Friday, August 10, 2012

Kebab daging Stroganoff bersama nasi pilaf perang



Inspirasi dari Beef  Stroganoff with Brown Rice Pilaf
Lepas terbaca blog kak Ida 1001Resepi, aku rasa terpanggil-panggil nak join mereka cipta resepi anjuran My Chef Challenge ni walaupun aku bukannya pandai sangat mereka-reka makanan ni. Boleh tengok fb My Chef jugak di sini. Tapi semangat nak mencuba tu tetap ada..Sebab aku suka nak try and error resepi-resepi yang mudah – senang nak bawak bekal pergi keje. So aku persembahkanlah resepi aku yang tak seberapa ni. Dateline sampai 31 August ni untuk sesiapa yang berminat nak join. Sempat lagi tu nak try macam-macam resepi dari My Chef ni.

ready to serve meals, chef ismail, chef florence, ezani

 
Saya dapat inspirasi untuk buat Beef Stronagoff ni jadi ala-ala kebab sebab teringat kebab di oversea. Kalau di sana, kita boleh pilih nak kebab bersama roti atau nasi. Kalau roti, kepingan Lebanese yang jadi pilihan. Kalau cuaca sejuk, dapat pulak kebab yang panas-panas dan menyelerakan, memang asyikkkk...Lepas tu dieorang suke letak salad banyak-banyak. Ada sesetengah pulak letak fries. 1 pinggan boleh makan 2 atau 3 orang sebab portionnya sangat besar.

Mula-mula sekali keluarkan Beef Stroganoff dari kotaknya. Lepas tu saya ambil kuah Beef Stroganoff sebagai bahan perencah untuk nasi goreng pilaf perang. Tak perlu nak tambah minyak atau apa lagi. Cukuplah kuah yang ada. Lepas dah goreng nasi tadi selama 5 minit sehingga rata, hidangkan nasi di atas pinggan.


Reheat nasi di atas pemanggang ajaib

Beef Stroganoff tanpa kuah tadi kita grillkan sekejap di atas pan. Saya gunakan kuali ajaib. Bagi penggemar pedas, boleh masukkan sedikit lada hitam sambil meng’grill’. Saya letak 1 sudu besar sos lada hitam+sos barbeque untuk menambahkan rasa daging grill.

Selepas daging semakin kering, tutupkan api. Potong lettuce, tomato ceri, salad dan timun sebagai salad dressing. Renjis sedikit salad dressing untuk menyedapkan salad

Bila daging dah sedikit sejuk, potong daging nipis-nipis macam daging kebab. Hiaskan bersama keropok, sos cili dan sos barbeque.


Jemput makan yer

Kebab ini juga sesuai dimakan bersama fries. Terpulanglah pada selera masing-masing.

Itulah menu 2nd dinner saya malam tadi yang kelaparan. Ternyata produk dari My Chef ni memang terbaik. Sesuai untuk orang-orang bujang seperti saya ni. Macam-macam pilihan ada. Takde alasan untuk malas masak dah sekarang. Beli produk mychef banyak-banyak, simpan dalam peti ais. Lepas tu reheat dan sedia untuk dimakan.

2 comments: