Thursday, May 31, 2012

Pie Habattus Sawda

Good bye May, Welcome June...

Hari ni hari terakhir dalam bulan Mei 2012. Dah lama sangat tak update blog. Banyak sangat kerja di ofis. Sampai naik stress aku dibuatnya. Tu tak campur lagi masalah dengan urusan jual beli rumah. Masalah dengan lawyer lah ape lagi.
Memang stress sangat dibuatnya. Lepas tu aku kene sore throat, demam, flu, batuk almost 3 weeks. Aku kalau kene sakit tekak mesti melarat yang lain sekali n mesti teruk punya.

Pagi ni aku sempat prepare bekal pergi ofis. Sambil-sambil tunggu mesin basuh baju, aku prepare inti pie kat dapur. Lepas tu cepat-cepat bakar pie dalam pie maker. Inti ni aku belasah jer, buat ala-ala inti karipap. Tak kesahla, janji sedap and cepat. Jom usha resepi n gambar pie maker baru aku.



 
Resepi Inti Pie Habattus Sawda

1 biji kentang besar @ 2 biji yang bersaiz kecil – potong dadu
1 batang sosej mushroom ayamas – tak kisah brand mana pun, dipotong halus.
½ biji bawang besar Holland – potong dadu
2 sudu besar sos tomato Heinz – sos Heinz is my favourite sebab tak masam sangat
2 sudu besar minyak masak.
2 ulas bawang putih – dipotong dadu halus
½ peket kecil rempah kari
Garam secukup rasa.
Serbuk lada hitam sesedap rasa
½ sudu kecil Habattus Sawda – tak bubuh pun takpe. Aku bubuh sebab ade extra mak bawak balik dari Mekah hari tu.
2 keping cheese – dipotong halus
Instant pastry – guna brand Kawan yang segiempat kecil tu.
Sorry kalau comot - snap dari atas dapur

Acuan untuk pastry

Cara-caranya
  1.  Tumis bawang putih dengan minyak dalam kuali. Kalau boleh gunakan kuali non stick, nanti inti tak melekat.   
  2.  Masukkan bawang besar yang dipotong dadu tadi, kacau hingga bawang kekuningan.
  3.  Masukkan sosej yang dipotong halus, kacau rata.
  4.   Kemudian masukkan sos tomato dan rempah kari yang telah dibancuh dengan air.
  5.   Kacau semua bahan hingga rata di dalam kuali dan masukkan ubi kentang.
  6. Masukkan juga 2 cawan air untuk melembutkan kentang. Tutup kuali dengan penutup supaya kentang cepat masak dan lembut.
  7.  Masukkan garam, lada hitam dan Habattus Sawda kalau ada. Gaul rata dan tutup api setelah kentang lembut.

Ready untuk dibakar.

Ready pie maker selama 5 minit. Masukkan pastry jenama Kawan ke dalam mangkuk dan masukkan inti pie di atas. Selepas itu, masukkan cheese yang telah dipotong halus dan tutup pie dengan lapisan pastry yang lain dan tutup acuan pie. Biarkan pie masak selama 8 – 10 minit. Selepas 10 minit, boleh keluarkan pie dari Pie maker dan sedia untuk dihidangkan.

Pie yang dah ready untuk ngap...



 



4 comments:

  1. salam..nk tnya best dan berbaloi x guna pie maker ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anje...

      thanks dropb by kt sini...pengalaman sy menggunakan pie maker ni bg sy agak cepat la klu nak masak pie...klu nak buat macaroni cheese yang kecik2 tu pun mudah n cepat...cepat jer panas...

      Delete
  2. salam..

    kat mana jual pie maker ni ye?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cik huder,

      sorry lmbt reply...sy beli pie maker ni kt ozy dulu..

      Delete