Thursday, April 18, 2013

Ekspedisi Gunung Kinabalu - Part 5


Peringatan:

Post kali ni agak panjang. Harap korang semua bersabar.

Lepas selesai makan di Laban Rata, kami mula bergerak ke hostel di Gunting Lagadan. 150m ke atas dari Laban Rata. Ada juga beberapa orang antara team kami yang menginap di Laban Rata. Bila perut dah kenyang, beratnya rasa nak mendaki lagi.

Sebaik saja sampai di Gunting Lagadan, kami bergegas mandi sebab bekalan air panas masih ada lagi. Aku sebenarnya tak bercadang untuk mandi sebab kami difahamkan selalunya bekalan air panas tutup pada pukul 6.30 petang. Kami gunakan kesempatan yang ada sebaik yang mungkin. Tambah pula, separuh lagi belum sampai ke sini.

Lebih kurang pukul 7, ramai yang sudah tiba. Aku dan kawan aku dah setel membersihkan diri dan bersolat. At least, taklah sesak sangat dalam bilik nanti.

Aku tak ingat berapa bilik yang ada di Gunting Lagadan ni. Cuma yang aku pasti, setiap bilik ada 4 katil double decker. Kalau tak silap, bilik hujung mempunya 2 katil double decker.

Oleh sebab team kami hanya mempunyai 8 orang perempuan, so kami semua duduk satu bilik. Biliknya sedikit sempit tapi semuanya ok dan bersih. Kalau ikut tentative program, dalam pukul 8 malam tu kami dah disuruh tidur. Tapi mata aku memang degil tak nak tidur. Perasaan nervous bercampur excited. Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu selama ni.

Ada kawan aku yang sampai agak lambat. Mereka kelihatan begitu penat. Salah seorangnya terkena mountain sickness, ada juga yang cramp. Kawan aku yang terkena mountain sickness tu muntah dan pening sepanjang jalan. Kalau tak kuat semangat, memang tak sampai dah Laban Rata ni. Sebenarnya ini adalah percubaan kali ketiga untuk menawan Gunung Kinabalu. Sebelum ni mampu sampai Laban Rata jer. Sebenarnya, sindrom nilah yang paling aku takuti. Kalau kena, memang lembiklah.

Kebetulan aku ada bawa bekalan ubat sebagai persediaan. Aku bagi ubat tahan muntah untuk kawan aku tu, dengan harapan dia mampu bertahan. Malam tu dah jadi sesi mengurut kaki masing-masing. Tiba-tiba partner aku yang sama-sama naik dengan aku tadi bagitau dia nak akan meggi. Rupanya kat luar bilik meriah dengan team kami yang dok masak air panas untuk buat meggi.

Lama jugak nak tunggu air tu masak. Yang paling best. Kami masing-masing selamber jer letak tangan kat atas cerek. Siyes tak melecur. Sebab keadaan sekeliling memang sejuk sangat.

Nak masak meggi pun kene cepat-cepat sebab takut air sejuk dah tak sedap makan. Aku hanya makan meggi sesudu dua, lepas tu aku dah start rasa mual. Oh no..Mungkin aku dah terkena sindrom mountain sickness atau gastric.

Aku telan ubat muntah dengan harapan aku tak mabuk keesokannya. Malam tu kami tidur dengan memakai pakaian lengkap untuk mendaki. Dari snow cap, windbreaker, 2 lapis t-shirt, 2 lapis seluar, dan stokin tebal. Esok pagi, bangun pergi toilet cuci muka semua dah boleh gerak. Satu lagi sebab keadaan sejuk sangat. Di Gunting Lagadan, tiada bekalan heater di dalam bilik pada malam hari.

Kami masing-masing sebenarnya tak boleh nak lelapkan mata malam tu. Kami paksa diri masing-masing untuk tidur supaya tak penat.

Aku rasa, lebih kurang pukul 12.30 malam, aku dah terjaga. Dalam pukul 1 kami semua dah terjaga. Pakat terjun katil, pergi bilik air bersihkan diri. Rata-rata antara kami malas nak turun bawah di Laban Rata untuk supper. Turun dah 150m, naik lagi. Dah la sejuk-sejuk pagi-pagi ni. Nak makan pun takde selera sangat.

Mungkin guider-guider dah faham yang team kami malas nak turun bawah, so mereka dah siap-siap bawak roti ke Gunting Lagadan untuk kami. Aku memang takde selera nak makan. Aku cuma makan kurma sebagai bekalan dan bawak air ORS untuk tenaga.

Pada pukul 1.30 pagi, kami semua di”briefing” sebelu memulakan pendakian ke summit (puncak Gunung Kinabalu). Seingat aku, kami dikehendaki berjalan dalam kumpulan supaya tak sesat dan sentiasa ikut arahan guider. Lagi satu, guider juga menekankan bagi sesiapa yang ada masalah lutut, dinasihatkan supaya berhenti di Sayat-Sayat Hut supaya tidak memudaratkan keadaan. Selain itu, guider juga menasihatkan kami supaya berjalan ikut phase masing-masing.

Selepas briefing kami ada upacara membaca doa semoga perjalanan kami dipermudahkan. Selesai semua, guider membahagi-bahagikan kami ikut phase masing-masing. Siapa yang cepat akan bergerak dulu dan yang lain akan ikut ke belakang.

Tepat pukul 2 pagi, kami mula memanjat ke summit. Cuaca nampak baik pagi tu. Bulan terang menyinari perjalanan kami. Cuma cuaca agak sejuk. Yang penting tak hujan.

Keluar dari Gunting Lagadan, kami terus memanjat tangga. Dah tak nampak apa masa tu. Aku cuma berpandukan head lamp dan langkah-langkah kaki di depan. Aku tak nak tengok kanan kiri, takut ternampak yang pelik-pelik pulak. Naik tangga ni pun dah penat. Lepas part tangga, masuk part tali pulak. Kejap ke kanan, kejap ke kiri. Aku dah tak nampak mana kawan-kawan aku hilang. Semua ikut langkah kaki masing-masing jer.

Akhirnya kami sampai di pintu terakhir sebelum ke summit, iaitu Sayat-Sayat Hut. Ada seorang penjaga yang menjaga pintu gate di situ. Dia yang bertanggungjawab memberi kebenaran untuk memanjat ke summit. Kalau cuaca buruk macam hujan lebat ke ape, memang tak boleh nak memanjat sebab kat atas ni semua kawasan batu-batu. Kalau hujan, memang licin.

Pintu naik ke summit dan Sayat-Sayat Hut
Seingat aku, kene register kat sini dulu ikut ID yang kita dapat masa mula-mula register di bawah. Sorry, part ni aku dah lupa. Peram cite lama sangat katanya.

Jangan tak tau ada pondok telefon TM kat tepi Sayat-Sayat Hut. Tapi pagi-pagi buta ni aku tak amek pot sangat. Dok layan mountain sickness, sejuk gigil-gigil, kurang oksigen semua ada.

Tak caya cuba tengok - pondok telefon TM
Dari jauh nampak kelip-kelip lampu di sepanjang jalan menuju ke summit. Lampu ni semua dari head  lamp peserta-peserta yang menuju ke summit.

Aku betul-betul kepenatan. Rasa nak give up pun ada. Tak sampai sepuluh langkah aku dah kepenatan. Ni semua berpunca dari tekanan di tempat yang tinggi, kandungan oksigen kurang. So kita akan jadi cepat penat.

Perasaan aku ketika itu bercampur baur. Ada jugak perasaan menyesal waktu tu. Aku dah berpecah dari kumpulan aku, tak tau dah masing-masing ke mana. Cuma ada sorang brother ni yang dok jalan dengan aku. Aku tak tau die sape, rupe-rupe boss jugak weh (lepas balik baru aku tau cite)

Dalam dok layan penat, tiba-tiba ada sorang mat saleh ni tarik tangan aku ajak jalan dengan die. Giler terkejut. Nasiblah aku pakai glove mase tu. Mungkin die asyik nampak aku berhenti-henti, die tarik aku ke depan. Memang penat aku terpaks aiktu mat saleh tu. Memang giler la aku rase. Sampai kat satu tempat, terus stop. Die tanye aku, “ Are you ok?”

“Yeah...I’m ok,” padahal penat nak mati weh. Lepas tu aku cakap,”You can go first. I can walk by myself.” Lebih kurang gitulah dialog aku.

Tak jauh dari situ aku nampak agak ramai orang duduk kat situ. Ada yang rehat, ada yang dok layan muntah. Tak berani tengok lama-lama, takut aku pun mabuk jugak.

Sambil bertatih untuk menuju ke summit, aku tengok langit di atas. Subhanallah, cantik sangat-sangat. Rasa macam bintang dan bulan tu betul-betul dekat atas kepala. Nampak cahaya bergemerlapan. Aku tak dapat nak gambar dengan kata-kata. Cuma aku bersyukur aku dapat tengok keindahan langit ketika itu.

Rasa seksa sangat nak menapak ke puncak. Tiap kali jumpa guider atau mana-mana porter, aku akan tanya. Berapa jauh lagi bang?
Then, korang tau apa dorang akan jawab. Sikit lagi di depan. Sikit lagi. Sikit-sikit, tapi haram tak nampak weh.

Aku target nak sampai di summit pukul 6 pagi, sebab nak tengok sunrise. Tapi masalahnya, pukul 5.30 pun masih kat mana.

Matahari dah tak sabar nak munculkan diri.
. Rasa putus asa tu tak payah cakaplah. Dengan penatnya, bayang-bayang summit pun tak nampak.

Lebih kurang 700-800 meter, baru nampak lampu-lampu orang yang memanjat ke arah satu bukit. Masa tu aku tak tau rupa-rupanya yang tulah summit. Aku pun pelik awatlah semua orang dok turun naik dari situ. Tak jauh dari situ dan hari pun dah semakin terang, aku nampak kelibat kawan-kawan aku. Rupa-rupanya mereka tak jauh dari aku. Cewah, lebih kurang jer phase kami memanjat nih..Masa ni dah start rasa enjoy sebab dah jumpa kawan-kawan. Semangat tu datang balik.

Aku tak habis-habis pujuk diri aku supaya bertabah..Sikit lagi, sikit lagi. Dah dekat nak sampai pun kene panjat lagi. Memang mencabar. Tapi sebaik saja nampak signboard kat puncak tu, aku tak tau nak gambarkan perasaan aku macam mana. I don’t believe aku dah sampai puncak Kinabalu, gunung yang tertinggi di Malaysia. So uolls, layan dulu gambar ok. Banyak sangat cerita, boring pulak korang nak baca.

 
Puncak seringgit

Sunrise di ufuk timur


sunrise


matahari semakin terang
Menuju puncak, nyanyi skit lagu Akademi Fantasia

Guider yang setia menemani - muntah dah tiap-tiap hari panjat gunung kinabalu


Mountain shadow

Lagi jelas terang dan nyata

weouls


second shadow


akhirnya kini pasti, nyanyi lagu kak nita weiiii..


kalau silap parking, boleh masuk dalam gaung tau uols.


third shadow

Nak naik bergambar atas peak ni kene gilir-gilir yer. Bukan boleh naik semua skali. Kat atas tu muat 2,3 orang jer. Kalau rasa nak jatuh dalam gaung, meh kita serbu ramai-ramai atas tu. Bila dah sampai sini, aku rasa hilang habis semua penat lelah yang macam nak mati tadi.

Dah siap ambil gambar semua, kami pakat turun bawah balik. Bolehlah rehat sekejap. Abang guider team kami ni memang baik, siap bawak bekal roti Gardenia untuk kami. Apa lagi, pakat jadi model rotilah masing-masing. Ada beberapa orang lagi yang belum sampai. So kami ada banyak masa untuk menikmati keindahan kat sini.

sila tengok tangan di belakang



Model roti Gardenia


kami sudah, anda bila lagi. harems...macam iklan kopi power root tongkat ali.

p/s : Nanti aku sambung part last sikit lagi.  Ade yang merindui aku ke mase aku away hari tu? sudah, jangan nak perasan.



11 comments:

  1. Weiii...lama giler baru ko sambung n3 Kinabalu ni. Aku pon dh lupa pasal n3 kinabalu ko ni... Hahaha

    Mana ko menghilang mengukur jalan...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HB,

      aku asyik hutang jer pasal kinabalu ni..sikit lg nk hbs dah..

      mane aku menghilang, biarlah rahsia...xsesuwai nak cite skrg..

      Delete
  2. JM yg baca ni pun boleh merasai kepenatan mendaki tu, tp yg pasti mmg puas hatilah klau dpt tawan gunung kinabalu dan kiranya kalau nk daki gunung ledang, gunung datuk ke kacang je ek heeee

    JM ada gak berhasrat nk daki gunung tu tp dorang ckp perlu isi borang 6 bln sebelum ye ker dan agak susah jgk procedur nya, JM pun x pasti

    Tetiba jek ada part5 so JM perlu baca balik dr part1 coz belum baca lagik

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,

      setiap gunung xsama...hehe...gunung kinabalu, walaupun tinggi tapi stepnya landai dan tersusun...so lbh selamat..Gunung Nuang lagi mencabar..

      kesian JM nak kene ulang baca balik dari awal..

      Delete
  3. Kakzana kat kaki gunung je, lambai2 korang...tak sanggup (buat masa ni, akan dtg taktau la kot2 naik hangin nak kesana)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak zana,

      lame xsinggah sini..hehe..dpt smp kat kaki gunung pun jadilah kak..tp xtaulah satu hari nanti kan kot2 nak naik atas pulak ke..ramai kwn2 yg sy kenal rata2 status mak2 orang...dorang lagi kuat memanjat gunung dari saya...betul2 kagum kak..

      Delete
  4. seronoknya baya.. aku pun xtertawan lg puncak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lea,

      sampai sudah ke puncka kinabalu..sipadan lagi belum jejak..

      Delete
  5. Ahaksss...akak rindu nak singgah sini !!!
    Waaa...hoyehhhh. Berjaya sampai ke puncak akhirnya . Tahniah !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ita,

      terima kasih...alhamdulillah akhirnya sampai jugak puncak..memang puas sgt2 dpt smp atas tu..sy siap sujud syukur lagi sebab dapat sampai puncak..

      Delete
  6. WOW!!!
    awak pergi sini... mak datuk!!!
    seronoknya

    ReplyDelete