Thursday, May 31, 2012

Pie Habattus Sawda

Good bye May, Welcome June...

Hari ni hari terakhir dalam bulan Mei 2012. Dah lama sangat tak update blog. Banyak sangat kerja di ofis. Sampai naik stress aku dibuatnya. Tu tak campur lagi masalah dengan urusan jual beli rumah. Masalah dengan lawyer lah ape lagi.
Memang stress sangat dibuatnya. Lepas tu aku kene sore throat, demam, flu, batuk almost 3 weeks. Aku kalau kene sakit tekak mesti melarat yang lain sekali n mesti teruk punya.

Pagi ni aku sempat prepare bekal pergi ofis. Sambil-sambil tunggu mesin basuh baju, aku prepare inti pie kat dapur. Lepas tu cepat-cepat bakar pie dalam pie maker. Inti ni aku belasah jer, buat ala-ala inti karipap. Tak kesahla, janji sedap and cepat. Jom usha resepi n gambar pie maker baru aku.



 
Resepi Inti Pie Habattus Sawda

1 biji kentang besar @ 2 biji yang bersaiz kecil – potong dadu
1 batang sosej mushroom ayamas – tak kisah brand mana pun, dipotong halus.
½ biji bawang besar Holland – potong dadu
2 sudu besar sos tomato Heinz – sos Heinz is my favourite sebab tak masam sangat
2 sudu besar minyak masak.
2 ulas bawang putih – dipotong dadu halus
½ peket kecil rempah kari
Garam secukup rasa.
Serbuk lada hitam sesedap rasa
½ sudu kecil Habattus Sawda – tak bubuh pun takpe. Aku bubuh sebab ade extra mak bawak balik dari Mekah hari tu.
2 keping cheese – dipotong halus
Instant pastry – guna brand Kawan yang segiempat kecil tu.
Sorry kalau comot - snap dari atas dapur

Acuan untuk pastry

Cara-caranya
  1.  Tumis bawang putih dengan minyak dalam kuali. Kalau boleh gunakan kuali non stick, nanti inti tak melekat.   
  2.  Masukkan bawang besar yang dipotong dadu tadi, kacau hingga bawang kekuningan.
  3.  Masukkan sosej yang dipotong halus, kacau rata.
  4.   Kemudian masukkan sos tomato dan rempah kari yang telah dibancuh dengan air.
  5.   Kacau semua bahan hingga rata di dalam kuali dan masukkan ubi kentang.
  6. Masukkan juga 2 cawan air untuk melembutkan kentang. Tutup kuali dengan penutup supaya kentang cepat masak dan lembut.
  7.  Masukkan garam, lada hitam dan Habattus Sawda kalau ada. Gaul rata dan tutup api setelah kentang lembut.

Ready untuk dibakar.

Ready pie maker selama 5 minit. Masukkan pastry jenama Kawan ke dalam mangkuk dan masukkan inti pie di atas. Selepas itu, masukkan cheese yang telah dipotong halus dan tutup pie dengan lapisan pastry yang lain dan tutup acuan pie. Biarkan pie masak selama 8 – 10 minit. Selepas 10 minit, boleh keluarkan pie dari Pie maker dan sedia untuk dihidangkan.

Pie yang dah ready untuk ngap...



 



Monday, April 2, 2012

American Carrot Cake with Cream Cheese Cocktail

American Carrot Cake with Cream Cheese Cocktail

Saya pernah buat carrot kek sebelum ni, Heavenly Carrot Kek. Ada oat, ada nenas. Tapi kalau tak simpan dalam peti ais, boleh cepat rosak. Sambil-sambil blogwalking dan cari resepi untuk carrot kek, saya jumpa resepi American Carrot Kek dari rumah Miszlullaby. Nampak menarik dan sedap. Dari situ saya macam dapat idea untuk buat add on pada kek ni. So plan saya nak mix kan carrot kek dengan krim keju koktel, macam resepi yang pernah saya buat sebelum ni. Rasa-rasanya boleh masuk kot. Ni just try and error.

Saya tak boleh nak salin resepi dari blog Miszlullaby, so aku google, terjumpalah resepi yang sama dari Blog Potret Kasih. Nervous jugak saya nak tunggu hasilnya. 1 adunan kek ni boleh dapat 2 biji kek 8 inci. Banyak hasilnya. Saya buat 1 biji kek dalam loyang 8 inci dan 2 biji kek dalam acuan aluminium love macam di atas.
Meang ramai yang memuji, kek ni sedap sangat. Siap bertambah-tambah kawan ofis makan. Mungkin presentation saya tak cantik sangat, tapi yang pasti tak rugi kalau korang nak try. Memang thumbs up ok!!!

Resepi American Carrot Cake dari blog Potret Kasih dan Miszlullaby
Terima kasih sebab sudi kongsi resepi carrot kek yang sangat sedap ni.

Bahan-bahan
1 cawan walnut @ kacang pecan (100g)
2 1/2 cawan karot yang telah diparut (340g)
2 cawan tepung all purpose (260g) - saya guna tepung gandum jer.
1 sudu teh baking soda
1 1/2 baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 cawan gula halus (300g) - saya tukar guna 1 cup susu manis
1 cawan minyak jagung/sayuran/canola (240ml)
2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
  1. Bakar kacang walnut selama 8 minit hingga perang dan wangi. Lepas tu hancur-hancurkannya.
  2. Dalam sebuah bekas, satukan dan ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan dulu.
  3. Pukul telur telur hingga sebati (1 minit dengan mixer). Masukkan gula@susu manis dan pukul 3-4 minit lagi.
  4. Masukkan minyak jagung dan esen vanilla. Pukul sebati.
  5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Kacau perlahan-lahan.
  6. Gunakan spatula@senduk kayu, masukkan karot yang telah diparut bersama kacang walnut.
  7. Kacau hingga rata dan bakar selama 30-40 minit, pada suhu 185 C ikut kepanasan oven masing-masing. 
Resepi untuk cheese frosting @ cream cheese:

1/4 cawan butter (57g)
1 tube cream cheese tartura (270g)
2 cawan gula halus - saya guna 1 1/2 cawan gula sahaja sebab tak nak manis sangat, ikut tekak memasing yer.
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh kulit lemon yang telah diparut - tak letak pun sebab takde lemon.

Cara-caranya:
  1. Pukul cream cheese dengan butter hingga ringan dan sebati.
  2. Masukkan gula, pukul hingga sebati dan rata @ gebu.
  3. Masukkan esen vanila dan kulit lemon. Gaul rata dan boleh dijadikan frosting.
 Carrot cake yang telah dibakar.

Sapu dengan lapisan cream cheese frosting sebelum letak cream cheese cocktail.

Resepi cheese cocktail, boleh refer di sini :
Cream Cheese Cocktail


Hasilnya yang tak seberapa - seeloknya simpan dalam peti sejuk semalaman.


Jangan salah faham - Fairy Tales Tree in Melbourne last Summer 2011.

Bulan ke-empat tahun 2012

A simple breakfast in 1st day of April.

Dah nak tengah malam baru nak tunjuk breakfast apa pagi tadi.

Roti telur + baked beans + mushroom soup

Simple Resepi :

1. Instant mushroom soup - guna Maggi punya, add 3 3/4 cup water and put mushroom soup. Kacau tak mahu bagi berketul.
2. Light Yoes Baked Bean - tuang sedikit minyak, tumis bawang putih yang dicincang halus dan masukkan baked bean. Masak hingga mendidih dan tutup api.
3. Potong roti keras yang panjang-panjang tu. Lagi bagus kalau potong serong-serong dan sederhana nipis.Gunakan pisau yang tajam. Pecahkan sebiji atau 2 biji telur, masukkan secubit garam dan lada hitam, kacau sedikit bagi rata. Panaskan kuali, guna non stick kuali kalau boleh. Masukkan sedikit minyak, celupkan roti dalam telur dan letakkan di dalam kuali. Alih-alihkan roti sehingga kedua-dua belah masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Pengantin Baru untuk my officemate, majlis pada 31 Mac 2012 di Seremban.
Tahniah aku ucapkan. Semoga berbahagia ke akhirnya.


Last but not least, snow in London last Feb.

Friday, March 30, 2012

Its About Health

HEALTH CHECK 2012

BMI : 21.9  = Normal
(Normal <23, Overweight 23-27, Obese >27)

BP : 113/70 mmHg = Normal, tak low blood lagi dah.
(Normal 100/60mm Hg – 140/90 mm Hg)

Glucose Test : 6.0 mmol/L - paras gula atas border, masyaALLAH cuak den. Ni angkara terlupa p makan nasi goreng malam sebelum check darah.
(Non Fasting<10.0mmol/L, Fasting:<6.1mmol/L)

Cholestrol Test : 4.29 mmol/L = Normal, Alhamdulillah
(Normal <5.2 mmol/L)

Aku masih berjogging dari tahun lepas..tapi sejak kaki aku sakit lepas balik Melbourne, aku dah stop jogging sebab tak nak kaki aku injured lagi.
After 1 month rest, aku try push diri aku slow-slow sebab aku risau aku mok-mok balik sebabnya makan macam-macam. Aku jadi fobia kalau aku gemok balik.

Di tambah pulak kerja aku makin stress sebab kejar dateline, aku takut aku hilang kawalan makan and jadi hot temper, aku kembali push diri aku untuk jadi rajin datang kelas aerobic. So aku attend kelas 3x seminggu + my running during weekend. Kalau dapat buat 3 kali seminggu pun dah cukup baik.

Alhamdulillah, aku rasa makin fresh, makin better. Kelas sekarang memang best giler. Ada Aerodance, Hi Low Impact and Pilates. Sepanjang aku buat semua ni, kaki aku tak sakit. Syukur Alhamdulillah…Aku dah slow-slow pergi jogging balik. What I need now is to buy my new running shoes and indoor shoes untuk training.

P/S : Untuk jadi seorang traveller, stamina tu penting. Sebab kat tempat orang bukan macam tempat kita. Boleh drive, naik bas ke, train ke. Mungkin kat tempat orang kita akan berjalan berkilo-kilo meter tanpa kita sedar. Contoh macam nak pergi Umrah, perlukan persediaan stamina untuk lakukan ibadah di sana..Even Mak Mr L yang tak larat sangat tu pun, mampu berjalan 4km sehari masa buat umrah dan dia boleh buat tiap-tiap hari selama 10 hari berada di Mekah. Mak aku pun sibuk p jogging untuk persediaan ibadah umrahnya bulan 4 nanti. Kalau tak training sebelum pergi, takut terkena kejutan pulak nanti. Tetiba boleh cramp semua.

Tuesday, March 27, 2012

T Shirt Untuk Dijual...

Aku adalah pengumpul T Shirt secara tak langsung sekarang. Aku ada pesan T shirt I love Paris dan I love London pada kawan aku yang pergi sana minggu lepas. Mungkin explanation aku kurang jelas, kawan aku terbelikan aku T Shirt Baby T. Aku memang tak pakai T Shirt Baby T melainkan T shirt biasa. Tapi kawan aku dah belikan, aku ucapkan terima kasih berbanyak-banyak. Tapi dari aku simpan, aku nak let go pada sapa yang berminat nak beli t-shirt ni.2-2 t-shirt ni masih baru lagi, fresh from overseas.

T-Shirt I Love Paris warna Hitam size M - RM65 (price can be negotiable with free delivery)
Siapa berminat boleh hantar email pada aku, first come first serve.
Aku tak mark up harga, buat pengetahuan korang harga T Shirt di Paris memang mahal, pakai Euro lagi ha, bile convert to RM jadi lagi banyak la.

T-shirt I love London warna Putih size 10/12 @ M - RM30 (price can be negotiable and free delivery too). Masih dalam plastik lagi.
Mungkin kawan aku borong banyak souvenier and can get cheaper price for this t-shirt. Tapi sememangnya barang-barang souvenier dari Paris memang mahal pun dari London.

Sesiapa yang berminat, boleh roger aku by email : passionateactivities@gmail.com & boleh contact aku kat 
013-2906246.

Monday, March 19, 2012

Buku Merah Jangan Lupa Bawa...Moga-moga Belum Tamat Tempoh

Lagu Bawa Daku Pergi – Kaka Featuring ZIZAN

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa


oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng


tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama


oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


Aku suka lagu ni mula-mula sebab rentak die best. Skali aku tengok dan baca lirik die betul-betul, aku macam terperanjat. Baru aku faham 1 persatu butir liriknya. Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh..Fuihhhh…Lagu ni macam ditujukan untuk remaja lari dari rumah jer…

Untuk traveler-traveller macam kita, buku merah memang lah wajib bawak n kene pastikan belum tamat tempoh. Kalau tak jangan harap boleh travel ok?

Ni pesanan untuk adik-adik yang masih sekolah ke, anak-anak gadis kat U ke, remaja-remaja kat luar sana (keutamaan pada anak-anak gadis dan perempuan) , boleh dengar lagu ni, tapi jangan sesekali terpengaruh yer. Jangan sesekali pendek akai, nak try lari dari rumah ikut boypren masing-masing.

Hidup di luar, tak seindah yang korang impikan. Cinta bukanlah segala-galanya. Please don’t be stupid. Kalau tengok surat khabar, banyak sangat dah kes anak-anak gadis lari dari rumah. Tu tak masuk kes lari ikut laki Lombok lagi. Dah elok-elok jadi orang Malaysia, ada education,ada mak ayah yang sayangkan kita, last-last pi dok kat Lombok jadi susah. Tak ke cari pasal namanya?
Kalau boyfriend ajak lari p kawen kat siam pun toksah dok gatai ikut. Tau sebab ape? Banyak kes perceraian yang berlaku di Malaysia ni berpunca dari perkahwinan yang tak direstui dan akhirnya membawa pada perceraian. So, jangan sesekali tak nak belajar, nak lari ikut boypren kawen n sebab nak lepas dari mak bapak. Masa muda, fikiran masih tak matang, nak ikut darah muda…Tak fikir apa akan jadi di kemudian hari. Fikir-fikirkan lah yer…

Tuesday, March 13, 2012

AIR ASIA X SUSPEND SERVICES TO CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

The latest news yang aku dengar.

"The current four times weekly flights between Kuala Lumpur and Christchurch will be suspended with the last flight on 30 May, 2012 (from Kuala Lumpur) and 31 May, 2012 (from Christchurch). "

Lain-lain no comment. Aku sangat sedih dengar news ni...