Thursday, July 11, 2013

Ayam Percik dan Bubur Jagung Simple.


Selamat Berpuasa untuk semua pembaca..Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dan bererti untuk kita semua. Jom kita sama-sama tingkatkan amalan kita pada Ramadhan kali ini, insha-ALLAH.

Hari pertama berpuasa, tuan tanah berpeluang balik awal sebab training habis awal. So as reward, sempatlah masak something untuk hari ni. Malas nak ke Param (singkatan Pasar Ramadhan) sebab malas nak bersesak-sesak, lepas tu tak tau menu tu sedap or tak dan paling penting tak nak terjebak dengan membeli yang bukan-bukan. Sebab sebelum berbuka, mata yang terlebih lapar, tapi perut tak mampu nak sumbat.

Jom kita check it out resepi 1 Ramadhan. Kot-kot takde idea nak makan apa esok boleh cuba resepi ni. Sebenarnya dah banyak kali buat menu ni, tapi tak sempat-sempat masuk blog. Ni baru berkesempatan.

Resepi ayam percik mudah dari blog Ana Suzana.
 
Bahan-bahan
½ ekor ayam, ambil bahagian drumstick sedap sikit. Cuci bersih-bersih.
2 biji bawang besar – saya tukar pada 8 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup (kalau xde sila ganti serbuk kunyit)
2 batang serai – 1 batang di blend, 1 batang lagi diketuk
2 cm halia
1 sudu kecil biji ketumbar – saya tak letak
4 ulas bawang putih – 2 biji bawang putih
sedikit air utk blender
*3 sudu besar cili blend
1 kotak santan 200ml
Garam secukup rasa
*1 inci gula merah
1 keping asam keping – saya tak letak pun
 
For me, less is more. Untuk ayam percik tak perlu terlalu banyak perencah. Cukuplah rasa rencah yang original.
Cara-caranya.
  1. Masuk ayam dalam kuali
  2. Masukkan bahan-bahan kisar tadi (bawang merah, bawang putih, halia, serai)
  3. Masukkan juga serai yang diketuk tadi.
  4. Masukkan santan kotak.
  5. Lepas tu baru masukkan cili blend dan bolehlah dibuka api dapur. Tapi sederhana.
  6. Kacau-kacau ayam supaya sebati dengan kuah. Terbalik jugak ayam-ayam tu sebab takut masak sebelah jer.
  7. Masukkan garam dan gula Melaka sebagai bahan perasa.
  8. Masak sampai ayam tu jadi separuh masak dan kuah menjadi sedikit pekat.. matikan api..
  9. Angkat ayam tersebut dan masukkan ke atas dulang pembakar.. tuangkan sedikit je kuah ayam percik tu td.. baki kuah sila simpan utk di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar..
  10. Bakar ayam tersebut dlm oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan.. dgn suhu 180 celsius, api atas bawah..(Saya bakar untuk sejam dengan suhu 200 celsius sebab nak bagi ayam lagi garing, kalau anda suka yang moist terpulang pada selera masing-masing)
  11. Selepas ayam dibakar, bolehlah tuangkan kuah percik di atas ayam tersebut.
Set ayam percik bakar bersama nasi kukus.
 
    Lagi dan lagi.

    Jomlah cuba.




Nasi pulak, saya masak guna kaedah kukus untuk dimakan bersama ayam percik. Nasi kukus ayam percik, pasti tak kecewa punyalah. Cuma takde sambal belacan je kan? Kalau boleh buat lagi sedap. Saya tak boleh makan sambal belacan, sebab tu skip.
 
Tak lupa jugak dessert untuk sejukkan tekak. Bubur jagung simple. Tak perlu nak bersantan-santan. Mungkin setengah orang kata ni resepi pemalas, tapi yang penting rasanya memang owesome okay! Mak saya selalu buat masa saya kecil-kecil. Sedap bangat. Sebab tu saya rasa kurang gemar kalau makan bubur jagung yang bersantan. Rasa muak jer. Tapi bubur jagung ni, tak rasa muak dan sedap sangat dimakan sejuk-sejuk.
 
Balik dari terawih, bukak peti ais makan dessert yang sejuk ni memang best giler.
 

Resepi bubur jagung simple.
Bahan-bahan 
2 biji jagung, dipotong untuk mendapatkan isinya sahaja.
Air 900 ml
4 sudu besar gula
Secubit garam.
Sehelai daun pandan* - kalau takde pun takpe.
Cara-caranya: 
Masak semua bahan di atas di dalam periuk sehingga mendidih. Tutup api dan bairkan sejuk. Dah sejuk masukkan dalam peti ais, untuk dinikmati selepas berbuka. Bubur jagung ni banyak kegunaannya. Kalau dah tak nak makan bubur tu, esok boleh buat pudding jagung, tak pun cucur jagung. Kreatif kan? Kalau bubuh santan, susah sikit nak modified jadi benda lain. Lagipun ayam percik dah bersantan, so bubur tak payah lah nak letak santan.
 
Selamat mencuba semua.
 
 
p/s : saya mintak maaf kalau korang rasa terliur tengok gambar ni di siang hari. Saya cuma nak share resepi.
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 

9 comments:

  1. macam makan kat kedai...menarik pulak bila hidang dlm plate tu..hrmm..mmg nampak terliur..nasib baik masih pagi :-)

    ReplyDelete
  2. JM,

    klu puasa semua nmpk syiok...tp klu dr hasil tgn sendiri, mesti rase puas dan best jgk...hehe

    iouls tgh plan nak berbuka bersama dzuchan and kak coco..nk ajak JM skali join da club.sbb katanya kak coco ada di bangi di hjg mggu...

    ReplyDelete
  3. ehem..dengar nama saya disebut :-)
    favourite saya bubur jagung tu..

    Datt..saya sokong 100% cadangan bukak posa together2 tu..

    ReplyDelete
  4. dzuchan,

    dgr jgk awk sy dok panggil2..hehe..

    tggu tuan empunya diri menjawab yer nnt...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak anash suh kita email dia detail..If ape2 boleh email saya kat dzulichan@gmail.com eh.
      tapi this week saya balik kampung.:-)

      Delete
  5. semlm baru pekena bubur jagung yg beli kat bazar ramadhan. rm2 utk 1 bekas bulat tu. makk aih... byk butir sagu dari bijik jagungnya! adoyaii.. makin kedekutnya penjual zaman skang ni. sob sob sob..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HF,

      sbb tu rase mls nk ke bazar ramadhan...nnt xpuas hati mula mengomel..

      klu teringin nnt boleh buat sendiri..resepi ni xsusah...yg pntg puas ht...

      Delete
    2. terpaksa singgah giant nak beli jagung manis yg dh jadik butir2 tu. kekeke tp aku suka yg jenis santan. kalo ayam percik, ayam percik kelantan paling terbaek utk aku. kalo kat KL ni, mostly ayam panggang tp dorang pggl gak ayam percik. huk hukhuk.

      Delete
  6. HF,

    kt KL...semua belasah jer...mmg xlawan ayam percik kelantan yg kuah putih tu...hr tu ade kwn ofis buat...sedap banget...die la yg kata, nak bt ayam percik ni xpyh letak mcm2, nnt xsedap...nk bt ayam percik putih, tp xreti sgt sbb kene cari santan yg btl2 fresh utk bt kuah tu jd sedap..

    ReplyDelete