Monday, May 3, 2021

Cerita sedih March dan April 2021

 Part 1, Tragedi March 2021





Salam 21 Ramadhan...

Sedar tak sedar kita dah masuk bulan Mei, dah masuk fasa terakhir Ramadhan..

2 bulan aku tak update apa-apa di blog, fb, ig melainkan tentang bisnes sahaja.. Aku rasa berat sungguh nak menulis apa yang terjadi...

Tragedi di bulan March, di mana kucing kesayangan aku, Milo telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..Aku membela Milo hampir 9 tahun lamanya..Dari aku bujang, sampailah anak dah tiga..

Kejadian tu berlaku di waktu tengah hari di mana Milo telah dibelit dengan ular sawa Batik sejurus selepas makan tengah hari. Aku di dalam bilik waktu tu, tiba-tiba mak aku teriak dari dapur kata Milo dibelit ular..Terus berderau darah aku...Mak aku suruh call Bomba..

Dalam terketar-ketar aku cuba dail nombor 999 untuk beritahu hal kecemasan ni.. Nasiblah suami aku ada di rumah waktu tu..Kalau tak lagi lah tak boleh buat apa.

Suami aku sedaya upaya cuba menahan ular sawa tu dari masuk hutan di belakang rumah aku..Dia dah tahu yang Milo dah tak ada sebenarnya waktu tu...😢😢😢

Sejurus lepas aku call Bomba, aku dapat call dari pihak JPAM yang kebetulan ada berhampiran di rumah aku..Tak sampai 10 minit, bell di depan berbunyi..Aku terus buka pintu dan maklumkan yang kejadian berlaku di belakang rumah..Mereka terus bergegas ke belakang rumah.

Dengan tindakan pantas pihak JPAM, salah seorang pegawai JPAM lantas menarik ekor si ular sawa dengan kuat tanpa sebarang senjata. Tujuannya supaya ular sawa tu tak dapat lari masuk ke dalam hutan. Dengan pantas juga, pegawai tersebut dapat menarik ekor dan mencekak leher si ular sawa. Milo dah terkulai lemah dalam belitan ular sawa tersebut di samping beberapa gigitan di sekitar badannya..

Aku rasa nak menjerit tengok tubuh Milo yang dah terkulai. Setelah bergelut dengan ular sawa itu lebih kurang dalam 5 minit, ular sawa itu selamat ditangkap ke dalam guni oleh pegawai JPAM tersebut. Kata pegawai JPAM tu, bagus tindakan suami aku yang menganggu tumpuan ular sawa tu dari masuk ke dalam hutan, jika tidak lagi susah nak tangkap ular tersebut dan kami pun akan rasa ketakutan sebab tahu ular sawa tersebut masih di situ...

Tak mustahil juga kucing-kucing aku atau jiran-jiran akan menjadi mangsa ular tersebut lagi..Dalam linangan air mata, aku memeluk Milo kuat-kuat..Kami tutup tubuh Milo dengan kain sementara menunggu lepas Asar sebab cuaca terlalu panas ketika itu..

Aku memanggil abangnya si Boboiboy dan kakaknya si Yaya untuk mencium tubuh adiknya Milo buat kali terakhir. Jiwa aku jadi kacau seharian...Malam tu aku tak boleh tidur teringatkan Milo yang dibelit ular sawa.

Milo bukanlah kucing yang manja dengan keluargaku..Tapi aku suka melihat kelibat Milo yang agak gebu dan warnanya yang putih oren, menjadikan dia begitu comel..Banyak kisah yang terjadi dengan Milo sejak dari kecil. Masa tahun 2014, aku dan suami tak tahu rupanya Milo terkurung dalam rumah selama seminggu kami balik ke kampung..Sejurus kami sampai dari kampung, aku tengok rumah kucar kacir..Rupanya Milo tertinggal di dalam rumah..Kesian Milo kelaparan. Alhamdulillah masih panjang lagi usia Milo ketika itu.

Tahun lepas, sejurus sebelum PKP 1.0, Milo hilang dari rumah 3 hari..Masa tu aku kata, mungkin dah sampai masa Milo..Sekali suami aku nampak Milo selang beberapa buah rumah dalam keadaan lemah. Jadi suami aku tangkap Milo dan bawa pulang. Aku cuba call Vet dtapi klinik dah tutup.

Esok pagi aku terus bawa Milo ke klinik. Kasihan tengok keadaan Milo yang lemah, makan pun tak berapa lalu. Seminggu juga Milo di klinik, kena masuk air. Doktor kata Milo kena HIV dan Leukemia..Doktor dah buat blood test dan resultnya positive untuk kedua-dua penyakit tersebut. Doktor kata Milo boleh survive ikut antibodi badannya..Kalau antibodinya kuat, Milo akan terus survive, jika tidak, sampai dah masa Milo untuk pergi.Masa tu aku dah redha jika itu ketentuanNYA.

Suami aku tak sampai hati tengok Milo dicucuk masuk air dan mengambil Milo setelah seminggu di Vet. Masa aku di kedai, suami aku takut nak bagitau aku yang Milo dah hiang dari rumah lagi..Katanya dia nak jemur Milo sekejap di luar sebab Milo kena jaundis juga. Tapi tak sangka yang Milo boleh rempuh pintu cage sampai tercabut dan lari keluar...😂

Masa tu aku fikir, mungkin Milo nak bawa diri dah tu...Sekali masa aku balik dari kedai petang tu, ada kelibat Milo berlegar-legar di bawah kereta....😂😂😂

Syukur Alhamdulillah, Milo masih balik rumah..Aku pun terus tangkap Milo dan masuk dalam cage. Malam tu baru Milo start nak makan semula..Dalam beberapa hari, tengok kesihatan Milo kembali pulih seperti sedia kala..Aku memang bersyukur sangat.

Masa bulan 9 atau 10 tahun lepas, mak aku pulak bagitau, Milo asyik mengigit ekornya dan ada bau busuk dari situ..Tengok ekornya macam ada terkepit. Aku pun tangkap Milo dan bawa ke Vet lagi. Doktor beritahu yang ekor Milo dah busuk dan perlu dipotong. Alang-alang Milo nak kena operate, aku suruh doktor buat Lion Cut untuk Milo..Habis bulu Milo yang gebu jadi kucing Firaun yang tak berbulu tuuu..

Suami aku kata, dah habis dah 9 nyawa Milo bertarung dalam hidup ni..Redhalah dengan pemergiannya..Setiap kebaikan yang kami lakukan padanya pasti akan dapat balasan di hari Akhirat nanti..Memang aku yang selalu bawa Milo ke klinik kalau Milo tak sihat..Milo sebenarnya adalah seekor kucing yang agak garang..Suami aku dah banyak kali kena cakar dengan Milo sebab Milo ni memang tak berapa reti nak bergurau..Time makan jer manja..

Tenanglah dikau wahai Milo di sana..10 March 2021, hari Rabu, Milo dalam kenangan...Maaf, suami aku tak bagi ambil gambar Milo yang dah mati sebagai tanda menghormatinya..Jadi aku cuma tepek gambar tidur Milo yang selalu jadi kenangan untuk aku...

4 comments:

  1. kalau saya tak sanggup dah tgk keadaan Milo mcm tu. Jiran saya pun baru saja kehilangan anak kucingnya, merata2 mencari di pagi raya siang tadi... tp tak jumpa... yang di jumpai seekor ular sawa batik yang dah kenyang... sahlah anak kucing tu sudah di telannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ular tu dah cuba nak bawa milo masuk hutan, tapi sempat di tahan..kalau tak mesti kami tak tau mana milo hilang...kalau milo dah masuk dalam perut dia, memang tak boleh berjalan dah ular sawa tu...

      Delete
  2. Allahu...tak sangka pula kucing boleh hidap leukimia dan HIV...kalau anak saya mau meraung dah tu.

    salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Puan Fuzy..Ada nama lain sakit tu untuk binatang..Tapi saya tak ingat...Lagi pun senang Vet tu nak terangkan pada saya supaya faham...

      Delete