Nak update dari semalam, tapi keje hakiki banyak sangat nak kene buat. Malam tadi ketiduran awal lagi. Penat tak habis. Hari ni sambung kerja kat tempat lain, niat mulanya nak bergurau. Terus kene sindir. Habis mood ke laut. Bukan niat nak mengampu atau apa, cuma nak bagi ceria. Telatah manusia ni macam-macam. Nampak baik luaran, tak semestinya baik dalamannya. Lepas ni memang kene take note, dengan si dia ni, memang tak patut bergurau. Tapi aku faham, tak semua manusia itu sempurna, termasuk yang menulis blog ni. Lagi banyak kekhilafan yang ada. Sekurang-kurangnya, aku sempat berhibur bersama tersayang wiken yang lalu. Itu sebenarnya yang ingin kuceritakan hari ni.
Jumaat malam, aku tiba di bumi Kuching. Tidak mahu susahkan sesiapa, aku ambil teksi untuk balik ke rumah makcik, RM26. Kalau naik ramai-ramai, murah la. Mak dan makcik terkejut ketika aku beri salam. I'm home! Makan-makan, borak-borak, hampir dinihari baru tidur.
Esok paginya, bangun awal. Nak ke pasar kata makcik. Mak ajak ke Pasar Satok yang baru. Since aku pun belum pernah jejak, on jer. Selalu nak buat taik mata kat rumah jer.
Sebelum pergi pasar, singgah sini dulu. Kedai nostalgia dari aku kecik sampai sekarang. Paling famous kat India Street, Kuching. Yang ni kat Satok, tak jauh dari pasar Satok yang lama. |
Kedai ni famous sebab menjual pelbagai barangan masakan. Acuan muan kek, cookies, agar-agar, cekelat. Semua ada. Dari kecik mak aku usung tangan aku tarik ke sini. Tambah-tambah kalau dekat nak raya. Kopi mesin pun ade kalau tak silap, tapi kat India Street kot.
Mak tanya, aku ingat tak biskut ni? Kecik-kecik dulu suka makan katanya. I can't remember. |
Nampak Bombay Spices di tepi kedai Tay Hak Hak, macam menarik jer. |
Lepas tu baru kami teruskan perjalanan ke Pasar Satok yang baru di Kubah Ria.
Pasar Satok Baru di Kubah Ria terletak di seberang sungai Kuching. |
Bahagian sisi |
Tempat di sini lebih luas berbanding di Satok dulu |
Tujuan kami ke sini untuk membeli bahan-bahan basah. Sempat juga aku menyelinap ke sana sini. Tempat di sini ternyata lebih selesa berbanding di tempat lama. Lebih teratur. Sekali sekala datang ke pasar Satok memang best, banyak benda menarik di sini. Dulu susunan agak lintang pukang. Sekarang tak lagi.
Di Sarawak takde pasar malam macam kat semenanjung, so bila ada pasar hujung minggu ni memang meriah. Sebab semua orang akan berkumpul dan berniaga di sini. Untuk pengetahuan semua, kebanyakan peniaga-peniaga akan datang dari hari Jumaat lagi. Mereka datang menaiki four wheel drive atau lori dari pedalaman dan membawa hasil-hasil dari kampung untuk dijual. Mereka akan tidur di pasar dari malam jumaat dan malam sabtu. Mereka pulang semula ke kampung pada hari Ahad.
Kemudahan di sini lebih lengkap berbanding di tempat lama. Pihak pengurusan dah menyediakan kemudahan bilik air yang lengkap untuk mereka membersihkan diri. Lagi pun orang dayak pun dah moden sekarang.
Mak aku rajin nak cari ulam pelik-pelik kat sini. Aku nampak midin, tapi mak aku tak bagi beli. Sebab takut kene angin medu lagi. Midin adalah adik beradik dengan pucuk paku, cuma pucuknya berwarna merah. Rasanya lagi sedap dari pucuk paku. Kalau ke sini harus mencuba ok!
Sayur midin - kalau kat sini terbiar jer tepi-tepi semak. |
Geram tak tengok? segar, besar-besar dan gemok. |
Kain di atas mahal sikit sebab coraknya cantik. RM 20++
Rambang mata nak pilih
Baju di gerai ni berkualiti. Beli banyak boleh tawar lagi. |
Kawasan gerai-gerai souvenir, di belakang tu dah sungai. |
Ke bahagian Kek Lapis pulak. Susah nak snap gambar. Orang asyik dok promote beli. |
Petangnya kami keluar lagi. Kali ni ada misi. Semoga ada rezeki menyebelahi kami.
Punca kenapa aku ke mari. Semoga ada rezeki.
Matahari petang yang sangat cantik di Kuching.
|
Keesokannya aku ke mari, menghantar barang makcik aku ke Pontianak, Kalimantan Indonesia. Kuching Sentral terletak di Batu 7
Kuching Sentral, stesen bas baru untuk ke Miri, Limbang, Sibu, Sabah, Kalimantan Kurang sikit jer dari Pudu Antara bas yang ke Pontianak. RM60 per way. Air Asia pun ada bas di Sarawak nih. |
Ada food court dan bistro di bahagian atas. Canggih, stesen bas bersama shopping complex. Cantik! |
Lepas ke mari, aku ke pasar semalam lagi. Tak perlulah nak cerita. Hari ni aku tak ke mana-mana sebab semua berkumpul dan makan-makan bersama. Weekend gathering.
Menanti untuk boarding |
org kuching ker?
ReplyDeletebak no hp mak...lenkali kalau tersesat ke sana,
leh tipon mak...kan..kan...
(hahah..sgt tak malu)...
Bestnya balik kg, nanti mengundu blk lg ehh
ReplyDeleteUlat mulong? Boleh mkn ke?
Wah senang lah mcm ni ada kwn dr srwk heeee
Kak anash,
ReplyDeleteBlh aje..tp tkt mak sy jer xde kt sane plk..die pun bz mcm akak lawat kwsn..bkn totally kg..celop jer kak..hehe
JM,
Ngundi dftr tmpt lain..so xblk la..sy bkn asal sana.mak den jer org sana..
I miss Kuching...
ReplyDeleteI miss kuching too..
DeleteDatt,
ReplyDelete1st and last p Kuching tahun 2011
kubah ria tu baru bukak, saya makan kat foodcourt situ, tak sangka skg dah jd lokasi pasar satok
teringat laksa Sarawak ngan sotong tukuk la pulak baca entry nih
dzuchan..
Deletexpe, nnt boleh pergi lagi..mgkn kuching ni boring skit..tp sy tetap rasa tmpt ni menarik.mgkn byk nostalgia kt sini..
nnt dtg try sayur midin maska belacan yer..gerenti sedap..
Aku suka bfast kat coffee o corner kat area satok tu...mcm2 pilihan ada..
ReplyDeleteAku paling suka teh c special perisa pandan kat sematan..mabeles rasa dia x sama ngan tempat lain..
Akak nak ke Kuching 1 mei nih...teringat ingat laksa sarawak..
ReplyDeleteErmm.. Nice food
ReplyDeleteValet parking at Luton airport
ReplyDeleteMeet and greet at Luton