Pernah dengar nama PIZZA-PIZZA tak? Kalau
TUPAI-TUPAI tu mesti selalu dengar kan? Kalau search kat Google pun tak banyak
review. Nak tahu apa itu PIZZA-PIZZA? PIZZA-PIZZA ni adalah sebuah restoran
western kepunyaan orang Arab. Aku first time tengok nama PIZZA-PIZZA ni kat
facebook. Senior aku yang bagitau kata pizza kat restoran ni sedap and highly recommended.
Aku ni pantang sikit kalau dengar kedai-kedai western yang sedap dan harga yang
berpatutan. Start dari tu aku terus google, tapi tak banyak yang aku jumpa
pasal restoran ni. Gambar-gambar yang aku tengok terus buat aku tempting. Siyes
terliur beb.
Akhirnya, masa birthday aku last June
hari tu. Aku gigih cari restoran ni kat Cyberjaya. Kata ada orang nak belanja,
aku pun suggest la tempat ni padahal tak tau sedap or tak. Takut indah khabar
dari rupa. Sesat jugaklah mula-mula tu. Dah habis pusing roundabout sana sini,
salah masuk jalan. Akhirnya nampak signboard PIZZA-PIZZA.
Tengok kedai macam lengang jer, start
rasa tak sedap hati. Masuk kedai, pekerja bagi menu. Banyak jugak menu-menu
pizza yang menarik, macam kat Dominos. Aku tak tau nak pilih apa, last-last
tanya orang kedai pizza apa yang paling special. Dorang pun suggest pizza yang
selalu orang order adalah pizza Pizza-Pizza.
Macam kelakar pulak dengar nama tu. Siap ada harga package lagi tu, RM22 untuk large pizza dengan 2 tin soft drink. Janganlah korang compare size large pizza kat PIZZA-PIZZA dengan Dominos pulak. Beza dari segi rupa, rasa dan size tau. Tak kan makan pizza jer, mesti nak order pasta jugak. Aku pun tambah lagi order, spaghetti meatballs.
Macam kelakar pulak dengar nama tu. Siap ada harga package lagi tu, RM22 untuk large pizza dengan 2 tin soft drink. Janganlah korang compare size large pizza kat PIZZA-PIZZA dengan Dominos pulak. Beza dari segi rupa, rasa dan size tau. Tak kan makan pizza jer, mesti nak order pasta jugak. Aku pun tambah lagi order, spaghetti meatballs.
Spagetti meatball sampai dulu. Apa
lagi, pelahap dulu spaghetti. Spaghetti digoreng dengan kuah Bolognese dan kemudian
dibakar dengan cheese pulak. Siyes sedap. Tak lama lepas tu, datanglah pizza
yang kami order.
WOW!!!!!!!!
PIZZA-PIZZA - credit to blog Naughty Lady |
Tu yang keluar dari mulut aku. Sebab
ape, pizza tu penuh dengan topping. Nampak sangat sarat, panas-panas lagi.
Walaupun size large tak sebesar pizza Dominos, tapi aku rasa cukup kenyang
kalau makan pizza ni.Topping tu ada beef pepperoni, daging cincang, capcisum,
buah zaitun pun banyak, sos tak terlalu masam dan yang paling istimewa, extra
cheese. Tak payah mintak extra macam kat Pizza Hut atau Dominos. Roti pulak tak
terlalu tebal dan lembut jer.
Spagetti Blognese - credit to blog http://secretwordofwanli |
Tinggal dulu spaghetti, bantai makan
pizza pulak. Untuk aku, aku bagi 10/10 markah. PERFECTO! Aku cuma pernah try
pizza ni di tiga jenis kedai jer, Pizza Hut, Dominos dan PIZZA-PIZZA. Yellow
Cab aku tak pernah try. Tapi bagi aku pizza kat PIZZA-PIZZA ni sangat-sangatlah
terbaik. Terus Dominos jatuh nombor 2. Pizza Hut, campak jauh-jauh.
Last-last, tak habis pun pizza tu.
Siap tapau bawak balik. First time pergi, aku tak boleh nak bagi review atau
ambil gambar dulu sebab dah tak sempat. Nafsu tahap haloba mengatasi segalanya.
Balik dari situ, esok-esok aku terus promote kat kawan-kawan aku. Semua rasa
teruja. Tambah-tambah kawan aku yang kene posting Singapore 2 bulan mase tu.
Balik dari Singapore terus ajak aku
pergi kedai PIZZA-PIZZA. Second time aku ke sini, bulan puasa hari tu. Ade
buffet Ramadhan uols. RM25 jer satu kepala. Siyes murah. Kami pergi berlima.
Kali ni kami try nasi Arab pelbagai jenis pulak, lasagne, pizza dan salad-salad
ala-ala Arab. Semua sangat-sangat puas hati. Nasi Arab pulak super duper sedap
kalau compare dengan Restoran Saba dan Dima. Sebab nasinya dry (ikut tekak aku
la). Aku tak suka yang berminyak atau penuh dengan minyak sapi sebab lepas tu
aku straight rasa nak tidur jer. Yang pasti, nasi Arab kedai ni memang tak
muak. Actually, kedai PIZZA-PIZZA dan Kedai Sultan yang disebelahnya adalah
owner yang sama. Aku baru tau masa datang buffet hari tu.
Kedai PIZZA-PIZZA special untuk western
food, dan kedai SULTAN special untuk nasi-nasi Arab. Kalau nak selesa, boleh
lepak kat kedai SULTAN. Nanti dorang akan hantar pizza dari kedai sebelah.
Kawan-kawan aku sampai teringat-ingat kesedapan makanan kat situ. Nasi Arab tu
kalau tak makan dengan lauk pun dah sedap. Tu menunjukkan betapa sedapnya nasi
tu.
Malam tadi, kunjungan aku buat kali
ketiga di kedai PIZZA-PIZZA. Kawan-kawan aku request nak makan pizza lagi. Kali
ni betul-betul balas dendam. 6 orang pergi, kami order 3 large pizza, 1 set
Chicken Mandi, 1 set Lamb Mandi, air teh arab dua teko dan 1 gelas besar banana
shake. Hambikk ko...Giler melantak.
PIZZA-PIZZA |
Masa nasi sampai, kawan-kawan aku dah
macam orang kebuluran serbu makanan tu. Lepas tu baru pizza sampai. Apa lagi,
masing-masing pelahap macam 10 hari tak makan. Semalam barulah aku sempat
snap-snap gambar sebelum makanan tu kene serang dengan Piranha.
CHICKEN LOVERS |
Apa lagi, jomlah try makan kat sini.
InshaALLAH takkan mengecewakan anda.
Address: No 42-G, Block F, Neocyber, Lingkaran,
Cyberpoint Barat. 63000 Cyberjaya.
You may
call for delivery service: 03-83193230 / 03-83193231 (FREE DELIVERY SERVICE) – siap
ada free delivery lagi.
Signboard Pizza-Pizza |
Pilihan Menu |
Promotion - siyes berpatutan |
Boleh click FB Pizza-Pizza
p/s : Aku tau isu ni agak sensitif untuk setengah orang,
tapi aku harap pembaca-pembaca blog aku ni open minded orangnya. Owner kedai ni
adalah Iranian. So basically menu-menu kat sini adalah berasaskan makanan Iran.
Mungkin ada yang kata tak baik kita pi sokong kedai Iran sebabkan keganasan
yang berlaku di Egypt sekarang. Mungkin ada yang bagi pendapat semua Iranian
ini adalah Syiah. Aku tak paksa korang untuk terima atau bangkang apa yang aku
tulis. Cuma aku harap kornag berfikirlah secara waras. Aku tak dapat apa-apa
pun dari review ni, cuma nak kongsi tempat makan menarik jer di sekitar
Cyberjaya dan Putrajaya.
boleh try ni
ReplyDeleteU should try abg meng..worth it for your pocket n mouth....
DeleteU should try abg meng..worth it for your pocket n mouth....
Deletebest best, selalu lepak sini after dinner kat saba', kira dessert la :p risotto dia pun terbaik
ReplyDeleteHime s,
DeleteSiyes best kan lepak sini..dh jd tmpt feveret...
wah menarik ni..kena try ni...hehe
ReplyDeleteDJ,
DeleteMemang berbaloi2..nnt bg review jugak eh...
ni dekat area Nasik arab Sanaa tu eh?
ReplyDeletetengok cheese yg melimpah ke ladang gandum tu..mak aihhh
dzuchan,
Deletetak pastilah..cuba cari google map kt Neo Cyber...Area situ memang banyak kedai-kedai arab sebab dekat betul dengan MMU.
Cheese die super duper sedap...xmuak pun rasanya...kawan sy kata, mungkin dieorang guna goat cheese mozarella..
wahhh kambing skang pon dh pandai 'mandi' kekekeke...
ReplyDeleteerr kat area mana ekk...mcm nak tryyyy jekk...tgk review macam menggiurkann fuhh!! hehehe
HB,
Deletenanti bolehlah bawak OR ko n anak2 makan kat sini. memang harus dicuba..cuba google kat internet cari Neo Cyber..Kalau nak senang, ko straight jer dari traffic light masuk cyberjaya tu..tgk sekolah Kirkby (betul ke tak aku eja) kat sebelah kiri ko. Ko straight sampai nampak bangunan Lembaga Hasil. Kat situ ada traffic light and ko masuk kanan..Nampak jer area-area kedai di sebelah kiri ko, terus masuk junction kiri...PIZZA-PIZZA kat depan tu jek..ko faham ke tak ape aku explain ni...
Tak kisah lah Don... tak semestinya kita pi makan kat kedai Iranian kita sokong segala tindak tanduk mereka... saya ok je... makan je kan!
ReplyDeletekak Sweetie,
Deleteyess...u r correct...sy cuma mengagumi kesedapan makanan dorang..memang boleh diterima tekak...
kalau tak silap akak keje kat putrajaya kan? boleh drop by nnt untuk try..
Tak saya kerja area KL. Duduk pun area KL. Dari rumah saya nampak je menara KLCC tu. tak sampai 5 minit dah sampai... Tak reti masuk Putrajaya... sekali tiga tahun dulu gi PICC tu hantar si abang interview ngan JPA... balik tu sesat.. 2 kali pusing baru jumpa jalan keluar... hehehe...
Deleteoohhh..
Deletekak sweetie dok dekat dgn KLCC eh...kt klcc pun ade kiosk pasta yg sgt reasonable n sedap..namanya PIZZA MILANO, kt foodcourt..klu xsilap harganya tak lebih dari rm10..lasagne n spagetti bolognese+ cream cheesenya yg macam lava tu mmg terbaek...
oih bleh tahan terlioq gak la ai rasa bila tengok pics pizza2 dia nih, nampak cam marveles... insyaAllah kalo ada hal ai turun KL nnt, ai singgah pekena pizza yg DAT tak ingat nama tu, nampak cam cedap hehee~ :D
ReplyDeleteplain83,
Deleteur pepperoni pizza pun dh nmpk menggiurkan...hehe..
xpe2, nnt ade kesempatan plain dtg try sini lepas tu nnt balik try the recipe kt rumah...mesti lg walawei..hehe..
wah, mesti cuba ni.. thanks 4 sharing.
ReplyDeletexrugi mencuba..
Deletesharing is caring...