Wednesday, August 8, 2012

Murtabak Maggi - Inspirasi Mat Gebu

Murtabak Maggi - maaf kalau gambar kurang jelas


Resepi Murtabak Maggi - Inspirasi dari Cik Mat Gebu (boleh click sini)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mee segera MAGGI perisa kari
2 biji telur
150 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang
1 cm halia
*
1 ulas bawang putih
*(*tumbuh lumat)
1 camca teh rempah kari daging
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar mentega
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHANNYA :-) – setelah diubah suai oleh saya
1 paket mee segera MAGGI perisa kari + 1 keping mee magi TESCO (yang kosong tu)
4 biji telur
2 keping daging burger
2 batang frankfurter cendawan Ayamas dipotong dadu - optional
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 cm halia
*
1 ulas bawang putih
*- cincang halus sahaja
1 camca teh rempah kari daging
1 camca teh serbuk ketumbar
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus - takde
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus - takde
1/4 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar minyak masak
1/2 cawan air
Garam secukup rasa – rasanya tak perlu letak garam lagi sebab perencah kari Maggi dah cukup masin.

BAHAN BAWANG JERUK :-) – optional untuk sesiapa yang rajin
1 biji bawang besar
1/4 cawan cuka makan
1 camca besar sos cili
1 camca besar gula
Secubit garam (jika perlu)

Saya hanya gunakan mayonis dan sos cili sebagai bahan pencicah. Tu pun dah menjilat jari.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1.  UNTUK JERUK BAWANG :- Bawang besar, dikupas, cuci dan hiris halus2. Satukan bersama cuka makan, cili sos, gula dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan simpan dalam peti sejuk 20 - 30 minit. 
  2. UNTUK MERTABAK MAGGI :- Asingkan mee segera dari rencahnya. Celur mee segera tadi hingga lembut, toskan dalam tapisan dan biar sejuk. Panaskan mentega/minyak, tumis bawang besar hingga perang, masukkan rempah kari, serbuk ketumbar,  perencah mee maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang/daging burger serta frankfurter. Kacau rata dan tuang air, masak dengan api perlahan hingga hampir kering. Tambah hirisan cili merah, hijau dan garam secukup rasa. Matikan api.
  3.  Dalam satu mangkuk, masukkan 1/2 bahagian mee, 1/2 bahagian daging dan 1/2 bahagian hirisan daun bawang, gaul rata. Pecahkan 1 biji telur, kocok sedikit dan tuang dalam mangkuk berisi bahan2 tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak. (Oleh sebab mee maggi saya banyak, saya gunakan 2 biji telur untuk sebiji murtabak)
  4.  Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya mengeras (nak cepat tutup sekejap), dan terbalikkan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi hingga kuning keemasan. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk baki bahan2 tadi. 
  5. Letakkan murtabak di atas pinggan, potong ikut kreativiti masing-masing. Sementara murtabak masih panas, sapukan lapisan mayonis di atas permukaan murtabak. Kemudian tuangkan sos di atas mayonis tadi dan siap untuk dihidangkan. Sedap di makan panas-panas.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment