Thursday, October 13, 2011

Cuti-cuti Pangkor Part 2 (iii)


Dah puas belek-belek souvenirs kat Kota Belanda, perut pun dah berbunyi-bunyi mintak diisi. Aku tanya penjual di Aisyah Craft kat mana makan best untuk lunch. Dia kata pergi area pekan lah. Dah tak tertahan rasanya berkeroncong perut nih. Aku pun pecut motor, pergi ke pekan balik. Senang kata kat area tepi jetty tulah.

Dah parking motor kat tempat selamat, aku pun tengok-tengok kedai makan berdekatan. Banyaknya kedai makan cha ya nun alif. Aku jalan sikit ke Bazaar Pangkor, deretan kedai yang baru dibina betul-betul bersebelahan dengan jetty.

Aku tak ingat nama kedai di hujung skali tu nama apa, tapi aku nampak lebih ke[ada goring-gorengan. Aku tengok pulak kedai hujung nama R.R Corner. Nampak macam tak ramai orang. Usha skit makanan apa yang ada. Nasi campur jer. Dalam hati berkira-kira, mesti mahal kot kedai ni. Tapi tak apelah, tak suka makan goring-goreng tengah2 hari macam ni.

Lauk yang mencabar imanku, ada ketam masak lemak, lala masak sambal, kerang, daging, ayam masak kicap, terung sambal, sayur-sayur,ulaman dan sambal belacan. Hish, ketam ni mesti mahal bisik ku dalam hati.

Aku tanya tokei kedai, “Kak, berapa harga sekor ketam ni?”.
Akak tu jawab, “RM 2 dik.”

Aku pun senduk 2 ekor ketam dalam mangkuk dengan kuah masak lemak, 1 mangkuk lagi untuk lala. Nasi putih separuh, terung sambal seketul yang panjang tu, ulam-ulaman dan sambal belacan. Air pulak, aku order Limau panas.

Baca Bismillah. Rasa sikit kuah masak lemak tu, perghhhhhhhhhhh...Memang sedap. Teruskan makan tanpa menoleh kanan kiri. Dah habis makanan dalam pinggan, aku ratah ketam and hirup kuah masak lemak pulak. Licin semua. Rasa nak tambah lagi, tapi malu. Dalam hati kira-kira, agaknya berapa ringgit aku kena charge makan nih?

Dah setel semua, aku pun bersedia untuk membayar. “ Berapa tadi makan?”

“RM 7!!” Aku dengar macam nak pengsan. Murahnya, tak sangka aku.

Meh aku tayang gambar sikit.

Cari Restoran RR Corner ni kalau datang Pangkor



Ketam 2 ekor + Lala 1 mangkuk + nasi putih + terung sambal + ulaman, sambal belacan+ Air Limau Suam = RM 7 sahaja ok?????



Ketam = RM 2 seekor, RM 4


1 Mangkuk lala, aku tak tau harga dia..Mungkin RM 1 kot...


Kedai ni terletak bersebelahan Jetty Pangkor. Keluar sikit ke depan, pergi ke deretan kedai-kedai souvenirs di sebelah kanan. Kedai makan ni ada di belakang kedai-kedai souvenirs tadi. Kedai ni terletak di end lot Bazaar Pangkor. Makanan sini memang terbaek dan murah sangat-sangat.

Lepas dah kekenyangan, aku pun bergerak ke kedai-kedai souvenier berdekatan. Saja usha-usha fridge magnet lagi. Nampak ada tshirt lawa, tapi tengok kualiti kain macam tak best sangat.

Aku boleh singgah masuk kedai kek yang baru dibuka. Maklumlah tengah mabuk kek kan? Geram dengan kek tak habis-habis lagi. Ada 3,4 jenis kek yang aku teringin sangat nak belajar...Ehem-ehem.

Aku just beli 2 fridge magnet. Malas nak beli barang-barang lain. Fulus pun tarak dah. Lepas pergi pekan Pangkor, aku cadang nak round-round tepi pantai then balik. Sakit punggung bawak motor lama-lama.

Pekan Pangkor

Aku naik motor sampai ke Pasir Bogak, cadang nak lepak kat situ. Tapi sekali tengok ramailah pulak manusia kat sini. Weekend katakan. Ada aktiviti treasure hunt pulak. Malas aku nak lepak sini lama-lama. Tengok ramai cha ya nun alif ja ramai. Pantai Pasir Bogak ni memang cantik.

Aku snap gambar kat area depan sikit, tempat yang tak ramai orang.

Di persisiran Pantai Pasir Bogak


Banyak bot-bot kecil kat sini

 

Aku lepak Pasir Bogak dalam 15 minit. Lepas tu aku gerak balik ke Teluk Nipah, nak round area-area sana pulak.

Aku nak ambil gambar kat atas Lookup Point, tapi ada pulak manusia mana entah boleh tidur nyenyak kat atas menara tu dengan bersusun-susun rak telur. Tak taulah datang dari mana pulak. Tak beranilah aku nak naik atas walaupun menara tu kat tepi jalan jer. Kang jadi apa-apa pulak, naya aku.

Ambil gambar kat tepi-tepi tu jerlah. Kalau dari atas mesti nampak laut yang membiru.


Pandangan dari Lookup Point tepi jalan jer.

Aku naik motor sampai ke Teluk Dalam Resort. Jalan ke sini agak lengang, agak menakutkan kalau motor tetiba rosak di tengah jalan. Barulah aku tengok Airport Pangkor macam mana. Memang kecik giler. Tak sanggup aku nak naik Fokker untuk ke sini.

Then aku patah balik ke Pantai Teluk Man, atas sikit dari Teluk Nipah. Aku nak lepak kat situ sambil makan kek yang aku beli tadi. Kat sini banyak aktiviti yang boleh kita buat kalau kita datang berkumpulan. Antara yang femes, banana boat la. Kalau datang dengan member mesti best sangat nak main benda ni. Boleh camping ramai-ramai, round pulau, snorkelling.


Kek Strawberry Moisse = RM5


Sambil syok-syok makan kek, mata dok usha orang main banana boat and usha orang berbikini, tiba-tiba kaki aku kene gigit dengan semut pantai..Huish....sakit giler...Terkejut beruk aku..Terus potong stim nak makan kek. Dia dok berebut kek tu dengan aku. Last-last aku campak kek tu bagi semut and the gang makan. Ko nak sangat kan sampai gigit-gigit kaki aku. Then akibat teringin sangat makan kek, aku careless sampai tertinggal kunci motor kat motor. Hish, nasib tak hilang motor aku tu. Kalau tak, tak ke naya? Otak masih dalam keadaan separuh sedar.

Dalam hati kata, baik aku balik bilik and rehat lagi bagus dalam aircond sejuk-sejuk. Malam ni baru cari apa benda nak makan. Lepas dah hantar motor and dapat deposit balik, aku masuk bilik. Mandi-mandi untuk hilangkan lekit kat badan ni.  Malam tu aku just beli Sotong Bakar kat gerai depan. RM 10 untuk 4 ekor. Aku tak ade mood untuk ambil gambar malam tu. Sotong 4 ekor gemuk2 = RM10. Memang kenyang  even makan sotong tu jer.

Esoknya bermulalah perjalananku untuk pulang. Banyak dugaan untuk aku sampai ke KL. Tiket bas dari Lumut ke KL habis semua. Kalau ada pun paling awal pukul 6.30 petang. Aku terpaksa naik bas Roadways ke Ipoh lagi dan terpaksa lagi naik ETS. Akhirnya pukul 12.30 tengah malam aku sampai di rumah.

Link untuk post-post sebelum ni :
Pangkor Part 1
Pangkor Part 2(i)
Pangkor Part 2(ii)


Expenses untuk Pangkor Trip:

ERL pergi balik dari Salak Tinggi ke KL Sentral : RM12.50 X 2 = RM 25.00
ETS train KL – Ipoh : RM35.00 X 2 = RM 70.00 (RM25 X 2 = RM 50) (RM 20 lebih)
Bas Roadways ke Ipoh/Lumut : RM 8.50 X 2 = RM 17.00
Tambang feri : RM10.00 (pergi balik)
Teksi di Pangkor : RM15 + RM 10 = RM 25.00
Sewa motor : RM20.00 (separuh hari)
Chalet : RM 150.00 (2 malam) – RM 30
Minyak motor : RM 4.00
Souvenier : RM 20.00 (fridge magnet)
Makan : RM 4.80 +  RM 2.40 + RM 3.50 + RM 12.50 + RM 3.50 + RM 7.00 + RM 5.00 + RM 2.00 + RM 10.00 + RM 4.80 + RM 3.00 = RM 58.50 (makan untuk 2 hari, banyak tol aku mengarut nih)
 Total expenses : RM399. 50 (boleh jimat lagi  pada : RM 92)


1 comment:

  1. Tragisnya travel awk...hehe..xper2 pengalaman tu!!!

    ReplyDelete