Tuesday, September 24, 2013

24 September 2013

Takde entry pasal travel atau makanan yang tertarik or menarik apetah lagi da bomb.

Pagi tadi lebih kurang pukul 7 lebih dapat call dari mak aku. Aku dah rasa nervous sebab aku rasa aku dapat hidu sesuatu. Mak aku bagitau Pakcik aku iaitu adik arwah ayah aku baru saja meninggal pagi tadi setelah hampir sebulan di ICU Hospital Alor Setar. Aku baru saja melawat arwah hari Sabtu hari tu.

Melihat keadaan tubuhnya selagi masa hidup sangat-sangat memilukan. Aku berdoa masa tu, kalau boleh biarlah semua dipermudahkan. Tak sanggup lagi tengok dia macam tu.

Banyak jugak memori kami ketika dulu. Dialah pakcik yang menyerupai arwah ayah aku. Bila arwah abah pergi, tengok pakcik mesti teringat arwah. Al-Fatihah untuk arwah, Semoga mereka tenang di sana.

Waktu entry ni dipublish, aku tengah on the way balik kampung.

Apa-apa pun, tarikh hari ni inshaALLAH aku akan ingat selalu, sebab tarikh ni lah hari pertama aku melangkah ke dunia pekerjaan beberapa tahun yang dulu. Adakah aku akan terus setia atau berhijrah ke tempat lain? Jawapannya mungkin ya tapi selepas aku dah dapat apa yang aku nak. (Bukan nak rebut jawatan manager ye).

Al-Fatihah untuk arwah pakcik aku Radzi bin Yaakob. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin....


15 comments:

  1. Salam takziah DATT, bersabar yer..Al-Fatihah...hati2 memandu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,

      DATT balik naik flt hari tu...terima kasih yer JM..

      Delete
  2. Innalillahi wainnalillahi rojiun. Salam takziah. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  3. takziah to u & families. Alfatihah.

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wainnalillahi rojiun,

    Salam takziah DATT, Al-Fatihah

    ReplyDelete
  5. Azra,

    Terima kasih utk doa kalian.

    Kak Sweetie,

    Terima kasih atas ingatan.

    Orga,

    Terima kasih juga utk kamu

    Kak Anash,

    Terima kasih untuk kata-kata semangat

    BK,

    Terima kasih juga sudi singgah sini dan doa kamu.

    Dzuhata,

    Terima kasih. Terima KASIH

    HB,

    Terima kasih jugak..manusia hanya merancang tuhan yang menentukan..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih untuk kawan2 semua atas doa n kata2 semangat..Alhamdulillah semua urusan dapat dipermudahkan. Syukur sangat2...semoga arwah beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin...

    ReplyDelete
  7. done follow sini no.109
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. TB,

      terima kasih sudi follow blog sy...sy suke kucing2 awk tu sbb sy juga adalah pencinta kucing...

      Delete