Monday, April 29, 2013

Monday Blues

Sejak dua tiga menjak ni, aku rasa tawar hati untuk mengembara. Aku rasa dah takde feel nak ke mana-mana. Kalau atas urusan kerja, aku terpaksalah redha. Tapi aku tumpang seronok baca perjalanan member-member blog yang lain. Bagi pihak diri sendiri pulak, aku nak letak titik koma pada dunia travel. Dan mungkin akan bersambung lagi nanti.
Tak lama lagi dah masuk bulan Mei, bulan ke lima tahun 2013. Kalau ikut perancangan tahun lepas, patutnya aku sedang pulun untuk habiskan exam dan training aku pada bulan 5 nanti. Tapi kita hanya merancang, selebihnya ALLAH yang tentukan. Dan yang pasti, rezeki tu bukan berpihak kepada aku.
Banyak dugaan yang berat datang menimpa aku sepanjang beberapa bulan  ni. Makin lama, makin berat sehingga rasa tak tertanggung kadang. Kadang aku rasa aku dah sampai limitnya dan aku terpaksa let go 1 by 1.
Kadang-kadang aku rasa apa yang aku kejar terlalu berat rasanya. Terlalu banyak halangan di depan mata. Takde orang lain yang faham apa yang kita nak dan cita-citakan. Untuk lepaskan apa yang aku kejar selama ni, tak sanggup rasanya. Sebab aku dah banyak berkorban.
Buat masa sekarang, aku nak concentrate dalam pencarian aku. Kadang aku hamba ALLAH yang lemah ni memang akan mengeluh sekali sekala. Kenapa aku yang harus menghadapi semua ni? Kenapa aku yang kena memilih? Kenapa aku takde pilihan? Kenapa orang tak faham? Apa salah aku nak kejar cita-cita yang ada?Kenapa? Sebab aku perempuankah jadi aku tak layak? Masih ada lagi mentaliti perempuan belajar tinggi-tinggi pun masuk dapur jugak akhirnya. -> Sapa kata tak masuk dapur? Aku memang boleh masak pun.
Aku adalah seorang yang tak boleh dengar perkataan NO. Ramai kot yang keras kepala macam aku jugak.
Btw, dikalangan membaca blog aku ni, yang jantina sama dengan aku adakah korang jenis perempuan yang independent atau sebaliknya? Cer komen skit aku nak dengar.
Words of the day.

"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan "

"Kita diuji kerana tuhan sayangkan kita"
Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

p/s: Sorry kalau aku sedih sikit hari ni. For this moment, biarlah aku type semua cerita-cerita travel aku yang lama. Yang aku simpan ketat-ketat dalam gobok. Rahsia ALLAH, biarlah Dia yang tentukan apa yang terbaik untuk hambaNya ini.

7 comments:

  1. dunno whats u're going through, but i wish you would be fine. enjoyed reading your blog.

    aku independant bila xde org aku boleh depend on, and dependant bila ada org yg care, as well as dependable to others that i care about. it's subjective :)

    ReplyDelete
  2. hi hime s,

    i like you sketching..cantik..awk mmg berseni...sy kagum dgn org yg berseni ni. tgn sy keras...hehe..

    thanks dear for your wish. for this moment i feel very tough.

    same goes to me also. boleh independent bile duduk sorg2..n boleh gather2 klu ramai2...

    thanks again drop by here.

    ReplyDelete
  3. nak komen tp xtau nak komen apa.... Setiap yg datang adalah ujian dan ada hikmah disebaliknya...so, be strong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HB,

      thanks for your support...mmg berat apa yang aku hadapi skrg...aku just follow the flow...aku dh xnak menentang arus..

      Delete
  4. Dear, setiap orang ada ujian yg berbeza like me so many prob always remember dan ask allah for help. Tabshkan hati dan kuat semangat ok maybe ada hikmah d sebaliknya. JM pun perlu independence klau x pd siapa lg perlu mrngharap except allah, sabar ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear JM,

      terima kasih byk2 sbb selalu support sy..ade sumting untuk awk.

      Delete