Wednesday, September 11, 2013

Air Asia ke Maldives???


Aku tertido awal malam semalam. Lepas tu tengah-tengah malam terbangun, patutnya study, tapi aku ter’study’ benda lain pulak. Aku dok gatai bukak website AirAsia. Skali aku godek-godek ternampak nampak Male International Airport (Maldives). Saje try check flight. Eh, dah ada la.

Kalau tak silap, route ni under Air Asia X.


Maldives memang terkenal antara pulau yang tercantik di dunia. Terletak berhampiran dengan India dan Sri Langka, terselit pulau yang paling indah ni. Aku tau ramai antara kita memang berangan-angan nak jejak kaki ke Maldives. Kalau tengok review di blog, tak ramai yang tulis pasal ni lagi.


Maldives ni adalah satu negara tapi ada banyak pulau, 1,192 semuanya. Tapi cuma 200 pulau didiami oleh manusia.

MAS dah lama fly ke Maldives, pasal harga aku tak berapa pasti. Nak sampai ke Maldives dari Kuala Lumpur, tak la lama sangat. Cuma 4 jam ++. Aku berani kata, lepas ni memang ramai orang akan terbang ke sana. Betul tak ? Eh, jangan pandang orang lain. Awak-awak yang duduk depan pc ni lah.

Jom kita usha-usha apa yang cun sangat kat Maldives ni.

Only take 4 hours journey to reach here.





Pulau-pulau di Maldives



MALE ISLAND - landing kat sini lepas tu baru transfer ke pulau-pulau lain. Keluasan cuma 10km
Tak payah nak snorkeling dah, air jernih giler..


Pool houses? Mampu ko?






Berangan nak macam ni? Lepas tu jatuh dalam air...







Pasir yang memutih, air yang jernih dan water chalet lagi. Mampu nak tahan godaan Maldives?





Eh, nak makan macam mane ek kat sana ? Yang tu uols-uols tak payah risau lah..Sebab Maldives ni tak macam Boracay ye...Hampir 100% rakyat Maldives beragama Islam. So, semua boleh makan la. Ayam ke, daging ke, inshaALLAH halal. Seafood apetah lagi kan? Harga pulak sedang-sedang aje. (Ni aku tanye ade orang yang baru balik dari Maldives)
Seafood


 Orang Kedah kata Peknga = lempeng nyioq@kelapa
So, sekarang aku dah tau dari mana lempeng ni datang, dari Maldives rupanya.
Transportation kat sini pulak banyak pakai boat untuk pergi dari satu pulau ke pulau-pulau yang lain. Kalau rasa tak mampu nak duduk water chalet, duduk chalet-chalet biasa pun dah ok. Lepas tu posing-posing la kat tepi water chalet kengkonon korang duduk situ...

Currency di Maldives pulak dorang pakai Muldivian Rufiyaa (MVR), aku tak pasti kalau tukar dapat berapa. Zon waktu, Maldives lambat 3 jam dari waktu Malaysia. Lepas ni ramailah muka-muka Malaysia pakat terjah Maldives lepas ni. Mungkinkah lepas ni route ke Boracay akan tutup pulak lepas Air Asia launching flight ke Maldives. Tapi aku rasa, kita lagi prefer untuk terus sampai ke destinasi yang kita terus sampai dari kene transfer atau tukar flight untuk sampai ke satu destinasi tu. Tapi pulau ni ada keistimewaan masing-masing. Korek tabung, check ada berapa lepas tu terpulanglah kepada selera masing-masing.
Nak tau lebih lanjut tentang percutian ke Maldives, boleh refer ke blog ronaldieya. Mesti korang rasa meluap-luap nak pergi ke sana kan?
p/s : Sumber gambar-gambar ni dari google la.

23 comments:

  1. Serius sangat teruja.. tapi tabung ayam dah allocate utk trip2 tahun depan... mane nak campak maldives nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azra,

      kene prepare tabung lainlah nampaknya ek...mmg teruja sangat2 kan?

      Delete
  2. Aku pon semalam tgk AA website nampak maldives...teruja wooo tp dgr citer maldives ni mahal segalanya mahal...hurmmm...

    ReplyDelete
  3. HB,

    kalau dah ratingnya tahap terbaik dunia, mmg mahal jdnya...tp teringin jgk nak pergi kan? mane tau blh hadiahkan suprise holiday utk OR ko ke? mesti best...

    ape2 pun, klu xmampu duduk tmpt yg mahal, kt duduk yg kt mampu pn xpe..janji pernah smp..btl x?

    ReplyDelete
  4. teringin nak sampai sini. tp mybe utk honeymoon sambil2 relax. yela, nk buat activiti pun rasanya mcm snorkeling etc je la kot. tp yg penting simpan duit dlu. kang nak bayar takdela pengsan mana. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HF,

      wah...HF dh berangan2 untuk honeymoon di sini nmpknya...hehe.
      xpyh snorkelling dh kot sbb the water so clear, nmpk hbs ikan2 dlm air tu...

      Delete
  5. ok... kena bukak tabung baru pulak huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dzuhata,

      cepat tebuk tin milo yg baru utk buat tabung...lps tu tampal besar2 utk Maldives..

      Delete
  6. No wonder lah semalam ada baca dari blog Syieda..AA bukak route ke Maldive..apa tggu lagi...wink..wink..nak masuk dalam list lah..tapi bak kata John...bagi JM pulau romantik ni lagi sesuai pergi ngan pasangan..leh feeling-feeling..baru best heee

    ReplyDelete
  7. JM,

    masuk jer dalam list dulu...hehe..
    klu ade rezeki tak ke mana..inshaALLAH

    ReplyDelete
  8. Bestnya.....Tq kerana inform...budget untuk tahun depan....syok le traveller kalian..kena kerja kuat menabung... boleh bagi body slim2. Hihihi.

    ReplyDelete
  9. Boleh juga suruh kawan-kawan yang baca blog ini klik tabung nuff tu...sikit-sikit lama kelamaan jadi bukit juga. Saya selalu klik bila ada peluang baca blog kawan-kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mcm tu boleh la kiranya klik tabung JM jugak heeee..tetiba kan

      Delete
    2. Jom pakat klik tabung kawan2 sambil2 BW...

      Delete
  10. tudia...maldive la pulak, gambar yang tak berapa nak clear pun dah syok tengok, belum lagi tengok dengan mata kasar, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orga,

      sorry...kualiti gmbr agak kurang menarik..jom kt ke maldive pulak..

      Delete
  11. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)


    Application Form:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us:(greenlightcapitalcorporation@gmail.com)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Kos saya ke Maldives bawah rm500 je. Termasuk return AK flight. Just balik 3 disember baru2 nih :D

    ReplyDelete