Monday, January 7, 2013

Ikan Masak Tempoyak ala Orang Bujang

Resepi Ikan Masak Tempoyak ala Orang Bujang

Kepala Ikan Masak Tempoyak


Masa kat U dulu, aku cuma tau makan Ikan Patin masak asam pedas. Mula-mula aku tak tau yang ikan aku selalu makan tu ikan patin. Tapi aku suka sebab aku rasa ikan tu lembik-lembik dan berlemak. Dulu-dulu baca dalam Mastika tentang harga ikan patin di Pahang mencecah ribu-ribu ringgit, aku pun tertanya-tanya. Sedap sangat ke ikan patin ni?
Sampailah satu ketika tu kawan aku dari Sarawak ajar aku makan ikan patin masak tempoyak...Perghhh...Sedapnya...Aku soka!!!!! Sejak tu aku tau dan suka ikan patin masak tempoyak. Tapi tak semua orang suka dan boleh makan ikan patin.
Bulan 11 dan 12 hari tu kan musim dorian..So banyaklah durian-durian jadi tempoyak. Masa aku melawat mak aku di Sarawak hari tu, makcik aku masak ikan masak tempoyak...Sedapnya!!!!!
Makcik dan mak aku gunakan ikan bawal mas sebagai bahan utama.. Sebab mak aku dan family-familynya tak boleh makan ikan patin atau ikan sungai. Oleh sebab sedap sangat, aku pun mintak resepi. La senang jer rupenye..Ingat susah sangat. Kejap jer dah masak.
So semalam, tengok ade balance kepala ikan jenahak dalam peti ais..Aku tak tau nak buat apa. Tengok rancangan Saffiya kat tv9 tunjuk resepi Masak Lemak Pucuk Ubi dengan Ikan Patin, aku terus terliur.  So terus keluar idea nak masak ikan masak tempoyak.
Jemput makan
Dihidang bersama salad + ulam
Bahan-bahannya:
2 keping ikan (aku punya 1 bahagian kepala, 1 bahagian isi – size sederhana)
1 batang serai dititik
5 biji cili kecil warna hijau tu
1 biji cili besar
5 ulas bawang besar
1 inci kunyit
Secubit garam
Tempoyak sesedap rase – aku letak ½ cawan tempoyak nak bagi kuah pekat.
Air 500 ml
Timun – optional
Daun kesom – optional (kalau masak ikan patin kene gunalah)
Bunga Kantan – optional (kalau masak ikan patin kene gunalah)

Cara-caranya:
1.Serai dititik terlebih dahulu.
2.Kemudian, tumbuk cili kecil dan cili besar bersama kunyit dan bawang besar. Tumbuk sehingga agak-agak lumat.
3.Panaskan air di dalam periuk kecil dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama
4.Masukkan tempoyak. Kalau boleh, kacau dulu tempoyak bersama air yang dalam periuk tu untuk memudahkan tempoyak larut, tuang air sikit. Dah kacau, baru masukkan tempoyak dalam periuk. Kacau rata supaya tempoyak tak berketul.
5.Bila dah mendidih, baru masukkan ikan, tunggu sekejap dan rasakan kuahnya. Aku tak tambah apa-apa sebab semua dah cukup rasa. Kalau tak masin, tambah garam. Kalau terlebih pedas dan masam, tambahlah sedikit gula.
6.Aku masukkan timun yang tua sebab sayang timun tu dah kecut. Nak buat ulam tak sedap dah.
7.Bila semua dah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Serius simple dan cepat. Ni cara masak orang bujang yang femalas. Aku sedap dok hirup kuah tempoyak ni. Masuk bakul angkat sendiri, tapi memang sedap!!!!!!!!!

Foot note : 2.5 L plain water

5 comments:

  1. bawal emas ya if kukus or sweet sour mmg nyamannn.. goreng pun sodap hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. AD,

      bawal emas nang nyaman...manis, berlemak jak isinya...kesimpulannya ikan tok nang nyaman

      P/S : sorry yang lain, terbawak slang swak pulak..

      Delete
  2. nice.. aku pula suka ikan keli goreng n bakar.. ikan tilapia merah kalo perap ngan sos tiram+tomato, pastu goreng.. perghh sodappp.. makan panas2 ohlalaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. plain 83,

      thanks drop by here...aku xpenah masak ikan sungai kat rumah...melainkan makan kt kedia...xpe, next time aku try..

      Delete
  3. sedapnya. aku pun suka lauk camni..penah belajar dgn mcik aku (org pahang) tapi belom test lagi. tapi lauk2 kampung mmg sedap. kena pulak dgn ulam2 & sambal belacan...mkn berpinggan2 pun aku sanggup. hehe :D

    tapi aku tau ko mmg terer masak..tgk dr gmbr pun aku dah bleh tau camne rasanya :D

    ReplyDelete