Minggu lepas aku dipaksa oleh
kawan aku ke MABECS. Ada sesiapa pernah dengar? Kalau student-student yang
berhajat nak sambung study, ada sesetengah datang sini untuk mintak free
consultation. Free OK. Tapi tak ramai orang yang tau pasal MABECS termasuklah
aku. Mesti uols ingat aku nak pergi obersea jugak sambung belajar. Ye dok?
Muahahahahhaha...Tu cita-cita
lama yang tak kesampaian. Result aku masa degree tak se gah mana..So jangan
ceritalah nak dapat sponsor untuk pergi ke sana. Aku pergi ke MABECS sebab kene
temankan kawan. Macam cite budak SPM pulak kan, nak kene teman-teman.
Terkasima rama-rama masa
mula-mula sampai kat MABECS tu..kagum sekejap rasa. Sebenarnya aku ada 2 orang kawan yang nak
sambung study kat oversea. Sorang nak sambung MASTER, dan sorang lagi nak buat
PhD katanya. Masing-masing sibuklah amek paper EILTS, PTE, GRE, ape tah lagi
mak nenek namanya.
Korang tau sebab ape kene amek paper-paper ni? Gara-gara result SPM untuk BI yang tercatit GCE O tak menepati ciri-ciri universiti kat UK atau US. Masing-masing dapat gred cangkul (jangan kata orang, paper awak pun sama..so taulah kan kenapa aku tak dapat further study obersea). Senang cite, mat saleh tak yakin dengan tahap kefasihan dan kepetahan bahasa Inggeris kawan-kawan aku nilah.
Korang tau sebab ape kene amek paper-paper ni? Gara-gara result SPM untuk BI yang tercatit GCE O tak menepati ciri-ciri universiti kat UK atau US. Masing-masing dapat gred cangkul (jangan kata orang, paper awak pun sama..so taulah kan kenapa aku tak dapat further study obersea). Senang cite, mat saleh tak yakin dengan tahap kefasihan dan kepetahan bahasa Inggeris kawan-kawan aku nilah.
Yang kawan aku nak buat PhD
ni, 6 kali kene reject dengan U dari US. Last-last berpatah arang untuk sambung
ke UK kalau boleh. Aku ni antara orang-orang yang tadah telinga dengar rintihan
dan luahan perasaan mereka sambil bagi semangat. Aku cakap, mungkin ada sesuatu
yang buruk yang bakal terjadi untuk dia kalau dia pergi ke sana. So,
bersabarlah. (Cakap senang la der...Orang tu dah habis ribu riban amek exam
semata-mata nak p US). Aku pujuk lagi, mesti ada hikmahnya nanti yang kita tak
nampak. Aku maklumkan kawan aku, US ni negaranya memang terdedah dengan natural
disaster, contohnya taufan la, putting beliung la, gempa bumi la, itulah
inilah. Tu ALLAH nak pelihara supaya hang tak pergi tempat-tempat macam tu
(amacam, dah jadi setazah tak aku?).
Yang nak buat Master ni
pulak, dah dapat biasiswa dari MARA, tapi kene reject dengan university sebab
result PTE masih tak cukup power. Dalam masa 2 bulan ni dah 4 kali reseat paper
PTE. Ni pergi MABECS untuk buat rayuan terakhirlah yang mana mampu. Patutnya end of next month dah boleh fly ke
UK. Tapi selagi semua tak lepas, MARA tarik balik biasiswa, visa pun tak dapat
buat, BTN pun tak dapat pergi. Last resort fly tahun depan. Yang paling best lagi, tarikh last day pun dah
dapat.
Walaupun aku takde kene
mengena pasal nak pergi study ni, aku jadi terjebak sebab aku ni jadi tempat
luahan perasaan dalam beberapa tahun kebelakangan ni. Tak pasal-pasal aku tau
pasal exam-exam bagai ni. Tapi mereka-mereka inilah juga yang dengar cerita
tentang exam-exam aku jugak. Mereka cuba untuk faham walau tak faham.
Aku sebagai kawan, hanya mampu
mendoakan mereka, dengar kisah mereka dan berharap sangat-sangat agar mereka dapat
apa yang dicita-citakan. Kot-kot esok aku pergi UK nun, ada jugak rumah or
bilik nak menumpang.
Yang si bakal PhD sanggup ke
Ipoh untuk ambil exam wiken ni nanti. Yang si bakal Master tengah consider
untuk last attempt exam PTEnya next week. Doakan aku juga berjaya untuk paper
aku jugak lepas ni..Walaupun aku tak join dorang untuk study di UK nun, tapi
exam-exam yang aku seat pun based on UK jugak(nak jugak konon ada nama UK).
Semalam lepas kerja, aku
dengan kawan-kawan ofis yang se-click nak merasa makan sup sedap kat pasar
malam yang aku selalu pergi. Tengah dok kira sapa yang ada, sapa yang takde.
Tiba-tiba ada seseorang menegur aku di pasar malam. Aku siyes tak ingat
siapalah orang tu. Setelah sesi recall, akhirnya baru aku ingat. She is my
classmate almost 15 years ago(exact tak payah tau, nanti korang p kire pulak).
Ayat yang paling tak tahan, “Aku
baca blog ko, cuma tak follow jer.” Terus mata hitam aku jadi besar masa tu aku
rase lah. Malu pun ade, segan rasa nak sorok dalam beg jer masa tu. Siyes malu
sangat-sangat. Last-last aku ajak die lepak sekali makan sup untuk second
round. Aku dengan dia dulu sekolah rendah di Kedah sama-sama. Masa tu mak dia
ustazah kat sekolah aku. Lepas sekolah menengah masing-masing bawak diri.
Hilang habis semua.
Sampailah satu masa, kami
terserempak di food court. Tapi masing-masing tak berani nak tegur. Takut salah
orang...Malu derrrrrrrrrrrrrrr....Tapi saling dok pandang. Last-last, facebook
penyambung ukhuwah. Tapi sebab aku tak aktif facebook satu lagi dah, maka lost
contact lagi. Malam tadi kami bertukar-tukar nombor phone. Kebetulan juga
semalam, kira reunionlah sebab most of kawan ofis aku ni pernah belajar dengan
kawan lama aku ni. Pernah jadi sekelas lagi. So taklah segan sangat. Kawan aku
tu pun ala-ala lone ranger macam aku.
Masa tu jugak topic nak
sambung study keluar. Aku tanya pada
kawan aku tu, tak sambung ambil exam ke? Sebab dia dalam bidang tersebut, so
normallah aku tanya macam tu. Aku cuba ajak kawan aku ni sambung study jugak,
at least adelah kawan jugak nanti. Mana kita tau kan. Aku bagitau dia, apa yang
aku buat sekarang, bukanlah sebab ikut orang atau sebab aku dikelilingi dengan
orang-orang tertentu. Aku nak sangat sebab inilah cita-cita aku dari dulu, cuma
aku tersalah arah. Tapi semua ada hikmahnya. Something happen for a reason.
Hi Rihul, I know you will
read this. Aku tujukan entry ni untuk ko. Ko untung sebenarnya sebab ko dah
masuk dalam bidang ni. Cuma ko kene tambah sikit kebolehan ko untuk bersinar
lagi. Trust me, you can do it my dear!
That’s the reason I’m still
here until I pursue my dreams.
Jawapan kepada semua persoalan. Kenapa dan mengapa? Sebenarnya rezeki kita dah ditentukan oleh penciptaNya. Tapi tak salah untuk kita terus berusaha. |
Nilah cita-cita aku. bukan sebab rupa si pelakon dalam you tube ni. 10 tahun dulu takde pun pendedahan macam ni. Tapi sekarang semua di hujung jari. (kat ofis aku kene block, tak boleh bukak)
p/s: InshaALLAH end of this
month aku ada wiken getaway. Middle of Sept pun aku akan ada road trip. Semoga
semuanya dipermudahkan.
p/s: Ramai kaum non-bumi yang
datang ke MABECS mintak free consultation, hope lepas ni ramailah geng-geng
bumi pun datang sini untuk dapat rujukan dan pandangan untuk masa depan anda.
Bukan kerana result BI dlm SPM GCE O, tapi memang itulah antara 'pintu-pintu' yang kena lalui sebelum berlepas ke UK, US, AUS dan NZ. Untuk ke UK, IELTS depa letak 5/6 (kalau tak silap) tapi penaja selalunya nak 6.5 ke atas. Kalau dapat 6, boleh pi merayu kat penaja (MARA or JPA atau lain2 tu..)
ReplyDeletehi kak sweetie..akak mungkin lbh arif pasal ni sbb anak akak p study kt oversea..
Deletebtl la kt akak tu, exam tu semua pintu2 utk ke sana...tp utk master program ade setengah u xpyh ambil exam2 tu semua klu spm result dh ok..trs universiti bg unconditional offer..dh boleh terus submit ke MARA...sbb sy ade jmp 2 org berbeza...yg sorg ni english result masa spm dh ok, xpyh nak ambil exam dh...yg kwn sy ni, sbb english result xok, tu yg kene jgk ambil exam sbb U bg conditional offer..
wahhh...LAE dasat cita2 ko DATT, semoga impian ko tercapai :D
ReplyDeleteHB,
Deletemekasih HB..doakan aku yer..jauh lg perjalanannya...dok beratih2, merangkak2 ni...tak kire ape pun yg kt buat, asalkan dpt bawak kebaikan utk org lain, semoga semuanya dipermudahkan...aminnnnnnn
gud luck to u too HB...
hui..dah ketat lagi undang2 nak pi UK / US?
ReplyDeletepehh..ok..kompom akak dok je la kat malaya sekarang...
menghabiskan sisa sisa usia..meniti jejak kehidupan (ewahh ayat?)
by reading your entry..and thoughts been made...
akak yakin Datt leh pi jauh dari sangkaan Datt...
*pegang pom pom jadi cheerleader*..go Datt go!!!!
go for whatever hopes that you dream of.
Kak Anash,
Deletethanks for drop by..klu xsebab kwn2 sy ni kak, sy pun xtau ketat ke tak undang2 nak ke sana...tp ape2 pun, sy rase, bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.
terima kasih for your doa akak..sy hrp sy boleh pergi jauh lg dr apa yg sy harapkan...
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ^^
ReplyDeleteInsyaAllah, DATT boleh mengecapinya jika anda bersungguh2 mengejarnya dan tidak pernah berputus asa, ganbatte ne! ;)
hi plain...
Deletetotally AGREED. apa2 pun mmg kena usaha untuk mendapat apa yang kita impikan. tiada yang mudah dalam dunia ni...
arigatoa gozaimas..:)
thanks pasal mabecs, boleh try ushar lepas ni...
ReplyDeleteerk, rihul? rasa cam kenal... hahaha..
gud luck, dear... since your journey dah start, proceed it till u succeed!
anne,
Deleteklu nak ke europe boleh usha2 mabecs...klu nak ke ozy/nz boleh jugak amek paper IELTS ni..
kenal rihul? small world aje kan? sy pun xsangka jumpa dia.after a long time ago..
inshaLLAH sy akan cuba till the end. the journey just begin..thanks for your wish..
aviation industry kat malaysia ni kecik, pegi sana sini, last2 jumpa org yg sama jgk.. =)
DeleteRihul dah lama kat mas tu, dia still dgn mas, kan? *kalaulah betul rihul yg sama..