Monday, October 10, 2011

Cuti-cuti Pangkor Part 2 (ii)

Cuti-cuti Pangkor Part 2 (ii)

Lepas melawat Foo Ling Kong, aku pun memecut Honda EX5 aku ke destinasi seterusnya, iaitu Kota Belanda yang terletak tak jauh dari kawasan Teluk Gadung. Aku round kawasan pantai dulu, baru aku patah balik ke Kota Belanda.

Kat tepi pantai Teluk Gadong, aku nampak beberapa orang tengah mencari sesuatu di kawasan pantai, mungkin mencari siput-siput kot. Aku singgah kejap jer ambil few photos sebab jalan tu lengang. Takde orang pun.



Dah ambil gambar kat tepi pantai, aku pun patah balik ke Kota Belanda.

Sedikit sebanyak info berkaitan Kota Belanda

Kota Belanda terletak di Kampung Teluk Gedung iaitu di selatan Pulau Pangkor. Kota yang berusia 324  tahun ini dibina pada tahun 1680. Ia merupakan sebuah kota batu binaan penjajah Belanda iaitu  penjajahan pertama Eropah di Perak. Tujuan pembinaanya ialah sebagai sebuah kubu  pertahanan bagi mengelak serangan lanun dan penduduk tempatan yang memberontak terhadap pemerintahan penjajah Belanda. Kota ini juga berfunsi untuk mengawal laluan barang dagangan di Perak terutamanya bijih timah. Sejarah Kota Belanda bermula apabila pihak Belanda menempatkan tentera mereka di Pulau Pangkor pada tahun 1680. Walaubagaimanpun seorang pahlawan tempatan yang bernama Panglima Kulup telah menyerang Kota Belanda beberapa kali tanpa berputus asa sehingga berjaya menewaskan Belanda dan menghalau mereka dari Pulau Pangkor.

Singboard Kota Belanda


Replika Meriam


Tinggalan sejarah kubu Kota Belanda


Kubu lain semua dah musnah, yang ni jer tinggal untuk sejarah



Pandangan depan kubu

Langskap sekitar Kota Belanda


Lepas dah bersiar-siar di sekeliling Kota Belanda, aku berjalan ke depan sikit untuk tengok Batu Bersurat pulak.


Info about Batu Bersurat:

BATU BERSURAT

  
Batu besurat di Kampung Teluk Gedung Pulau Pangkor iaitu berhampiran dengan kawasan perumahan nelayan di tepi pantai dan berhadapan dengan Kota Belanda.

Lakaran yang diukir pada permukaan Batu Bersurat tersebut ialah berbentuk seekor harimau yang sedang menyerang seorang budak lelaki dan terdapat dua bulatan berbentuk daun dan perkataan perkataan Belanda serta Inggeris iaitu 'if Carlo 1743'.Tahun yang tercatat  di katakan sebagai tahun pendudukan semula Belanda di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Panglima Kulup pada sekitar tahun 1690an.

Batu Bersurat tersebut dikatakan menceritakan perihal anak kepada pembesar Belanda yang telah hilang dan dipercayai telah dibaham oleh saekor  harimau.Walau bagaimanapun menurut penduduk tempatan,kisah ini merupakan rekaan semata mata oleh Belanda untuk menutup malu kerana sebenarnya anak pembesar Belanda tersebut telah dilarikan oleh lanun.

 

Signboard Batu Bersurat



 Batu Bersurat ni makin lama makin membesar. Ada teori tak rasmi menyatakan batu ni kalau di darat akan membesar dan kalau di laut akan terhakis (sebab batu ni hidup)

Lukisan Harimau di atas Batu Bersurat - Image from Google


Batu Bersurat yang ada alur di tengah-tengahnya

Sayang tempat ni tak dijaga sebaiknya. Banyak dah diconteng-conteng, persekitaran pulak kotor dengan sampah.


Alur Batu Bersurat


Aku tak dapat nak snap gambar Harimau tu dari handset aku sebab tak clear, penuh dengan conteng-contengan. Pemandangan di belakang kampung nelayan agak cantik dan tenang.


Seolah-olah pemandangan dalam lukisan


Macam lukisan yang arwah ayah aku lukis masa kecil-kecil dulu.


Aku patah balik ke Kota Belanda sebab aku bercadang nak masuk kedai souvenier yang ada di tepi tu. Saja nak tengok-tengok souvenier yang ade.

 
Anjung tinjau yang tak jadi sebab jauh dari pemandangan laut





Aishah Craft - Souvenier shop sebelah Kota Belanda



Aku suka tengok fridge magnet ketam, udang nih. Satu RM6.90, dua RM 10.00



Antara fridge magnet yang dijual di sini



Nanti aku sambung lagi part makan-makan pulak. Memang terbaeklah...

Cake & Beautiful Songs

Salam Isnin untuk semua & good morning everyone...

Aku masih menaip untuk Pangkor Part (ii). Semalam aku sibuk buat kek Coklat Keju Koktel untuk scandal outdoorsku, MF. Petang ni aku ada date dengan dia. Nak sambut bday dia yang dah lama postpose and wanna say sorry to her sebab aku terbabas bangun hari Sabtu hari tu. Patutnya kami bersama-sama pergi naik Gunung Nuang.


Special kek untuk MF - Kek Coklat Keju Cocktail


Nanti aku snap photo untuk rupe lebih cantik lagi. Banyak dugaan untuk buat kek ni. Kalau jadi, baru aku sharekan linknya.Kalau tak, aku akan cuba lagi sampai berjaya




At same time, jom kita sama-sama dengar lagu nasyid dari kumpulan Al-Mawlid, penghijrahan semula Amer Ruffedge dengan kemunculan imej baru.

Al Mawlid - Belaian Jiwa 1432 & Cahaya Seluruh Alam






Friday, October 7, 2011

Cuti-cuti Pangkor Part 2 (i)

2nd Day @ Pangkor

Aku bangun awal pagi tu sebab semalam aku pengsan awal. Malam tu hujan lebat turun mencurah-curah menambahkan kenikmatan tidur. Pukul 7 lebih aku dah siap mandi. Aku malas nak bersarapan kat luar, aku menikmati biskut Melky bersama air mineral sambil-sambil menonton tv.

Dalam padaku aku merangka apa yang aku nak buat hari ni. Aku plan nak sewa basikal, round-round sini. Dalam pukul 8 lebih, aku keluar dari bilik dan bertanya pada receptionist di mana aku boleh sewa basikal. Dia suruh aku tanya pada chalet berdekatan.

Aku berjalan dalam 200 m dari Pangkor Inn Chalet, aku menuju ke Ombak Inn Chalet. Ada seorang kakak yang begitu mesra menyapa aku. Setelah berborak-borak aku bertanya tentang sewa basikal. Sebelum tu dia bertanya aku sewa di mana and berapa rate semalam. Aku pun menjawab di Pangkor Inn Chalet, RM150 untuk 2 malam. Lepas tu dia tanya lagi, ok ke situ? Aku dah rasa lain macam. Then akak tu jawab, kalau awak sorang, akak boleh bagi rate dalam RM120 je. Alamak rugi RM30 sudah aku. Len kali call dulu yer tanye harga chalet, jangan dok refer kat tenet. Kat tenet memang dieorang letak mahal, tapi boleh nego kalau takde orang. Dah la kakak tu agak mesra. Ramai mat saleh duduk kat chalet dia.

Lepas tu dia suruh aku pilih dulu basikal then baru bayar. Rate untuk sehari RM15.00 Aku pun sungguh-sungguh pilih basikal. Sekali tengok, alamak banyak masalah la basikal ni. Ada yang break tak makan, break ok, tapi berbunyi-bunyi pulak, masalah gearlah. Adoi macam ni. Dalam pada tu jugak, ada sorang Mat Saleh ni tanya akak tu macam mana nak naik bas atau tren dari Lumut ku Singapore, kalau boleh dia nak naik lewat malam sebab senang anak dia nak tidur. Aku tengok akak tu terkial-kial nak tolong. Maka aku yang baik hati ni pun segera bagi suggestion pada Mat Saleh tu, suruh browse website KTMB. Dia payah nak faham, so aku pergi kat computer kat situ and tekan google, tapi malangnya internet sangat-sangat slow.

Basikal yang aku plan nak sewa - RM 15 perday


Lepas tu ada pulak orang datang nak sewa motor. Lepas nego, dapat RM40 untuk sehari. Aku pun rasa macam berminat pulak sebab fikir condition basikal yang agak uzur tu. Aku pun nak pujuk-pujuk akak tu kata aku nak naik motor separuh hari jer. Takkan aku nak merayau malam-malam kot. Sebab aku dah tolong dia, dia pun bagilah RM20 untuk separuh hari, jadilah. Lepas dah bayar deposit and sewa motor, aku balik bilik kejap nak amek beg. Internet connection very slow, Mat Saleh tu siap balik bilik nak ajak anak-anak dia breakfast.  Aku just brief kat dia supaya tunggu loading, apa-apa you can refer to this website.

Akhirnya aku sewa motor ni untuk separuh hari = RM20. Kalau full day = RM40

 Around kul 10, aku start perjalanan aku untuk ke Pekan Pangkor. You can refer the map below.

Pangkor Map


Aku naik motor tanpa hala tuju. Saja nak round penghujung Pangkor. Tapi tak sampai penghujung pun sebab aku takut nak naik bukit, buatnya motor aku buat hal tengah-tengah hutan tu, mampus aku sorang-sorang. Kalau tak silap aku, aku naik motor sampai, Bukit Pangkor jer, boleh refer map. Then aku patah balik, aku bercadang nak singgah kat Galeri Pangkor yang terletak tepi jalan lepas sikit dari area Jetty Pangkor, kat belah Sungai Pinang besar.
Galeri Pangkor ni betul-betul terletak di tepi jalan.

Lepas dah tengok-tengok gambar and ambil few photos, aku dok berborak dengan awek yang kerja kat situ.

Info about Galeri Pangkor :

Galeri Pangkor ini terbina hasil cetusan idea YAB Dato' Seri Zambry bin Hj Abdul Kadir ( Menteri Besar Perak ).Ia adalah merupakan sebuah mini showcase yang memaparkan sejarah Pulau Pangkor yang dikatakan bermula pada era kerajaan gangga negara..




Pandangan sisi Galeri Pangkor


Pintu masuk Galeri

Galeri Pangkor


Masuk masuk kene isi Guest Book dulu yer.


Barang-barang artifak


Gambar sebelah kiri : Sampan yang digunakan ketika zaman dahulu kala
Gambar sebelah kanan : Meja yang dibina untuk Perjanjian Pangkor tanpa menggunakan sebatang paku pun   


Watikah Perjanjian Pangkor


Gambar isteri seorang Sultan yang setia menanti kepulangan suaminya yang telah gugur di medan perang.

Tiada bayaran dikenakan untuk sesiapa yang melawat ke Galeri Pangkor ni. Bagi aku tempat ni macma boring sikit, tapi rugi kalau kita tak baca sejarah tentang Pangkor ni. Sekurang-kurangnya sejarah tentang Pangkor ni memang wujud kesahihannya, tak macam lagenda Mahsuri lebih terarah pada ceita dongeng. Aku kata macam tu sebab aku orang Langkawi. Kita dengar cerita pun dari nenek moyang dulu-dulu. So sumber tu payah sikit nak percaya.

Fu Lin Kong - Replika Tembok China

Lepas dah korek-korek info sekitar Pangkor, aku pun memulakan perjalanan ku ke Fu Lin Kong atau lebih dikenali sebagai Mini Tembok Besar China. Fu Lin Kong terletak tak jauh dari Galeri Pangkor, dalam kawasan Sungai Pinang Besar. Nak masuk ke Fu Lin Kong senang jer, kat tepi jalan tu ade kedai atau rumah yang digantung dengan bendera DAP/PKR. Nampak jer bendera tu, belok kiri, ikut jalan tu terus.


Fu Lin Kong ni sebenarnya adalah Tokong Cina. Di belakang Tokong tu ada bukit, so diaorang binalah replika ala-ala Tembok Besar Cina. Memang cute and cantik-cantik, cuma kawasan ni tak berjaga. Kalau ada orang jaga and bersihkan tempat ni, mesti lagi cantik. Aku tak naik sampai atas bukit sebab aku sorang-sorang, takutlah jugak kalau jadi apa-apa nanti. Niat aku ke sini cuma untuk melawat.



Tokong Fu Lin Kong


Betul-betul nampak macam Tembok Cina

Dalam kolam ni ada ikan besar-besar







Bangunan disebelah kanan Tokong nampak lebih terjaga dan bersih



Aku suka tengok binaan tangga yang panjang dan kecil ni


Kalau dijaga dengan baik dan dicat putih, mesti lagi cantik tempat ni











Pintu gerbang menuju ke Fu Lin Kong


 Nanti aku sambung Part 2 (ii) pulak. Panjang sangat untuk disimpan sebagai draft.







Thursday, October 6, 2011

Tahniah untuk Puan Yusra and cerita semalam

Cerita semalam...

Sedar tak sedar, I have been here for 3 years. 3 tahun dah. Teringat zaman-zaman fresh dulu, punyalah susah nak mencari kerja (sebab aku tak nak relax, nak cepat-cepat dapat kerja) sebab fresh graduate, no experience. Sekarang dah tiga tahun rupanya. Sedar tak sedar, umur aku pun tak lama lagi dah mencecah 30 rupanya. Tapi masih perasan umur 18 tahun.

Sejak akhir-akhir ni, aku terasa untuk move forward, terasa untuk jump ke tempat lain. Berita yang diwar-warkan oleh kawanku amat menarik kurasakan. Seolah-olah Penang memanggilku untuk pulang ke sana. Terasa nak balik hometown. Ayat dalam fb, “Sapa rasa nak balik kampung, nak settle down kat kampung, inilah peluang yang anda nantikan. Kami memerlukan ramai professional untuk mengisi jawatan kosong.” Bila baca ayat tu, hati aku terasa meronta-ronta nak balik ke sana, padahal kerja belum dapat lagi pun.

Aku terasa untuk tinggalkan apa yang aku buat sekarang, cuba untuk mulakan hidup yang baru, kerja baru, pengalaman baru. Sayang rasanya tak apply apa yang aku belajar dulu dan dengan harapan aku akan dapat salary yang lagi better dari sekarang. Salary yang lagi better. Fikiran aku keliru. Aku nak tau berapa offer yang aku boleh dapat.

Tak payah buat apa-apa desicion lagi selagi aku belum dapat offer letter. Lepas tu baru boleh decide samada aku nak pergi atau tidak. Aku kembali nak activekan diri dengan Jobstreet. Seeking for a new job with better salary, new environment and going back to my hometown. Kampung yang dah lama kutinggalkan, hampir 10 tahun aku berhijrah lepas SPM. Lagi pun terasa nak duduk dekat dengan mak pulak.

Untuk mak pulak, I’m so sorry sebab lama tak cerita macam-macam dengan mak dah. Sesungguhnya anak mak ni banyak sangat masalah sekarang. Aku tak nak mak sedih pasal aku, mak tak perlu tau kesedihan yang aku rasakan sekarang. Aku rasa aku dah cukup besar untuk menyimpan semua ni dalam isi hati aku. Untuk Bibik yang selalu menasihatiku, semua aku simpan dalam hatiku sekarang. Sukarnya nak buat keputusan untuk masa depan.

Ya Allah, bimbinglah aku ke jalan yang benar Ya ALLAH. Semoga aku tak menyesali semua keputusan yang aku buat. Semuanya seolah-olah ditelan mati mak, diluah mati bapak.

Semalam sempat jugak melawat kawan baik aku masa di U dulu. Dia selamat melahirkan baby boy, 3.43kg pada 4 October 2011. Yusra banyak tolong aku masa aku mula-mula menapak mencari kerja dulu. Aku tumpang bilik dieorang. Kat situlah tempat aku berteduh dulu. Teringat kisah kami masa di U dulu. Terima kasih Yusra.

Meh kita tengok gambar Yusra and baby Yusra, Farish Uwais. Baby Yusra cukup sifat and sangat sihat. Alhamdulillah.


Mummy Yusra and baby


Baby Farish Uwais


Lepas tengok baby Yusra di KPJ Kajang, kami singgah makan di Restoran Tupai-Tupai area Jalan Reko. Aku order nasi set Fish Fillet Masak Ala Thai. Mr LAE order nasi set Lemon Chicken. Makanan ok, cuma terlalu manis sampai muak. Kurang-kurangkanlah gula tu dalam masakan. Kalau makan kat Thailand, aku rasa mesti ada rasa msam-masam manis, oklah sikit kot. Ni manis jer lebih, asam takde rase langsung. Aku hirup kuah tomyam untuk kurnagkan rasa manis kuah ikan tuh.

Nasi set = Nasi Putih + Fish Fillet Masak Ala Thai + Sayur celur +Telur Dadar + Kuah Tomyam = RM 8.80 per set.

Aku rasa harga makanan and minuman kat Restoran Tupai-tupai ni agak mahal la... Jus pun dah dekat RM 5.. Nasi goreng pun dah RM 7.00++. Mungkin orang lain tak kisah, tapi aku kisah kot.

Wednesday, October 5, 2011

OneRepublic - Good Life

Woke up in London yesterday
Found myself in the city near Piccadilly
Don't really know how I got here
I got some pictures on my phone

New names and numbers that I don't know
Address to places like Abbey Road
Day turns to night, night turns to whatever we want
We're young enough to say
Oh this has gotta be the good life
This has gotta be the good life
This could really be a good life, good life

Say oh, got this feeling that you can't fight
Like this city is on fire tonight
This could really be a good life
A good, good life


To my friends in New York, I say hello
My friends in L.A. they don't know
Where I've been for the past few years or so
Paris to China to Col-or-ado

Sometimes there's airplanes I can' t jump out
Sometimes there's bullshit that don't work now
We are god of stories but please tell me-e-e-e
What there is to complain about

When you're happy like a fool
Let it take you over
When everything is out
You gotta take it in

Hopelessly
I feel like there might be something that I'll miss
Hopelessly
I feel like the window closes oh so quick
Hopelessly
I'm taking a mental picture of you now
'Cuz hopelessly
The hope is we have so much to feel good about




             

I love this song very much especially when I read the lyrics. Good life everyone!!

Tuesday, October 4, 2011

Cuti-cuti Pangkor Part 1

Kaki melangkah dengan tiba-tiba, decision last minute untuk ke Pangkor.

Kalau tak tabah, jangan ikut cara saya, menyesal nanti.

Bergerak ke KL Sentral naik ERL sebab convenient untuk park kereta kat Salak Tinggi station, naik tren pukul 9 lebih kurang.

Dah sampai KL Sentral, pekena breakfast dulu kat foodcourt kat Level 3, tempat favourite aku kat KL Sentral. Masa tu aku berfikir-fikir untuk naik bas atau tren untuk ke Lumut. Kalau naik bas, aku patut turun di Bandar Tasik Selatan untuk ke Pudu. Tapi sekarang aku dah lajak ke KL Sentral, dalam hati tu teringin nak rasa tren laju ke Ipoh. Aku dah malas nak jump pergi ke Pudu sebenarnya. Terkejar sana sini even aku tau ade bas akan gerak ke Lumut pukul 10.30 pagi. Harganya lagi murah and cepat sampai ke Lumut. Aku teringin nak try keretapi ETS yang menjadi sebutan ramai tu. Nak rasa laju macam mana. Balik nanti aku nak naik bas straight dari Lumut ke KL.


For those who want to travel by bus to Lumut :



Makan di food court KL Sentral - Nasi + 2 jenis sayur + paru goreng berempah = RM 4.00
Air teh O + air suam = RM 1.80
Total = RM 5.80


ETS tiket pakej GOLD = RM 35.00 per way

Aku naik tren ETS pukul 10.48 pagi. Masa nak beli tiket ETS tu ada seorang lelaki cina datang bertanyakan pasal ETS. Rupanya ada seorang uncle dari Aussy ni nak pergi Ipoh naik tren. Dia bagitau uncle to first time sampai Malaysia. Hmm...Aku perasan, muka aku ni agaknya sesuai kot jadi kaunter pertanyaan sebab dah banyak kali orang akan tanya aku itu ini kalau aku kemana-mana. Kadang-kadang dalam hati tu takutlah juga. Tapi aku berdoa, semoga orang tu berniat baik pada aku and aku berniat untuk membantu orang tu.


You can refer to ETS website for ETS info such as Schedule, ticket fare and etc...


Keadaan dalam tren ETS - Selesa and sejuk



Rupa-rupanya Uncle tu sebenarnya orang Sri Langka...Tapi dia dah migrate ke Aussy, Melbourne. Paling best sebab dia duduk kat Tasmania. Aku pun sibuk-sibuklah tanya pasal Tasmania Devil yang famous tu. Uncle ni dulu pernah datang ke Malaysia, tapi 40 tahun yang lampau. Dia ke Ipoh untuk menjejaki kawan dia, nak buat supriselah konon.

Dia datang sini dari Colombo then lepas ni dia balik dari Kuala Lumpur ke Melbourne. Sampai di Stesen Keretapi Ipoh, aku pun bertanya pada orang ETS untuk menuju ke Stesen Bas Medan Kidd.

Railway Tourism

In front of Ipoh Station

Kalau keluar dari Stesen Keretapi Ipoh, pergi ke arah kanan, jalan lurus. Nampak stesen minyak Esso bertentangan jalan, kat situlah Medan Kidd, stesen bas yang agak uzur dan buruk. Mintak maaflah orang Perak ye especially Fatt sebab kata stesen bas kat tempat ko nih.

Kalau nak naik bas ke Lumut, kene pergi kat stesen minyak Shell pulak. Kat situ kalau kita nak naik bas pergi Lumut dari Ipoh.

Aku pun menapak lagi, nampak bas Roadways. Tapi macam dah penuh. Rasa nak tunggu next trip. Aku yang terpinga-pinga sekejap, mencari kaunter tiket. Bas nampak macam dah nak gerak. Aku segera beli tiket and tanya.

Roadways bus - image from En Google

“ Kak, tiket ke Lumut satu. Bas gerak pukul berapa?” Soalku.

“ Bas gerak sekaranglah dik, Cuba tengok bas dah gerak tau belum. Sempat lagi ni dik,” gesa kakak kaunter tiket.

“Tapi saya tengok macam dah penuh jer kak,” aku rasa macam dah putus asa tengok ramai sangat manusia dalam bas.

“Bas lepas ni pukul 3, sempat lagi dik, lari sikit,” Aku cepat-cepat ucap terima kasih atas duit baki and berlari ke bas yang dah nak ke melintas. Memang penuh tahap gaban. Aku kena berdiri depan pintu dengan abang-abang Indon. Aku pun dah jadi macam Indon. Nak menyesal pun tak guna, sendiri cari pasal kan.

Roadways bus ticket - RM 8.50 per way from Ipoh to Lumut

Dah lama tak naik bas macam ni, rasa seronok pun ada jugak sebab teringat dulu-dulu. Menyesal bercampur seronok.

After 2 jam lebih atas bas, 15 minit sebelum sampai baru aku boleh duduk. Bayangkan tabahnya aku. Gelak sorang-sorang dalam hati.

Lepas dah sampai, beli air dulu. Haus beb berdiri 2 jam dalam bas. Lepas dah minum air baru menapak cari Jetty Lumut. First time aku sampai Lumut tau.

Mercu tanda Lumut/ penunjuk arah


Jetty Lumut
Belah kanan - untuk local Pangkor
Belah kiri - untuk tourist


View di tepi Jetty - lebih kurang macam permandangan di Jetty Kuala Kedah



Dah masuk dalam baru tau rupa-rupanya kaunter tiket dah terlepas, kat depan tadi tu ha. Kebetulan ada sorang minah ni lalu, staff sini aku kira. Aku pun tanya mana  nak beli tiket. Minah tu pun tanya aku buat apa kat Pangkor, then dah ada chalet ke. Then dia pun promote suruh aku amek bilik murah dengan agent diaorang. (Len kali jangan buat macam aku – boleh dapat bilik lagi murah kalau kita carik kat sana). Dia offer 2 malam RM 150 kat area Teluk Nipah. Lebih kurang range yang aku budget la. Tapi kalau dapat satu malam RM50 lagi ok kot untuk sorang.

Memandangkan aku pun tak ada accommodation lagi, aku pun terus bersetuju. Buat-buatnya penuh mana aku nak duduk? Tak nak lah duduk hotel mahal-mahal. Aku malas dah nak fikir pasal accommodation.

Dah setel pasal chalet, aku menapak ke balai berlepas. Tunggu ferry pukul 4.30 kalau tak silap. Badan dah letih dah ni. Mau tak letih, 2 jam berdiri oi...Nasiblah aku dah amek heavy breakfast, kalau tak mau aku kebulur tahap gaban. Minum 100++ dapat hilangkan lapar sikit.



Tiket Ferry Lumut/Pangkor - RM10.00 return

Kekerapan ferry dari Lumut ke Pangkor adalah setiap setengah jam (half an hour frequency ferry from Lumut to Pangkor)



New building yang baru siap @ Jetty Pangkor


Jetty Pangkor


Sampai kat Jetty Pangkor, terus cari van pink, bagi tau kita duduk hotel/chalet mana. Skali pergi Teluk Nipah RM15 da...adoi, sentap mak...awatlah mahal bebenor. Rupa-rupanya Teluk Nipah ni agak jauh dari jetty, dalam 8km macam tu...Malas nak pikior, masuk dalam van and nak cepat-cepat sampai chalet. Mau mandi. Jalan nak ke Teluk Nipah agak bahaya sikit, bengkak bengkok. Kalau terror buat drift ni best ni. Lepas tu mampus, campak dalam laut.

Dalam 10-15 minit kemudian aku pun sampai ke Pangkor Inn Chalet. Hmm...keluar dalam hatiku. Nampak macam tak menarik sangat pun. Tapi apakan daya, redah ajelah. Register nama and dapat kunci bilik, aku terus ke bilik. Nak mandi.



Gambar dari google ya - Nampak cantik, bilik aku dekat dengan kolam nih. Sampai-sampai tengok kolam hijau ok!!


Gambar dari google


Masuk-masuk ambil gambar dulu. Sorry sangat kalau gambar-gambar tak berapa clear, sebab aku cuma guna mobile camera. Tengok katil macam tak best jer, aku pun selak-selak comforter tuh. Kan dah kata, mesti tak basuh comforter ni. Siap nampak macam kesan-kesan darah lagi..Ops!!!!!! Samada darah period or tut!!!!!!!!!!!!!!Faham sendirilah ek. Dengan cadar tilam yang tak berapa menarik. Memang aku takkan tidur dalm comforter nih, cuma buat lapik jer. Aku tak heran sangat pun kalau bilik ni takde air cond, just guna kipas. Yang penting cadar and comforter kau bersih.  Air cond ni takde gunanya sangat pun kalau tilam and cadar ko buruk. Apa nak kata, padan muka sendirilah.



Cadar yang kusam dan tidak menarik


Almari bersama meja mekap


Tengok toilet pulak, toilet dia memang bersih. Puas hati. Tuala pulak buruks macam lap kaki, aku takkan pakai towel tu. Better pakai kain batik yang aku bawak. Sorrylah kalau dengar bebelan aku macam ni, tapi kalau korang nak ke bilik macam tu?


Nasib toilet ok dan bersih


Malas nak pikir panjang dah, aku nak mandi dulu. Busuk macam ape dah ni. Mandi-mandi kasi segar, bukak tv sambil ber”air-cond” baru aku rasa lega. Lepas maghrib nantilah aku keluar cari makanan.

Aku menyampah betul dengan orang kita ni, kalau nampak awek sorang-sorang mesti nak tanya or kacau. Tu yang aku hangin sikit. Tapi kudiamkan ajer. Kat tempat orang kot. Dalam hati pun berdoa, janganlah aku tetibe kene rush ke ape, manelah tau kot orang ingat aku nak angkut jantan ke malam-malam. Cuak gak orang tau kita dok sorang nih. Baru rasa takut, arghhhh, abaikan!!!

Lepas maghrib, aku kuar nak cari makan. Lapar dah kot. Malas nak makan kedai, nampak stall nasi lemak tepi jalan. Hmm, belasah ajelah. Ada 2 menu, nasi lemak or char key teow. Aku pilih nasi lemak. Nasi lemak ni dijual dalam pinggan polisterin bersama sudu. Kira boleh makan nasi lemak sambil duduk tepi laut.


Nasi lemak telur mata = RM 3.50

Nasi lemak tu tak sedap sangat pun, poyo jer abang yang jual tu. Dah la kuah cair bebenor. Kalau berniaga betul-betul kan best. Aku makan untuk hilangkan kelaparan. Lepas tu aku singgah kedai runcit untuk beli jajan-jajan, biskut and air mineral untuk minum dalam bilik. Kalau kebulur tengah malam takkan aku nak kuar, belasah jer makan dalam bilik lagi bagus. Lagipun aku nak layan Tahajjud Cinta malam tu, episod panas.

Test gambar dari hset aku untuk night view


Gambar last before aku zzzzz malam tu

Malam tu aku pengsan awal sebab letih, kepenatan berdiri atas bas. Esok pagi-pagi baru kita plan ya nak pergi mana.

Habis sudah entry aku Cuti-cuti Pangkor Part 1 untuk hari ni. Will continue later.