Homemade Meatball Ikea
Sejak dari sebelum puasa teringin sangat nak makan Meatball Ikea...Tapi sebab sibuk sangat, tak sempat nak ke Ikea. Bulan puasa memang takkan pergilah jawabnya. Perasaan teringin tu terbawa-bawa sampai lepas raya. Nak drive ke Ikea pun malas jugak. Aku google resepi-resepi di internet. Boleh try ni nampaknya.
Oleh sebab kemalasan melanda, aku malas nak refer resepi nak buat meatball dalam internet. So aku just try and error. Aku akan link kan beberapa resepi yang aku refer dari internet sebagai bahan rujukan. Aku refer di sini
Kalau tak nak buat Meatball sendiri, boleh beli yang readymade. Ada yang kata Meatball Marina yang paling best compare dengan jenama-jenama lain kerana rasanya lebih menyerupai Meatball Ikea.
Bahan-bahannya: Boleh dapat lebih dari 30 biji
Daging kisar Ramly (yang macam 2 slices daging burger tu)
Bawang putih – optional, aku tak letak pun
Sebiji bawang besar Holland – dicincang halus
Bread crumb – takde so aku guna biskut Cream Cracker yang diblend
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur yang dikocok dahulu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
¼ cawan susu
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa
Sediakan periuk kukusan terlebih dahulu.
Mula-mula masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata dan sedia untuk membuat meatball.
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Aku pernah buat meatball sebelum ni, tapi guna kaedah bakar. Hasilnya meatball aku rasa kering dan kecut. So aku rasa nak cuba kaedah kukus pulak dan ternyata hasilnya memuaskan hati sebab nampak meatball aku agak kembang.
Dah siap meatball, aku nak buat gravynya pulak. Resepi ni dah siap-siap google dalam internet. Takdelah susah mana pun.
Bahan-bahan untuk kuah Meatball@gravy :
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
Sebiji bawang besar kuning/hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hangit – next time aku rasa nak blend jer senang then tumis sampai masak.
sebiji tomato yang gemuk yang dipotong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging*sesudu gula * - tak letak pun sebab dah cukup rasa
Sebiji bawang besar kuning/hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hangit – next time aku rasa nak blend jer senang then tumis sampai masak.
sebiji tomato yang gemuk yang dipotong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging*sesudu gula * - tak letak pun sebab dah cukup rasa
Cara-caranya:
1.Goreng bawang besar terlebih dahulu sehingga layu.
2. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
3. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi bersama tomato
1.Goreng bawang besar terlebih dahulu sehingga layu.
2. Cairkan butter lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna coklat.
3. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi bersama tomato
4. Bila dah layu2, masukkan semua bahan yang bertanda (*) dan masak sehingga mendidih.
5. Sejukkan kuah seketika dan blend kuah tersebut supaya lebih hancur. (mungkin ada bawang besar dan tomato yang tidak hancur ketika dimasak tadi)
Grillkan meatball yang dikukus tadi seketika , goreng fries dan sedia dihidangkan bersama jem strawberry / blueberry. So, dapatlah makan homemade meatball Ikea tanpa perlu ke Damansara. Aku dah buat frozen meatball ni dalam fridge. Kalau teringin nak makan, keluarkan dari peti ais, reheat dan boleh makan terus.
Perbezaan Bawang Besar
Oleh sebab ada beberapa kekeliruan di sini, aku terdetik nak letakkan perbezaan antara bawang besar biasa dan bawang besar Holland untuk mengelakkan kekeliruan.
Bawang besar yang color kuning ni dipanggil sebagai bawang besar Holland. Aku lebih suka menggunakan bawang ni sebab kurang sikit rasa pedih mata ketika nak potong. Lagi satu, bagi pendapat aku, rasanya lebih sedap. Bawang besar Holland ni lebih sesuai digunakan untuk masakkan western/barat contohnya macam spagetti bolognese, lasagna sebab rasanya lebih manis dan kurang pedas. Makanan western mana ada pedas-pedas.
Dari segi harga, bawang Holland sedikit mahal berbanding bawang besar Bombay/biasa.
![]() |
| Bawang besar Holland berwarna kuning/hijau |
Gambar di bawah ni adalah Bawang Besar Bombay, bawang besar yang color merah tu. Kalau potong, kena berhati-hati sikit sebab gas dia sangatlah memedihkan mata. Bawang ni selalu digunakan sebagai ramuan dalam masakan kampung/local contohnya macam sambal tumis, sambal kerisik. Ini kerana rasanya yang lebih pedas sesuai untuk masakan melayu dan india. Tapi jangan makan bawang besar ni terlebih banyak ye, sebab nanti bau badan terlebih kuat pulak.
![]() |
| Bawang besar Bombay - warna merah |











