam poket pita.

6. Masukkan telur yang digoreng tadi, letak separuh-separuh (masukkan timun+tomato dalam kuantiti yang sikit), letak sedikit sos dan tutup kembali dengan telur+timun+tomato+kepingan cheese+mayonis+sos.

P/s: Kalau nak cheese tu cair, boleh la masuk dalam microwave kejap..Yummie..Sesuai untuk bawak bekal gi ofis, sekolah ke…Berkelah ke..Terbaek!!!!!!!

Sedia untuk dihidangkan. Tak sampai 15 minit dah siap.


Running again???


Cuaca hari ni cantik sangat. Tengok matahari baru naik dengan awan membiru dan kepulan awan. Memang cantik sangat..

2nd attempt for this week. 3.0km, 2.4km jogging+0.6km brisk walk. Yeahhhh…Alhamdulillah.

 
Sunday

06 Jan 2013

3.0 km
 
Stadium Salak Tinggi - dalam proses pembaikan..Nasib trek lari tak kene korek..
 

A Good Start???


Mulakan tahun ni dengan aktiviti running..Oleh sebab bangun lambat, aku cuma dapat 5 pusingan jer = 2.0km jogging. Dah lame stop, slow sikit la nak catch balik.

 
Saturday

05 Jan 2013

2.0 km

Wednesday, December 26, 2012

Great Moment in Hamburg

Email yang aku terima hari ni buat aku tersenyum sorang-sorang. My old friend in Hamburg from Spain.
Hello Siti!

It’s been a very long time. How are you?

I was doing some end-of-the year organization of my desk and came across your business card and remembered our biking Hamburg afternoons after the incredibly boring MSG-3 trainingJ. When I go to Hamburg I often walk pass the place where we had dinner, it was nice!

How are things in your part of the world? And how are you doing? Did you marry? Any of your regular projects in mind for next year: climbing the K-2, running the iron-woman triathlon or something?

Here in Spain we are celebrating Christmas now but under the influence of a big economic crisis: the country’s economy is shrinking to 1990 numbers. It’s not affecting me but many people around me are unemployed. In any case Christmas with my family and friends is being a happy one. Also this year I crashed while flying in my powered paraglider L Nothing serious but I had to stay at home for a month. Now I am fully recovered and thinking about flying again (against the will of my girlfriend and family).

I hope everything is ok for you and your family.

Regards... and happy New Year!.

Guillermo