Monday, December 10, 2012

Expedisi Gunung Kinabalu - Part 2

Expedisi Gunung Kinabalu - Part 1 - Untuk baca dari awal, ketik sini ya.

8 Mei 2010 - Day 2

Aku baru ada semangat nak recall dan menaip entry trip pendakian aku ke Gunung Kinabalu pada tahun 2010. Dah 2 tahun lebih berlalu, baru ada semangat nak menaip..Hope you readers will enjoy my stories.

Aku baru ada kekuatan untuk menaip dan recall balik trip aku mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2010. Dah tahap peram kimchi aku rasa.

Ada 2 jalan/trail yang digunakan untuk mendaki Gunung Kinabalu.

1) Mesilau Trail - extra 2km dari Timpohon, tapi viewnya  lebih 
    cantik dan awesome.
2) Timpohon Trail ( aka Kinabalu Park) – trail ini banyak laluan
    menggunakan tangga, lebih cepat sampai. Takde view yang
    menarik.

Kitaorang menggunakan trail yang pertama, Mesilau Trail dan turun melalui Timpohon Gate.


Mountain Trail perjalanan aku menuju puncak.
 Usai menjamah breakfast yang lazat, kami berkumpul lagi sekali untuk mendengar briefing yang terakhir sementara guider kami menguruskan urusan dokumen perjalanan. Guider akan menemani orang yang paling depan untuk menunjuk arah jalan dan akan berada dibelakang sekali untuk memastikan ahli kumpulan yang terakhir akan sampai dengan selamat.

Mersilau Cafe - source google


Pendakian ini bukanlah perlumbaan kerana setiap orang ada phase yang berbeza. Ikut kemampuan diri masing-masing. Jangan ikut orang lain kerana hanya kita saja yang tahu kemampuan kita. Cuma guider mengingatkan supaya kami sampai sebelum gelap kerana kalau gelap laluan akan menjadi bertambah sukar, tambah pula dengan cuaca sejuk.

Lebih kurang pukul 8 pagi, kami buat warming up beramai-ramai sebelum mendaki. Tujuannya supaya otot kami tak terkejut masa mula mendaki nanti. Aku dah prepare air 100 plus dan air minum ditepi beg untuk dibawa bersama.

Kami juga diberikan bekalan makanan sebekas seorang yang berisi sandwich, ayam goreng keras seketul, telur rebus dan buah epal sebagai bekal dipertengahan jalan. Guider juga memberi kami tag sorang satu sebagai tanda pengenalan diri.

Yang paling penting sekali, niat kita untuk mendaki gunung ni hendaklah berniat baik. Jangan nak menegur apa-apa yang pelik disepanjang perjalanan nanti dan jangan memetik bunga sesuka hati. Aku cuma berdoa, janganlah aku nampak benda yang bukan-bukan atau pelik-pelik pulak nanti.

Pendakian dimulakan pada pukul 8.15 pagi. Kami seramai 33 orang semuanya, 8 perempuan dan 25 lelaki. Timing tak sama untuk semua peserta. Ada yang start mendaki awal sikit dan ada yang lambat sikit. Apa-apa pun, jangan berjalan berseorangan kerana dikhuatiri sesat. Better berjalan di dalam group yang kecil, sekurang-kurangnya berdua atau bertiga. Kalau kaki cramp ke, pitam ke ade jugak orang yang alert dari sorang-sorang.

Dimulakan dengan Bismillah, aku memulakan langkah untuk menakluki puncak Kinabalu yang menjadi cita-citaku selama ini. Pendakian dimulakan dengan laluan yang menurun, rasanya hampir 1km. Lepas tu baru kami start memanjat. Masa ni rasa dah penat sangat. Rasa tak cukup nafas. Hish, baru lagi ni...Bisik hatiku. Rasa kembang kempis hidung nak ambil oksigen. Mesti buruk no rupe mase ni.

Me and my partner, dah start penat time ni.
Bila nampak jer gang sama group, mulalah mintak tolong ambilkan gambar. Tak kirelah mase tu sape, ko boss ke, sape ke...Ade kukesah?
Muka cover penat

Atas jambatan pun jadi nak posing

Antara watak-watak utama dialog di bawah

Kat belakang kami berdua, ada satu group boss-boss la kiranya. Kami yang kat depan ni memang nak tergelak dengar dieorang berborak. Dah la masing-masing cakap Kedah pekat. Siap mengutuk-ngutuk diri sendiri sebab pi join trip ni. Antara dialog depa ni lebih kurang macma ni la, “Menyesal aku mai..Baik aku dok relaks-relaks, rehat-rehat kat rumah lagi baik. Sumpah aku tak mau mai dah.”

“Kalau aku tau macam ni, tobat aku tak join.”

“Aku dah stop smoking dari semalam. Tak mau semput, tapi semput jugak.”

Memang sengih-sengihla kami yang kat depan ni dengar dieorang-dieorang tu dok membebel.

Lepas 2 km mendaki, kami bertemu dengan group-group pendaki dari Timpohon Gate di Layang-layang Hut. Kami berehat seketika melepaskan penat. 5 minit mendaki rasa nak berhenti jer rehat. Tapi tak boleh ikut rasa penat tu sangat, kalau tak bila nak sampai ke Laban Rata.  Aku ada bawak bekal coklat, kismis dan buah kurma di dalam beg sebagai sumber tenaga semasa mendaki..Peluh mencurah-curah membasahi baju, tapi tak terasa sangat sebab cuaca sekeliling semakin dingin.

Perut dah terasa lapar, maklumlah dah banyak tenaga yang digunakan. Kami berehat seketika di Pondok Willaya. Masing-masing dah bukak bekalan makanan. Ayam goreng yang kami dapat tu keras giler. Aku cubit sikit-sikit jer ayam tu sebab rasa tak lalu sangat nak makan. Sandwich pun aku makan separuh jer. Bile dah penat, selera makan pun takde. Ya-Allah dalam hati ni tak sabar sangat nak sampai Laban Rata. Seolah-olah lambaian katil tu memanggil-manggil.


Lepas berehat dalam 20 minit, kami memulakan pendakian kembali. Aku tak nak buang masa. Ada satu ketika, aku terpisah dengan partner aku. Dia kan tinggi, langkah panjang-panjang. Aku pulak langkah pendek-pendek. Jenuh nak saing. Padahal kami terpisah di sebalik selekoh jer. Aku cuak jugak masa tu, tapi aku teruskan mengejar. Akhirnya aku nampak kawan aku tengah tunggu aku di satu kawasan lapang. Masa tu jugaklah awan lalu dan keadaan berkabus seketika.


Muka happy sebab dah jumpa kawan aku balik.

Ada rupa penjaga gunung tak?




Sejuk dah masa ni sebab tu aku pakai glove



                   
                Syukur Alhamdulillah, KM5 sudah. 1KM to go. Caiyok-caiyok

Nantikan part 3, harap aku tak perap sampai tahun depanlah yer..

Sunday, December 9, 2012

2km

After a long time, Alhamdulillah I still can finish my 2 km run, no knee pain..

I know, it just 2km, no one border.

Saturday
08 Dec 2012
2 km

Thursday, December 6, 2012

Sydney - Day 2 (Part 1)

Travelogue Melbourne/Sydney - Day 1 (Part 3)

Selesai makan, kami pun segera pulang. Kak Munirah ada komitmen lain lagi, kami pun faham. Balik ke Malaysia Hall, hujan turun renyai-renyai. Angin bertiup menyebabkan kami rasa kesejukan. Mata aku dah mengantuk tahap gaban ni. Aku bagi laluan pada Kak Teh dulu untuk mandi sebab dia nak solat Maghrib. Pesan Kak Teh, jangan bukak air panas terlalu lama sebab takut wap memenuhi bilik air. Kat Ozy ni sensitip sikit. Kalau wap tu keluar dan meresap masuk ke Smoke Detector, bomba terus datang. Nanti tak pasal-pasal Malaysia Hall kene saman. Dieorang takut student masak-masak dalam bilik sebab tulah dieorang pasang smoke detector tu. Segarnya badan dapat mandi setelah seharian kepenatan. Usai mandi, perut pun dah kenyang. Pukul 8.30 aku dah terlelap. Kak Teh yang dok layan tv sorang-sorang.

Keesokan paginya aku bangun awal, pukul 6. Rasa segar bugar. Cepat-cepat mandi walaupun sejuk. Kak Teh bangun lebih awal dari aku, mungkin sebab dia dah terbiasa. Kami bersiap-siap untuk keluar round-round town hari ni. Nak tengok Sydney Opera House. Kami nak breakfast di cafe dulu sebelum keluar. Kak Teh dok provoke aku cakap nasi lemak and teh tarik kat Malaysia Hall tu sedap sangat. Aku pun apa lagi nak jugak rasa.

Turun-turun bawah, masih gelap lagi. Kami menunggu-nunggu pukul berapa kitchen nak buka.  Dalam 15 minit kami menunggu, kami ambil keputusan untuk segera keluar. Hangin dah ni, perut pun dah lapar. Hujan turun agak lebat sebelum tu. Aku dengan Kak Teh dah prepare baju tebal sebab cuaca sangat-sangatlah sejuk. Tengah menunggu bas,  kami disapa oleh seorang warga emas yang sedang terkial-kial memakai baju hujan. Aku dengan Kak Teh membantunya memakai baju hujan.


Bus stop di sebarang jalan Malaysian Hall
Kami menunggu bas no 372,374 atau 376 untuk menuju ke city. Sedang menunggu bas, kelihatan satu family Melayu sedang jalan beriringan menuju ke bus stop. Kami bersalaman, kitakan orang Melayu. Rupa-rupanya family ni datang untuk konvo anaknya di Brisbane yang baru habis TESL. So dah alang-alang ke Ozy, datanglah ke Sydney ni. Mereka akan pulang ke KL pada petang itu juga.
Tak lama lepas tu, bas pun sampai. Kami segera memanjat bas. Tiket bas berharga 3.30 AUD. Naik bas dalam 15 minit, kami sampai ke town. Kami turun di terowong yang aku lalu semalam. Hujan semakin reda. Aku ngan Kak Teh berpisah dengan family dari Malaysia tu di sini. Masing-masing ada hala tuju masing-masing.

Railway Square YHA - dekat central jer, senang kalau naik bas
Tempat pertama yang ingin kami pergi adalah Paddy Market.

Kak Teh @ Paddy Market



CDB Free Shuttle 555
info : www.sydneybuses.info

Tuesday, November 27, 2012

B.B.Q Chicken Wing


Hari Chicken Wing pulak. Ni pasal teringat chicken wing kat Ikea tu. Tapi tak dapat pergi sana, buatlah sendiri. Google jerk at internet, dah jumpa resepi..thanks again to MyResipi sebab aku suka sangat refer sini kalau nak masak apa-apa. Thanks to Kak Fida yang sudi kongsikan resepi ni.


Bahan-bahan :
12 keping kepak ayam - dibersihkan dan toskan  (aku guna 8 keping jer)
5 ulas bawang putih
1/2 jari halia
1/4 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
1 sudu kecil cili serbuk
3 sudu besar kicap cair
2 sudu besar madu
2 sudu besar gula melaka - hiris halus
1 sudu besar cuka/jus limau kasturi/jus lemon  - aku guna jus limau kasturi

Cara-caranya:
1. Tumbuk halus bawang putih dan halia.Campurkan dengan kesemua bahan-bahan yang lain kecuali ayam di dalam sebuah mangkuk yang besar. Gaul rata.
2. Masukkan lepak ayam ke dalam mangkuk berisi sos-sos tadi dan gaul hingga rata. Perap untuk beberapa jam di dalam peti sejuk atau perap semalaman. (Masuk dalam plastic  lutsinar yang ada zip tu)
3. Jika panggang menggunakan oven,susun kepak ayam di dalam dulang pembakar yang dialas aluminium foil. Setelah 20 min, balikkan kepak ayam sambil disiram lebihan sos dan panggang terus hingga masak ikut kepanasan oven masing2. Aku bakar ayam ni pada suhu 200°C untuk 45 minit.
4. Jika memanggang menggunakan bbq pit, balik-balikkan kepak ayam sambil disapukan   lebihan sos dengan menggunakan berus khas. Panggang hingga masak.
5. Siap untuk dihidangkan.
- Selamat Mencuba -

Monday, November 26, 2012

View From Window


Lets picture tell the story…

The crowded of Kuala Lumpur

Cruising nearly to Banjaran Titiwangsa

Finally Banjaran Titiwangsa on the top

Malaysian Favourite All Time Menu - Nasi Lemak with Chicken Rendang @ Nasi Lemak Pak Nasser in AirAsia flight.



Good bye Sarawak



Awan nano nano nanoooo



Macam jalan cacing jer kalau tengok dari atas


Awan nano lagi


P/s : Sorry kalau gambar tak menarik. Aku hanya guna camera biasa. Tak dapat nak zoom jauh sangat.

Tuesday, November 20, 2012

Udon Black Pepper


Yummieeeee!!!!!!!!!

Teringat masa tahun 2008...first time dalam hidup aku kenal apa itu mee Udon, sejenis mee yang berasal dari Jepun. Saiznya lebih besar dari saiz mee biasa. Masa tu aku dengan kawan-kawan aku makan kat Nim’s Island yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Boleh tembus jalan dalam ke Bandar Baru Bangi...

Kawan aku tetibe nak order Udon Black Pepper..Terpinga-pinga aku kejap ape bende tu. Bile order sampai, kami semua pakat-pakat rasa..Best jugak..Tak rugi cuba benda-benda baru ni. Lepas tu, aku dah tak makan udon sampai sekarang...Sebab tak banyak kedai yang jual makanan ni.

Masa pergi Carrefour hari tu, aku tergerak nak beli mee udon. Terasa nak makan pulak. Sekarang tak susah, boleh masak sendiri. Nak resepi pun boleh google jer. Resepi ni aku ambil dari blog kak nolie. Aku nampak resepi dia agak mudah dan simple. Memang aku puas hati dengan resepi ni dan mengenyangkan..Jom kita cuba..



Resepi Udon Black Pepper (untuk seisi keluarga) - sebab aku sorang, aku buat sikit jerlah..
600g mee udon – aku guna 200g@ 1/3 dari bungkusan udon tersebut
3 keping dada ayam (potong ikut suka) / daging
1 tin cendawan butang (basuh dan hiris nipis) / better guna cendawan shitake
3 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 sudu kecil lada hitam yg telah ditumbuk halus
1 biji capsicum (potong ikut suka)/lada merah pun boleh
5 sudu besar sos tiram – aku guna sesudu besar sahaja
4 sudu besar kicap pekat – aku takde kicap pekat
3 sudu besar kicap manis – aku guna kicap manis lebih sikit
1 sudu besar sos tomato - optional
Carrot (dipotong panjang)- optional
Baby jagung - optional
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa – kalau kicap dah masin, tak perlu masukkan garam lagi

Udon Jenama Megah Mee - 600g

Dalam packaging tu ada 3 bungkusan kecil Udon seperti di atas

Cara membuatnya:-
Panaskan minyak. Tumis bawang tumbuk dan lada hitam sehingga naik bau. Masukkan isi ayam atau daging. Kacau sekejap dan masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata.
Masukkan cendawan, carrot, baby jagung dan lada, kacau lagi. Akhir sekali masukan mee udon yang telah dibasuh terlebih dahulu. Kacau rata...masukkan garam secukup rasa dan kacau lagi. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Sedap di makan ketika panas-panas.


Tips Udon:
Ikut arahan pada bungkusan udon, udon hendaklah direndam atau dibasuh dengan air panas untuk seketika untuk melembutkan mee tersebut. Lebihan Udon yang belum dibuka, boleh disimpan ke dalam peti ais untuk digunakan lagi.

Saturday, November 17, 2012

Penang in Memories


Cuti seminggu bakal berakhir esok lusa..Aku yang terpaksa postpone cuti, nak buat macam mana kerja. Aku teringat nak post pasal trip cuti sekolah mak aku dengan cousin-cousin aku minggu lepas. Tumpang dengar ajelah sebab aku tak dapat nak join. Mak aku berjalan-jalan ke Penang, lebih spesifik ke Bukit Bendera.

Dengar Bukit Bendera, teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Memang best kalau dapat jalan-jalan. Zaman tu, kalau dapat pergi Penang pun best dah. 40 minit jer dari rumah aku, kalau tak jam yer..

 Mungkin post aku kali ni dapat memberi sedikit sebanyak info untuk ibu bapa yang takde idea or plan nak kemana. Yang tak pernah pergi pun boleh pergi jugak..

Dulu masa kecik-kecik, masa sekolah rendah arwah ayah aku akan bawa aku sekeluarga ke Penang. Kalau rasa nak berkelah, kami bawak bekal nasi dan lauk-lauk siap-siap. Kalau tak, kami makan di Penang jer.


20 tahun lepas, masih boleh berhenti dan ambil gambar atas Jambatan Pulau Pinang. Memang syiok habis la time tu. Sekarang dah tak boleh sebab dikhuatiri accident or orang terjun jambatan pulak.

Lepas dah sampai Pulau, kami akan pergi ke  Tokong Ular yang terletak tak jauh dari Bayan Lepas. Memang terdapat banyak ular di Tokong ni. Tapi kebanyakkan ular di sini bukan ular berbisa. Tapi ular tetap ular kan? Geli weh..Even ular daun..

Tokong Ular
Kalau nak berkelah, kami selalunya pergi ke Kebun Bunga yang terletak di Tanjung Bunga, kaki Bukit Bendera. Memang best kat sini. Suasananya penuh dengan kehijauan, cuma tak tahan sebab banyak sangat kera yang menunggu mangsanya. Kat sini kena berhati-hati dengan beg tangan dan beg plastik. Pantang nampak, mesti dieorang nak ragut.
source : www.travel-penangmalaysia.co
Kalau tak berkelah kat sini, kami pergi berkelah di tepi Batu Feringgi. Masa tu takde Hard Rock Hotel lagi. Ala kat tempat cite Ali Setan tu. Best tau main kat celah-celah batu tu. Tapia de pulak cite-cite yang tak best aku dengar kat situ. Kat situ jugak banyak couple-couple bercanda dan ada pulak yang bunuh diri bila hajat tak kesampaian(pilihan tak direstuila). Sekarang tak lagi dah kot sebab kat Feringgi ni very happening.


Batu Feringgi - image from google
Dari Batu Feringgi boleh drive ke Balik Pulau. Tapi jalan macam ular kena palu. Boleh muntah tu kalau tak tahan. Di tepi-tepi jalan bleh Nampak pokok-pokok durian yang tersergam di lereng-lereng bukit. Durian kat sinilah durian yang terbaik di Penang. Harganya memang meletup-letup. Tokey-tokey durian kat sini memang kaya raya.

Pekan Balik Pulau, very the old skool.

Paling best bagi aku dulu, dapat naik cable car pergi Bukit Bendera. Masa aku kecik, suasana kat sini sejuk. Masa tu bolehlah feeling-feeling pergi oversea. Siap pakai sweater lagi. Bila awan lalu, habis semua kawasan kat atas tu berkabus. Dari atas puncak Bukit Bendera, boleh nampak view keseluruhan Penang.
Cable car masa aku kecil-kecil dulu
Dah penat jalan-jalan, selalunya arwah ayah aku akan bawa kami semua makan di Padang Kota. Kat situ memang terkenal dengan Pasemboq Penang. Fuihhhh, memang terbaek!!!!!! Ambil udang goreng tepung, sotong goreng tepung, ketam, tauhu goreng, telur rebus. Lepas tu semua dipotong-potong halus. Letak sengkuang, timun dan kuah kacang Sedia untuk dihidangkan. Kalau dulu, sepinggan boleh dapat kurang dari RM30. Tapi sekarang aku tak taulah nak cakap. Tapi memang heavenlah mase tu. Peberet arwah ayah aku. Makan sambil layan angin laut yang bertiup nyaman memang best. Lepas tu hirup pulak ais kacang…Walawei…


Dah habis makan, kami ronda-ronda kat Penang dulu kejap sebelum menuju ke Jeti untuk naik feri..Selalunya kami akan pulang ke seberang dengan menaiki feri. Biar rasa semuanya..

Feri Pulau Pinang

Sebelum aku terlupa, aku pernah join satu program masa darjah 6. Program tu dibuat di USM. First time aku rasa duduk di asrama. Ada kakak fesi, abang fesi…Masa tu angan-angan tinggi melangit nak belajar di universiti. Masa tu jugaklah aku tau ada satu port yang menarik kat USM tu. Atas bukit yang menghadap laut. View kat situ memang cantik. Boleh nampak Jambatan Pulau Pinang yang menjadi symbol kebanggaan negeri Pulau Pinang. Kalau jalan kaki, memang kena panjat la sikit. Nama pun atas bukit.

USM Pulau Pinang

If ada kesempatan, aku nak repeat balik momen-momen indah masa aku kecik-kecik dulu. Tapi aku kurang gemar dengan kesibukkan Penang yang mengalahkan KL sekarang ni, Bila teringat tu, terus potong.

Aku harap info ni dapat membantu rakan-rakan @ ibu bapa yang tak tau nak bawak anak-anak bercuti ke mana.
Internet malam ni sangat-sangatlah slow. Berejam aku depan laptop nih..
P/S: Gambar-gambar dari sumber google ye...